Anda di halaman 1dari 3

FORUM

Pantun Pembuka Acara


Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Kuala Segan,
Pemanis kata selamat datang,
Salam sejahtera saya ucapkan.

Anak Juragan mengail ikan,


Sambil bersuka di tepi kuala,
Masa jangan kita tangguhkan,
Tirai dibuka majlis bermula.

Pengerusi: Selamat pagi Cikgu Lim dan rakan-rakan saya. Topik perbincangan kami dalam
majlis forum pada pagi ini ialah membaca memerdekakan minda. Saya, Pang Hui Yee,
pengerusi forum pada pagi ini. Yang di sebelah kanan saya ialah Saudari Chong Jia Yun. Yang
di sebelah kiri saya ialah Saudari Toh Jih Peng dan Saudari Tan Xin Hui.
Hadirin yang saya hormati, tradisi membaca disinonimkan sebagai tabiat yang baik. Namun
dengan perkembangan terkini, seperti internet dan bahan multi-media lain, amalan membaca
telah menghadapi saingan hebat. Bagi pelajar, tujuan membaca adalah untuk lulus dalam
peperiksaan. Amalan membaca harus dipupuk kerana membaca dapat memerdekakan minda
kita. Jadi, saya ingin memulakan perbincangan ini dengan mengemukakan soalan kepada
Saudari Chong Jia Yun. Saudari, pada pendapat saudari, bagaimakah membaca boleh
memerdekakan minda?
Ahli Panel A: Terima kasih, pengerusi. Dalam era globalisasi kini, membaca adalah suatu
keperluan. Tanpa membaca seseorang itu tidak akan dapat ilmu, sukar hidup sempurna atau
bahagia. Melalui membaca, kita dapat membuka minda kepada pendapat atau pandangan
orang lain untuk kita pertimbangkan bagi membentuk pandangan kita sendiri. Cuba kita
bayangkan, jika kita hanya bergantung kepada Internet untuk mendapatkan maklumat,
maklumat yang didapati itu terhad kepada sumber tertentu sahaja. Maklumat tersebut
perlulah dianalisis sebelum digunakan. Maklumat yang didapati melalui membaca lebih
bergantung kerana mempunyai pengarang dan penerbit yang bertanggungjawab ke atas
kesahihan maklumat tersebut. Kita juga boleh mengetahui pengalaman dan pahit maung
yang dilalui oleh orang lain melalui membaca. Dengan ini, kita dapat mengambil iktibar
daripada pengalaman orang lain dan menemukan cara yang paling sesuai dalam menangani
cabaran hidup.
Ahli Panel C: Saya bersetuju dengan pandangan saudari Jia Yun. Membaca bukan sahaja
satu-satunya cara ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan, malah ia menjadi kunci ke arah
peningkatan kemahiran dalam sesuatu bidang ilmu. Selain dapat membentuk pandangan kita
sendiri, seseorang yang banyank membaca juga belajar berimaginasi secara tidak langsung.
Sebagai contoh, kita dapat menvisualkan apa yang berlaku dengan membaca buku cerita.
Membaca buku suspen atau novel yang berkaitan dengan cinta, kita terasa akan debarannya
atau sesuatu yang berlainan. Dengan ini, hidup kita dikaryakan dan dapatlah kita mempunyai
pemahaman yang baru terhadap sesuatu yang berlaku di persekitaran kita. Minda kita tidak
lagi dipenjara.
Pengerusi: Terima kasih, Saudari Jia Yun dan Saudari Xin Hui. Membaca memang boleh
memerdekakan minda kita dan memberi manfaat kepada kehidupan kita. Kita akan berfikiran
matang dalam menghadapi sebarang cabaran hidup. Oleh itu, kerajaan kita berusaha gigih
untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat dengan melancarkan pelbagai
aktiviti seperti bulan membaca dalam seluruh negeara. Bagaimanakah peratusan tahap
pembacaan masyarakat kita? Adakah ia meningkat atau tidak berbanding kajian yang
dilakukan selama 10 hingga 15 tahun lalu ini yang menunjukkan kadar yang rendah?

Ahli Panel B: Pengerusi, saya mempunyai pandangan dalam persoalan ini.


