Anda di halaman 1dari 33

MAJLIS PERASMIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN TEKNOPEN ANJURAN BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN DENGAN KERJASAMA JABATAN

PELAJARAN NEGERI SEMBILAN 5 FEBRUARI 2008 (SELASA, JAM 2.30 PETANG)

1.

PENGUMUMKAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn Saifulnizam b Mohd Ali , Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

2.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Hadirin yang dihormati, Marilah sama-sama kita nyanyikan lagu Negaraku. Negaraku, tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta. (Lagu Negaraku dan apabila selesai hadirin dipersilakan duduk)

3.

BACAAN DOA

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Dengan Limpah Kurnianya Marilah kita semua, Selaku insan kerdil sifat dan upaya, Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih, Menghimpunkan segala harapan dan hasrat, Dengan bait-bait doa serta munajat Sempena Majlis Perasmian Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat Negeri Sembilan tahun 2007/2008

Majlis mempersilakan En.Mohd Aris B Yusof, Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan seketika memimpin pembacaan doa. Dipersilakan. untuk tampil

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh Al Fatihah

Ya Allah kurniakanlah kami lidah yang lembut dan basah menyebut nama-Mu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu. Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk dan ilmu yang berguna.

Wahai Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang, pada hari yang penuh barakah ini, dengan ketentuan dan restu-Mu jua Ya Allah, kami warga pendidik berkumpul di dewan ini bagi melaksanakan Majlis Anugerah TEKNOPEN peringkat Negeri Sembilan, justeru menzahirkan kesyukuran kami atas rahmat dan nikmat-Mu, kerana majlis ini dapat dilaksanakan sebagaimana yang telah dirancang dan dijadualkan dengan perkenan-Mu jua Ya Allah.


Kami memohon keredhaan dan keberkatan-Mu Ya Allah, kerana tiada keberkatan dan keredhaan-Mu dan tiada kelangsungan majlis ini tanpa kehendak-Mu. Ya Allah jadikanlah kami insan yang sentiasa ingin menambah ilmu, mahu bertukar-tukar fikiran, idea dan pendapat, sehingga kami mencapai satu kesepakatan yang menyumbang kepada tamadun tinggi

berasaskan ilmu dan ilmiah, serta menyanjung mulia pusaka akhlak, adab dan pekerti, berbudi bahasa, oleh itu Ya Allah, eratkanlah kemesraan dan persaudaraan kami, khususnya peserta. Kami jua pohon perlindungan dariMu Ya Allah dari perasaan keluh kesah, gelisah, malas bekerja, suka membuang masa, berpura-pura dan tidak tahu membuat keputusan, sesungguhnya bagi-Mu kesemua itu amat mudah.


Wahai Tuhan kami, kami dengan rasa rendah diri memohon agar majlis yang diadakan pada petang ini mencapai objektif dan matlamatnya iaitu sebagai perangsang, pendorong dan motivasi bagi para pendidik di Negeri Sembilan khasnya agar lebih kreatif dalam menghasilkan bahan bantu mengajar yang berkesan dan menggunakan media pendidikan secara optimum dalam P&P. Demikian jua ya Allah, kami pohonkan agar segala usaha dan amal yang kami laksanakan untuk memartabatkan penggunaan ICT di sekolah akan mendapat sepenuh kejayaan dan keredhaan serta restu-Mu di sepanjang zaman . Akhirnya kami mohon restu-Mu Ya Allah, agar limpahkanlah rahmat dan ihsan kepada kami dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan tugas dan kewajipan. Kurniakanlah kepada kami nikmat kesejahteraan dan

keselamatan, kesihatan dan kesempurnaan agar dapat kami berusaha menuju ke arah kejayaan dan kegemilangan.


(APABILA SELESAI DOA) Terima kasih diucapkan kepada .En.Mohd Aris b. Yusof.atas bacaan doa sebentar tadi.

4.

KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

- Yang Berhormat Tn Saifulnizam b Mohd Ali , Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus mewakili Menteri Besar NSDK - Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Husin b Osman, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. - Yang Dihormati Tn Hj Jamal b Hj Salim,

Pengarah Pelajaran NSDK - Yang Berusaha Tn.Hj.Mohd Nor B Abdul Karim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NSDK merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat Negeri Sembilan Tahun 2007/2008 - Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah , - Ketua-ketua Jabatan Bahagian Teknologi Pendidikan ,JPNS dan Jemaah Nazir Negeri Sembilan - Pengetua-pengetua kanan , para pengetua - Guru-guru Besar cemerlang, para guru besar, -Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan - Para jemputan, Tuan-tuan dan Puan-puan Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Sirih pinang di dalam puan, Buat santapan putera idaman, Sebagai hidangan puteri rupawan, Buat cicipan dagang nan maulan; Selamat datang kami ucapkan, Buat tuan puan budiman, Ke sidang majlis penuh taakulan, Bersama merapat ukhwah dan taulan.

Hadirin yang dihormati, Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi lantaran dengan izinNya dapat kita mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus .

Saya bagi pihak Jawatankuasa Majlis

mengalu-alukan kehadiran Yang

Berhormat serta para jemputan ke majlis ini.

Untuk makluman semua majlis ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan para pendidik menghasilkan serta menggunakan BBM Perisian Multimedia interaktif merentasi KBKK secara bersepadu serta menggalakkan guru-guru membina laman web yang berinformatif sesuai dengan matlamat dan halatuju pendidikan ke arah pembentukan dan juga perluasan pembestarian sekolah, selaras dengan saranan Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu meningkatkan kualiti infrastruktur sokongan pengajaran dan pembelajaran yang berkarisma.

4.1.

TAYANGAN KLIP VIDEO

Hadirin yang dihormati, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri(BTPN) merupakan jaringan peringkat negeri yang melaksanakn dasar dan aplikasi teknologi pendidikan. Ia merupakan pusat professional pendidikan untuk membantu guru-guru meningkatkan kualiti pendidikan dalam bilik darjah. Hal ini dilaksanakan melalui konsep perkongsian, permuafakatan dan penglibatan kumpulan guru

di semua peringkat seluruh negara. Sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan, program peningkatan profesinalisme guru dan penyebaran inovasi pendidikan dilaksanakan melalui perkhidmatan sokongan serta penyebaran budaya teknologi pendidikan. Bagi mengenal dengan lebih dekat lagi BTPN Negeri Sembilan serta fungsinya maka dipersembahkan tayangan klip video korporat Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NSDK.

(TAYANGAN KLIP VIDEO DAN APABILA SELESAI) Terima kasih diucapkan kepada krew penggambaran BTPNNS atas penghasilan klip video korporat BTPN, NSDK.

5.

UCAPAN ALU-ALUAN KPP (PENGERUSI JK PENGANJUR)

Tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis pada petang ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Tuan Hj.Mohd Nor b Abdul Karim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri NSDK. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

10

Terima kasih Pengerusi Majlis. Yang Berhormat Tn Saifulnizam b Mohd Ali , Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus mewakili Menteri Besar NSDK, Yang Berbahagia Tn Hj. Mohd Husin b Osman,

Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Yang Dihormati Tn Hj Jamal b Hj Salim, Pengarah Pelajaran NSDK, Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah , Ketua-ketua Jabatan Bahagian Teknologi Pendidikan , Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan Jemaah Nazir Negeri Sembilan, Pengetua-pengetua kanan , para pengetua, Guru-guru Besar cemerlang, para guru besar, Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan, para jemputan, tuan-tuan dan puan-puan. Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terlebih

dahulu

marilah

kita

sama-sama

melafazkan

setinggi-tinggi

kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis Anugerah

Kecemerlangan TEKNOPEN Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Yang Berhormat bagi menyempurnakan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN pada kali ini. Sesungguhnya Kerajaan Negeri Sembilan amat perihatin terhadap agenda memperkasa pendidikan khususnya mempertingkatkan bidang penggunaan teknologi pendidikan. Kepada Kerajaan Negeri Sembilan

11

khususnya di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan, kami amat hargai segala apa jua sumbangan dan bantuan yang dihulurkan kepada kami selama ini.

