Anda di halaman 1dari 10

KEPENTINGAN SAINS BAGI KANAK-KANAK DI PRASEKOLAH

PENGHARGAAN

Assalamualaikum wbt,

Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah izin dan rahmatnya, saya telah berjaya
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Di sebalik kejayaan saya terdapat beberapa pihak
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa kajian dijalankan sehinggalah saya
selesai menyiapkan tugasan ini. Oleh itu,saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi
penghargaan kepada pihak yang terbabit.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Pn Raziah Bt Ramli selaku
pensyarah untuk subjek Sains Untuk Kanak-Kanak Prasekolah(ETD 3143) yang telah banyak
memberi bimbingan , teguran dan membantu di dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa
bimbingan beliau tentunya kajian ini tidak dapat dijalankan dengan baik dan teratur.

Sekalung budi juga buat ibubapa dan rakan-rakan yang selama ini tidak jemu-jemu memberi
segala bentuk pengorbanan , kewangan , nasihat dan tunjuk ajar untuk memastikan hasrat murni
ini tercapai.Tanpa sokongan dari semua pihak tidak bermaknalah hasil kerja ini. Sesungguhnya
kejayaan ini hanyalah sebagai titik permulaan untuk perjalanan yang masih panjang.

Sekian terima kasih.


PENGENALAN

Kanak-kanak sememangnya berminat mempelajari perkara yang berhubung dengan kehidupan


mereka. Bagi mereka dunia ini penuh dengan pelbagai peristiwa dan benda yang menarik dan
penuh dengan misteri yang perlu diterokai dan difikirkan. Sains bagi kanak-kanak bermula
apabila mereka sedar mereka dapat belajar berhubung dengan alam kehidupan melalui tindakan
dan perlakuan mereka sendiri seperti meniup belon atau buih sabun dan sebagainya.

Menurut Rohani Abdullah (2004) sains adalah cara kita berfikir dan melihat dunia persekitaran
kita. Sains adalah suatu proses eksperimen yang berterusan dan mencuba jawapan terhadap
kejadian dan tindak balas yang berlaku di dalam persekitaran. Pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanak-kanak memahami
dan mencorakkan alam sekeliling. Justeru, pendedahan awal dalam sains amat penting bagi
membolehkan kanak-kanak membina rasa tanggungjawab, prihatin serta hormat pada alam
sekitar.

Program pendidikan sains prasekolah seharusnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
menguasai kemahiran saintifik yang diperlukan bagi mengkaji dan memahami alam. Selain itu,
pengalaman dalam sains juga seharusnya dapat membantu kanak-kanak membina sikap dan
minat yang positif dalam diri mereka.

DEFINISI PENGAJARAN PRASEKOLAH DAN SAINS AWAL

Menurut Shahizan dan Ahmad Shahabudin (2006) pendidikan prasekolah adalah satu program
yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam
jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang
digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema".
Kaedah pembelajaran meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan
prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang
berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini
adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.
Menurut Lee Shok Mee (1994) Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau
maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang
bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Seperti proses mendapatkan maklumat yang lain,
sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan
daripadanya. Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti,
mengukurnya, membuat uji kaji, dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi.
Mereka yang melakukan perkara ini dipanggil ahli sains.

Pada peringkat sains awal, guru menyediakan peluang pembelajaran sains dengan cara
menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai, menggalakkan kanak-kanak memerhati,
mencuba, bertanya soalan dan menyelesaikan masalah, mengubahsuai dan membuat perkaitan
antara satu sebab dengan sebab musabab. Kanak-kanak juga mendapat pembelajaran melalui
pengalaman dan membuat rumusan saintifik daripada pengalaman.

Kepelbagaian pendekatan, teknik dan kaedah pengajaran prasekolah dalam sains awal penting
bagi mencapai pembelajaran yang terancang, menyeluruh dan mampu menarik minat murid
kerana menurut kajian, pembelajaran yang pertama inilah yang akan menjadi asas kepada
pengetahuan sedia ada yang bakal mereka ada dalam minda bawah sedar.

Sains Prasekolah

Sains adalah cabang ilmu pengetahuan yang mempunyai banyak ciri dan perbezaan berbanding
dengan disiplin ilmu yang lain. Sains bermatlamat untuk membuat rumusan idea, penerangan dan
pemahaman terhadap fenomena alam semulajadi. Guru yang tidak memahami dan berpersepsi
negatif akan menggagalkan proses pembelajaran di dalam kelas. Pelaksanaan kurikulum
merupakan satu proses yang kompleks.

