Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

Peta Minda telah digunakan sejak berzaman bagi tujuan pembelajaran , percambahan
fikiran , ingatan, pemikiran visualisasi dan penyelesaian masalah oleh para pendidik, jurutera,
pakar psikologi dan orang ramai secara amnya.

Menurut Buzan (2003), Peta Minda

digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuklah dalam bidang pembelajaran dan
pendidikan . Peta Minda adalah menyerupai Peta Konsep yang telah dibagunkan oleh pakarpakar pembelajaran pada tahun 19 60-an dahulu. Namun, peta minda adalah lebih ringkas ,
berjejari dengan hanya satu kata kunci dari pusatnya. Ianya bertujuan untuk mengubah nota
yang ditulis secara liner kepada bentuk imej yang boleh diingat sampai bila - bila.
Peta Minda adalah penting dalam bidang pendidikan kerana menurut kajian Minda seseorang
berfungsi di atas 3 asas yang utama iaitu :
1) Gambaran (image )
2) Singkatan ( Headline )
3) Hubungan atau rangkaian.
Oleh yang demikian , kombinasi di antara ketiga-tiga elemen di atas adalah sama seperti cara
otak kita berfungsi.
Kini untuk menghasilkan peta minda terdapat beberapa aplikasi yang boleh
digunapakai dan dapat memudahkan kerja-kerja penghasilan peta minda. Antaranya ialah :
1) Mapple
2) Edraw

TUGASAN 1 : LAPORAN PETA MINDA

Page 1

3) Free Mind dan lain -lain lagi.


KELEBIHAN EDRAW DALAM PEMBINAAN PETA MINDA.
Dengan wujudnya pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma ini saya
dapati membina peta minda akan menjadi lebih mudah dan cepat. Saya

memilih

untuk

menggunakan perisian ini kerana saya dapati dengan Edraw saya dapat membuat pilihan
pelbagai bentuk dan corak yang diingini . Selain itu , perisian ini juga mudah untuk
digunakan khususnya bagi seseorang yang baru pertama kali ingin membina peta minda.
Saya juga diberi peluang untuk melihat sample-sample peta minda yang telah dihasilkan
sebagai panduan untuk meghasilkan peta minda sendiri. Apa yang menarik minat saya untuk
menggunakan Edraw ialah kemudahan yang disediakan untuk mencari sesuatu bentuk dalam
menyediakan peta minda seperti "arrow" , "heading" , "connector" background" dan lain -lain
lagi . Saya hanya perlu menaip perkara yang ingin dicari diruangan search engine yang
disediakan dan klik search. Pelbagai bentuk dan corak yang menarik boleh digunakan untuk
menmbina peta minda. Hal inilah yang menyebabkan saya teruja untuk menggunakan
perisian Edraw untuk menyiapkan tugasan saya pada kali ini.
Untuk menghasilkan tugasan pada kali ini , saya lebih gemar untuk menggunakan
perisian Edraw untuk menghasilkan peta minda saya untuk matapelajaran Bahasa Inggeris
Tahun 4 dibawah tajuk" People and Their Needs". Untuk menghasilkan peta minda ini , saya
telah memilih main topik peta minda saya yang bertajuk " Basic needs of human ". Untuk
tajuk ini terdapat 4 kata kunci yang perlu diberi perhatian iaitu :
a) Food
b)Shelter
c) Air
TUGASAN 1 : LAPORAN PETA MINDA