Yang Berhormat, tuan- tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

Tahun Ini merupakan tahun yang kelapan Bahagian Teknologi Pendidikan menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan yang antara lain objektfnya adalah untuk mencungkil dan mengembangkan potensi guru dalam penghasilan bahan bantu mengajar. Jika dahulu bahan bantu mengajar konvensional seperti carta, slaid, video, diorama dan pelbagai lagi dibina untuk memudahkan guru mengajar, tetapi kini dengan berkembangnya teknologi ICT di negara kita perubahan berlaku kepada pembinaan alat bantu mengajar ini. Kini alat bantuan mengajar berubah kepada penggunaan ICT seperti Persembahan Power Point, Course Ware dan Laman Web. Ianya sangat jauh berbeza dan memerlukan kepakaran dan kemahiran menguasai komputer. Pengetahuan, bakat dan kreativiti adalah penting dalam membina alat bantuan mengajar ini supaya ia dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari sesuatu topik yang dtunjukkan. Usaha ini menyuburkan potensi guru dalam mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.

Tuan tuan dan puan puan yang dihormati,

Hari ini kita menyaksikan pertandingan penghasilan bahan Bantu mengajar (BBM) secara intergrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

12

digabungkan

dengan

kemahiran

berfikir

secara

kritis

dan

kreatif.

Pertandingan ini adalah bertujuan menggalakkan para pendidik membina bahan serta menggunakan elemen kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif supaya proses pembelajaran menjadi lebih mudah, berkesan dan menarik serta berkeupayaan menyemarakkan idea-idea kritis dan kreatif dalam kalangan pelajar. Kita akan dapat memantapkan kefahaman pelajar dalam subjek yang dipelajari di dalam bilik darjah jika guru kreatif dan inovatif dalam menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dengan sokongan bahan bantu mengajar yang baik dan menarik. Pada hemat saya pertandingan ini perlu diteruskan pada masa yang akan datang supaya ia dapat mencungkil seramai yang boleh guru-guru berkemahiran dan berbakat untuk menghasilkan seberapa banyak bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh semua guru. Saya percaya kesan jangka panjangnya amat positif kepada perkembangan pembelajaran di negara kita. Bagi tujuan itu kami amat mengharapkan semua pihak. Tuan tuan dan puan puan sekalian, bantuan dan sumbangan daripada kerajaan negeri dan

Pembestarian sekolah adalah fokus utama Kementerian Pelajaran Malaysia menjelang 2010 di mana semua sekolah akan menjadi sekolah bestari. Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep

13

Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta

memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan

menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkini, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini

Tuan tuan dan puan puan yang dihormati,

14

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Negeri Sembilan dengan bantuan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah proaktif mendapatkan sijil pengiktirafan ISO 9001:2000 bagi menjamin pengurusan berkualiti. Dengan adanya pengurusan berkualiti ini diharapkan segala proses pengurusan akan dapat berjalan dengan cekap dan juga memberi perkhidmatan terbaik untuk semua pihak..

Akhir kata saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Saifulnizam b Mohd Ali yang mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan serta semua pihak yang menyumbang kepada kejayaan majlis ini.Tahniah kepada sekolah dan guru guru yang berjaya. Sekian terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah. Wassalamualaikum

Warahmatullahi wabarakatuh. Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan KPP BTPNNS atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

6.

UCAPAN PENGARAH BTP, KPM

Bagi meneruskan acara,

majlis dengan hormatnya mempersilakan Tn Hj

Mohd Husin bin Osman, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

15

Terima kasih saudari pengacara majlis, Yang Berhormat Tn Saifulnizam b Mohd Ali , Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus mewakili Menteri Besar NSDK, Yang Dihormati Tn Hj Jamal b Hj Salim,

Pengarah Pelajaran NSDK, Yang Berusaha Tn.Hj.Mohd Nor B Abdul Karim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NSDK merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis Anugerah

Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat Negeri Sembilan Tahun 2007/2008, Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah , Ketua-ketua Jabatan Bahagian Teknologi Pendidikan , Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan Jemaah Nazir Negeri Sembilan, Pengetua-pengetua kanan , para pengetua, Guru-guru Besar cemerlang, para guru besar, Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan, para jemputan, tuan-tuan dan puan-puan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu, marilah kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnianya, kita dapat bersama-sama menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun ini. Sekalung tahniah juga saya ucapkan kepada BTPN NS , Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan rangkaian kerana dapat menjayakan majlis ini. Kerjasama serta semangat setiakawan ini amat penting kerana dapat memberi inspirasi kepada kita semua dalam memartabatkan profesion keguruan.

