Anda di halaman 1dari 9

Aktiviti 4.2 Pendidikan Moral telah menjadi mata pelajaran sekolah Malaysia.

Mengapa sekolah Malaysia mengajarkan Pendidikan Moral? Apakah kandungannya? Bagaimana pelaksanaannya? Sejauh mana Pendidikan Moral perlu di Malaysia? Jawapan: Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras untuk murid bukan beragama Islam di peringkat sekolah rendah dan Menengah. Mata pelajaran ini yang memberi tumpuan pada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia bertujuan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berperibadi mulia, serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara. Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Menengah merangkumi aspek diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara.

Aktiviti 5.7 a. Jelaskan bagaimana anda sebagai pendidik berinteraksi dalam situasi bilik darjah b. Nyatakan bentuk-bentuk interaksi yang boleh mendatangkan kesan-kesan negative Jawapan : Saya memilih kaedah interaksi dua hala diantara guru dengan murid iaitu guru menggunakan pendekatan seperti perbincangan atau kaedah induktif. Interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi interaksi dua hala. Ciri-ciri interaksi dua hala ialah aktiviti pengajaran dan pembelanjaran bercorak aktif, perhubungan guru dengan murid menjadi rapat akibat komunikasi terbuka di dalam bilik darjah dan juga ia menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyoal dan meminta pendapat mereka. Pada pendapat saya,corak interaksi seperti ini sesuai dilaksanakan kepada kelas yang mempunyai purata pelajar yang pintar mahupun lemah kerana guru memberikan peluang kepada murid untuk sama-sama terlibat dalam proses pengajaran. Contohnya saya akan memberikan penjelasan juga akan mengemukakan soalan, mengadakan perbincangan dan sebagainya dengan murid untuk mewujudkan interaksi yang positif dengan pelajar.

Terdapat beberapa bentuk-bentuk interaksi yang mendatangkan kesan-kesan negatif. Antaranya adalah seperti yang berikut:1. 2. 3. 4. Guru sukar berterus terang Emosi guru atau murid yang tidak terkawal. Hal ini akan menjejaskan penumpuan. Tumpuan yang kurang teliti akan turut menjejaskan interaksi antara murid dan guru. Guru yang tidakmelayani maklum balas murid Kebisingan dalam bilik darjah. Kelas yang bising akan mengganu interaksi yang berkesan. Murid-murid mungkin sukar untuk mendenganre isi pelajar yang disampaikan oleh guru. Guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang kurang Suasana bilik darjah yang kurang kondusif Tulisan yang kurang jelas pada papan tulis mengganggu maklumat atau mesej yang ingin disampaikan kepada murid.

5. 6. 7.

Aktiviti 6.2 Bincangkan faktor-faktor orang melayu tidak ramai ke sekolah pada zaman penjajahan Jawapan: Zaman penjajahan menyaksikan kemunculan aliran pendidikan yang berbeza dari aspek kewajaran kepada kehendak masyarakat Tanah melayu khususnya orang Melayu itu sendiri. Meskipun usaha penjajah mewujudkan aliran pendidikan di Tanah Melayu dilihat sebagai isu yang positif namun semangat bencikan penjajah yang tebal menghalang penglibatan mereka dalam sektor pendidikan yang dilihat oleh mereka sebagai propaganda dalam mengembangkan lagi ideologi penjajah yang ternyata lari dari konsep norma kehidupan orang Melayu. Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan orang Melayu tidak ramai yang bersekolah pada zaman penjajah: Kebencian Terhadap Penjajah Menurut Amir Hasan Dawi (2009), kebencian kepada penjajah, protes terhadap pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu, perasaan syak wasangka terhadap tujuan Inggeris untuk mengkristiankan ataupun sekurang-kurangnya mensekularkan orang-orang Melayu telah menghalang mereka memasuki sekolah-sekolah berkenaan. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu ketika itu sangat membenci kehadiran Inggeris walaupun tujuan mereka menubuhkan sekolah pada masa itu bertujuan baik. Masyarakat Melayu ketika itu lebih cenderung memilih sekolah agama ataupun langsung tidak perlu ke sekolah.

