Anda di halaman 1dari 14

TAJUK

MIND MAPPING (PETA MINDA)

KURSUS
PENTAKSIRAN KURIKULUM SAINS SUKAN
QSE 6044

TUGASAN
TUGASAN INDIVIDU

NAMA

: ALIFF BIN ABU BAKAR

NO MATRIK

: M20122001748

NO KAD PENGENALAN

: 880425435017

NAMA PENSYARAH

: DR. NORKHALID BIN SALIMIN

1.0 Pengenalan
Kaedah penilaian berasaskan ujian pen dan kertas seperti ujian bulanan,
peperiksaan pertengahan semester atau peperiksaan akhir tahun sememangnya
memberikan maklumat tentang pencapaian murid secara keseluruhan, tetapi tidak
memberikan maklumat tentang bagaimana murid perlu lakukan untuk meningkatkan
prestasi pembelajaran.
Oleh yang demikian, kaedah pentaksiran diperkenalkan kerana tidak seperti
penilaian, pentaksiran adalah proses mengumpul dan mengorganisasi maklumat
tentang tahap kemajuan dan pencapaian murid. Buck, Lund, Harrison dan Cook
(2007) menyatakan bahawa melalui pentaksiran, guru, murid dan ibu bapa dapat
membuat keputusan tentang pembelajaran murid, memberi dan menerima maklum
balas

tentang

tahap

kemajuan,

kekuatan

dan

kelemahan

dalam

proses

pembelajaran, disamping turut memberi maklumat tentang keberkesanan kurikulum


pengajaran guru. Adi Badiozaman (2006) mencadangkan peranan pentaksiran
diperluaskan bukan semata-mata sebagai satu alat untuk penggredan tetapi sebagai
satu proses guru sebagai fasilitator bersama-sama membimbing murid dalam
pembelajaran, merealisasikan potensi diri, mengenali perkembangan kemajuan
pembelajaran dan mencungkil bakat dalam pelajaran.
Selain daripada mengukur penguasaan pembelajaran pelajar, Baehr (2004)
menyatakan bahawa pentaksiran adalah sebahagian dari proses pembelajaran yang
boleh dijadikan sebagai pengalaman pembelajaran dengan melibatkan pelajar dalam
proses pentaksiran. Adi Badiozaman (2006) menyatakan bahawa pentaksiran di
sekolah-sekolah di Malaysia memfokuskan kepada prestasi dan pencapaian pelajar.
Jarang sekali pentaksiran dianggap sebagai satu proses di antara guru bersamasama dengan pelajarnya untuk membantu pembelajaran dalam merealisasikan
potensi diri pelajar sepenuhnya. Pentaksiran bukan satu instrumen untuk
penggredan tetapi adalah satu proses mengenali perkembangan kemajuan
pembelajaran pelajar sebenarnya serta mencungkil bakat mereka dalam bidang
pendidikan.
Kaedah

pentaksiran

alternatif

boleh

menyemarakkan

pembelajaran,

memudahkan pengajaran dan menurut Hensley (1997), memberi keputusan


pencapaian yang lebih baik kepada pelajar. Pentaksiran alternatif turut melibatkan
pelajar dalam memaparkan pengetahuan dan kefahaman dengan mereka cipta,

menghasilkan atau membuat sesuatu aktiviti belajar daripada hanya mengambil


ujian objektif secara bertulis (Herman, Aschbacher, & Winter, 1992). Pentaksiran
alternatif dapat menilai pengetahuan pelajar (apa yang pelajar telah belajar) melalui
tugasan yang memerlukan pelajar memberikan tindak balas (Mustain, 1992).
Pentaksiran alternatif boleh meningkatkan akauntabiliti guru dan kredibiliti terhadap
bidang Sains Sukan dan boleh digunakan sebagai pentaksiran program.
Pentaksiran terbahagi kepada dua kaedah iaitu pentaksiran tradisional dan
pentaksiran alternatif. Kaedah pentaksiran tradisional menggunakan ujian pen dan
kertas atau ujian amali yang bertujuan menilai pengetahuan dan kemahiran pelajar
dengan memberi gred pencapaian. Kebiasaannya pentaksiran tersebut melibatkan
perbandingan gred pencapaian dalam kalangan pelajar. Maklumat pentaksiran tidak
menjelaskan perkara-perkara yang pelajar perlu lakukan bagi memperbaiki
pengetahuan