16

Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan puan yang saya hormati, Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada usaha kaum guru menghasilkan bahan bantu mengajar perisian multimedia berasaskan MS Powerpoint dan laman web sekolah dalam mempertingkatkan P&P secara berkesan. Sesungguhnya BTPNNS dan rangkaian telah menjadi nadi penggerak membangunkan perisian teknologi pendidikan di mana P&P berkesan dapat dilaksanakan oleh warga pendidik.

Hadirin sekalian,

Saya amat yakin majlis ini boleh memenuhi kehendak pendidikan bestari yang bakal melahirkan pelajar yang bijaksana, berfikiran kreatif dan menghayati pembelajaran berterusan. Lantaran itu warga pendidik perlu sentiasa mempelajari ilmu pengetahuan baru dan mempelbagaikan

penggunaan bahan bantu mengajar dalam P&P kerana para pelajar mempunyai perbezaan dalam memahami dan mengetahui sesuatu perkara. Perbezaan ini merupakan cabaran kepada kaum guru dalam meningkatkan potensi minda pelajar semasa P&P di bilik darjah.

Sememangnya tidak ada pihak yang boleh menafikan bahawa teknologi pendidikan adalah penting dalam usaha mencapai pendidikan berkualiti. Namun dengan kewujudan pelbagai perkembangan dalam teknologi

komunikasi maklumat, profesion keguruan terpaksa berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran pendidikan. Cabaran-cabaran tersebut bukan sahaja menuntut kegigihan para pendidik dalam memartabatkan profesion

17

mereka tetapi juga harus berupaya menampilkan diri dengan beberapa ketrampilan baru dalam aspek teknologi moden serta ketinggian ilmu dalam mendidik dan membimbing generasi muda negeri ini.

Di samping itu para pendidik juga diharapkan dapat menguasai pelbagai ilmu serta ketrampilan teknologi moden yang boleh menjana, menyubur serta mengembangkan minat, bakat dan kebolehan anak didik mereka supaya lebih berinovatif dan berwibawa dalam konteks dunia global serta menangani cabara-cabaran sosial semasa. Justeru warga pendidik perlulah peka dan bergerak pantas ke arah penciptaan kaedah P&P dan peralatan teknopen baru yang lebih berkesan. Sebagai pendidik kita sama-sama berusaha mencari kaedah-kaedah baru yang kreatif dalam menghasilkan lebih banyak bahan pelbagai bentuk. Elemen yang ada dalam konsep kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif akan menjana minda pelajar dan memperkaya proses pembelajaran.

Saya tidak berhajat untuk berucap lebih pajang lebar lagi, tetap saya perlu memberitahu satu perkara iaitu era teknologi semakin berkembang, pembelajaran semakin mudah dengan ada teknologi dan pelbagai maklumat mudah diperolehi. Oleh itu, para pendidik perlu sedar dengan tugas dan tanggungjawab yang lebih besar perlu dipikul bagi memastikan para pelajar disekolah dapat manfaat yang sewajarnya. Bukan mudah untuk mengubah pemikiran dan paradigma sesuatu bangsa melainkan dengan asuhan dan panduan yang sistematik mengikut peredaran semasa. Harapan saya agar program serta anugerah seperti ini dapat diteruskan bagi memberi

18

pengiktirafan kepada guru-guru yang telah menunjukkkan kecemerlangan dalam membina bahan bantu mengajar bagi kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus dalam bilik darjah.

Yang berhormat, tuan-tuan dan puan puan yang saya hormati,

Terima kasih juga atas kehadiran tetamu jemputan dan setinggi tahniah kepada penerima anugerah yang terpilih pada hari ini dan berharap kejayaan ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan. Akhir kata, Wabillahitaufik walhidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengarah BTP, Kementerian Pelajaran Malaysia.

