Anda di halaman 1dari 21

KARANGAN

DESKRIPTIF
proses pengenalan

mengumpulkan tebing

memahami pengalaman

pengajaran perasaan

penutup peristiwa
PANDUAN MENULIS KARANGAN DESKRIPTIF

Tujuan Struktur Karangan

Menceritakan semula  Pengenalan


sesuatu peristiwa
atau pengalaman  Isi Karangan
yang dilalui
 Penutup
PROSES MENULIS

A. AKTIVITI PRAMENULIS

Memahami Tajuk

Baca karangan dengan teliti dan cuba


faham kehendak soalan.

Apakah pengalaman yang perlu kamu


ceritakan semula?
Mengumpulkan Idea

 Fikirkan dan catat idea-idea.

 Pilih isi yang sesuai mengikut kehendak tajuk / soalan.

 Susun isi mengikut pentingnya isi tersebut dengan


kehendak tajuk / soalan.

 Semak lakaran isi yang telah kamu pilih dan susun itu.

 Gunakanlah lakaran biasa atau peta minda.


B. AKTIVITI MENULIS

Pengenalan

 Apabila menulis, mulakan dengan pengenalan


yang dapat menarik perhatian pembaca.

 Kamu boleh menggunakan dialog atau


menggambarkan latar tempat kejadian.
Isi Karangan

Pastikan karangan kamu menceritakan semula peristiwa


yang telah dialami.

Pilih isi yang sesuai dan relevan mengikut kehendak tajuk.

Kamu perlu menyenaraikan pengalaman kamu itu mengikut


urutan cerita atau kejadian secara kronologi.

Pastikan setiap perenggan mengandungi satu isi dengan


huraian dan contoh yang sesuai.
Isi Karangan

Setiap isi mestilah berkait antara satu sama lain.

Kamu boleh menjelaskan perasaan kamu.

Susun perenggan mengikut kepentingan isi atau


perkara yang berlaku.

Gambarkan peristiwa dalam karangan kamu


dengan jelas.
Penutup

Akhiri karangan kamu dengan memberikan penjelasan

tentang pengajaran atau manfaat yang telah

kamu peroleh daripada pengalaman tersebut.


Aspek-aspek Penting

Maksimumkan kekuatan pancaindera seperti daya lihat,


daya dengar, daya sentuh, daya hidu serta daya rasa
dalam mengolah karangan.

Gunakan kata adjektif yang dapat memberikan gambaran


yang tepat.

Pilihlah kosa kata yang sesuai dengan tema tajuk.

Tulislah dengan menggunakan bahasa yang mudah


difahami.

Pelbagaikan ayat panjang dan pendek dalam penulisan.

Pastikan idea-idea yang dikemukakan berkaitan antara


satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai