Anda di halaman 1dari 4

Tugasan kumpulan sejarah matematik

Pengenalan

Di Malaysia, Matematik merupakan salah satu subjek atau khusus terus yang wajib
dibelajari oleh pelajar dari darjah 1 hingga tingkatan 5. Kalkulus adalah satu bahagian
yang penting dalam kursus matematik yang perlu dipelajari kerana penggunaannya yang
meluas dalam pelbagai bidang kerjayaan. Menurut Ahmad Fauzi (2008) pendedahan
kalkulus adalah pada peringkat SPM dan STPM ataupun matrikulasi. Namun begitu,
tahap pelajar menguasai topik kalkulus ini agak lemah. Masalah ini telah mendapat
perhatian oleh pelbagai pihak atas kesan kepada pencapaian dalam subjek tersebut dan
akan menjejaskan kepada purata gred. Guru bakal dipersalahkan atas kesalahan kurang
dalam berkemahiran mengajar. Hal ini sepatutnya ditangani dengan bijak dengan mencari
alternatif strategi penyelesaian yang berkesan.

Kalkulus terlalu banyak wujud symbol yang berbentuk asbtrak akan menyebabkan pelajar
mengalami tertekan yang tinggi (Byun et al, 2001). Pelajar sukar memahami kalkulus
yang rumus malahan soalan kalkulus yang melibatkan pelbagai teknik penyelesaian akan
menyebabkan mereka mengalami kesukaran untuk menjawab latihan yang diberikan.
Kajian mengkaji keberkesanan dalam menguasai kalkulus ini adalah diperlukan
mengenal pasti sejarah kalkulus terdahulu supaya boleh membantu pemahaman secara
lebih mendalam matematik kalkulus dalam kalangan pelajar.

Istilah kalkulus
Kalkulus adalah salah satu bahagian yang penting dalam bidang matematik. Kalkulus
mempunyai istilah yang diberikan iaitu ilmu mengenai perubahan. Dalam bahasa Latin,
kalkulus bermaksud “batu kecil” untuk membuat perhitungan. Kalkulus dibahagian
kepada dua kategori yang utama iaitu kalkulus diferensial dan kalkulus integral yang
mempunyai hubungan yang saling berkait teoram asas kalkulus. Penggunaan kalkulus
secara luas dalam bidang-bidang sains, ekonomi, perubatan, perniagaan, teknikal dan
sebagainya. Kelebihan kalkulus adalah boleh menyelesaikan pelbagai masalah yang tidak
dapat diselesaikan dengan algebra asas.
PERKEMBANGAN SEJARAH KALKULUS
Terdapat tiga zaman yang penting dalam perkembangan kalkulus iaitu zaman kuno,
zaman pertengahan dan zaman moden.

ZAMAN KUNO
Pada zaman kuno, terdapat beberapa tokoh pemikiran tentang kalkulus telah muncul.
Perkembangan kalkulus pada masa itu tidak kembang dengan begitu baik dan systematik.
Para ahli matematik yang hidup sebelum 225 sebelum masihi menghadapi kesulitan
dalam menghitung bentuk dengan menggunakan panjang, luas dan isi padu. Pada waktu
itu, tokoh Archimedes telah mengembangkan idea dan mencipta kaedah heuristik yang
sesuai untuk mengatasi permasalah perhitungan ini. Seterusnya, Papirus Moskwa Mesir
(1800 SM) merupakan tokoh yang juga menemukan cara perhitungan isi padu dan luas.
Ianya merupakan fungsi asas dalam pengiraan kalkulus, kemudian orang Mesir
menggunakan kaedah tersebut untuk menghitung isi padu piramid terpancung. Tokoh
Eudoxus yang merupakan ahli matematik Yunani memainkan peranan yang penting
dalam zaman kuno dengan memperkenalkan “Methode of Exhastion” untuk mengira luas
dan isi padu bagi bentuk hemisfera. Di Asia pula, terdapat seorang tokoh Liu Hui telah
mencipta semula “Methode of Exhaston” yang diperkenalkan oleh Eudoxus untuk
mencari luas bulatan iaitu sfera dan Zu Chong Zi mendapati kaedah “Cavalieri’s principle”
iaitu apabila satu bulat yang mempunyai pusat boleh membentuk pelbagai bentuk
polygon dalam satu bulatan misalnya bentuk pentagon, heptagon, hextagon, oktagon,
dan sebagainya. Rumusnya, zaman kuno ini lebih mengembangkan idea atau pemikiran
yang abstrak mengenai kalkulus.