Kemasukan Terhad Semasa pemerintahan Inggeris, sekolah Inggeris ditubuhkan untuk anak-anak bangsawan dan anak-anak Raja. Banyak pendapat mengatakan sekolah Inggeris ini ditubuhkan untuk memberi latihan kepada anak-anak bangsawan ini untuk menjadi pegawai-pegawai rendah kerajaan

Inggeris di Tanah Melayu. Jadi secara umumnya kemasukan ke sekolah Inggeris hanyalah terhad kepada golongan bangsawan sahaja. Tambahan pula satu peperiksaan khas perlu dilalui oleh calon-calon yang ingin mendapatkan pendidikan di sekolah aliran Inggeris ini. Tiada Kesedaran Sebelum kedatangan penjajah, masyarakat Melayu di Tanah Melayu sememangnya tidak pernah mendapat pendidikan secara formal. Mereka lebih fokus kepada pendidikan agama yang didapati melalui tok guru dan alim ulama. Kelas pula biasanya diadakan secara tidak formal di surau-surau ataupun di rumah sahaja. Apabila pihak Inggeris cuba untuk memperkenalkan system persekolahan, masyarakat Melayu ketika itu tidak nampak akan kepentingan sesebuah sekolah itu. Bagi mereka mendidik anak-anak dengan ilmu agama adalah lebih penting. Ketika itu juga belum wujud lagi pekerjaan yang memerlukan kelulusan tinggi, jadi lulus sekolah itu tidak menjadi kepentingan mereka lagi. Berdasarkan tiga faktor di atas, maka tidak hairanla mengapa masyarakat Melayu ketika zaman penjajahan Inggeris tidak begitu menitikberatkan persekolahan. Namun selepas tamat zaman penjajahan, kesedaran tentang kepentingan persekolah meningkat apabila lebih ramai anakanak melayu di hantar belajar secara formal samada di sekolah aliran Melayu atau Inggeris dan sistem pembelajaran formal ini berterusan sehinggalah sekarang. Aktiviti 8.10 1. Terdapat pelbagai surat pekeliling dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkaitan masalah disiplin pelajar. Senaraikan surat-surat pekeliling berkenaan. 2. Semak surat-surat pekeliling ikhtisas berikut. Nyatakan tajuk setiap surat, kandungannya dan nyatakan nama Ketua Pengarah Pelajaran yang menandatanganinya SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 6/1995 SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 4/1997 SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 16/1998 SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 6/2000 SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 8/2001 Jawapan Terdapat pelbagai surat perkeliling dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkaitan masalah displin pelajar. Senaraikan surat-surat pekeliling berkenaan. Antaranya ialah: Surat Pekeliling Iktisas Bil. 6/1968 Pembuangan Murid-Murid Daripada Sekolah Kerana Kelakuan Curang. Surat Pekeliling Iktisas Bil.8/1968 Tatatertib Di Sekolah-Sekolah Surat Pekeliling Iktisas Bil.1/1972 Peraturan peraturan Tatatertib Sekolah (Pelajaran 1959) Surat Pekeliling Iktisas Bil.6A/1975, Disiplin Murid-murid Menghisap Rokok

