Anda di halaman 1dari 11

Alat-Alat

Kemahiran
Berfikir
NUR ASMA’ ATHIRAH
BINTI CHE BAHARUDIN
PETA MINDA
Maksud : Suatu lakaran yg mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa
garisan yang dikembangkan di sekelilingnya untuk menggambarkan idea ii penting serta dengan
cabang ii kecil sebagai huraiannya.

Kegunaan : Digunakan untuk membuat nota pada sebuah topik untuk suatu mata pelajaran
berdasarkan prinsip penggunaannya.

Ciri-ciri peta minda :

● Kreatif dan tidak formal


● Tajuk diletakkan di bahagian tengah (Idea-idea lain dikembangkan di luar)
● penggunaan warna, anak panah, rajah dan kod untuk menunjukkan perkaitan antara tajuk
kecil dan tajuk utama
KELEBIHAN PETA MINDA

● Mudah diingati oleh pembuat peta minda


● Dapat dibaca dengan mudah
● Mudah memahami sesuatu konsep
● Membantu membentuk gambaran mental daripada perkara yang didengari, dilihat , dibaca
dan difikirkan

KELEMAHAN PETA MINDA

● Hanya difahami segelintir golongan sahaja


● Terlalu ringkas, menggunakan singkatan dan bahasa atau perkataan tertentu
● Kata kunci tidak sesuai menyebabkan sukar diingati
● Tiada huraian yang jelas
Jenis Peta Minda

Tulang Ikan

Kitaran Carta Alir

Pokok
PENGURUSAN GRAFIK

Penggunaan borang grafik sama dengan pengurusan grafik. Pengurusan grafik


melibatkan pola penyusunan yang mewakili hubungan antara maklumat bagi sesuatu
idea.Ia wujud dalam bentuk ilustrasi bagi melihat idea dengan pemikiran yang lebih
sistematik jelas dan berkesan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan pelajar dalam
proses pembelajaran. ia juga mudah difahami kerana otak mampu menerima
rangsangan dalam bentuk pola atau grafik. Pengurusan grafik biasanya diisi dengan
maklumat berkaitan dengan tajuk dan membantu pelajar mengurus dan menyusun
pemikiran menjadi sistematik.
Kelebihan Pengurusan Grafik

● mengatur idea dengan lebih mudah


● membandingkan sesuatu perkara dengan tepat
● membentuk klasifikasi dengan lebih teratur
● memastikan maklumat penting daripada tercicir.
● membantu kita lebih fokus
Contoh Pengurusan Grafik

● Membanding dan membeza


● Membuat kategori
● Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan
● menerangkan sebab dan akibat
● Mengusul periksa andaian
PETA i-THINK

- Peta Pemikiran atau Peta i-Think merupakan salah satu unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

- Peta Pemikiran (i-Think) amat digalakkan untuk diaplikasikan dalam aktiviti Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc). Umum sedia maklum, Peta Pemikiran ini mempunyai 8 jenis iaitu :

1. Peta Bulatan
2. Peta Buih
3. Peta Buih Berganda
4. Peta Pokok
5. Peta Dakap
6. Peta Alir
7. Peta Pelbagai Alir
8. Peta Titi
Jenis-Jenis Peta i-Think

1. Circle Map (Peta Bulatan)


- Circle Map iaitu Peta Bulatan digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan
pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

2. Bubble Map (Peta Buih)


- Bubble Map digunakan untuk meningkatkan kebolehan murid bagi mengenal pasti atau
menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)


- Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu perkara atau situasi.

4. Tree Map (Peta Pokok)


- Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
5. Brace Map (Peta Dakap)
- Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej
keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

6. Flow Map (Peta Alir)


- Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)


- Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat.
Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah
sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada
peristiwa tersebut.

8. Bridge Map (Peta Titi)


- Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses
analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.
CARTA RADAR

Carta radar ialah kaedah grafik mempamerkan multivariate data dalam bentuk dua dimensi carta
daripada tiga atau lebih pembolehubah kuantitatif yang ditunjukkan pada paksi bermula dari titik yang
sama. Kedudukan relatif dan sudut paksi biasanya tidak berinformasi, tetapi pelbagai heuristik, seperti
algoritma yang memplot data sebagai luas total maksimum, dapat diterapkan untuk menyusun pemboleh
ubah (sumbu) ke posisi relatif yang menunjukkan korelasi, pertukaran, dan banyak langkah perbandingan
lain.

Carta radar juga dikenali sebagai carta web, carta labah-labah, carta web labah-labah, carta bintang, plot
bintang, carta sarang labah-labah, poligon tidak teratur, carta kutub, atau Gambar rajah Kiviat. Ia
bersamaan dengan a koordinat selari plot, dengan paksi disusun secara radial.

Anda mungkin juga menyukai