Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN AMALAN MEMBACA

 menambah ilmu pengetahuan


- falsafah pendidikan dimulakan dengan kemahiran 3M membaca, menulis dan mengira. Maka, apabila kita sudah mahir
membaca, kita akan mendapat pelbagai maklumat dan informasi.
- kita dapat jadi lebih bijak, matang dan pandai bila hendak membuat keputusan bila banyak ilmu.

 meningkatkan pemikiran masyarakat secara kritis dan kreatif.


- Membaca memberikan inspirasi dan idea-idea baru yang dapat digunakan dalam mencipta sesuatu yang baru. Membaca juga
dapat membantu seseorang untuk berfikir di luar kotak dan mengembangkan imaginasi. Banyak juga kajian yang menunjukkan
bahawa orang yang selalu membaca akan lebih cerdas dan mempunyai kemampuan yang tinggi untuk berinovasi. Manfaat ini
dapat membantu seseorang untuk meningkatkan daya cipta dan hal ini sangat berguna apabila remaja menjadi dewasa.

 membantu pertumbuhan kognitif


 menguatkan memori.

 mengisi masa lapang


- amalan membaca dapat membantu kita untuk menjadi insan yang lebih baik serta berguna berbanding diri kita yang dahulu.
- elak kita buang masa dan buat benda yang tidak elok kerana masa itu emas.

 menambahkan perbendaharaan kata


- kita akan jumpa perkataan yang tidak pernah kita lihat.
- baca buku bahasa asing dapat tambah perkataan baru.

 meningkatkan pencapaian bahasa


- terdpat 2000 bahasa yang digunakan di pelusuk dunia.

 meningkatkan ekonomi negara


 mengetahui berita atau isu semasa
- Antara bahan bacaan yang digemari secara peribadi adalah bacaan yang berbentuk biografi di mana, ia menceritakan tentang
kisah sebenar seorang individu yang berjaya dalam kerjaya atau hidup mereka. Dengan menghayati pembacaan biografi, kita
secara langsung dapat mengambil iktibar daripada fasa-fasa kehidupan yang dilalui oleh seseorang serta mengaplikasikan nilai-
nilai yang baik dalam realiti untuk mengecapi kejayaan.

 Membaca dapat melahirkan minda yang sihat dan positif


- kita tidak mudah terpengaruh dengan hasutan atau pandangan negatif daripada orang lain.
- kita juag dihormati kerana bijak dan berpendirian.

 Membaca dapat menjadikan kita pelajar cemerlang


- contohnya semasa ingin menghasilkan esei/ karangan. Membaca dapat tambah pengetahuan tentang isu2 semasa.
- Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Mata pelajaran tersebut memerlukan pembacaan yang luas kerana kita akan
dapat maklumat atau isu semasa yang amat berguna dalam penulisan esei.
- Mereka juga akan terdedah kepada pelbagai gaya penulisan seperti berita, rencana, dan cerpen. Hal ini dapat membantu
mereka dalam menulis karangan yang baik.

 Membaca boleh kurangkan tekanan


- mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental dalam beberapa cara. Pertama, membaca dapat membuat
seseorang merasa damai dan tenang, yang dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental.
- boleh mengalihkan perhatian dari masalah yang dihadapi dan akhirnya dapat mengurangkan stress.

LANGKAH MEMUPUK AMALAN MEMBACA

KERAJAAN
 Kementerian Pelajaran Malaysia juga memainkan peranan penting untuk memupuk minat membaca dalam kalangan
pelajar.
 Mengadakan kempen membaca kebangsaan
 Menganjurkan pameran buku seperti yang dibuat kerajaan PESTA BUKU DI PWTC YANG diadakan setahun sekali.
 Sistem peperiksaan lama perlu diubah suai kepada sistem pendidikan berorientasikan
pengetahuan
 Kemudahan perpustakaan perlu diperbanyakkan.
 Pihak sekolah perlu menjalankan program bacaan meluas
 Golongan miskin diberi buku percuma oleh kerajaan
 Pihak kerajaan perlu mengurangkan cukai pendapatan kepada rakyat yang membeli buku.
- mengurangkan cukai pendapatan terhadap rakyat yang gemar membaca. Contohnya, pihak kerajaan boleh mengurang cukai
pendapatan seseorang rakyat berdasarkan wang yang diperuntukkan untuk membeli buku. Hal ini dapat merangsangkan
masyarakat Malaysia membaca selain dapat mengelakkan pembaziran apabila buku dibeli tidak membaca.

GURU/GURU NILAM/ GURU PUSAT SUMBER


 Program Nilam yang berasaskan budaya membaca amat wajar dilaksanakan secara proaktif di sekolah. Program ini akan
membolehkan setiap pelajar membaca dan meluangkan masa lapang mereka di pusat sumber sekolah. Program ini bukan
sahaja dapat memupuk amalan membaca dalam kalangan pelajar, malahan dapat memberikan peluang dan motivasi
kepada pelajar untuk berpidato atau bercerita di atas pentas sekali gus melahirkan keyakinan diri.
 Speakers corner setiap minggu pada waktu rehat. Selasa dan rabu.
 Jom membaca 10 minit yang dilaksanakan di sekolah saya.
 Bicara buku boleh dilaksanakan sebulan sekali.
 Pertandingan anugerah nilam dan tokoh nilam.
 menjalankan pelbagai aktiviti pengajaran berdasarkan bahan bacaan
 menganjurkan pertandingan yang dapat merangsang minda pelajar seperti pertandingan membaca, bercerita, bersyarah,
pantun, syair, menghasilkan cerpen, cerita pendek dan lain-lain.
 mengadakan kempen kesedaran untuk menggalakkan pelajar untuk membaca pada masa lapang.
 Ceramah juga harus diberikan kepada murid
 Guru pusat sumber kena beli buku yang menarik untuk dibaca contoh buku yang ada lukisan, seperti komik, buku yang
warna warni, buku yang terkini.
 Guru juga boleh wujudkan perpustakaan mini di setiap kelas. Sudut bacaan.
 Sudut bacaan di luar kelas juga boleh di buat seperti di taman herba,