Di samping itu, perubahan akan menimbulkan masalah. Oleh itu, situasi ini perlu difahami agar
tindakan berkesan dapat diambil untuk mengatasinya. Sifat ingin tahu akan menjuruskan minat
kanak-kanak mencuba dan mengeksperimenkan sesuatu benda. Semakin banyak mereka
mencuba, semakin banyak mereka mempelajari sains. Pusat perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan berusaha ke arah itu di mana dalam Kurikulum Kebangsaan Prasekolah
sudah memasukkan pembelajaran awalan sains dalam perkembangan kognitif. Penerokaan
adalah aspek penting dalam proses saintifik. Melalui penerokaan, kanak-kanak dapat
mengembangkan kemahiran seperti membuat pencerapan, mengelas dan membina soalan
interaksi mereka dengan alam sekitar membantu dalam membina kefahaman konseptual saintifik
di samping membentuk sikap dan sifat dalam sains antaranya keinginan untuk tahu, tabah dan
jujur.

Kepercayaan guru tentang sains sering mempengaruhi keputusan dan tindakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Sains. Dapatan-dapatan kajian menunjukkan peranan guru adalah
penting dalam usaha memupuk dan menanam sikap yang sesuai terhadap Sains. Kajian turut
menunjukkan sikap guru yang negatif atau neutral terhadap Sains akan dapat dirasai dan menjadi
ikutan murid-murid. Selain itu, sikap kepercayaan serta nilai yang dihayati guru turut
mempengaruhi corak pengajaran dan meninggalkan kesan terhadap pembelajaran, kepuasan dan
keseronokan serta perkembangan murid-murid. Memahami cara guru membina kefahaman yang
mencorak pengajaran mereka dalam Sains mempunyai implikasi kepada pencapaian matlamat
yang dirancangkan dalam pendidikan Sains. Keyakinan guru boleh dibina melalui aktiviti-
aktiviti yang melibatkan mereka secara aktif. Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan
memberi peluang dan masa untuk membolehkan guru-guru menilai dan membuat refleksi
terhadap kepercayaan mereka tentang Sains dan pengajaran Sains dan keserasian sistem
kepercayaan tersebut dengan kurikulum yang perlu mereka laksanakan. (Huraian Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan 2003).

Mengajar dengan cara praktikal “hands-on experiences”

Cara terbaik untuk mengajar atau memperkenalkan sains kepada kanak-kanak ialah dengan cara
‘hands-on experiences’ iaitu mereka belajar melalui pengalaman atau apa yang mereka lakukan
sendiri dengan bimbingan guru. Terus terang saya katakana, saat yang paling saya ingati sewaktu
di tabika 22 tahun yang lalu ialah semasa bermain ‘plastisin (tanah liat) dan bermain cantuman
lego bersama kawan-kawan. Oleh itu pilih aktiviti sains yang menekankan kepada ‘hands-on’
dan hanya memerlukan penerangan ringkas dari anda. Selain itu, pilih aktiviti yang biasa berlaku
dalam persekitaran kanak-kanak ini untuk memudahkan mereka memahami apa yang perlu
mereka lakukan. Mengajar mereka melakukan sesuatu yang asing bagi mereka adalah sukar.

Selain itu anda perlu pilih aktiviti sains prasekolah yang secara konsepnya berhubung kait.
Walaupun ia seperti melompat dari satu topik ke satu topic yang lain, tetapi dengan cara ini
kanak-kanak akan lebih tertarik untuk belajar apabila kita memberi mereka peluang untuk
meneroka dan berfikir tentang konsep yang diajar. Untuk menjadikan pengajaran sains itu lebih
bermakna, Rochel Gelman mencadangkan supaya anda memilih 1 atau 2 konsep yang berhubung
kait. Contohnya konsep “didalam" dan "diluar” atau konsep “ perubahan biologi" dan "kitaran
hidup”. Adalah amat penting untuk anda sebagai guru prasekolah untuk kekal mengajar konsep
yang sama selama sebulan atau lebih (Gelman dan Brenneman 2004).

