Anda di halaman 1dari 3

i-Think: 8 bentuk peta pemikiran

Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK


Peta Pemikiran
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta
pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi
kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta
pemikiran yang boleh digunakan.
1.  Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan
pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat
mengikut konteks.

2. Bubble Map (Peta Buih)


Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti
atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau
huraian.

3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)


Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

4. Tree Map (Peta Pokok) 


Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

5. Brace Map (Peta Dakap)


Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri
adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah
bahagian utama.

6. Flow Map (Peta Alir)


Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)


Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan
sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang
penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala
bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

8. Bridge Map (Peta Titi)


Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk
mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.

http://smkpahikk.blogspot.com/2014/03/i-think-8-bentuk-peta-pemikiran.html

Anda mungkin juga menyukai