IBU BAPA
 Ibu bapa turut berperanan untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca.
 menjadi teladan yang baik kepada mereka dengan turut membaca bersama sama dengan anak2
 Mereka wajarlah membaca surat khabar, majalah, buku cerita, jurnal dan lain-lain di rumah.
 mengadakan perpustakaan mini atau sudut bacaan di dalam rumah mereka untuk mendedahkan anak mereka dengan
persekitaran membaca.
 Tabiat membaca harus dipupuk dari kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
 Sentiasa membeli buku2 cerita terkini
 Selalu bawa anak ke perpustakaan desa / berdekatan rumah.
 Kena sediakan meja, kerusi yang selesa untuk membaca

SYARIKAT PENERBITAN
 syarikat penerbitan buku, majalah dan surat khabar turut mempunyai tanggungjawab yang besar. membuat tajaan di
sekolah agar menjadi bahan bacaan.

MEDIA MASSA
 Penerbit television mengadakan program berkenaan amalan membaca
 Panggil penulis buku yang terkenal untuk memberikan ceramah.
 Wujudkan drama berkaitan amalan membaca
 Wujudkan lagu membaca yang menarik

Cara nak tingkatkan minat membaca


1. Berkawan dengan ulat buku atau penulis buku. Majoriti individu dipengaruhi rakan dari segi hobi dan minat. Ini
memungkinkan kita mengetahui buku apa yang mereka baca dan kemudian memaksa kita melakukan pembelian.

2. Pergi ke Perpustakaan.

3. Masuk ke kedai buku. Banyak kedai buku menawarkan harga buku berpatutan. Tidak mengeringkan poket dan kadang-kala
ada diskaun diberikan. Sebelum membeli, bacalah sinopsis buku di hadapan atau di belakang kulit buku supaya boleh
mengetahui secara ringkas mengenai perjalanan buku tersebut. Cara ini akan membantu individu membuat pilihan sama ada
meneruskan keinginan atau membatalkan pembelian.

4. Beli buku paling laris di Pasaran. Buku paling laris di Pasaran pasti ada sesuatu yang menarik perhatian sehingga dibeli dan
diangkat best seller.

5. Baca dalam keadaan perlahan. Membaca dalam situasi laju boleh mencacatkan bacaan dan menyebabkan seseorang
mengimbas kembali halaman sebelumnya. Lama kelamaan boleh menjadi bosan.
5. Tetapkan target. Peruntukkan masa dan tempoh membaca. Contoh, sebulan sekurang-kurangnya dihabiskan untuk sebuah
buku. Elak tukar-tukar tajuk buku tanpa menghabiskan satu buku. Sesetengah pencinta buku barangkali jika bosan akan beralih
pada buku yang lain. Tidak ada masalah. Namun, pada pendapat saya pembaca yang baik dan berdisplin apabila dia berjaya
menghabiskan bacaan pada sebuah buku terlebih dahulu.

6. Membaca dalam suasana tenang. Elak membaca dalam suasana bising yang boleh mengganggu konsentrasi hingga terpaksa
memilih menutup buku seperti membaca dalam keadaan radio dan televisyen dibuka. Jauhi hal-hal yang boleh merosakkan
mood akibat gangguan suara.

7. Bukan dalam keadaan mengantuk. Kebiasaannya, buku selalu menjadi alat melelapkan mata di waktu malam. Pada waktu
siang, jangan membaca buku ketika sedang mengantuk. Baca ketika bertenaga dan beristirehat. Kadangkala rasa mengantuk
pada siang hari juga kerana faktor keletihan bekerja. Jika hendak meneruskan bacaan, banyak berehat, agihkan masa membaca
agar tidak berlanggar dengan rutin jadual harian.

8. Mengikuti kumpulan buku. Kumpulan buku boleh didapati di laman facebook misalnya. Buatlah permohonan keahlian dan
ikutilah aktiviti-aktiviti membaca yang diadakan seperti peraduan kuiz, resensi buku dan sebagainya. Cubalah turut serta berada
dalam kalangan pencinta-pencinta buku.

10. Simpan duit. Faktor paling ketara yang menghalang meneruskan hajat membaca buku juga kerana wang tidak mencukupi.
Mulailah menabung. Sehari 1 ringgit, sebulan boleh dapat 30 ringgit untuk sebuah buku. Harga 30 ringgit sahaja sudah boleh
memiliki 1 buku travelog Secangkir Teh Pengubat Letih karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Atau Kenangan-kenanganku Di Malaya
dari Prof Hamka.

Anda mungkin juga menyukai