Mengajar sesuatu topik dalam tempoh masa yang agak lama tidak akan menghadkan ruang
lingkup pembelajaran kanak-kanak, tetapi sebenarnya setiap konsep yang diajar boleh
dikembangkan lagi ke dalam bentuk aktiviti sains prasekolah yang pelbagai. Sebagai contoh, jika
anda memilih untuk fokus kepada konsep perubahan biologi dan kitaran hidup, anda boleh
mengembangkan lagi topik ini . Contohnya;

Biji benih dan tumbuh-tumbuhan (cnth: mengira biji benih dalam buah epal; menanam biji
benih; membuat pemerhatian tentang bagaimana tumbuhan membesar.

Belajar mengenai kitaran hidup pelbagai jenis haiwan seperti katak, rama-rama dan sebagainya.
Mengukur pertumbuhan/perubahan fizikal tumbuhan atau haiwan

Belajar tentang kesihatan dan penyakit

Mengembangkan lagi minat kanak-kanak

Setiap kanak-kanak mempunyai minat atau kecenderungan pada sesuatu. Minat kanak-kanak ini
pelbagai, ada yang menyukai binatang seperti kucing, tidak kurang yang suka melihat kereta dan
sebagainya. Oleh itu sebagai guru prasekolah, beri perhatian terhadap minat kanak-kanak
prasekolah ini dan cari atau rancang aktiviti sains yang mempunyai kaitan dengan minat
mereka.Sesuaikan aktiviti sains dengan usia mereka

Berhati-hati dengan aktiviti sains yang pada asasnya di buat untuk kanak-kanak yang lebih
matang. Guru atau ibu bapa lebih tahu akan tahap pembelajaran anak atau murid mereka,untuk
itu adalah sangat penting untuk menyesuaikan aktiviti sains yang dirancang dengan tahap
kemahiran kanak-kanak. Elakkan juga aktiviti yang memerlukan banyak penjelasan dan juga
perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti medan magnet.Jadikan alatan-alatan
sains sebahagian daripada hidup mereka
Sesetengah aktiviti sains perlu menggunakan alatan sains seperti kanta pembesar, pembaris dan
dacing. Apabila kanak-kanak telah mahir menggunakannya, jadikan peralatan ini sebagai
instrumen pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan sepanjang masa; bukan sekadar
semasa aktiviti prasekolah sahaja.

Sesetangah aktiviti sains memberikan kanak-kanak ruang untuk meneroka sesuatu perkara secara
sendiri – tanpa mereka sedari bahawa apa yang mereka terokai itu adalah satu kaedah saintifik.
Saya percaya aktiviti sebegini adalah berbaloi. Tetapi jangan pula kita abaikan aktiviti yang kita
rancang dengan lebih sistematik kerana kanak-kanak juga menggemari aktiviti yang lebih teratur
yang mendedahkan mereka kepada aktiviti saintifik secara ketara. Rochel gelman mensyorkan
supaya kanak-kanak di peringkat prasekolah perlu diperkenalkan dengan perkataan-perkataan
berikut:

1.Perhati

2.Andaian

3.Kenalpasti

Pendek kata dalam setiap aktiviti sains yang dijalankan bersama murid prasekolah, pastikan anda
masukkan aktiviti yang memerlukan mrereka memerhatikan apa yang berlaku, kemudian buat
andaian apa yang akan berlaku seterusnya dan kenalpasti hasilnya. Jadikan aktiviti sains
presekolah sebagai satu peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari kaedah saintifik. Saintis
membina hypotesis untuk menerangkan segala apa yang berlaku di dunia ini. Kemudian mereka
bertanya kepada diri sendiri apakah akan terjadi andainya hypotesis mereka tepat. Menguji
andaian-menganalisa keputusan- adalah intipati kepada kaedah saintifik.
KESIMPULAN

Pendidikan prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan
selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang individu. Kajian mengenai kesan
prasekolah membuktikan bahawa pendidikan prasekolah dapat meningkatkan perkembangan
kognitif, sosial dan personaliti kanak-kanak dan mempunyai dua kesan positif, iaitu jangka
panjang dan jangka pendek. Oleh itu, pendidikan prasekolah penting bagi kanak-kanak untuk
mengikutinya kerana banyak kelebihan yang akan mereka perolehi. Selain itu juga, pendidikan
prasekolah adalah satu pendidikan yang bertujuan untuk mempersiapkan diri kanak-kanak
sebelum mereka masuk ke alam persekolahan.