ZAMAN PERTENGAHAN

Seseorang ahli matematik India iaitu Aryabhata telah memperkenalkan dan menggunakan
konsep kecil tak terhingga untuk mengekspersikan masalah yang berkaitan dengan
astronomi dalam bentuk persamaan diferensial dasar pada tahun 499. Kemudian,
Bhaskara II mengembangkan bentuk awal turunan yang mewakili perubahan yang sangat
kecil tak terhingga dan serta menjelaskan bentuk awal dari “Teorema Rolle” pada abad
ke-12. Seorang Persia Sharaf al-Din al –Tusi dapati turunan dari fungsi kubik yang
merupakan hasilan yang penting dalam kalkulus diferensial pada tahun 1000. Sekitar
tahun 1000, Iraq al-Haytham (Alhazen) menjadi orang pertama yang mencipta rumus
jumlah kuasa empat dan menggunakan rumus tersebut untuk mengira isi padu parabola.
Manakala, Pada abad ke-14, Madhava & Kerala bersama dengan ahli matematik yang
dari sekolah mazhab astronomi telah menyatakan komponen kalkulus seperti Siri Taylor
“Taylor Series” dan penganggaran siri tak terhingga “infinite series approximations”.
Ringkasnya, ahli matematik pada zaman pertengahan lebih menggunakan ilmu yang
ditemui untuk mengkaji tentang astronomi.

ZAMAN MODEN
Pada abad ke-17, ahli matematik Eropeh, Isaac Barrow, Rena’ Descartes, Pierre de Fermat,
Blasise Pascal, John Wallis bersama membuat mengkaji dengan terbitan idea tentang derivative
dalam kalkulus. Antara kaedah yang paling penting dicipati oleh Fermat dengan membangunkan
kaedah untuk menentukan maximum, minimum dan tangen kepada pelbagai lengjungan yang
bersaling kait dengan perbezaan. Pertemuaan ini boleh mengukur perubahan tak terhingga bagi
setiap perubahan yang kecil. Pada pertengahan abad ke-17, James Gregory telah membuktikan
teorem asas kedua kalkulus (second fundamental theorem of calculus). Bukti pertama teorem asas
kalkulus dibuktikan oleh Isaac barrow. Pada hujung abad ke-17, Issan Newton dan Gottfies
Leibniz bersama membangunkan teori “Infinitesimal Kalkus”. Apabila berlaku perdebatan antara
Newton dan Leibniz yang dianggapkan sebagai perang matematik. kedua-dua ahli matematik ini
boleh dianggapkan sebagai menang-menang pada akhirnya. Walau bagaimanpun, kedua –dua
telah menyumbang jasa yang penting dalam kalkulus. Newton telah membangunkan beberapa
aplikasi kalkulus yang penting dalam Fizik iaitu kalkulus kamiran (integral calculus) dan Leibniz
pula merupakan pengasas membangunkan simbol dan konsep yang digunakan sekarang.
Rujukan

Ahmad Fausi Mohd Ayub, Norhayati Abd Mukti dan Wong Su Luan (2008). Hubungan Di Antara
Pencapaian Pelajar Diploma Universiti Putra Malaysia Dalam Matematik Kalkulus Dengan
Pencapian Matematik Di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Prosiding dalam Simposium
Kebangsaan Sains Matematik ke XIII. UUM/PERSAMA, 171-184.

Crowell, B., (2003). "Calculus" Light and Matter, Fullerton. Retrieved 17th July 2019 from
http://www.lightandmatter.com/calc/calc.pdf (http://www.lightandmatter.com/calc/calc.pdf)

Florian Cajori, "The History of Notations of the Calculus." Annals of Mathematics, 2nd Ser., Vol.
25, No. 1 (Sep.,1923), pp. 1-46.

Koko Martono, M.Si. (1999) Kalkulus: Penerbit Earlangga, Ciracas, Jakarta.

Anda mungkin juga menyukai