Anda di halaman 1dari 3

Peta minda dahulunya merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan

oleh pelajar untuk mencatat nota. Kini, penggunaan peta minda semakin
popular dan telah diperluaskan penggunaannya dalam proses pengajaran dan
juga pengurusan pengetahuan. Ini memandangkan kaedah peta minda yang
dikatakan mampu memanfaatkan kedua-dua belah otak dapat meningkatkan
produktiviti serta ingatan seseorang. Kursus ini akan mendedahkan
peserta kepada konsep dan asas penggunaan peta minda dalam proses P&P
dan pengurusan pengetahuan. Seterusnya peserta kursus akan didedahkan
dengan penggunaan perisian peta minda yang boleh digunakan bagi
menghasilkan peta minda yang bersesuaian.
2.4.1 TUJUAN Tujuan peta minda adalah untuk membolehkan pelajar: (i)
Mencatat nota dengan mudah. (ii) Merancang sesuatu seperti penulisan
karangan, persembahan, ucapan, projek dan sebagainya. (iii) Mengingat
sesuatu dengan mudah. (iv) Menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan
otak kanan dan otak kiri semasa belajar. 2.4.2 KEGUNAAN DAN KENPENTINGAN
PETA MINDA Terdapat banyak kegunaan peta minda. Peta minda berfungsi
sebagaimana otak berfungsi di mana ia tidak berfungsi secara linear.
Ingatan adalah dalam bentuk saling berkait dan tidak linear. Sebarang
idea mungkin mengandungi beribu hubung kait dalam otak. Selain itu, peta
minda membolehkan hubung jalinan disimpan dan dipertingkatkan dalam
pemikiran. Minda mengingati kata kunci dan imej dan bukannya ayat. Peta
minda hanya menggunakan kata kunci dan imej, justeru membenarkan
maklumat yang banyak dimasukkan ke dalam sehelai kertas. Oleh kerana
peta minda bercirikan visualisasi dan memperlihatkan hubung kait antara
kata kunci, maka ia adalah lebih mudah diimbas kembali berbanding nota
berciri linear. Mencatat bermula dari pusat kertas membenarkan seseorang
mencatat ke semua arah berbanding dari hujung atas kiri. Pengurusan peta
minda menggambarkan bagaimana otak manusia mengurus idea. Peta minda
adalah mudah dirujuk. Pada masa yang sama, merujuk secara berulang
mengukuhkan ingatan. Cara terbaik dalam membuat rujukan adalah dengan
melakukan imaginasi ke atas kandungan peta minda, kemudian baru merujuk
kembali kepada peta minda jika terdapat sebarang kekaburan. Individu
dapat mengingat pada perkara yang mudah dilihat. Peta minda membenarkan
individu mencatat kata kunci yang mudah dilihat secara visual dengan
berkesan. Kepentingan peta minda dapat dihubungan dengan perkara di
bawah: (a) Menghasilkan Nota Setiap kali maklumat dicatat, peta minda
mampu menguruskannya dalam bentuk ringkas yang mudah diasimilasi dan
diingati otak. Peta minda boleh digunakan untuk membuat nota bagi
sebarang sumber buku, kuliah, syarahan, taklimat, bahan bacaan,
mesyuarat, temu bual dan perbualan telefon. (b) Ingat Kembali Setiap
kali maklumat diimbas kembali dari ingatan, peta minda membenarkan idea
yang lintas pada fikiran dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus.
Catatan yang dilakukan tidak perlu dalam bentuk ayat penuh. Peta minda
berfungsi pantas dan berkesan dalam aktiviti imbas kembali nota kuliah,
kandungan bahan bacaan dan perkara yang telah diulangkaji. (c)
Kreativiti Setiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea
berdasarkan kreativitinya, peta minda membebaskan pemikirannya daripada
pemikiran linear dan membolehkan idea-idea baru bercambah dengan baik.
Pengguna peta minda harus menganggap setiap item di dalam peta minda
adalah pusat kepada peta minda yang baru.