Pendidikan sains awal di peringkat prasekolah adalah penting bagi menggalakkan kanak-kanak
meneroka alam sekeliling meraka. Penerokaan adalah penting dalam proses saintifik. Menurut
Johnston, 1996, melalui penerokaan, kanak-kanak mengembangkan kemahiran seperti membuat
pencerapan, mengelas, dan membina soalan. Oeh itu, Interaksi mereka dengan alam sekitar
membantu mereka dalam membina kefahaman konseptual saintifik disamping membentuk sikap
dan minat dalam sains antaranya seperti keinginan ingin tahu, tabah, ikram, dan jujur.
BIBLIOGRAFI

Amabile. (1992).Pendidik Kreatif Srbagai Teras Transformasi.Diperoleh pada

Februari 20 daripada http://eprints.utm.my/2286/1

(Almy, 1975; Evans, 1984; Forman & Kuschner, 1983; Piaget, 1972; Weber, 1984; Schickedanz,
1986). Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac 2010
daripada www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

Asma (2001), Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac 2010 daripada
www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune & Zanes, 2001;

Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003.Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan


Prasekolah.Diperolehi pada Februari 25 daripada http://

www.scribd.com/doc/4007899/Kepentingan-Bermain-Dalam-Pendidikan-Prasekolah

Diperoleh dari http://sarjana.tripod.com/pra1. Kertas Kerja Kajian Sistem Pendidikan


Kebangsaan. Pendidikan Prasekolah pada 8 Febuari 2010.

Halim (1989), Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac 2010 daripada
www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.
SAINS

Isaac Asimov ”Sains adalah suatu proses eksperimen yang berterusan dan


mencuba jawapan terhadap kejadian dan tindak balas yang berlaku di dalam
persekitaran”.

Brewer,1995“Sesuatu yang boleh menimbulkan rasa ingin tahu,minat dan proses


penyelesaian masalah”.

Sains adalah proses memerhati,berfikir, dan membuat perkaitan Antara satu


tindakan dan kesan atau kejadian dan peristiwa.

Dalam pendidikan awal kanak-kanak,sains adalah satu proses pembelajaran yang


dapat mengalakkan kanak2 memperoleh pengetahuan fakta sains ,mengalakkan
perasaan ingin tahu,meneroka persekitaran,meramal,memerhati,menjalankan
ujikaji dan membuat inferensi.

Objektif pembelajaran sains

  Meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran sains


    Memperkembangkan sikap ingin tahu dan menyiasat

   Memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalahdalam kehidupan

harian(Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003)


  Membolehkan kanak-kanak meneroka dan menyiasat berbagai bahan dan

fenomena dengan lebih luas


 Membolehkan kanak-kanakterlibat secara aktif dlm proses sains
 Mengalakkn kanak-kanak menggunakan pengetahuan fakta
 Membantu kanak2 memahami cara kerja seorang ahli sains berkaitan
dengan kehidupan harian.

Kaedah dan ciri pengajaran dan pembelajaran sains

   Sediakan meja ataupun sudut sains di dalam kelas.


       Rancang pembelajaran di dalam kelas-aktiviti

       Lawatan di sekitar kelas dan luar kelas

       Mengabung jalin dengan komponen pembelajaran lain-pengajaran

bertema

 Kepentingan pembelajaran sains pada kanak2


 Menyumbang dlm perkembangan intelek kanak2 (Harlan,1992).Sains   
melibatkan pelbagai proses.
  Mengembangkan bahasa dan kefahaman semasa menerang dan

merekodkan disamping meningkatkan kosa kata


  Meningkatkan daya ingatan dan kebolehan mengelaskan

  Mengukuhkan perkembangan social dan emosi di mana proses sains dapat

mengalakkan interaksi,berkerja dlm kumpulan dan meningkatkan keyakinan


diri contohnya semasa membuat eksperimen.
  Pengelibatan kanak2 dlm penerokaan,penemuan bnda baru dan

penyelesaian masalah adalah sesuatu yg menyeronokkan.


 Mendedahkan sikap berhati2 dan aspek bhya sesuatu objek.

https://ardiya-izwani.blogspot.com/2013/11/sains-kanak-kanak.html

Anda mungkin juga menyukai