Anda di halaman 1dari 2

Cara-cara Memupuk Amalan Membaca Dalam Kalangan Masyarakat

Dalam abad ke 21 ini, amalan membaca telah semakin diabaikan disebabkan perkembangan teknologi
terutamanya penciptaan komputer dan telefon. "Membaca Jambatan Ilmu”, menunjukkan bahawa membaca
membolehkan kita memperoleh ilmu pengetahuan yang banyak. Namun, menurut kajian, rakyat Malaysia hanya
membaca dua buah buku setahun. Selain itu, amalan membaca dapat mempercepat usaha kerajaan untuk
merealisasikan wawasan 2020 melalui pembentukan rakyat yang berilmu pengetahuan. Oleh hal yang demikian,
banyak modus operandi perlu dilakukan bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat.

Bak kata pepatah "Bagaimana acuan, begitulah kuihnya”. Ibu bapa memainkan peranan yang signifikan untuk
amalan membaca dalam kalangan masyarakat. Menurut Confucious, "keluarga merupakan unit asas pembentukan
masyarakat". Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada anak seperti
membaca buku bersama-sama dengan anak. Ibu bapa juga boleh membeli bahan bacaan untuk anak supaya dapat
meningkatkan minat anak tentang pembacaan. Oleh hal tang demikian, amalan akan dicontohi oleh orang lain apabila
dilihat oleh orang lain. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk amalan membaca.

Jika ditelusuri, peranan kerajaan dalam memupuk amalan membaca juga tidak boleh disisihkan. Pihak
kerajaan boleh mengadakan kempen yang berkenaan seperti “Mari Membaca Malaysia" dan "Bangsa Membaca
Bangsa" kerana dapat memupuk amalan membaca. Justerunya, pameran buku juga perlu dianjurkan oleh pihak
penganjur. Hal ini kerana ,menganjurkan pameran buku merupakan salah satu cara untuk menarik minat masyarakat
Malaysia. Bagi golongan miskin, kerajaan boleh memberi buku yang percuma supaya golongan miskin juga boleh
mendapat pengetahuan yang banyak. Izharnya, pihak kerajaan haruslah melakukan banyak usaha supaya amalan ini
dapat dipupuk dalam diri masyarakat sebelum nasi menjadi bubur.

Selain itu, pihak sekolah juga menggalas tanggungjawab yang besar untuk memupuk minat membaca dalam
kalangan masyarakat. Guru sebagai insan yang penting bagi pelajar perlu mengajar pelajar supaya mengamalkan
amalan membaca. Selain itu, pihak sekolah perlu menganjurkan program "NILAM" supaya dapat menggalakkan
pelajar. Pihak sekolah mengadakan pertandingan membaca dan memberi hadiah atau wang tunai. Pada mulanya,
mungkin pelajar menyertai pertandingan untuk mendapatkan hadiah tetapi lama-kelamaan mereka akan menimbulkan
minat tentang amalan membaca. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk menggalakkan amalan membaca yang
lebih sistematik dan teratur dapat membentuk pelajar yang suka membaca dan menjadi insan yang cemerlang pada
masa depan.

Tambahan pula, syarikat penerbitan buku, majalah dan surat khabar turut mempunyai tanggungjawab yang
besar. Sebagai contoh, syarikat penerbitan seperti New Straits Time dan Berita harian dapat membuat tajaan di
sekolah agar menjadi bahan bacaan. Media massa berperanan dalam memupuk amalan membaca. penerbit stesen
televisyen perlu mengadakan satu program berkenaan amalan membaca supaya rakyat yang cetek ilmu dapat
menyedari kepentingan amalan membaca. Drama tentang amalan membaca juga boleh disiarkan. Hal ini kerana,
masyarakat generasi ini lebih tertarik dengan dunia hiburan. Ringkasnya, sebagai pihak media yang prihatin, usaha-
usaha perlu dilakukan supaya dapat memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia agar Malaysia
terus maju seiring dengan arus globalisasi.