Surat Pekeliling Iktisas Bil 7/1975 Salah Laku Dadah-Ganas Panduan Untuk Guru Dan Guru Besar Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/ 1975 Disiplin di Sekolah. Peraturan-peraturan Sekolah Untuk Murid-murid Surat Pekeliling Iktisas Bil.1/1976 Pameran/ Ceramah Pencegahan, Penyalahgunaan Dadah Di Sekolah-sekolah. Surat Pekeliling Iktisas Bil.2/1979 Laporan Murid-murid Kalam keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan. Surat Pekeliling Iktisas Bil.1/1983 Garis Panduan Kempen Anti Merokok Sekolah-sekolah Surat Pekeliling Iktisas Bil.8/1983 Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Di Nyatakan Dalam Peraturan Pelajaran Surat Pekeliling Iktisas Bil. 7/1986, Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah Surat Pekeliling Iktisas Bil 8/ 1986 Penyalahgunaan Inhalan Surat Pekeliling Iktisas Bil 4/1991 Pelapor Kejadian Tidak Diingini Di Sekolah Surat Pekeliling Iktisas Bil 3/1993 Lapor Kepada Polis Salah Laku Yang Berbentuk Jenayah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995 : Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah Surat Pekeliling Iktisas Bil 7/ 1995 Tatacara Mengenakan Tindakan Dan Hukuman Terhadap Pelajar Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1996 : Pelaksanaan Kuasa Disiplin Dan Hukuman Di Sekolah Surat Pekeliling Iktisas Bil 4/ 1997 Hukuman Ke atas Murid Menghisap Rokok Surat Pekeliling Iktisas bil 5/ 1997 Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/1998: Menangani Kegiatan Gengster Di Sekolah Surat Pekeliling Iktisas Bil 18/ 1998 Penggunaan Budi Bicara Ketika Ambil Tindakan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2000: Menangani Masalah Keselamatan, Dadah Dan Gengster Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2000: Membanteras Jenayah Di Kalangan Murid Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001 : Pemantapan Pengurusan Disiplin Di Sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2001 : Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 : Semua Guru Adalah Guru Disiplin Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 : Kuasa Guru Merotan Murid

Semak surat perkeliling iktisas berikut. Nyatakan tajuk setiap surat, kandungannya dan nyatakan nama ketua pengarah pelajaran yang menandatanagani. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.6/1995 Surat pekeliling ini bertajuk Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah. Kandungan surat pekeliling ini ialah bertujuan mengingatkan semua pegawai pendidikan bahagian/daerah, pengetua, guru besar dan guru-guru mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi membanteras salahlaku ponteng di sekolah terutamanya ponteng sekolah dan ponteng kelas. Antara langkahnya ialah pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah hendaklah mengesan kadar ponteng sekolah dan ponteng kelas setiap bulan secara bersungguh-sungguh dan berterusan dengan berpandukan Buku Panduan Mengatasi Masalah Ponteng. Selain itu, pihak sekolah hendaklah merealisasikan Sekolah Penyayang. Pelajar-pelajar berhak disayangi, dikasihi, dikasihani dan dibimbing. Briged Komuniti juga harus dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai matlamatnya sama ada di peringkat Negeri, Bahagian/Daerah dan sekolah. Seterusnya, Memastikan bahawa Jawatankuasa Disiplin Sekolah atau Lembaga Tatatertib sentiasa proaktif dengan menggariskan program dan aktiviti yang berupaya mencegah salahlaku ponteng sejak awal lagi. Kandungan surat pekeliling ini hendaklah dimaklumkan kepada semua Pegawai Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua/Guru Besar dan guru-guru di negeri. Nama ketua pengarah yang menandatangani surat pekeliling ini ialah Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Mohd Noordin. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.4/ 1997 surat pekeliling ini bertajuk Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan untuk mengambil tindakan ke atas murid yang didapati bersalah menghisap rokok dengan mengenakan hukuman seperti berikut, seperti kesalahan Kali Pertama : Rotan 1 kali, Kesalahan Kali Kedua : Rotan 2 kali, Kesalahan Kali Ketiga : Rotan 3 kali, Kesalahan Kali Keempat : Gantung Persekolahan (selama tempoh tidak melebihi 14 hari) dan Kesalahan Kali Kelima : Buang Sekolah. Kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini perlu dimaklumkan kepada semua sekolah di negeri. Surat pekeliling ini ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pelajaran iaitu Datuk Matnor Daim. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.16/1998

