Anda di halaman 1dari 6

Assalamualaikum w.b.t.

dan salam 1 Malaysia dan Salam Aidilfitri

Burung merpati terbang di awan Hinggap sebentar di pohon meranti Kami mengucapkan selamat datang Ke majlis penutupan Kursus Integriti Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan para tetamu jemputan, peserta-peserta kursus, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Penutupan Kursus Pembangunan Individu dan Organisasi Perkhidmatan Awam Integriti Anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan Tahun 2010. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat. Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian untuk tidak mengaktifkan telefon bimbit. UCAPAN PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia ............................
Yang Berbahagia Datin serta hadirin sekalian dijemput duduk. RADZIAH

BACAAN DOA Kalau pergi Tanjung Keramat Singgah sebentar rumah cik Samad Bersama kita memohon rahmat Moga majlis mendapat berkat Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya, marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah sempena majlis penutupan pada petang ini. Dengan ini majlis mempersilakan En. Mohd Aris bin Yusof, Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan..... Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Mohd Aris di atas bacaan doa itu tadi.

RADZIAH

SENARAI PROTOKOL 1. Yang Berbahagia Datin Timbalan 2. Yang Berusaha En Abdullah bin Yussuf Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan 3. Yang Berusaha En Kamaruzzaman bin Hj Ayob Timbalan Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan 4. En Mat Azalan bin Budin, En Azizi bin Zakaria Penolong Pengarah BTPN Negeri Sembilan 5. Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Sembilan dan PKG Negeri RADZIAH

6. Para peserta kursus, hadirin dan hadirat sekalian

UCAPAN ALU-ALUAN Ke Pekan Kuala membeli bingka Sayang pesanan terlupa sudah Majlis bermula tirai dibuka Dengan alunan madah nan indah RADZIAH Kuntum Melati tumbuh melata Burung merbah di pohon cemara Assalamualaikum pembuka bicara Selamat datang untuk semua

Hadirin dan hadirat yang dihormati, Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama sekali lagi dalam Majlis Penutup Kursus Pembangunan Individu dan Organisasi Perkhidmatan Awam Integriti Anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan. Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Datin, para hadirin serta para peserta kursus ke majlis ini. Untuk makluman Datin serta hadirin sekalian, kursus ini telah diadakan selama 2 hari bermula dari 23 September 2010 dan akan berakhir pada petang ini 24 September 2010. Untuk makluman Datin dan para hadirin sekalian juga, para peserta kursus terdiri daripada Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan dan juga Pusat Kegiatan Guru seluruh Negeri Sembilan. Manakala penceramah yang telah dijemput untuk memberi ceramah adalah daripada Institut Integriti Malaysia dan juga daripada SPRM Negeri Sembilan. Dalam kursus ini para peserta telah didedahkan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan Intergriti dalam perkhidmatan awam, antaranya ialah : i. Prinsip dan Falsafah Integriti serta Pelaksanaan ii. Peranan akujanji dalam Mewujudkan Perkhidmatan Awam berintegriti iii. Integriti Pengurusan Kewangan iv. Pengenalan Rasuah, Penyelewengan dan Salah Guna Kuasa Dalam Perkhidmatan Awam v. Langkah-langkah Pencegahan Rasuah, Penyelewengan dan Salah Guna Kuasa dalam Perkhidmatan Awam. Pameran berkaitan dengan Anti Rasuah juga telah diadakan oleh pihak SPRM di ruang legar BTPN. 3

Hadirin dan hadirat sekalian, Saya tertarik dengan sebuah iklan yang diterbitkan oleh DRB-HICOM beberapa tahun dulu sempana meraikan 50 tahun kemerdekaan. Si anak di dalam iklan tersebut bertanya kepada bapanya, seorang pemandu : Bagaimana untuk menjadi drebar yang baik? Si bapa menjawab : sekerat...kerja kuat. Si anak bertanya lagi... yang sekerat lagi apa dia? Si bapa menjawab : Yang sekerat lagi amanah... Hadirin sekalian, amanah berkait rapat dengan dua perkara penting iaitu intergriti dan akauntibiliti. Apalah gunanya kita sebagai penjawat awam jika hanya melaung-laungkan cinta dan kasih terhadap negara dan organisasi tetapi dalam masa yang sama kita tidak mempunyai nilai-nilai amanah, boleh dipercayai, jujur, taat dan mempunyai sifat peribadi yang luhur...ingatlah we hold the people trust, therefore we must be trusted. UCAPAN ALU-ALUAN OLEH KPP / TIMBALAN KPP BAH TEK PEND NEGERI SEMBILAN Hadirin yang dihormati, Bagi meneruskan majlis pada petangi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh En Abdullah bin Yussuf, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengarah di atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi....

RADZIAH

UCAPAN PENUTUP Yang Berbahagia Timbalan BTP KPM Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berbahagia Datin .................................................................................................................... ..........(Bahagian Teknologi Pelajaran Malaysia) untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup secara rasmi Kursus Pembangunan Individu dan Organisasi Perkhidmatan Awam Integriti Anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi Berbahagia Datin sebentar tadi. terima kasih di atas ucapan Yang RADZIAH

Mohon Yang Berbahagia Datin untuk terus berada di atas pentas bagi majlis penyampaian sijil kepada para peserta kursus. PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAMATA Untuk menyempurnakan acara, dijemput En Abdullah bin Yussuf naik ke pentas bagi mengiringi Yang Berbahagia Datin untuk menyampaikan sijil kepada para peserta. Penyampaian sijil dimulakan dengan : RADZIAH

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datin atas kesudian itu tadi. Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia En Abdullah bin Yussuf, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Negeri Sembilan menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Datin....... Majlis mempersilakan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan KPP.

LAWATAN KE PAMERAN Hadirin dan hadirat sekalian, Sempurnalah sudah Majlis Penutup Kursus Pembangunan Individu dan Organisasi Perkhidmatan Awam Integriti Anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan bagi tahun 2010 pada petang ini. Semoga kursus yang dijalankan dapat memberi fokus kepada pemantapan dan RADZIAH membudayakan Etika dan Integriti dalam kalangan penjawata awamkhususnya serta anggota masyarakat secara amnya. Majlis seterusnya menjemput Yang Berbahagia Datin diiringi Tuan KPP, para jemputan serta hadirin sekalian ke Majlis Jamuan yang disediakan di Cafe BTPNNS. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Dengan berakhirnya majlis itu tadi, maka majlis pada petang ini menutup tirainya. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan menghadiri kursus ini dan majlis ini diakhiri dengan dua pantun. Diatas dahan burung tempua Melihat rusa tepi perigi Salam perpisahan untuk semua Di lain masa bersua lagi Bunga seroja di atas cemara Jatuh sekuntum di atas para Andai kata tersilap bicara Kemaafan jua yang kami pinta RADZIAH