7.

UCAPAN PERASMIAN OLEH YB TN SAIFULNIZAM B MOHD ALI

Hadirin yang dihormati, Segala bicara sama dinanti, Rintihan hati sama diselami, Bisikan nurani sama difahami, Luahan azimat sama didengari.

19

Kini tibalah masanya yang kita tunggu dan nantikan iaitu ucapan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat negeri Sembilan Tahun 2007/2008.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Saifulnizam b Mohd Ali ,Pengerusi JK Bertindak Pelajaran NSDK mewakili Menteri Besar NSDK menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis pada petang ini.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih saudari pengacara majlis, Yang Berbahagia Tn Hj. Mohd

Husin b Osman, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Yang Dihormati Tn Hj Jamal b Hj Salim, Pengarah Pelajaran NSDK, Yang Berusaha Tn.Hj.Mohd Nor B Abdul Karim, Ketua Penolong merangkap Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NSDK

Pengerusi

Jawatankuasa

Pengelola

Majlis

Anugerah

Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat Negeri Sembilan Tahun 2007/2008, Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah , Ketua-ketua Jabatan Bahagian Teknologi Pendidikan , Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan Jemaah Nazir Negeri Sembilan, Pengetua-pengetua kanan , para pengetua, Guru-guru Besar cemerlang, para guru besar, Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru Negeri Sembilan, para jemputan, tuan-tuan dan puan-puan.

20

Pertama sekali, marilah kita mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhananu Wataaala kerana dengan limpah-Nya jua dapat kita sama-sama berhimpun dalam Majlis Anugerah kecemerlangan TEKNOPEN pada petang yang mulia ini. Sesungguhnya ini merupakan kali pertama saya

menyampaikan ucapan perasmian pada majlis BTPN Negeri Sembilan. Saya berasa begitu terharu dan amat berterima kasih diberi amanah dan tanggungjawab oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Seri Utama Hj Mohamad b Hj Hasan untuk menerajui Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam urusan Pelajaran dan Pengajian Tinggi. Ia amat besar maknanya bagi diri saya dalam menunaikan tanggungjawab memajukan pendidikan di Negeri Sembilan.

Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Sembilan mengucapkan tahniah atas usaha Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan menganjurkan Majlis Anugerah

Kecemerlangan TEKNOPEN sejak 8 tahun lalu. Majlis Anugerah ini amat bermakna dalam usaha Kerajaan Negeri memartabatkan kecemerlangan pendidikan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Pendidikan amat penting dalam usaha kerajaan meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat. Ilmu pengetahuan adalah medan ekonomi pada masa hadapan. Aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Membangunkan modal insan menjadi agenda utama kerajaan ke arah

21

cemerlang, gemilang dan terbilang. Apabila kita berkhidmat dengan niat yang betul, insya-Allah kita akan mencapai terbilang dalam kalangan terbaik. Niat merupakan tanggapan dan wawasan yang ada pada seorang insan tentang apa yang ingin dilakukan atau diamalkan. Salah satu prinsip yang sangat berguna kepada prestasi kerja seseorang. Setiap orang dalam organisasi bertanggungjawab untuk menentukan kejayaan organisasi dan bukan terserah kepada pemimpin semata-mata.

Saya difahamkan pembestarian sekolah merupakan fokus utama KPM menjelang tahun 2010. Apa yang menjadi hasrat saya adalah sekolah di luar bandar diberi keutamaan mempunyai prasarana yang sama lengkap dan sama canggih dengan sekolah di bandar. Apa jua program, guru memainkan peranan dan tugas yang amat penting. Guru-guru perlu memiliki minda yang positif , ikhlas, dedikasi dan bijaksana dalam mendidik anak bangsa. Inovasi, nikmat mencipta dan peningkatan bakat adalah tonggak kemajuan individu dalam memajukan pengajaran dan pembelajaran. Inovasi dalam pendidikan melibatkan pembelajaran pembaharuan untuk dan perubahan aktiviti pengajaran dan

meningkatkan

keberkesanan

pembelajaran.

