Anda di halaman 1dari 2

Baca petikan dan teliti grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak

melebihi
120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan
dan grafik.
Bahan 1 : Petikan

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan, swasta, persatuan atau badan bukan kerajaan (NGO) dalam
memupuk budaya membaca dalam kalangan remaja bagi membentuk generasi muda negara yang berilmu, berdaya
saing, disegani, dan mampu bersaing pada masa depan. Membaca akan membezakan seseorang remaja dengan remaja
yang lain. Hal ini demikian kerana bangsa yang berjaya ialah bangsa yang membaca.
Aktiviti membaca sebenarnya mempunyai banyak kelebihan. Dengan membaca, kita dapat menjaga otak untuk
terus kekal aktif. Sebenarnya membaca merupakan satu senaman minda. Dengan membaca, kita akan melakukan satu
proses aktif minda dengan menggunakan sel-sel dalam otak untuk berfikir dan mengaktifkan sel-sel tersebut dan
seterusnya membuatkan minda kita menjadi lebih sihat. Lanjutan daripada membaca juga, ilmu pengetahuan kita akan
bertambah. Hal ini demikian kerana semua yang kita baca akan tersimpan dalam otak. Semakin kerap kita membaca,
semakin banyak ilmu pengetahuan yang kita miliki.
Selain itu, membaca akan menguatkan daya ingatan. Apabila kita membaca novel misalnya, kita akan mengingati
pelbagai watak, latar belakang, pelbagai plot cerita, dan sebagainya. Secara tidak langsung, kita dapat melatih daya
ingatan kita untuk menjadi lebih kuat bagi mengingati perkara yang dibaca. Di samping itu, membaca juga dapat
menambahkan perbendaharaan kata. Semakin banyak kita membaca, semakin banyak perkataan yang kita peroleh.
Dengan itu, kemahiran penulisan kita akan menjadi bertambah baik.
Seterusnya, membaca dapat mengurangkan tekanan. Menurut kajian, dengan membaca novel, kita akan dapat
mengurangkan masalah peribadi, masalah di tempat kerja atau masalah lain yang sedang dihadapi. Hal ini dikatakan
demikian kerana novel yang ditulis dengan baik dipercayai dapat membawa pembacanya ke alam lain, manakala
artikel yang menarik akan mengalihkan perhatian seseorang untuk tidak memikirkan masalah yang sedang dihadapi.
Membaca juga dapat membantu kita berkomunikasi dengan lebih baik dan berkesan. Dengan ilmu pengetahuan yang
diperoleh daripada aktiviti membaca, kita akan berasa lebih yakin untuk berkomunikasi. Oleh hal yang demikian,
setiap pihak haruslah melaksanakan obligasi masing-masing untuk memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat
Malaysia.
Sebenarnya, usaha untuk menggalakkan amalan membaca mesti bermula daripada diri sendiri. Kita seharusnya
memperuntukkan 10 hingga 30 minit sehari untuk membaca. Jadual ini harus dijadikan rutin harian. Usaha yang
dilaksanakan oleh pelbagai pihak tidak akan mendatangkan impak yang diharap-harapkan jika kita sendiri tidak
mempunyai kesedaran tentang hal tersebut.
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha memupuk amalan membaca
dalam kalangan anak-anak sejak kecil lagi. Ibu bapa seharusnya membeli bahan-bahan bacaan yang sesuai dan
menyediakan satu ruang khas sebagai perpustakaan mini di rumah. Suasana membaca yang tenang dan kondusif akan
memberikan rangsangan yang tinggi untuk menggalakkan anak-anak membaca. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu
menyediakan bahan-bahan bacaan yang sejajar dengan aras kefahaman anak-anak serta mampu memberikan
keseronokan ketika membaca.
Dipetik dan diubah suai daripada 'Budaya Membaca Remaja'
oleh Sham A. Kadir, Dewan Siswa, Bil. 4, 2020
Baca petikan dan teliti grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi

Anda mungkin juga menyukai