dan

kemahirannya

dan

gagal

menyediakan

maklumat

yang

membolehkan pelajar memperbaiki proses pembelajarannya. Kaedah pentaksiran


tradisional dengan menggunakan ujian pen dan kertas atau ujian amali didapati
menghadkan konteks pentaksiran yang lebih meluas. Situasi ini adalah satu
kebiasaan dalam sistem persekolahan di negara ini.
Pentaksiran alternatif pula menggunakan kaedah ujian bertulis dan ujian
amali yang mempunyai skala ukur berupa senarai semak dan skoran rubrik.
Pentaksiran ini melibatkan pelbagai teknik ukuran seperti peta konsep, jurnal atau
laporan, portfolio, log pembelajaran, pentaksiran prestasi, projek, main peranan dan
lain-lain teknik ukuran yang memberikan maklumat dan maklum balas tentang
kemajuan dan perkembangan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains
Sukan. Pentaksiran tersebut bertujuan menyelesaikan masalah sebenar (real world
problems) yang berkaitan dengan pengalaman pembelajaran dalam kehidupan
pelajar melalui aktiviti sukan.
Di samping itu, pentaksiran alternatif menekankan kemahiran berfikir pada
aras tinggi, mewujudkan kolaborasi dan melibatkan pelajar menilai aktiviti belajar
secara sendiri serta memahami konsep pentaksiran untuk capai ke arah yang lebih
baik dalam pembelajarannya. Pentaksiran alternatif boleh dilaksanakan di sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan sahaja terhad kepada akhir sesi
persekolahan. Kaedah pentaksiran alternatif ini juga akan meningkatkan mutu
penaksir (guru) dalam pengembangan pengajaran dan juga yang ditaksir (pelajar)
dalam pencapaian pembelajaran.

2.0 Konsep alat berfikir


Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir merupakan instrumen
yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematis dan
berkesan. Dengan menggunakan alat berfikir ini, idea-idea yang disampaikan akan
menjadi lebih tersusun, jelas dan mudah difahami. Yang tercakup dalam alat berfikir
ini adalah:
(i) Soalan dan penyolaan
(ii) Pengurusan grafik
(iii) CoRT
(iv) Peta minda
Peta minda telah digunakan sejak berzaman untuk tujuan pembelajaran,
percambahan fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi dan penyelesaian masalah oleh
para pendidik, jurutera, pakar psikologi dan orang ramai secara umumnya. Menurut
Buzan (2003), peta minda digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi
termasuklah dalam bidang pembelajaran dan pendidikan di mana sering kali ia diajar
sebagai jaring atau penjaringan, merancang dan pengilustrasian dalam
kejuruteraan. Jikalau dibandingkan dengan peta konsep yang dibangunkan oleh
pakar pembelajaran pada 60-an, peta minda adalah menyerupainya tetapi ia adalah
lebih ringkas, berjejari dengan hanya ada satu kata kunci dari pusatnya.
Menurut Tee et al. (b) (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang
mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang
dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta
dengan cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya. Peta minda adalah sangat
sesuai digunakan untuk membuat nota pada sesebuah topik untuk suatu mata
pelajaran berdasarkan prinsip penggunaannya. Selari dengan tujuan peta minda
iaitu ia membolehkan pelajar mencatat nota dengan mudah serta mengingat sesuatu
dengan mudah di samping menggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan otak
kanan dan otak kiri semasa belajar. Maka, peta minda adalah amat sesuai dan tepat
bagi tujuan kajian ini agar pelajar dapat membuat, menyimpan dan mengulangkaji
nota dengan baik dan berkesan.
Peta minda dapat diaplikasikan ke atas individu, keluarga, pendidikan dan
situasi perniagaan, mencatat nota, sumbangsaran (dalam mana idea-idea

dimasukkan ke dalam peta berjejarian dari pusat, di mana pengumpulan dan


pengorganisasian dilakukan pada tahap seterusnya), merumuskan, mengulangkaji
dan menjelaskan pemikiran secara umum. Sebagai contoh, seseorang dapat sambil
mendengar kuliah dan mencatat nota dengan menggunakan peta minda untuk isi
dan kata kunci terpenting. Seseorang juga dapat menggunakan peta minda sebagai
suatu teknik memori atau mengeluarkan idea yang kompleks. Peta minda juga
digalakkan

sebagai

suatu

kaedah

untuk

digunakan

bersama

ketika

sesi

mencetuskan kreativiti berasaskan pensil warna.


Peta minda dapat dilukis dengan menggunakan tangan, sama ada sebagai
nota kasar, sebagai contoh, ketika menghadiri kuliah atau mesyuarat. Peta minda
juga dikenali sebagai Swiss army knife for the brain adalah satu teknik mengambil
nota yang telah diguna oleh lebih daripada 250 juta individu di seluruh dunia. Pada
masa yang sama, penggunaan peta minda juga amat luas dalam dunia pendidikan
dan perniagaan (Buzan, 2002).
Matlamat Buzan adalaah untuk membolehkan Manual operasi Otak Manusia
dimiliki oleh seramai individu yang mungkin di seluruh dunia. Kejayaan usaha ini
kian dicapai menerusi ucaptama, media, penerbitan (lebih daripada 90 tajuk setakat
ini), perisian dan pusat-pusat latihan kursus Buzan. Tony Buzan adalah pencipta
kepada peta minda, alat berfikir yang paling berkuasa. Pengarah Microsoft iaitu Bill
Gates mengenal pasti kepentingan peta minda dalam artikelnya bertajuk The road
ahead how mind mappers are taking our information democracy to the next
stage ... satu generasi perisian peta minda baru mampu diguna sebagai asas
templet digital untuk bantu menghubungkait dan mensintesis idea dan data, justeru
mencipta pengetahuan baru.
Peta minda adalah satu teknik mengrafik yang sungguh berkuasa di mana ia
mampu membekalkan kunci universal ke atas membuka potensi pemikiran
seseorang. Peta minda mengikat kepelbagaian kemahiran berhubung penggunaan
korteks yang melibatkan perkataan, imej, nombor, logic, muzik, warna, kepekaan ke
atas ruang dengan berkesan. Selain itu, ia juga memberi kebebasan kepada individu
menjelajahi

kemampuan

otak

yang

tiada

batasannya.

Peta

minda

boleh

diaplikasikan dalam semua aspek kehidupan di mana ia mampu meningkatkan


pembelajaran dan
pemikiran seseorang individu, justeru menggalakkan perkembangan diri.

Penciptaan peta minda bermula pada akhir 1960-an oleh Tony Buzan yang
kini
digunakan oleh jutaan individu di seluruh dunia. Peta minda digunakan oleh semua
golongan daripada yang sangat muda hingga kepada yang sangat tua di mana
mereka ingin menggunakan pemikiran dengan lebih berkesan.
3.0 Kegunaan dan kepentingan peta minda
Terdapat banyak kegunaan peta minda. Peta minda berfungsi sebagaimana
otak berfungsi di mana ia tidak berfungsi secara linear. Ingatan adalah dalam
bentuk
saling berkait dan tidak linear. Sebarang idea mungkin mengandungi beribu
hubungkait dalam otak. Selain itu, peta minda membolehkan hubung jalinan
disimpan dan dipertingkatkan dalam pemikiran. Minda mengingati kata kunci dan
imej dan bukannya ayat. Peta minda hanya menggunakan kata kunci dan imej,
justeru membenarkan maklumat yang banyak dimasukkan ke dalam sehelai kertas.
Oleh kerana peta minda bercirikan visualisasi dan memperlihatkan hubung kait
antara kata kunci, maka ia adalah lebih mudah diimbas kembali berbanding nota
berciri linear.
Mencatat bermula dari pusat kertas membenarkan seseorang mencatat ke
semua

arah

berbanding

dari

hujung

atas

kiri.