Pembaharuan itu diterjemahkan melalui pelbagai cara, kaedah, teknik, pendekatan atau pengurusan baru untuk meningkatkan pembelajaran yang berkualiti. Budaya inovasi hendaklah diberi keutamaan. Nilai ini amat penting dalam membawa perubahan dan pembaharuan dalam sesuatu organisasi. Inovasi yang berlaku dalam sesebuah organisasi akan memberi nilai tambah positif kepada organisasi. Pada hemat saya, wajarlah warga pendidik

22

mencipta inovasi supaya pengajaran dan pembelajaran berkesan dan dinamik. Bak kata cerdik pandai; Kalau guru diberi latihan, Anak didik dapat kemahiran. Kalau guru banyak ilmu, Apa diajar tidak jemu. Kalau guru diberi motivasi, Amalan hidup ada kualiti. Kalau guru kurang bersedia, Dalam kelas banyak bercerita. Kalau guru tidak merancang, Dalam kelas banyak temberang.

Renungkanlah warga pendidik apa yang tersirat di sebalik kata-kata yang saya nyatakan ini.

Hadirin yang dihormati,

Pembelajaran yang berkualiti adalah untuk membina daya fikir dan memperkembangkan potensi diri, melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan para pelajar berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Akhirnya adalah untuk membina generasi pelajar yang

23

berakhlak mulia dan mempunyai daya saing tinggi untuk berfungsi sebagai knowledge worker pada masa hadapan.

Kali ini, BTPN Negeri Sembilan dan PKG dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat negeri. Kerajaan Negeri Sembilan mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha yang berterusan selama ini. Ia satu usaha yang baik dalam pemberian anugerah kecemerlangan dalam mencetus kecemerlangan pendidikan khususnya penggunaan teknologi pendidikan. Guru adalah penggerak utama dalam apa jua kejayaan. Perubahan minda dan sikap guru penentu kualiti pengajaran dan pembelajaran. Majlis anugerah ini memberi kita kesempatan menilai peranan kita, prestasi, kualiti kerja kita sama ada amanah dan tanggungjawab yang dipikul telah berjaya kita laksanakan sebaik mungkin. Kerajaan negeri akan sentiasa memberi kerjasama dalam memajukan pendidikan supaya jurang digital antara sekolah bandar dan luar bandar dapat dirapatkan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Akhir sekali saya mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada warga pendidik yang sentiasa memberi sumbangan memajukan pendidikan supaya rakyat Malaysia mampu menghadapi cabaran pada era globalisasi. Tahniah kepada sekolah dan guru-guru yang berjaya. Terima kasih kepada semua warga pendidik yang hadir pada hari ini.

24

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN Tahun 2007/2008 peringkat Negeri Sembilan. Sekian, wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum

warahmatullahiwabarakatuh.

Begitulah ucapan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN peringkat Negeri Sembilan bagi tahun ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Yang Berhormat menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada petang ini.

8.

TAYANGAN MULTIMEDIA

Hadirin yang dihormati,

Penghasilan BBM Perisian Multimedia Interaktif merentasi KBKK berasaskan MS Powerpoint merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN pada setiap tahun. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri melalui rangkaiannya iaitu Pusat Kegiatan Guru sentiasa memberikan bimbingan kepada guru-guru setempat dalam meng hasilkan bahan sumber pendidikan yang dapat meningkatkan potensi minda pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran.

25

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan En Noor Haslin bin Ishak dari SMK Jelai Felda mempersembahkan BBM Perisian Multimedia Interaktif merentasi KBKK berasaskan MS Powerpoint yang telah dihasilkan.

( Tayangan bahan yang dihasilkan oleh salah seorang pemenang) Terima kasih diucapkan kepada En Noor Haslin bin Ishak atas persembahan tayangan bahan yang dihasilkan

9.

PENYAMPAIAN SIJIL & HADIAH

Hadirin yang dikasihi,

Sampailah kita ke puncak acara pada hari ini iaitu penyampaian sijil dan hadiah kepada yang berkenaan.

