Anda di halaman 1dari 7

1

MAJLIS IFTAR JAMAIE & WACANA ILMU PERDANA JABATAN


PENDIDIKAN SELANGOR TAHUN 2015
TARIKH
MASA
TEMPAT
MASA
6.00 pm

: 03 Julai 2015 ( Jumaat )


: 6.00 petang
: SURAU AN-NUR, JPS
CUE
Ketibaan
tetamu

ANN 1
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan
kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis
Wacana Ilmu Tajdid Iman & Amal Jabatan
Pendidikan Selangor.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan
serta hadirin sekalian majlis akan bermula
sebentar lagi.
Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta
hadirin sekalian diminta mengambil tempat.

MASA
6.05 pm

CUE
Penceramah
dan tetamu
ambil tempat.
Sapaan.

Alhamdulillahi
wassalam ......

ANN 2
rabbi
alamain

wassolatu

Assalamualaikum wbt.
Ramadhan Kareem.
Yang Berusaha.
En. Zainuren Bin Mohd Nor.
Pengarah Pendidikan Selangor
Yang Berusaha,
Tn Hj Mohd Salleh Bin Mohd Kassim
Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor.
Yang dihormati,
Ustaz Dr. Hj. Zaharuddin Bin Hj.Abd. Rahman
Penceramah Jemputan
Mantan2 Pengarah Pendidikan Selangor
Ketua-ketua sektor,
Pegawai & staf sokongan Jabatan Pendidikan
Selangor dan para hadirin yang dirahmati
Allah sekalian.

MASA
6.08 pm

CUE
Pengenalan

ANN 3
Terlebih dahulu dipanjatkan rasa syukur ke
hadarat Ilahi. Di atas limpah perkenan-Nya,
kita sama-sama berada di bulan Ramadhan
penuh barokah ini.
Kami di Jabatan Pendidikan Selangor amat
mengalu-alukan kehadiran Mantan-mantan
Pengarah
Pendidikan
Selangor,
Mantan
pegawai2 dan Ustaz Dr Hj. Zaharuddin Bin Hj.
Abd. Rahman dan para tetamu jemputan ke
Majlis Iftar Jamaie dan Wacana Ilmu Khas
Ramadan
Peringkat
Jabatan
Pendidikan
Selangor Tahun 2015.
Ahlan
wa
sahlan
hudhuurikum.
Tuan-tuan/puan-puan
sekalian,

wa

marhaban

bi

yang dirahmati Allah

Majlis Wacana Ilmu kita pada kali ini cukup


istimewa kerana kita berada dalam bulan
Ramadhan yang penuh rahmat ini. Dan InsyaAllah, selepas ini kita akan dapat berbuka
bersama-sama dan Insya-Allah, kita dapat
melaksanakan solat sunat tarawih di surau AnNur yang permai ini.
Majlis merakam ucapan terima kasih di atas
kehadiran tuan/puan ke majlis iftar jamaie dan
wacana ilmu khas Ramadan pada petang ini.
Majlis juga mengucapkan ucapan terima kasih
di atas kesudian warga jabatan bersama-sama
menyumbang tenaga dan kewangan bagi
menjayakan majlis kita pada petang ini.
Jazakallahu khairan kathiira.
Sedikit info untuk makluman tuan/puan.
Tentatif program pada petang ini ialah :
6.00 pm : Wacana Ilmu yang bakal
disampaikan oleh penceramah jemputan kita
yang cukup tersohor di negara kita iaitu Ustaz
Dr. Hj. Zaharuddin Bin Hj. Abd Rahman.

Selepas itu, kita akan mendengar dan


menekuni ucapan Tuan Pengarah Pendidikan
Selangor.
Lebih kurang pukul 7.00 nanti kita akan
bertahlil dan doa selamat yang akan dipimpin
oleh Al-Fadhil Ustaz Tn. Hj. Ghazali Bin Tohir.
Masuk sahaja waktu berbuka,kita akan
berbuka di surau dan solat maghrib
berjemaah.
Sebaik sahaja selesai solat sunat badiah
Maghrib, kita akan sama-sama ke lokasi
jamuan
di
Garaj
Berbumbung
untuk
menikmati juadah yang telah disediakan
istimewa untuk tuan/puan yang hadir pada
petang ini.
Masuk sahaja waktu Isyak kita akan solat
Isyak dan solat sunat terawih yang bakal
diimamkan
oleh
__________________________________
yang
didatangkan dari Mesir. Terima kasih kepada
Surau Kayangan Height yang membenarkan
beliau bersama kita pada hari ini.
Selesai sahaja solat sunat Tarawih, kita akan
menikmati jamuan ringan (moreh) pula dan
selepas itu kita bersurai.
Sebelum
majlis
menjemput
dan
mempersilakan tuan penceramah ke meja
hadapan, saya bacakan sedikit biodata Ustaz
Dr Hj Zaharuddin Bin Hj. Abd Rahman.
Jawatan Sekarang

1. Penolong Professor (Assistant Professor atau


Pensyarah Kanan), Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia
2. Ahli, Majlis Penasihat Shariah, ACR
ReTakaful Berhad, Malaysia
3. Ahli, Majlis Penasihat Shariah ACR MEA
Takaful, Bahrain
4. Perunding & Pakar Shariah, Bank Negara

