Anda di halaman 1dari 11

8 Jenis Peta Pemikiran (i-Think).

Peta Pemikiran atau Peta i-Think


merupakan salah satu unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Peta Pemikiran (i-Think) amat digalakkan untuk diaplikasikan dalam aktiviti


Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Umum sedia maklum, Peta
Pemikiran ini mempunyai 8 jenis iaitu :

1. Peta Bulatan
2. Peta Buih
3. Peta Buih Berganda
4. Peta Pokok
5. Peta Dakap
6. Peta Alir
7. Peta Pelbagai Alir
8. Peta Titi

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan penerangan berkaitan 8 jenis Peta


Pemikiran (i-Think) ini :

1. Circle Map (Peta Bulatan)

Circle Map iaitu Peta Bulatan digunakan untuk sumbangsaran idea dan
mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan
maklumat mengikut konteks.
2. Bubble Map (Peta Buih)

Bubble Map digunakan untuk meningkatkan kebolehan murid bagi mengenal


pasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif
atau huraian.

3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)


Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu perkara atau
situasi.

4. Tree Map (Peta Pokok)

Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.


5. Brace Map (Peta Dakap)

Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri
adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah
bahagian utama.
6. Flow Map (Peta Alir)

Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)


Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan
sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang
penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala
bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

8. Bridge Map (Peta Titi)

Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk


mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.
Sehubungan dengan itu, berikut merupakan “preview” grafik 8 Jenis Peta
Pemikiran (i-Think) untuk dimuat turun :
Oleh itu, guru perlulah bijak dalam mengaplikasikan 8 Jenis Peta Pemikiran
(i-Think) ini dalam aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) agar
mampu “menghasilkan” murid yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) selaras dengan keperluan pendidikan semasa.

Anda mungkin juga menyukai