9.1

Pertama adalah penyampaian sijil dan watikah MS ISO 9001/2000.

Untuk penyempurnaan acara dijemput En Kamaruzzaman b Hj Ayub, wakil Pengurusan BTPNNS mengiringi Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Husin b. Osman, Pengarah Bahagian Tekologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia naik ke pentas.

Dipersilakan Tn Hj Mohd Nor b Abdul Karim menerima Sijil MS ISO 9001/2000. Tahniah diucapkan.

26

Seterusnya dipersilakan En Mat Azalan b. Budin, Penolong Pengarah BTPNNS menerima watikah perlantikan pasukan petugas Kualiti BTPNNS Tahun 2008.

Penyampaian sijil penghargaan diteruskan dengan mempersilakan wakil PKG Tampin bagi menerima sijil penghargaan penyediaan dokumen ISO.

Dipersilakan

juga

wakil

PKG

Rembau

menerima

sijil

penghargaan

penyediaan dokumen ISO.

Di kesempatan ini juga disampaikan anugerah pendokumentasian Terbaik PKG Negeri Sembilan.

Bagi Kategori PKG Berbangunan anugerah ini diberikan kepada PKG Rompin. Dipersilakan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Rompin.. Bagi Kategori PKG Berbangunan khas anugerah ini diberikan kepada PKG Kota. Dipersilakan Pegawai Teknologi PKG Kota. Tahniah diucapkan..

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM atas penyempurnaan acara itu tadi.

9.2

Tuan-tuan dan puan-puan,

27

Majlis pada petang ini kita teruskan dengan acara penyampaian hadiah bagi pertandingan-pertandingan kecemerlangan TEKNOPEN. yang diadakan dan anugerah-anugerah

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn Hj Mohd Nor b Abdul Karim, Ketua Penolong Pengarah BTPNNS mengiringi Yang Berhormat Tn Saifunizam b Mohd Ali , Pengerusi JK Bertindak Pelajaran Negeri Sembilan mewakili Menteri Besar NS menyempurnakan acara.

9.2.1 Bagi Pertandingan Penghasilan BBM Perisian Multimedia Interaktif Berasaskan MS Powerpoint Kategori Sekolah Menengah : Tempat Ketiga dimenangi oleh SMK Panchor. Tempat Kedua dimenangi oleh SMK Kg Baru Si Rusa. Tempat Pertama disandang oleh SMK Jelai (Felda).

Bagi Pertandingan Penghasilan BBM Perisian Multimedia Interaktif Berasaskan MS Powerpoint Kategori Sekolah Rendah : Tempat Ketiga dimenangi oleh SJKC Chan Wa. Tempat Kedua dimenangi oleh SK Palong 12 (Felda) Tempat Pertama disandang oleh SJKC Kg Baru Pantai

Bagi Pertandingan Penghasilan BBM Perisian Multimedia Interaktif Berasaskan MS Powerpoint Kategori Pra - Sekolah : Tempat Ketiga dimenangi oleh SK Palong 3 (Felda) Tempat Kedua dimenangi oleh SK King George V

28

Tempat Pertama disandang oleh SK Peradong

9.2.2

Seterusnya Anugerah Pertandingan Laman Web Sekolah :

Tempat Ketiga dimenangi oleh SMK Seri Ampangan Tempat Kedua dimenangi oleh SK King George v Tempat Pertama disandang oleh SK Rompin

9.2.3 Anugerah seterusnya adalah Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang. Bagi Kategori Sekolah Menengah Bandar, dipersilakan Kolej Tunku Kurshiah. Bagi Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar, dipersilakan SMK Mambau. Bagi Kategori Sekolah Rendah Bandar, dipersilakan oleh SK Puteri. Bagi Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar, dipersilakan SK Serting (F).

Sekolah-sekolah yang disebutkan tadi mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan bagi Tahun 2008.

9.2.4

Anugerah seterusnya adalah Anugerah Tokoh Nilam Negeri :

Bagi Kategori Sekolah Menengah Bandar, dipersilakan Jamilah bt Safuiddin dari Kolej Tunku Kurshiah. Bagi Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar, dipersilakan Sharifah Fatimah Azzahra bt Syed Mustaffa dari SMKA Pedas.