Pengurusan

peta

minda

menggambarkan bagaimana otak manusia mengurus idea. Peta minda adalah


mudah dirujuk. Pada masa yang sama, merujuk secara berulang mengukuhkan
ingatan. Cara terbaik dalam membuat rujukan adalah dengan melakukan imaginasi
ke atas kandungan peta minda, kemudian baru merujuk kembali kepada peta minda
jika terdapat sebarang kekaburan. Individu dapat mengingat pada perkara yang
mudah dilihat. Peta minda membenarkan individu mencatat kata kunci yang mudah
dilihat secara visual dengan berkesan. Kepentingan peta minda dapat dihubungan
dengan perkara di bawah:
(a) Menghasilkan Nota
Setiap kali maklumat dicatat, peta minda mampu menguruskannya dalam bentuk
ringkas yang mudah diasimilasi dan diingati otak. Peta minda boleh digunakan untuk
membuat nota bagi sebarang sumber buku, kuliah, syarahan, taklimat, bahan
bacaan, mesyuarat, temu bual dan perbualan telefon.

(b) Ingat Kembali


Setiap kali maklumat diimbas kembali dari ingatan, peta minda membenarkan idea
yang lintas pada fikiran dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus. Catatan yang
dilakukan tidak perlu dalam bentuk ayat penuh. Peta minda berfungsi pantas dan
berkesan dalam aktiviti imbas kembali nota kuliah, kandungan bahan bacaan dan
perkara yang telah diulangkaji.
(c) Kreativiti
Setiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea berdasarkan kreativitinya, peta
minda membebaskan pemikirannya daripada pemikiran linear dan membolehkan
idea-idea baru bercambah dengan baik. Pengguna peta minda harus menganggap
setiap item di dalam peta minda adalah pusat kepada peta minda yang baru.
(d) Penyelesaian Masalah
Setiap kali seseorang berhadapan dengan permasalahan sama ada dalam bidang
profesional atau peribadi peta minda membantu individu untuk mengenal pasti isuisu dan hubung kait antara satu sama lain. Selain itu, ia juga membantu individu
mendapatkan gambaran keseluruhan dengan pantas di samping mengesan
perbezaan ke atas aspek situasi dan kepentingannya.
(e) Perancangan
Setiap kali seseorang merancang sesuatu, peta minda membantu individu
memperolehi dan mengurus semua maklumat berkaitan dengan mudah. Peta minda
boleh digunakan untuk merancang sebarang penulisan sama ada dari surat hingga
ke skrip lakonan, mahu pun buku. Di samping itu, peta minda juga boleh digunakan
untuk merancang suatu mesyuarat, aktiviti harian, pelancongan, kerangka karangan,
penulisan makalah, laporan dan persembahan.
(f) Pembentangan
Peta minda membantu seseorang menyediakan topik dan urutan semasa ingin
membuat suatu pembentangan. Peta minda bukan sahaja membantu dalam
mengurus idea-idea dengan nyata, malah memberi satu gambaran menyeluruh
secara visual dalam pemikiran tanpa merujuk kepada helaian kertas. Peta minda
sangat membantu dalam membuat persembahan seperti laporan, kertas kerja, hasil
perbincangan dan sumbangsaran.
(g) Penggunaan otak kiri dan kanan serentak
Peta minda berupaya menggabungkan dan mengimbangkan penggunaan otak
kanan dan otak kiri semasa belajar.

(h) Membuat sinopsis


Peta minda dapat merumuskan pelbagai bahan bacaan ke dalam bentuk sinopsis
atau ringkasan yang padat dan lengkap. Antara bahan bacaan yang sering kali
dirumuskan adalah seperti buku, novel, cerpen dan puisi.
4.0 i-THINK : Kemahiran Berfikir Secara Kreatif, Kritis dan Inovatif
iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan
untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan
pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini
adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi
Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM)
sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.
Kenapa Diadakan Program i-THINK?
Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan
Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian
mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi
pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan
masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.
4.1 Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk
peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi
kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta
pemikiran yang boleh digunakan.
i.

Circle Map (Peta Bulatan)


Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan
pengetahuan

sedia

berkaitan

sesuatu

tajuk

dengan

memberikan

maklumat mengikut konteks.


ii.

Bubble Map (Peta Buih)


Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi
mengenalpasti

atau

menunjukkan

perkataan deskriptif atau huraian.

kualiti.

Biasanya

menggunakan

iii.

Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)


Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

iv.

Tree Map (Peta Pokok)


Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

v.