minda merupakan alat yang sangat baik bagi membantu murid menulis esei
(karangan) secara berstruktur dan berfokus. Menurut beliau, peta minda
bukan sahaja dapat membantu merancang perkara yang hendak ditulis, akan
tetapi merupakan alat berguna apabila menulis karangan kerana murid
dapat menyemak menggunakan peta minda. Dalam hal ini, Yahya (2005)
menyatakan bahawa teknik penggunaan peta minda merupakan salah satu
unsur kreatif dalam pengajaran bahasa seperti pengajaran karangan. Hal
ini menurut beliau kerana penggunaan peta minda oleh guru adalah bagi
melatih murid merangka isi karangan supaya menunjukkan perkaitan idea
dan membantu menghasilkan penulisan yang berkesan. Oleh yang demikian,
dalam usaha meningkatkan pencapaian penulisan karangan para murid di
sekolah menengah Arab seluruh negara, penerapan penggunaan peta minda
dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah suatu yang perlu dan
sangat relevan dengan arus pendidikan kini. Di samping itu, penggunaan
peta minda dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam
peperiksaan Brunei Cambridge GCE O Level bagi mata pelajaran Bahasa
Melay
Implikasi Terhadap Pembelajaran Murid Dapatan kajian ini menunjukkan
peta minda merupakan salah satu alternatif P&P yang dapat digunakan oleh
para guru dalam mengajarkan pelajaran karangan. Penggunaan peta minda
mampu menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif. Selain itu,
dengan menggunakan peta minda, para murid akan terlibat secara aktif dan
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Selaras dengan
pendapat Mukerjea (1996) dan Steele (2005) yang menyatakan bahawa
penggunaan peta minda boleh menyeronokkan murid. Selain itu menurut
Mukerjea (1996), penggunaan peta minda ini juga mampu menjimatkan masa
dan mudah untuk mengingat. Manakala Steele (2005) menambah bahawa peta
minda bertambah kesannya jika pengajaran tersebut dilakukan secara
berkumpulan. ISSN: 2180-4842. Vol. 2, Bil. 2 (Nov. 2012): 32-45 43
Implikasi Terhadap Pengajaran Guru Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
prestasi murid kumpulan eksperimen meningkat berbanding murid kumpulan
kawalan dengan menggunakan peta minda. Olahan P&P menggunakan peta minda
terbukti memberi kesan yang positif bukan sahaja terhadap pencapaian
murid, akan tetapi juga terhadap pengajaran guru. Selain itu, implikasi
kajian ini memerlukan para guru melakukan anjakan daripada pengajaran
yang hanya berpusatkan kepada peperiksaan kepada pengajaran yang
mempelbagaikan pendekatan. Di samping itu, dengan menerapkan peta minda
dalam P&P bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran menulis karangan
murid, akan tetapi juga membuatkan suasana P&P lebih menyeronokkan.
Implikasi Terhadap Bahan Pengajaran Dapatan kajian membuktikan bahawa
peta minda merupakan bahan pengajaran penting dalam P&P para murid.
Kajian juga membuktikan bahawa bahan pengajaran yang berbentuk visual
bukan sahaja memudahkan para murid mengingat idea-idea penting akan
tetapi turut memudahkan murid menghuraikannya. Hal ini selaras dengan
kenyataan Ismail (2009) yang menyatakan bahawa bahan-bahan grafik dan
gambar-gambar yang dilukis mampu merangsang pemikiran, memudahkan
pemahaman dan mengukuhkan daya ingatan para murid. Di samping itu,
penggunaan peta minda sebagai bahan pengajaran akan menjadikan
pengajaran lebih menarik dan memberi ruang kepada para murid terlibat

secara aktif. Keaktifan para murid dalam mengikuti pengajaran tentunya


merupakan petanda positif terhadap pencapaian pembelajaran mereka.
Kepuasan guru terhadap pencapaian murid membuka ruang untuk menggunakan
kreativiti di samping P&P tanpa rasa bosan. KESIMPULAN Penggunaan peta
minda juga begitu signifikan dengan ob

Anda mungkin juga menyukai