29

Bagi Kategori Sekolah Rendah Bandar, dipersilakan Malarvili a/p Veeramani dari SK Puteri. Bagi Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar, dipersilakan Farah Atiah bt Nazaruddin dari SK Bandar Baru Serting.

Pelajar-pelajar yang disebutkan tadi mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung pada awal tahun ini.

9.2.5

Seterusnya disampaikan juga anugerah Guru Inovatif Negeri Sembilan. Dipersilakan : Asma Laili bt Abdullah dari SMK Bahau Rosli b Idris dari SK Palong 5 (F) Fatimah bt Abd Rahim dari SK Lui Timur (F)

9.2.6

Seterusnya bagi anugerah Pemimpin ICT Negeri Sembilan. Dipersilakan En Chia Song Choy dari SM Teknik Kuala Klawang.

9.2.7

Seterusnya

bagi

anugerah

Guru

ICT

Negeri

Sembilan.

Dipersilakan En Mohd Shohimi b. Abdul Halim dari SMK Bandar Baru Serting.

9.2.8

Anugerah seterusnya adalah Anugerah Pengguna Tertinggi dan Aktif Think.com. Bagi kategori sekolah menengah dimenangi

30

oleh SMK Datuk Mansor. Bagi kategori sekolah rendah dimenangi oleh SK Panglima Adnan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat atas kesudian menyampaikan hadiah dan sijil-sijil penghargaan.

10.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Hadirin, hadirat yang dihormati sekalian, Akar keladi melilit selasih, Selasih tumbuh di hujung taman; Kalungan budi junjungan kasih, Mesra kenangan sepanjang zaman.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami , pihak majlis menjemput Tn. Hj Mohd Nor B Abdul Karim, Ketua Penolong Pengarah BTPNNS untuk menyampaikan cenderamata kepada :

Yang Berhormat Tn Saifulnizam

b Mohd Ali , Pengerusi JK Bertindak

Pelajaran Negeri Sembilan. Terima kasih Tuan. Seterusnya dijemput Yang Berbahagia Tuan Hj Mohd Husin B Osman Pengarah Bahagian Tekologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Terima kasih tuan.

Dijemput juga Yang Dihormati Tn Hj Jamal b Hj Salim,

31

Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan. Terima kasih tuan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan.

11.

UCAPAN PENUTUP & JAMUAN

Tuan-tuan dan puan-puan,

Maka sempurnalah sudah Majlis Anugerah Kecemerlangan TEKNOPEN bagi tahun ini . Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan program ini amat dihargai dan kami berasa begitu terharu dengan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak. Bagi pihak seluruh ahli jawatankuasa, majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Tuan Saifulnizam bin Mohd Ali dan Yang Berbahagia Tuan Hj Mohd Husin b Osman atas kesudian untuk bersama kita pada petang ini.

Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi baik rasa nak junjung.

Semoga kecemerlangan teknologi pendidikan mewarnai kegemilangan pelajar, guru, institusi pendidikan dan negara.

32

Bias luahan buat titipan, Rona curahan jadikan sisipan; Refleksi kendiri jadikan amalan, Impak dan impian jadikan iltizam.

Banyak kelok ke penarik, Kelok tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik, Nan buruk tinggalkan di sini.

Terima kasih atas segala perhatian, salam kemaafan di setiap kesilapan dari tuturkata mahupun lakucara, jumpa lagi pada lain ketika. Sebelum bersurai, sudilah apa kiranya menyaksikan pameran serta menjamu selera hidangan yang tersedia.

Majlis mempersilakan Tn Hj.Mohd Nor B Abdul Karim menjemput dan mengiringi Yang Berhormat Tuan Saifulnizam bin Mohd Ali dan Yang Berbahagia Tuan Hj Mohd Husin b Osman serta para tetamu pameran seterusnya ke khemah jamuan. Terima kasih. ke tapak

Sekian,

wabillahitaufik

walhidayah

wassamualaikum

warahmatullahi

wabarakatuh.

33

Anda mungkin juga menyukai