Brace Map (Peta Dakap)


Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah
kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian
kedua adalah bahagian utama.

vi.

Flow Map (Peta Alir)


Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

vii.

Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)


Multi-flow

Map

digunakan

untuk

menunjukkan

dan

menganalisis

hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah


peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab
peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat
daripada peristiwa tersebut.
viii.

Bridge Map (Peta Titi)


Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk
mengaplikasikan

proses

analogi

dengan

menggunakan

faktor

penghubungan.
5.0 Panduan membina peta minda
Novak dan Gowin (1984) dan juga Nor Hayati (1993) menyarankan agar
kemahiran melukis peta konsep dipupuk dengan mengikuti langkah-langkah berikut
bagi memudahkan seseorang menghasilkan peta mindah yang sempurna.
i.
ii.
iii.

Memahami bahan pengajaran yang dibaca.


Mengeluarkan konsep-konsep atau kata kunci penting.
Menyusun kata kunci mengikut hiraki iaitu menyusun kata kunci
bermula daripada yang umum beransur-ansur kepada yang lebih

iv.

spesifik di bawah.
Mengaitkan satu konsep kata kunci dengan yang lain dengan anak

v.

panah.
Menuliskan kata penghubung di atas anak panah agar dua katakunci.

vi.

Diatas cabang juga anda digalakkan menggunakan grafik untuk


menarik perhatian semasa membaca.

6.0 Kaedah pelaksanaan peta konsep


Dalam melaksanakan pengajaran menggunakan peta konsep dalam mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, guru perlu menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual yang ditetapkan. Beberapa langkah
perlu dilakukan bagi memastikan pelajar dapat mengaplikasikan dan memahami
panduan yang diberikan oleh guru.
i.

Langkah 1
Gambaran peta minda. Sebelum pelajar melaksananakan peta minda,
pelajar terlebih dahulu akan ditunjukkan dengan cara atau teknik
melakarkan peta minda supaya pelajar dapat melihat gambaran awal

ii.

bagaimana untuk menghasilkan sebuah peta minda


Langkah 2
Kriteria yang akan dinilai. Guru akan menerangkan terlebih dahulu apakah

iii.

kriteria yang ingin dinilai dalam penghasilan peta minda.


Langkah 3
Guru mengemukakan tajuk pelajaran yang akan dipelajari dengan

iv.

menggunakan peta konsep.


Langkah 4
Guru memperkenalkan secara umum bahan pengajaran dan idea-idea
utama dalam topik yang akan diajar. Guru mengemukakan sebarang

v.

pertanyaan kepada pelajar bagi meningkatkan kesedaran pelajar.


Langkah 5
Pelajar-pelajar diminta menyiapkan peta minda secara individu yang telah
ditetapkan oleh guru mengikut topik yang telah dipelajari oleh guru. Guru
membimbing dan memantau para pelajar semasa menghasilkan peta

vi.

konsep.
Langkah 6
Pembentangan peta minda yang dihasilkan oleh para pelajar dan
penilaian guru dilakukan.

7.0 Rubrik pemarkahan


PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TAHUN 5
RUBRIK PENILAIAN PETA MINDA INDIVIDU

ISI KANDUNGAN / FAKTA


1. Mempunyai isi utama kurang daripada tiga
2. Huraian isi kandungan kurang jelas atau tiada huraian isi
kandungan

1. Mempunyai tiga hingga empat isi utama


2. Huraian isi utama yang bersesuaian
1. Mempunyai empat atau lebih isi utama
2. Huraian isi utama lengkap dan jelas beserta contohcontoh yang bersesuaian
KREATIVITI DAN KEASLIAN
1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain
2. Bahan rujukan yang sedikit