Surat pekeliling ini bertajuk Menangani Kegiatan Gengster Di Sekolah. Surat pekeliling ini berkaitan dengan masalah genster di sekolah ini menjadi lebih serius, tindakan pemulihan dan pencegahan perlu dilakukan keatas pelajar yang telah disahkan terlibat supaya masalah kegiatan gengster di sekolah dapat dibanteras. Antara langkah pemulihan yang dilakukan ialah profil pelajar yang terlibat hendaklah dikumpul. Manakala bagi pelajar yang terlibat, hendaklah diketahui sejauh mana penglibatannya. Ibu bapa atau penjaga pelajar yang terlibat hendaklah dimaklumkan untuk mendapat kerjasama dalarn menangani masalah ini. Selain itu, pelajar yang terlibat hendaklah dirujuk kepada kaunselor sepenuh masa untuk proses kaunseling. Jika diketahui bahawa keterlibatan pelajar adalah disebabkan oleh masalah keretakan rumah tangga kedua ibu bapanya maka perlu dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Programprogram khas seperti ceramah, pameran, kursus motivasi dan kepimpinan diadakan dan semasa ke semasa, khususnya untuk pelajar yang terlibat. Seterusnya langkah pencegahan yang perlu dilakukan ialah Mengingatkan pelajar dalam perhimpunan sekolah mengenai keburukan kegiatan gengster dan kesan melibatkan diri dalam kegiatan tersebut. Menegaskan kepentingan dan keperluan menjalani cara hidup yang positif melalui pengajaran mata pelajaran moral dan agama.Menerapkan nilai-nilai murni semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Mengadakan ceramah-ceramah khas mengenai keburukan kegiatan gengster dengan melibatkan pihak Polis dan Penjara.Menganjurkan kempen "Basmi Kegiatan Gengster" di sekolah. Nama Ketua Pengarah Pelajaran yang menandatangani surat pekeliling ini ialah Dato Dr. Abdul Shukor Abdullah. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/2000: Surat pekeliling ini bertajuk Menangani Masalah Keselamatan , Dadah, Dan Gengster. Surat Pekeliling Ikhtisas ini memperingatkan semula kepada semua pengetua dan guru besar supaya mengambil langkah-langkah yang proaktif dalam usaha memastikan sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini, seperti murid diugut, diculik, diperkosa, atau penglibatan dengan dadah, serta perlakuan ala-gengster dan menceburkan diri dalarn kegiatan gengster atau "triad society". Panduan bagi mengatasi masalah tersebut telah dinyatakan dalam surat-surat pekeliling yang telah diedarkan ke sekolah. Sebagai rujukan pengetua dan guru besar, bersama-sama pekeliling ini dilampirkan senarai bilangan serta tajuk Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas yang berkenaan (rujuk Lampiran A). Nama Ketua Pengarah Pelajaran yang menandatangani ialah Dato Dr. Abdul Shukor Abdullah. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/2001 : Surat pekeliling ikhtisas ini bertajuk Pemantapan Pengurusan Disiplin Di Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas bertujuan untuk memperingatkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian dan Daerah (PPB/PPD), semua Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan disiplin di sekolah-sekolah. Antaranya ialah Pemantapan Sistem Pengurusan Murid Di Sekolah. Sistem rekod murid yang sedia (Kad 01 &

