Anda di halaman 1dari 4

CABARAN PENERAPAN KBAT DALAM PDPC

(Chew Bee Gek, 2017)

1. Persepsi guru Teknik dan Vokasional terhadap pengetahuan dan pengaplikasian KBAT drpd
aspek:
a) Kurikulum
- Menerapkan unsur KBAT dalam DSKP yang menekankan keupayaan pelajar
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta (Bahagian Pembangunan Kurikulum,
2014)
b) Pedagogi
- Menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif, inovatif, berupaya
menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.
c) Pentaksiran
- Mengetahui perkembangan dan pencapaian pelajar dalam menyelesaikan soalan aras
tinggi (Awang Ali et al., 2016)
2. Penguasaan KBAT yang masih berada pada tahap yang lemah (Md Yunos, Tee & Yee, 2010)
Md Yunos, J., Tee, T.K., & Yee, M.H. (2010). The Level of Higher Order Thinking
Skills for Technical Subject in Malaysia. Proceedings of the 1st UPI International
Conference on Technical and Vocational Education and Training Bandung,
Universiti Pendidikan Indonesia, p.82-90, 10-11 November 2010.
- Dibuktikan menerusi analisis TIMSS dan PISA
- TIMSS – mengukur pengetahuan kandungan kemahiran kognitif
- PISA – menilai literasi bacaan, matematik dan sains
- Pelajar kurang berkemampuan mengaplikasikan KBAT semasa menjawab soalan
pentaksiran
- Penglibatan pelajar dalam PdPc KBAT rendah : pelajar terbiasa dengan pembelajaran
komunikasi sehala (pelajar sebagai pendengar dan penerima maklumat)
3. Guru kurang menerapkan KBAT dalam proses PdPC (Laporan PPPM 2013 – 2025)
- Guru terlalu fokus kepada penyampaian ‘fakta’ atau maklumat tetapi mengabaikan kaedah
pembelajaran kendiri iaitu untuk “mengetahui bagaimana”.
- Pelajar tidak diberi peluang berfikir tentang isi yang dipelajari. Akibatnya, graduan yang
dihasilkan tidak mampu mengeluarkan idea baru, tidak mampu membuat pembaharuan
dan mencari alternatif pembaikan prestasi organisasi
4. Punca dari pihak sekolah
- Penekanan dari pihak pentadbiran untuk menghabiskan silibus tepat pada waktu.
Kekangan masa kerana terpaksa mengejar silibus (Vadsala dan Kamisah Osman, 2015)
Vadivalu, V. V., & Kamisah Osman. (2015). Persepsi dan masalah yang dihadapi oleh
guru Sains dalam melaksanakan kemahiran berfikir aras tinggi. Kertas kerja
dibentangkan dalam Proceeding 7th International Seminar on Regional Education, 2,
1077–1082.
- Mengejar prestasi pelajar menyebabkan guru kurang memberi tumpuan dalam aspek lain
- Pentadbir kurang pengetahuan tentang KBAT – masih mengamalkan budaya pengajaran
dan susunan bilik darjah yang konvensional, tiada mekanisme untuk memantau
pelaksanaan KBAT secara menyeluruh
5. Guru tidak mempunyai kemahiran KBAT yang mantap untuk menyampaikan dan membangun
dengan sempurna dalam kurikulum, pedagogi dan pentaksiran
6. Sikap guru
- Selesa dengan kaedah ‘chalk and talk’, susah menerima pendekatan pengajaran yang
baharu
- Berpusatkan guru, sukar meningkatkan dan memaksimumkan pemikiran kritis dan kreatif
pelajar, pelajar tidak berkeupayaan untuk meneroka pemikiran sendiri (Walia, 2012)
- Guru tidak menunjukkan komitmen yang tinggi untuk melaksanakannya (Mohd Nazri
Hassan, et al., 2017)
- Guru mempunyai pengetahuan yang kurang jelas tentang makna KBAT (Kassim & Zakaria,
2015). Guru tidak mempunyai kemahiran untuk membina soalan beraras tinggi yang
berunsurkan aplikasi, analisis, menilai dan mencipta.

Kassim, N., & Zakaria, E. (2015). Integrasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Analisis Keperluan Guru. Proceeding book
Education Gradute Regional. Conference in Counseling Centre Profesional Counselor
Education Laboratory in the State University of Medan. Jan 2015, p. 60-67.
- Guru mengetahui aras kognitif Taksonomi Bloom secara asas tetapi tidak memahami
perbezaan fungsi bagi setiap aras dalam KBAT (Abdullah et al.,2015)
Abdullah, A.H., Aris, B., Saud, M.S., Boon, Y. , & Awang Ali, S.A. (2015).
Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT): Isu dan Cabaran dalam
Aspek Kurikulum, Pedagogi dan Pentaksiran. Seminar Kebangsaan Majlis
Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam 2015, 14-15 September 2015, p. 77-
88
CADANGAN PENYELESAIAN

1. Guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan KBAT dan mengamalkan KBAT dalam proses
PdPc.
- Membuat pelbagai rujukan dan mencari maklumat berkaitan KBAT untuk emastikan
penguasaan optimum dalam bidang sebelum mempraktikkannya (Yahya Othman, 2014)
Yahya Othman (2014) Peranan guru bahasa Melayu dalam merangsang kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT). Dewan Bahasa. 14(25). 20-24
2. Kursus dan latihan peningkatan professional berterusan (Nur Hawa Hanis dan Ghazali, 2018)
Nur Hawa Hanis bt Abdullah dan Ghazali bin Darusalam (2018) Kesediaan guru melaksanakan
kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik.
6(3). 22 - 31
3. Penstrukturan semula program pendidikan guru untuk kemahiran berfikir aras tinggi
- Memasukkan model KBAT dalam silibus program latihan guru di IPTA dan IPG.
4.

Anda mungkin juga menyukai