Anda di halaman 1dari 1

Cara-cara memupuk amalan membaca

-Pengenalan (JATPA)
-Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad yakni Perdana Menteri Malaysia yang disegani di seantero dunia berpendapat bahawa negara
kita tidak akan mencapai kemajuan yang cepat jika kita tidak menumpukan perhatian dalam amalan membaca.
-Dalam menongkah abad ke-21, isu yang sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat ialah masalah kurang membaca.
-Isu kurang membaca telah menjadi topik hangat yang dibincang dari kedai kopi hingga ke parlimen.
-Oleh itu, pelbagai langkah perlulah diambil sebelum nasi menjadi bubur.
-Persoalannya, apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah kurang membaca?
-Sebagai memperkukuh mauduk di atas, persoalan akan dihuraikan secara mendalam.

-Isi Karangan (4P)


-Sebagai pembuka kata perbincangan, kita haruslah menyedari bahawa tiada penyakit yang tiada penawarnya untuk
mengatasi masalah kurang membaca ini sepatutnya perlu dimulakan drpd institusi keluarga.
-Keluarga didefinisikan institusi kecil terdiri drpd ahli keluarga yang dapat memainkan peranan yang dominan bagi mengatasi
masalah kurang membaca.
-Persoalan yang bermain-main dalam minda kita, bagaimanakah keluarga dapat memainkan peranan yang signifikan dalam
memupuk amalan membaca anak-anak?
-Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang sangat signifikan dalam memupuk amalan membaca anak-anak kerana
mereka merupakan uswah terbaik dalam keluarga.
-Mereka sebagai orang yang terdekat kepada anak-anak sepatutnya mendidik mereka kepentingan dan kebaikan membaca.
-Satu contoh yang ingin saya paparkan ialah ibu bapa haruslah sentiasa membaca dengan anak-anak sejak dari kecil lagi
selaras dengan peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya.
-Sikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul tidak harus diamalkan oleh ibu bapa, iaitu mengajar anak memupuk
amalan membaca tetapi tidak melakukan tindakan yang wajar.
-Tegasnya, masalah kurang membaca dapat diatasi jika ibu bapa dapat memainkan peranan secara efisien.

-Sebagai meneruskan kesinambungan dan kelangsungan perbincangan untuk membedung masalah kurang membaca maka
sekolah berperanan besar dalam mengatasi masalah kurang membaca.
-Sekolah dapat ditakrifkan sebagai wadah dan pentas penyalur ilmu yang penting termasuk masalah kurang membaca.
-Persoalan yang wajar diteliti ialah bagaimanakah sekolah dapat mendidik generasi mudah untuk memupuk amalan membaca?
-Langkah proaktif yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah termasuklah mengadakan kempen kesedaran tentang ‘Kepentingan
Membaca’ untuk memupuk semangat membaca.
-Contoh yang cukup kukuh ialah guru-guru boleh memberi tugas kepada pelajar seperti membaca selama 1 jam sehari dan
memberikan hadiah kepada pelajar yang membaca.
-Semasa di sekolah, guru-guru juga boleh menubuhkan Kelab Membaca.
-Ahli kelab dapat menyertai pelbagai program yang diadakan oleh Kelab Membaca seperti ceramah, pameran dan
pertandingan.
-Sesungguhnya, pihak sekolah juga dapat membantu membendung masalah kurang memebaca.

-Sebagai menutup tirai perbincangan untuk membedung masalah kurang membaca, pihak kerajaan juga berperanan dalam
mengatasi isu kurang memebaca.
-Perosalan yang berputar di dalam kotak fikiran ialah bagaimanakah pihak kerajaan dapat memupuk amalan membaca?
-Usaha yang drastik perlu digerakkan ialah pihak kerajaan boleh menyediakan perpustakaan bergerak di setiap bandar.
-Hal ini dapat membolehkan ramai orang membaca di mana-mana supaya melahirkan golongan masyarakat yang berilmu.
-Bagi mendapatkan kesan yang lebih baik, pihak kerajaan boleh mengadakan program ‘Hari Buku Sedunia’ setiap tahun.
-Dengan mengadakan program ini dapat memberikan kesan yang lebih efektif bagi menlahirkan golongan masyarakat yang
suka membaca.

-Kesimpulan
-Perbincangan masalah kurang membaca telah meniti ke puncaknya maka sebagai kesimpulan/akhirul kalam masalah kurang
membaca di negara kita haruslah ditangani dengan segera dan usaha ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak.
-Amalan membaca penting untuk setiap induvidu dan negara kita maka setiap orang haruslah memupuk amalan membaca
bermula dari sekarang.
-Adakah amalan membaca penting untuk sebuah negara? Adakah amalan membaca penting untuk masa hadapan kita? Tepuk
dada tanyalah selera.

Anda mungkin juga menyukai