Malaysia
5. Penasihat Shariah, Yasmin Holdings Group
Sdn Bhd
6. Penasihat Shariah, Storm Readers Sdn Bhd
7. Penasihat Shariah, BNP Paribas Najmah
Malaysia
8. Penasihat Shariah, Exim Bank Berhad
9. Penasihat Shariah, Salam Capital Sdn Bhd
10.Felo Dakwah, YADIM
11.Konsultan Shariah, Majalah Al-Ustaz
12.Penerima Anugerah Media Islam Negara
Ke3, Laman Web Islamik terbaik
13.Kolumnis Majalah I, Terbitan Karangkraf Sdn
Bhd
14.Kolumnis Majalah Solusi, (Ruangan Fiqh
Muamalat) terbitan Telaga Biru Sdn Bhd
15.Kolumnis Majalah Al-Ustaz terbitan Telaga
Biru Sdn Bhd
16.Kolumnis Majalah Iktisad, terbitan Yayasan
Muslimin Berhad
17.Presiden, Multaqa Asatizah & Du'at
(MURSHID)
18.Kolumnis, Akhbar Mingguan Malaysia.
19.Penceramah undangan di TV1, TV3, TV9, TV
Al-Hijrah, Astro, TV al-Hikmah, Radio IKIMfm,
Radio Bernama 24, Radio Nasional
Kelulusan

B.A ( Hons) , Usuluddin, Universiti Malaya


dan

M.A, Shari'ah (Hons) , Univ. Al-Yarmouk,


Jordan

PhD, Syariah & Islamic Finance, Univ of

Wales, United Kingdom

Tawliah Berceramah dari Jabatan Agama


Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) No Ruj :
pmwp/600/2klt.6(138)

Tawliah Ceramah , Jabatan Agama Islam


Selangor (JAIS)

Ijazah Ilmiah dari Syeikh Al-Imam Dr Yusuf


Al-Qaradawi

Buku ( Books published / to be )


1. Wang, Anda dan Islam terbitan True
Wealth Sdn Bhd (Dec 2007) - 7,000 copies
in 12 months
2. Money You and Islam, terbitan True
Wealth Sdn Bhd (Dec 2008)
3. Formula Solat Sempurna, terbitan Telaga
Biru Sdn Bhd (March 2008) - Best Seller
14,000 copies in 9 months
4. Untukmu Wanita, terbitan Galeri Ilmu Sdn
Bhd (Ogos 2009)
5. Untukmu Umat, terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
(Julai 2009)
6. Riba dan Isu Semasa Kewangan,
terbitan Telaga Biru Sdn Bhd (Feb 2010)
7. Kontrak and Produk Perbankan Islam,
terbitan Telaga Biru Sdn Bhd (Oktober 2009)
8. Islamic banking Products and issues,
terbitan Cert Publication Sdn Bhd
9. Maqasid As-Shariah Fi Ahkam al-Buyu'
(in arabic), terbitan IIUM Press (April 2009)
10.Comprehensive Prayer Formula,
terbitan Telaga Biru Sdn Bhd (Nov 2009)
11.Murabahah : Teori, Isu dan Aplikasi,
terbitan True Wealth Sdn Bhd (June 2009)
12.Ledakan Facebook : Antara Dosa &

Pahala, terbitan PTS Islamika (Jan 2012)


13.Diari Musafir, Jangan Berhenti Berlari,
terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd (April 2012)
14.Indahnya Politik Cara Islam (2013)
15.Fiqh Kewangan Islam terbitan PTS
(2014)
16.Ajaibnya Sedekah terbitan Telaga Biru
(2014)
17.Formula Solat Sempurna Ekspress
terbitan Telaga Biru (2013)
18.Sebelum Menjadi Ulama & Pendakwah
terbitan Telaga Biru ( 2014 )

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah


sekalian,
Tanpa melengahkan masa, pihak majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan
Ustaz Dr. Hj. Zaharuddin Bin Hj. Abd Rahman
untuk menyampaikan ceramah beliau.
Tafaddhol masykuuro.
_______________________________
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di
atas perkongsian ilmu itu tadi. Dan saya yakin
perkongsian oleh Yg Bbhgia Ustaz Dr. Hj
Zaharuddin Bin Hj Abd Rahman itu tadi telah
memberikan banyak input kepada kita semua.
Dan semolek-moleknya ilmu itu tadi dapat
diaplikasikan pula dalam amalan seharian
kita.Insya-Allah.
MASA
6.50 pm

CUE
Ucapan Tuan
Pengarah
Pendidikan
Selangor

ANN 4
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Tuan
Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor, Tuan
Haji Mohd Salleh Bin Mohd Kassim.
Dengan segala hormatnya,majlis
mempersilakan.

7
Tafaddhol masykuro.
___________________________
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di
atas ucapan Yg Berusaha Tuan Timbalan
Pengarah Pendidikan Selangor sebentar tadi.
MASA
7.00 pm

CUE
Tahlil

ANN 5
Majlis diteruskan lagi dengan majlis tahlil dan
doa selamat yang akan dipimpin oleh Tuan Hj
Ghazali Bin Tohir dari Sektor Pendidikan Islam.
Dipersilakan al fadhil ustaz.

MASA
7.40

CUE
Jemput jamuan

ANN 6
Semua hadirin/hadirat dijemput ke parkir
berbumbung untuk menjamu selera.

Anda mungkin juga menyukai