Anda di halaman 1dari 1

Dalam mafhum sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim,

Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa pada suatu hari Nabi saw telah mencium cucu
baginda iaitu al-Hasan bin Ali di hadapan khalayak para sahabat ridhwanullahi alaihim
ajmaiin. Lalu seorang sahabat yang bernama al-Aqra bin Haabis al-Tamimiy memaklumkan
kepada Nabi saw bahawa beliau mempunyai sepuluh orang anak namun beliau langsung
tidak pernah mencium seorang pun daripada anak-anaknya. Lalu Nabi saw memberi kata
nasihat kepada beliau dengan sabda Baginda : Sesiapa yang tidak mengasihi (orang lain),
maka dia tidak akan dikasihi.
Begitu indahnya akhlak Nabi saw dalam mendidik para bapa untuk mengasihi anakanak mereka. Didikan terhadap anak-anak perlulah dilakukan dengan penuh kasih sayang
dan keikhlasan. Apabila rasa kasih dan sayang hasil didikan Islam itu telah meresapi ke
dalam jasad sesebuah institusi keluarga maka bunga-bunga kemesraan dan keharmonian
akan segar mekar dalam jiwa setiap ahli anggotanya. Inilah rahmat kasih sayang Allah swt
yang nampak seakan kecil tetapi tiada nilai bandingannya. Benarlah sabda Nabi saw
dengan sabda Baginda: Allah swt menciptakan kasih sayang itu sebanyak seratus
bahagian. Dia memegang 99 bahagian daripadanya dan menurunkan satu bahagian sahaja
ke dunia. Dengan satu bahagian inilah setiap makhluk berkasih sayang, sehinggakan seekor
kuda akan mengangkat kaki takut-takut mencederakan anaknya. (Hadith riwayat Imam alBukhari).

Apabila menyebut tentang pendidikan anak-anak, maka pendekatan secara


berhikmah perlulah diterap oleh setiap ibubapa. Apa yang dimaksudkan dengan berhikmah
di sini adalah pendekatan yang paling sesuai dengan keadaan fizikal dan mental anak-anak
tersebut. Antara pendekatan penting yang boleh diterapkan dalam institusi kekeluargaan
adalah dengan mengajak anak-anak untuk solat secara berjemaah. Pendekatan solat
berjemaah ini adalah wasilah terbaik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Apabila
seseorang bapa mengimamkan solat berjemaah di rumah maka anak-anak akan terkesan
dengan ibadah solat yang dilakukan dan akan mewujudkan rasa taat dan sayang kepada
bapanya. Nabi saw juga menyuruh setiap bapa untuk mengimarahkan rumahnya dengan
ibadah solat. Sabda Nabi saw : Apabila seseorang daripada kamu telah menunaikan ibadat
solat di masjid, maka apabila pulang jadikanlah sebahagian bahagian solat itu untuk
keluarga kamu (iaitu solat bersama keluarga) Sesungguhnya Allah swt menjadikan kebaikan
untuk rumahnya (ahli keluarganya) daripada solat tersebut. (Hadith riwayat Imam
Muslim).

Anda mungkin juga menyukai