Pengerusi: Silakan, Saudari Jih Peng.
Ahli Panel B: Terima kasih, Saudari Hui Yee. Kini, peratusan tahap pembacaan masyarakat
kita sudah meningkat kepada dua buah buku setahun jika dibandingkan dengan kajian 10
tahun lalu yang menunjukkan satu atau dua muka surat setahun. Tidak dapat dinafikan
bahawa keupayaan membaca di kalangan masyarakat sudah menunjukkan peningkatan.
Dengan kata lain, kadar buta huruf sudah berjaya dikurangkan. Walaupun begitu, kita perlu
menggalakkan pembacaan yang bertujuan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Persoalan
ini sepatutnya ditekankan, terutamanya bagi golongan pelajar yang membaca sekadar untuk
menduduki peperiksaan. Mereka tidak menghayati atau memanfaatkan bacaan untuk tujaun
maklumat, hiburan dan membuat kajian. Tujuan mereka terlalu terhad. Contoh bahan bacaan
yang sesuai adalah surat khabar dan novel yang baik dari segi penggunaan bahasa.
Ahli Panel A: Kajian profil membaca yang terkini juga menunjukkan bahawa kadar yang
boleh membaca meningkat kepada 97 peratus tetapi yang mengamalkan pembacaan hanya
83 peratus. Namun begitu, daripada 87 peratus itu, kebanyakan mereka membaca surat
khabar, majalah dan kemudian barulah buku. Dalam erti kata lain, kumpulan terbesar ialah
pembaca surat khabar dan majalah. Amalan membaca surat khabar memang bagus kerana
ia sumber maklumat semasa yang utama. Tapi jika dilihat dalam jangka masa yang panjang,
fenomena ini merupakan suatu krisis kerana seseorang tidak boleh hanya membaca satu atau
dua bacaan sahaja. Kita seharusnya melibatkan sedikit dalam pelbagai jenis bacaan agar
dapat memerdekakan minda kita.
Pengerusi: Ya, pembacaan yang luas dan seimbang amat penting dalam kehidupan. Terima
kasih, Saudari Jih Peng dan Saudari Jia Yun. Peningkatan tahap pembacaan masyarakat kita
memang merupakan satu perubahan yang baik. Namun begitu, usaha masih diperlukan
dalam memupuk tabiat membaca dalam kalangan masyarakat. Apakah pandangan Saudari
Xin Hui tentang persoalan ini?
Ahli Panel C: Terima kasih, pengerusi. Pada pandangan saya, sudut kecil di rumah yang
bertujuan untuk pemupukan budaya membaca sudah memadai untuk peringkat permulaan.
Berdasarkan kajian, 41 peratus rumah di Malaysia mempunyai perpustakaan sendiri. Ahli
rumah yang mempunyai perpustakaan rumah didapati mempunyai kadar membaca yang
lebih tinggi. Bak kata pepatah, bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Langkah ini akan
menjadi lebih berkesan jika ibu bapa turut menemani anak-anak dalam memupuk tabiat
membaca. Selain itu, harga bahan bacaan sepatutnya berpatutan agar tidak menjadi beban
golongan masyarakat yang miskin. Aktiviti membaca selama 10 minit pada setiap pagi
bolehlah dijalankan oleh pihak sekolah sebagai langkah pertama untuk menyemai amalan
membaca dalam kalangan pelajar.
Ahli Panel B: Saya juga berharap syarikat-syarikat seperti Karangkraf dan sebagainya
perlulah menjalankan peranan dengan mengeluarkan bahan bacaan yang sesuai untuk semua
peringkat umur agar masyarakat Malaysia mempunyai lebih banyak pilihan dalam memilih
bahan bacaan yang sesuai dengan umur mereka. Dengan adanya kepelbagaian bahan
bacaan, pasti masyarakat Malaysia akan menjadi lebih tertarik untuk membaca. Di samping
itu, media massa juga berperanan penting dalam hal ini kerana mereka dapat menghebahkan
kepentingan tabiat membaca kepada masyarakat. Drama pendek yang berkaitan dengan
kepentingan membaca juga boleh dipertontonkan di televisyen kerana mesej yang

disampaikan oleh drama-drama yang ditayangkan di televisyen akan meresap dengan lebih
mudah
Pengerusi: Terima kasih, Saudari Xin Hui dan Saudari Jih Peng. Kesimpulannya, membaca
dapat memerdekakan minda kita dan memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan kita.
Sebagai pembaca yang bijak, kita haruslah memilih bahan bacaan yang sesuai. Bagi
memerdekakan minda anggota masyarakat, semua pihak wajarlah bekerjasama agar
Malaysia terus maju seiring dengan arus globalisasi. Setakat ini sahaja buat forum kami pada
pagi ini. Biar saya akhiri forum kita dengan serangkap pantun.
Pantun Penutup Acara
Bunga saroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan juga kami pohonkan.
Sekian, terima kasih.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Anda mungkin juga menyukai