Anda di halaman 1dari 4

Penggunaan Peta Pemikiran I-Think (Peta Bulatan)

iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk


mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke
arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil
kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia
(AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum
diperkembangkan ke seluruh Malaysia.

Kenapa Diadakan Program i-THINK?


Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan
Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian
mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi
pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan
masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.
1. Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan
sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

2. Bubble Map (Peta Buih)


Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti
atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)


Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

4. Tree Map (Peta Pokok)


Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

5. Brace Map (Peta Dakap)


Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah
nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian
utama.

6. Flow Map (Peta Alir)


Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)


Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab
dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting.
Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian
sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

8. Bridge Map (Peta Titi)


Bridge

Map

digunakan

untuk

memberi

peluang

kepada

pelajar

mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.

untuk

Mendefinisikan mengikut konteks


Peta Bulatan membantu aktiviti sumbang saran dan menyenaraikan semua yang
diketahui tentang perkara atau idea tertentu supaya perkara tersebut boleh diteroka.
Langkah Membina Peta Bulatan
1.

Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.

2.

Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan dalam bulatan kecil tersebut.

3.

Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut.

4.

Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan

topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbangsaran).


5.

Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan

atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.

Anda mungkin juga menyukai