Kesimpulannya, amalan membaca merupakan amalan yang baik dan perlu diamalkan dalam kalangan
masyarakat supaya dapat melahirkan cendekiawan dan membantu negara kita menjadi negara yang maju. Oleh itu, diri
sendiri khususnya golongan pelajar harus sedar tentang kepentingan amalan membaca kerana dapat membawa
perubahan kepada masyarakat dan menjadi bakal peneraju negara kita.
Cara-cara Memupuk Amalan Membaca Dalam Kalangan Masyarakat

Dalam abad ke-21 ini, amalan membaca telah semakin diabaikan disebabkan perkembangan teknologi
terutamanya penciptaan komputer dan telefon. "Membaca Jambatan Ilmu”, menunjukkan bahawa membaca
membolehkan kita memperoleh ilmu pengetahuan yang banyak. Namun, menurut kajian, rakyat Malaysia hanya
membaca dua buah buku setahun. Selain itu, amalan membaca dapat mempercepat usaha kerajaan untuk
merealisasikan wawasan 2020 melalui pembentukan rakyat yang berilmu pengetahuan. Oleh hal yang demikian,
banyak modus operandi perlu dilakukan bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat.

Bak kata pepatah "Bagaimana acuan, begitulah kuihnya”. Ibu bapa memainkan peranan yang signifikan untuk
amalan membaca dalam kalangan masyarakat. Menurut Confucious, "keluarga merupakan unit asas pembentukan
masyarakat". Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada anak seperti
membaca buku bersama-sama dengan anak. Ibu bapa juga boleh membeli bahan bacaan untuk anak supaya dapat
meningkatkan minat anak tentang pembacaan. Oleh hal yang demikian, amalan akan dicontohi oleh orang lain apabila
dilihat oleh orang lain. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk amalan membaca.

Jika ditelusuri, peranan kerajaan dalam memupuk amalan membaca juga tidak boleh disisihkan. Pihak
kerajaan boleh mengadakan kempen yang berkenaan seperti “Mari Membaca Malaysia" dan "Bangsa Membaca
Bangsa Berjaya" kerana dapat memupuk amalan membaca. Justerunya, pameran buku juga perlu dianjurkan oleh
pihak penganjur. Hal ini kerana ,menganjurkan pameran buku merupakan salah satu cara untuk menarik minat
masyarakat Malaysia. Bagi golongan miskin, kerajaan boleh memberi buku yang percuma supaya golongan miskin
juga boleh mendapat pengetahuan yang banyak. Izharnya, pihak kerajaan haruslah melakukan banyak usaha supaya
amalan ini dapat dipupuk dalam diri masyarakat sebelum nasi menjadi bubur.

Selain itu, pihak sekolah juga menggalas tanggungjawab yang besar untuk memupuk minat membaca dalam
kalangan masyarakat. Guru sebagai insan yang penting bagi pelajar perlu mengajar pelajar supaya mengamalkan
amalan membaca. Selain itu, pihak sekolah perlu menganjurkan program "NILAM" supaya dapat menggalakkan
pelajar membaca. Pihak sekolah mengadakan pertandingan membaca dan memberi hadiah atau wang tunai. Pada
mulanya, mungkin pelajar menyertai pertandingan untuk mendapatkan hadiah tetapi lama-kelamaan akan
menimbulkan minat mereka tentang amalan membaca. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk menggalakkan
amalan membaca yang lebih sistematik dan teratur dapat membentuk pelajar yang suka membaca dan menjadi insan
yang cemerlang pada masa depan.

Tambahan pula, syarikat penerbitan buku, majalah dan surat khabar turut mempunyai tanggungjawab yang
besar. Sebagai contoh, syarikat penerbitan seperti New Straits Time dan Berita harian dapat membuat tajaan di
sekolah agar menjadi bahan bacaan. Media massa berperanan dalam memupuk amalan membaca. penerbit stesen
televisyen perlu mengadakan satu program berkenaan amalan membaca supaya rakyat yang cetek ilmu dapat
menyedari kepentingan amalan membaca. Drama tentang amalan membaca juga boleh disiarkan. Hal ini kerana,
masyarakat generasi ini lebih tertarik dengan dunia hiburan. Ringkasnya, sebagai pihak media yang prihatin, usaha-
usaha perlu dilakukan supaya dapat memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia agar Malaysia
terus maju seiring dengan arus globalisasi.

Kesimpulannya, amalan membaca merupakan amalan yang baik dan perlu diamalkan dalam kalangan
masyarakat supaya dapat melahirkan cendekiawan dan membantu negara kita menjadi negara yang maju. Oleh itu, diri
sendiri khususnya golongan pelajar harus sedar tentang kepentingan amalan membaca kerana dapat membawa
perubahan kepada masyarakat dan menjadi bakal peneraju negara kita.

Anda mungkin juga menyukai