Page 2

d) Water.
Pada setiap kata kunci tersebut pula saya telah mencari fakta-fakta penting yang boleh
dikaitkan dengan keempat-empat kata kunci tersebut. Saya turut memuatkan beberapa
gambarajah di dalam peta minda saya yang bertujuan untuk menarik minat pelajar-pelajar
saya serta ianya juga adalah bertujuan untuk memudahkan proses minda untuk mengingati
fakta-fakta penting melalui gambarajah yang ada. kerana satu gambarajah membawa seribu
makna. Penggunaan gambarajah dalam sesuatu pembikinan peta minda dianggap sesuatu
yang penting kerana dengan gambarajah ianya dapat membantu pelajar untuk lebih fokus dan
memberi tumpuan terhadap proses pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, ianya juga dapat
membantu memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran guru di dalam kelas.
Selain itu juga, saya turut menggunakan pelbagai warna dalam peta minda saya. Pada
setiap kata kunci saya menggunakan warna yang berbeza-beza . ianya bertujuan untuk
memudahkan pelajar-pelajar saya mengenalpasti kata kunci bagi tajuk besar yang ingin
dibincangkan. Selain daripada itu, penggunaan warna yang pelbagai dipercayai dapat
mewujudkan suasana yang ceria dan dapat menarik dan mencerna ketajaman minda untuk
berfikir secara kritis dan kreatif.
Penggunaan "connector" penghubung tajuk besar dan kata kunci juga merupakan
salah satu elemen yang tidak kurang pentingnya. Oleh yang demikian saya telah
menggunakan pelbagai bentuk garisan yang bertindak sebagai penghubung diantara satu fakta
dengan kata kunci tertentu. Penggunaan garisan (connector ) ini adalah bertujuan untuk
memudahkan pelajar mengingat sesuatu fakta dan memudahkan proses kefahaman pelajar
tentang sesuatu tajuk. Ini adalah kerana penggunaan garisan ini dipercayai sejajar dengan
perkembangan minda manusia yang berkerja melalui "association".

Saya juga turut

menggunakan garisan yang pelbagai bentuk bagi mengelakkan pelajar berasa cepat bosan.
TUGASAN 1 : LAPORAN PETA MINDA

Page 3

CABARAN YANG DIHADAPI.


Setiap perkara pasti ada baik dan buruknya, Ianya bagaikan lumraj dalam kehidupan .
Setiap apa yang dicipta pasti ada kekurangannya. Hal ini samalah dengan Edraw. Walaupun
saya akui ianya banyak membantu namun bagi pengguna amutur seperti saya ianya amatlah
menguji kesabaran dan minda. Saya terpaksa menghabiskan masa yang begitu lama untuk
menyiapkan sekeping peta minda yang boleh disiapkan dalam jangka masa 20minit untuk
pengguna professional. Hal ini amat memenatkan minda saya yang terpaksa "mengexplore"
semua yang disediakan untuk mengetahui fungsi -fungsinya sebelum membuat pilihan yang
tepat. Oleh kerana kurang mahir dengan perisian ini maka, saya

akhirnya dapat juga

menyiapkan tugasan ini dalam masa 3 jam hanya untuk pembinaan sekeping peta minda.
Pengalaman ini adalah yang paling bermakna dan berguna pada saya untuk diguna pakai pada
masa akan datang.
KESIMPULAN.
Walaupun perisian ini telah diperkenalkan pada tahun 1960an oleh Tony Buzan ,
masih ramai yang belum mengetahui tentang kewujudannya dan peranannya yang penting
dalam pelbagai bidang terutamanya pendidikan. Bidang pendidikan kini semakin hari
semakin berkembang pesat serta diwarnai dengan pelbagai pembaharuan yang terkini maka ,
dengan wujudnya aspirasi-aspirasi seperti ini diharap dapat membantu memudahkan proses
pengajaran dan oembelajaran pada masa akan datang. Walaupun saya terpaksa menghabiskan
masa yang begitu lama untuk menyiapkan tugasan ini namun, saya bersyukur kerana dapat
mempelajari sesuatu yang baru dan berguna untuk kegunaan pada masa akan datang .
InsyaAllah dengan adanya perisian -perisian seperti ini dapat membantu saya dalam
menghadapi cabaran teknologi maklumat di masa akan datang.
TUGASAN 1 : LAPORAN PETA MINDA

Page 4

TUGASAN 1 : LAPORAN PETA MINDA

Page 5

Anda mungkin juga menyukai