Anda di halaman 1dari 2

Para ahli bijak pandai ada menyatakan bahawa orang yang mendapat kebahagiaan hidup ialah orang yang

menimba ilmu pengetahuan. Ada juga yang beranggapan bahawa kejayaan seseorang diukur berdasarkan kekuatannya tetapi sebenarnya kekuatan itu merujuk kepada kekuatan dan kekayaan ilmu pengetahuan. Bagaimanakah lagi caranya untuk memperkaya ilmu pengetahuan? Tentulah melalui jambatan ilmu iaitu membaca. Oleh itu, pelbagai kempen galakan membaca sedang dan telah dilaksanakan di negara ini, namun keberkesanan kempen masih tidak menyeluruh kerana tidak mendapat sambutan masyarakat. Masa inilah saatnya untuk tenaga semua pihak yang bersepadu digemblengkan bagi membentuk rakyat yang gemar membaca. Terdapat pelbagai langkah yang dapat dilakukan untuk menggalakkan rakyat membaca. Antaranya ialah prasarana yang sesuai dan mesra pengguna hendaklah dibangunkan. Kerajaan boleh membangunkan perpustakaan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai dan mudah dikunjungi.perpustakaan bergerak juga perlu diperbanyak supaya gerakan ini dapat sampai ke seluruh ceruk rantau. Perpustakaan ini akan lebih berfungsi dengan lebih berkesan khususnya di kawasan pedalaman.perkara ini dapat menarik lebih ramai masyarakat di luar bandar untuk membaca.perpustakaan ini boleh membawa pelbagai buku yang menarik dan terkini serta menepati citarasa pengguna untuk meningkatkan lagi minat masyarakat untuk membaca. Selain itu, peranan ibu bapa juga memainkan peranan penting. Bagaimana acuan begitulah kuihnya manakala melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sebelum kanakkanak boleh membaca, seharusnya mereka sudah dibiasakan dengan buku sama ada memegang, melihat atau menikmati buku secara bercerita. Ibu bapa bukan sahaja menjadi penggalak, malah perlu menjadi suri teladan. Mereka mestilah terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik dengan mengamalkan tabiat membaca. Jika perkara ini dilaksanakan, anak-anak ini akan lebih menghargai buku dan ilmu seterusnya merealisasikan gagasan pembelajaran sepanjang hayat. Keadaan ini sudah pasti akan menjadi pemangkin kepada hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat berminda kelas pertama yang mampu menggegarkan dunia dengan tahap keilmuan yang tinggi. Tidak lupa juga kepada pihak media massa dan elektronik pada masa ini. Peranan mereka dalam menjayakan kempen galakan membaca amat besar kerana media massa dan elektronik berperanan sebagai Penyebar maklumat untuk negara. Hal ini telah dibuktikan melalui penyebaran ilmu melalui surat khabar, majalah, tayangan televisyen, siaran radio dan juga ruangan siber di Internet. Pada zaman teknologi dan maklumat ini, masyarakat menggunakan bahan-bahan elektronik sekurang-kurangnya enam jam sehari dan mereka lebih menumpukan perhatian pada berita-berita hangat dan cerita-cerita sensasi yang dipaparkan oleh media massa terutamanya surat khabar. Oleh yang demikian, pihak media massa dan elektronik perlu menyeru dan menggesa masyarakat supaya membaca dan menyatakan sekali kebaikan-kebaikan membaca. Jika pihak media massa berbuat demikian, tentulah masyarakat negara ini akan

menuruti tuntutannya. Begitulah besarnya pengaruh media massa dan elektronik dalam kehidupan masyarakat. Seterusnya, harga buku yang terdapat di pasaran haruslah berpatutan dan tidak membebankan para pembaca kerana harga yang tinggi secara tidak langsung akan membantutkan minat mereka.perkara ini akan menyebabkan mereka tidak berminat untuk membeli buku dan seterusnya akan melenyapkan minat mereka. Pihak kerajaan juga boleh membantu dalam pekara ini. Contohnya,pihak kerajaan boleh mengurangkan kadar cukai kertas dan buku dari tahun ke tahun. Oleh itu,lebih banyak buku akan diterbitkan di pasaran oleh para penerbit. Kesimpulannya, Sudah terang lagi bersuluh bahawa membaca itu amalan terpuji. amalan membaca sebenarnya amat mudah kerana dapat dilakukan di manamana sahaja tanpa mengira masa.oleh itu,kita janganlah memberi pelbagai alasan lagi dan berat hati untuk menggerakkan tangan kita untuk mencapai buku kerana kemajuan dapat berjalan dengan lancar jika rakyat di negara kita berilmu pengetahuan yang tinggi.minat membaca haruslah dipertingkatkan dari sehari ke sehari kepada rakyat agar amalan membaca menjadi rutin dalam kehidupan seharian mereka.

Anda mungkin juga menyukai