Anda di halaman 1dari 8

Penerangan 8 Peta I-Think

Dibawah ini kami sediakan kegunaan untuk setiap peta berserta contoh bergambar bagi
memudahkan pemahaman murid.

1. Peta Bulatan (The Circle Map)

Peta bulatan digunakan untuk mendefiniskan sesuatu perkara, menjana idea, menilai sesuatu
perkara.
2. Peta Buih (The Bubble Map)

Peta buih digunakan untuk menerangkan sesuatu benda atau watak (kata atau frasa adjektif).
3. Peta Buih Berganda (The Double Bubble Map)

Peta buih berganda digunakan untuk membandingkan atau membezakan sesuatu perkara.
4. Peta Pokok (The Tree Map)

Peta pokok digunakan untuk menyusun maklumat dengan cara mengklasifikasi atau membahagikan
sesuatu perkara mengikut kelas/kategori.
5. Peta Dakap (The Brace Map)

Peta dakap digunakan untuk menerangkan bahagian-bahagian sesuatu perkara secara menyeluruh
dan terperinci.
6. Peta Alir (The Flow Map)

Peta alir digunakan untuk menyusun sesuatu plot, proses atau kronologi.
7. Peta Pelbagai Alir (The Multi Flow Map)

Peta pelbagai alir digunakan untuk membuat sebab dan akibat.


8. Peta Titi (The Bridge Map)

Peta titi digunakan untuk membuat analogi (Mencari faktor penghubung).

Anda mungkin juga menyukai