Anda di halaman 1dari 12

Carta Klasifikasi

Carta Klasifikasi menunjukkan hubungan hierarki antara kategori item, seperti objek atau konsep. Jika kita lihat dari bahagian atas carta ke bawah, kategorinya menjadi lebih khusus. Apa yang benar untuk item di bahagian atas carta juga adalah benar untuk semua objek atau konsep yang berkaitan di bawahnya. Walau bagaimanapun, apa yang benar untuk item di bahagian bawah carta berkenaan, tetapi tidak semestinya, benar bagi konsep yang lebih tinggi

Kelebihan dan kekurangan carta klasifikasi


Kelebihan Kekurangan

Perincian maklumat memudahkan pemahaman


Tidak memerlukan ayat yang panjang, hanya isi-isi yang penting sahaja Memfokuskan tumpuan pelajar dan memperkembang penghakiman kritis Mudah disediakan dan diperoleh

Gambarajah carta klasifikasi menjadi semakin kecil dalam satu helaian jika terlalu banyak maklumat dan menyukarkan untuk dibaca Ada kala pelajar mengalami masalah menafsir dan memahami.
Kurang warna boleh menghadkan ketepatan tafsiran dan tidak dapat menarik minat pelajar untuk meneliti

Warna berbeza digunakan untuk setiap aliran untuk meningkatkan ketepatan Memerlukan ruang yang lebih besar tafsiran bagi setiap penambahan maklumat Mengelakkan salah tanggapan dan berupaya membetulkannya.

Contoh pengajaran yang dapat dibuat menggunakan carta klasifikasi (klasifikasi bentuk 2D Matematik)

Carta Pai

Definisi & Tujuan


Carta Pai adalah satu cara perwakilan data dengan menggunakan bulatan. Bulatan dibahagi kepada sektorsektor yang mempunyai luas yang berbeza mengikut kuantiti yang diwakili. Data dalam carta pai boleh ditunjukkan dalam: pecahan, peratusan, atau saiz sudut sektor. Carta pai merupakan satu bulatan yang bernilai 360, yang dibahagikan kepada beberapa sektor mengikut nilai yang diwakilinya. Carta pai boleh menggambarkan taburan dan menunjukkan kadar peratusan. Saiz bulatan menggambarkan jumlah keseluruhan ciri yang dikemukakan.

Cara melukis carta pai:


i. ii. iii. iv. kumpulkan data tukarkan data kepada bentuk peratus Tukarkan peratus kepada sudut sektor bulatan lukis bulatan besar dan bahagikannya kepada beberapa bahagian mengikut sudut sektor bulatan v. labelkan tiap-tiap sektor vi. lengkapkan carta dengan tajuk yang sesuai.

CARTA ALIRAN

Carta aliran adalah sejenis rajah yang mewakili suatu algoritma atau proses di mana ia ditunjukkan dalam pelbagai jenis kotak dan susunannya dihubungkan dengan anak panah. Gambaran rajah dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang timbul secara langkah demi langkah. Operasi proses diwakili dalam bentuk kotak dan anak panah yang menghubungkannya pula mewakili aliran kawalan data.

Aliran data tidak selalunya diwakili dalam carta aliran, berbanding dengan gambar rajah aliran data; sebaliknya, mereka tersirat oleh turutan operasi. Carta aliran telah digunakan dalam menganalisis, merekabentuk, mendokumentasi atau menguruskan proses atau program dalam pelbagai bidang.

Anda mungkin juga menyukai