1. Mempunyai kekreatifan dan keaslian

MARKAH
LEMAH
04

SEDERHANA
57

CEMERLANG
8-10

MARKAH
LEMAH
04

SEDERHANA
57

2. Bahan rujukan yang sesuai


1. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu
menarik perhatian umum

CEMERLANG
8-10

2. Pelbagai bahan tujukan yang bersesuaian

REKABENTUK
1. Rekabentuk dan paparan yang salah
2. Kurang cantik

MARKAH
LEMAH
04

1. Rekabentuk dan paparan brusur yang betul tetapi kurang


menarik

SEDERHANA
57

2. Sesuai
1. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur
kelihatan seperti brosur sebenar

CEMERLANG
8-10

2. Amat sesuai dan cantik


BAHASA

MARKAH

1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah

LEMAH
1 4

2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi


masih perlu diperbaiki

SEDERHANA
5 7

3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik,jelas


dan tidak mengandungi kesalahan

CEMERLANG
8-10

ILUSTRASI
1. Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada
langsung

MARKAH
LEMAH
1 4

2. Penyusunan gambar gambar yang kurang menarik


1. Menggunakan ilustrasi hanya sekadar mencukupi
syarat

SEDERHANA
5 7

2. Penyusunan gambar-gambar yang sesuai


1. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai menarik dan
sesuai
2. Penyusunan gambar menarik

CEMERLANG
8-10

CEMERLANG
(36 - 50)

SEDERHANA
(21 - 35)

Mempunyai fakta asas dan Mempunyai

LEMAH
(1 - 20)

beberapa Mengandungi

beberapa

tambahan, yang lengkap, fakta asas dan tambahan fakta asas dan terdapat
jelas dan sesuai. Paparan yang
aliran

maklumat

sesuai.

Paparan beberapa

yang aliran maklumat yang betul salah.

fakta

yang

Paparan

aliran

betul, terperinci dan tepat. tetapi kurang tepat namun maklumat

yang

kurang

Mempunyai kreativiti dan mempunyai kreativiti dan tepat. Kurang kreatif dan
keaslian. . (gambar, warna keaslian.

kurang rujukan.

dan reka letak).

8.0 Kesimpulan
Peta minda memberi impak yang besar dan penting ke atas pembelajaran
pelajar. Pelajar dapat membuat nota kuliah yang berkesan dengan menggunakan
peta minda. Semua nota kuliah dapat dihasilkan secara tersusun dan mudah
disimpan. Selain itu, ulang kaji dapat dilakukan dengan pantas dan berkesan
menerusi penggunaan peta minda.
Meneliti kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh Cindy et al. (2006), Henry
(2006) serta Ang dan Ong (2007), menunjukkan pelajar yang mengamalkan
penggunaan peta minda dalam pembelajaran berupaya mengingat dan memperolehi
keputusan yang lebih baik.

9.0 Rujukan
Ang, Gek Moi and Ong, Lee Lian (2007). Introducing Mind Map in Comprehension.
Recent Research on Mind Maps in Education. m.s. 11-19.
Buzan, Tony (2002). How to Mind Map. London: Thorsons. m.s. 65.
Buzan, Tony (2003). Mind maps for Kids: The Shortcut to Success at school.
London: Thorsons. m.s. 2, 5, 10, 34, 44, 52, 58, 64, 74.
Cindy Oh; Hariati Ali; Adeline Enriquez; Ilyana Bte Mohd Anwar; Hazel Lim; Law, Ee
Peng; Leong, Pei Ying and Wee, Chiu Mei (2006). Reading With Understanding
Through The Use if Mind Maps. Recent Research on Mind Maps in Education.
m.s. 5-19.
Henry Toi (2009). Research on how Mind Map improves Memory. Recent Research
on Mind Maps in Education. m.s. 21-24.
http://mindmapkids.multiply.com/photos
http://www.authorstream.com/Presentation/aSGuest16017-170716-mind-mappingmap-powerpoint-spcug-mindmappingver2-education-ppt/
http://www.authorstream.com/Presentation/aSGuest16017-170716-mind-mappingmap-powerpoint-spcug-mindmappingver2-education-ppt/
http://www.buzanworld.comMind_Maps.htm
http://www.buzanworld.comMind_Maps.htm
Som Hj, Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (1998). Kemahiran Berfikir Secara
Kritis & Kreatif. Selangor: Longman. m.s. 304-305, 318-321, 323-324.
Tee, Tze Kiong, Jailani Bin Md Yunos, Baharom Bin Mohamad, Widad Bt. Othman
dan Yee, Mei Heong (a) (2009). Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Menerusi Peta Minda Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Persidangan
Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST 2009). m.s. 114-121.

Anda mungkin juga menyukai