02) perlu dilihat semula, sama ada telah memenuhi keperluan pengurusan hal ehwal murid yang cekap dan berkesan. Seterusnya Pemantapan Pengurusan Disiplin. Setiap sekolah mesti mempunyai jawatankuasa disiplin sekolah yang berfungsi merancang dan mengurus hal-hal berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan murid. Dalam masa yang sama, semua guru mesti mengambil tanggungjawab bersama dalam menentukan disiplin sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal. Pemantapan Pengurusan Kaunseling Di Sekolah. Sekolah hendaklah memastikan guru kaunseling sentiasa mempunyai maklumat yang kemas kini mengenai murid yang mempunyai masalah daripada guru kelas atau guru tingkatan. Murid-murid berkenaan perlu diberikan khidmat nasihat sehingga keadaan permasalahan yang mereka hadapi dapat dipulihkan sepenuhnya. Surat pekeliling ini juga menyatakan konsep Sekolah Penyayang yang menekankan kepada rasa sayang menyayangi serta menimbulkan kemesraan diantara guru dengan murid, murid dengan murid serta warga sekolah dengan ibu bapa hendaklah dipertingkatkan lagi. Surat pekeliling ini juga menitikberatkan Pendidikan Keselamatan dan Perlindungan Diri, melalui aktiviti kelab penyebaran maklumat yang berkaitan kemalangan/jenayah disampaikan dan dibincangkan. Guru boleh menyampaikan panduan tentang keperluan menjaga keselamatan sewaktu pendidikan formal di kelas atau kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. Bahaya penggunaan alatan elektrik, bahan kimia, alatan sukan dan permainan. Permuafakatan Ibu Bapa, Sekolah dan Masyarakat juga ditekankan dalam kandungan surat pekeliling ini. Pihak sekolah perlu melibatkan ibu bapa supaya anak-anak mereka yang bermasalah dapat sama-sama dibantu. Dalam hal ini pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang apa jua masalah atau perlanggaran disiplin yang dilakukan oleh murid. Seterusnya ialah Sekolah Selamat (Safe School) dimana aspek keselamatan dalam sistem persekolahan diberi keutamaan, pemeriksaan secara berkala hendaklah dilakukan terhadap sistem pendawaian elektrik, sistem bekalan gas, atau apa juga sistem yang boleh mengundang bahaya di sekolah. Jabatan atau agensi yang bertanggungjawab ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan BekalanElektrik dan Gas, Polis Diraja Malaysia. Konsep Sekolah Selamat hanya dapat dijayakan sepenuhnya dengan warganya mengamalkan tingkah laku yang boleh menghindarkan bahaya terhadap diri sendiri, rakan sebaya serta orang lain. Nama Ketua Pengarah Pelajaran yang menandatangani ialah Datuk Abdul Rafie Bin Mahat. Aktiviti 10.4 Bahagikan universiti awam mengikut kategori universiti apex, iniversiti penyelidikan, universiti fokusdan universiti komprehensif. Nyatakan slogan setiap universiti dalam usaha masing-masing menarik minat masyarakat untuk menganggap universiti berkenaan adalah yang terbaik. Jawapan:

Universiti Apex 1. Universiti Sains Malaysia [USM) Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow

Universiti penyelidikan 1. 2. 3. 4. 5. Universiti Malaya [UM] The Leader in Research and Innovation Universiti Sains Malaysia [USM] - Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM] Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan Universiti Putra Malaysia [UPM] Berilmu Berbakti Universiti Teknologi Malaysia [UTM] Innovative, Entrepreneurial, Global

Universiti focus 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Universiti Teknologi Malaysia - Innovative, Entrepreneurial, Global Universiti Utara Malaysia The Eminent Management University Universiti Pendidikan Sultan Idris Komited Membawa Perubahan Dalam Pendidikan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia - With Wisdom, We Explore Universiti Teknikal Malaysia Melaka Always a Pioneer, Always Ahead Universiti Malaysia Perlis Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan Universiti Malaysia Terengganu Terokaan Seluas Lautan Universiti Malaysia Pahang Engineering, Technology, Creativity Universiti Sains Islam Malaysia Berilmu, Berdisiplin, Bertaqwa Universiti Darul Iman Malaysia - Ilmu Demi Faedah Insan Universiti Malaysia Kelantan The Entrepreneurial University Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Kewajipan, Maruah, Integriti

Universiti komprehensif 1. 2. Universiti Teknologi MARA - Endeavour, Religious, Dignified Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Garden of Knowledge and Virtue

3. 4.

Universiti Malaysia Sabah Strive to Excel Universiti Malaysia Sarawak Contemporary and Forward Looking

Anda mungkin juga menyukai