Anda di halaman 1dari 5

Kalkulus

Kalkulus adalah cabang ilmu matematik yang merangkumi had, tertian kamiran dan deret tak terhingga. Kalkulus adalah ilmu mengenai perubahan sebagaimana geometri adalah ilmu mengenai bentuk dan algebra adalah ilmu mengenai jalan kerja untuk emecahkan persamaan serta aplikasinya Kalkulus mempunyai aplikasi yang luas dalam bidang-bidang sains, ekonomi, dan teknikal serta dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan algebra asas.

Perkataan berasal (kalkulus)

"kalkulus" dari Latin dan

bermaksud batu kecil yang digunakan untuk mengira. Kalkulus pada umumnya dibangunkan dengan memanipulasi sejumlah kuantiti yang sangat kecil. Objek ini, yang boleh diperlakukan sebagai nombor, adalah sangat kecil. Sebuah bilangan dx yang infinitesimalnya dapat lebih besar daripada 0, namun lebih kecil daripada bilangan apapun tentang deret 1, , , ... dan bilangan nyata positif apapun. Setiap integer yang didarab dengan infinitesimal tetaplah infinitesimal, dengan kata lain kecil tak terhingga tidak memenuhi hotel Archimedes. Dari sudut pandang ini, kalkulus adalah sekumpulan teknik untuk memanipulasi infinitesimal. Pada abad ke-19, konsep infinitesimal ini digantikan oleh konsep had. Had ini menjelaskan nilai suatu fungsi pada nilai input tertentu dengan keputusan daripada nilai input berdekatan. Dari sudut pandang ini, kalkulus adalah segugusan teknik memanipulasikan had-had tertentu.

Pada zaman purba telah diperkenalkan dengan beberapa idea-idea yang membawa kepada kalkulus integral, tetapi nampaknya tidak dibangunkan dengan cara atau kaedah yang lebih kemas dan sistematik untuk digunakan.

Kaedah yang lama ini kemudiannya diubah semula di China oleh Liu Hui pada abad ke-3 untuk mencari kawasan bulatan

Pada abad ke-5, Zu Chongzhi mencipta kaedah yang kemudian akan dipanggil prinsip Cavalieri untuk mencari isipadu sfera.

Seterusnya Archimedes mengembangkan lagi pemikiran ini dengan lebih jauh dan menciptakan kaedah pengiraan yang menyerupai kalkulus integral.

Ahli matematik India, Aryabhata, menggunakan konsep kecil takterhingga pada tahun 499 dan menyelesaikan masalah astronomi dalam bentuk persamaan dasar pengkamiran.

Pada abad ke-12, seorang Parsi Sharaf al-Din al-Tusi mencari suatu unsur fungsi kubik iaitu sesuatu yang penting dalam kalkulus

Konsep siri Taylor secara rasmi diperkenalkan oleh ahli matematik English Brook Taylor pada tahun 1715

Sesebuah siri nombor yang dihasilkan mengikut syarat tertentu, seperti oleh formula, atau oleh algoritma dipanggil jangkaan siri tak terhingga

Leibniz dan Newton pada biasaanya, dipuji untuk penciptaan kalkulus yang lebih baik dan sistematik untuk digunakan.

Walaupun mereka berdua sama-sama menceburi bidang matematik, konsep dan fahaman mereka tentang sesuatu sangat berbeza

Newton adalah orang yang pertama yang mempraktikkan kalkulus kepada fizik umum dan Leibniz memperkembangkan banyak catatan yang digunakan dalam kalkulus sehingga ke hari ini

Ada terdapat kontroversi di antara Newton dengan Leibniz kerana berebut siapa yang memberi sumbangan dalam bidang kalkulus untuk negara.

Namun begitu, sumbangan mereka berdua tidak dapat disangkal penting dalam perkembangan sejarah kalkulus yang membolehkan kita menggunakannya kini.

Selain mereka berdua, ada lagi terdapat tokoh-tokoh yang lain yang sama-sama memperkembangkan kalkulus sehingga ke hari ini seperti John Wallis dan Isaac Barrow

Anda mungkin juga menyukai