Anda di halaman 1dari 10

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan kerja kursus Budaya dan Pembelajaran dengan jayanya. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Puan Nor Azah Binti Ahmad Safran kerana membimbing saya dalam melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakanrakan saya yang banyak membantu dalam menghasilkan kerja kursus ini. Akhir kata daripada saya, semoga semua yang terlibat di dalam pelaksanaan kerja kursus ini dirahmati Allah S.W.T. Saya berharap kerja kursus ini akan menjadi satu medan buat saya sebagai seorang bakal guru untuk membentuk peribadi yang sesuai sebelum bertugas dan saya juga mendoakan kepada rakan rakan saya agar mereka dapat mengambil seberapa banyak ilmu pengetahuan yang semasa proses menyiapkan tugasan ini. Insya-Allah. Sekian terima kasih.

PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996) muka surat 180 menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Budaya juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan). Umum mengetahui bahawa negara kita Malaysia adalah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum, agama dan budaya iaitu Melayu, Cina dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Setiap kaum dan etnik mempunyai sosio buday yang berbeza yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu. Hasilnya, wujudlah kepelbagaian sosio budaya di negara kita. Kepelbagaian sosio budaya juga turut ada di sekolah lebih-lebih lagi di sekolah kebangsaan yang terdiri daripada guru dan murid pelbagai kaum. Walaupun begitu, dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya sahaja, malahan ia juga merangkumi skop yang lebih luas iaitu mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Kepelbagaian sosio budaya ini telah memberikan impak yang mendalam terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bilik darjah yang mesra budaya.

PETA MINDA
Isu-Isu

Implikasi

Penambahbaikan

ESEI
Pembangunan atau pemodenan sering kali dijalankan dengan tujuan untuk mewujudkan perubahan kepada corak hidup sesebuah kawasan atau komuniti. Namun begitu pembangunan yang tidak dirancang dengan baik semestinya tidak akan membawa kepada kesan yang positif. Terdapat banyak kesan negatif yang boleh menjejaskan bukan sahaja ekosistem kawasan malahan gaya hidup masyarakat setempat. Hal ini adalah amat bertentangan dengan usaha untuk mencapai kelestarian komuniti. Oleh itu banyak faktor yang perlu diambil kira dalam menjalankan sebarang program pembangunan atau pemodenan sebelum sesuatu projek itu diteruskan. Hal ini kerana dengan terjalannya suatu projek itu ia akan memberikan kesan yang mendalam kepada suatu komuniti itu terutamanya komuniti . Masyarakat walaupun mungkin berasal dari rumpun masyarakat yang hampir sama terbahagi kepada beberapa buah suku yang mempunyai pelbagai aspek sosiobudaya termasuklah berkenaan dengan adat resam dan ritual, pantang larang, makanan, hubungan sosial dan identiti dan simbol (Mustafa Omar,2009). Perkara-perkara ini yang menjadi identiti setiap suku jelas menunjukkan kepelbagaian sosiobudaya yang wujud di negara Malaysia yang tidak terhad kepada kaum Melayu, Cina dan India sahaja. Seterusnya di sini ingin diketengahkan tentang isu utama dalam isu pembangunan dan pemodenan ini adalah isu pengekalan dan pemuliharaan sosiobudaya komuniti .

Perkara ini adalah amat penting kerana tanpa adanya pengekalan dan pemuliharaan sosiobudaya gaya hidup masyarakat berada di dalam keadaan yang amat terancam untuk dilupakan dan mungkin juga pupus dan hilang daripada generasi Sebagai penduduk asal negara Malaysia sewajarnya komuniti yang akan datang.

diberikan keistimewaan

supaya kesenian mereka dihargai dan kehidupan mereka dilestarikan. Justeru itu adalah amat penting untuk memberikan kesedaran kepada semua tentang kepentingan untuk menjaga keindahan dan keunikan sosiobudaya dan amalan tradisi komuniti ini. Sebelum bermula dengan penyelesaian bagi isu ini beberapa masalah telah dikenal pasti mengancam proses pengekalan dan pemuliharaan sosiobudaya komuniti ini. Antara masalah bagi isu yang tersebut adalah kurangnya kesedaran tentang kepentingan pengekalan sosiobudaya . Perkara ini juga adalah bercanggah dengan lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia iaitu perpaduan yang mengetengahkan bahawa sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian. Hal ini dianggap sebagai suatu perkara yang amat penting kerana tanpa kesedaran mengenai isu ini adalah mustahil untuk seseorang individu itu menghargai

sesuatu perkara. Proses untuk memberi kesedaran ini juga hendaklah dijalankan sejak di bangku sekolah lagi. Seperti pepatah Melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya itu adalah sejajar dengan lima aspirasi pendidikan Malaysia. Sebelum negara dan komuniti yang mempunyai kepelbagaian sosiobudaya ini kehilangan warisan dan identiti yang dimiliki, usaha pengekalan dan pemuliharaan yang bersepadu hendaklah dilakukan dari peringkat asas lagi. Usaha-usaha ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara termasuklah melalui penyertaan secara individu mahupun komuniti secara keseluruhannya (Ong Puay Liu e tal,2010). Teknik pengajaran yang mementingkan faktor penjagaan alam sekitar sebaiknya diterapkan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Komuniti sememangnya kaya

dengan adat resam dan budaya yang banyak berkait rapat dengan alam semula jadi. Adat resam dan budaya yang unik adalah berkait rapat dengan makhluk-makhluk alam (Mohd Mizan, nd.) Dengan menjadikan aspek kesedaran ini sebagai asas kepada pembentukan kaedah untuk menjayakan proses pengekalan dan pemuliharaan sosiobudaya program penambahbaikan yang baik boleh di bentuk. Selain itu dari segi aspek kecekapan yang juga tergolong di dalam lima aspirasi pendidikan negara Malaysia juga adalah antara perkara yang telah diabaikan di dalam isu pengekalan dan pemuliharaan sosiobudaya . Hal ini adalah jelas dengan ketiadaan kelas khas ataupun suatu komuniti yang meninjau perkembangan sosiobudaya komuniti ini. Hutan sangat penting dalam kehidupan seharian Orang Asli kerana di dalamnya terdapat dusundusun saka dan sememangnya mereka sudah terikat dengan alam semula jadi (Ali@Zainal Abidin,2006). Tanpa adanya kawasan yang bersesuaian maka kemahiran, kemahiran khas bagi etnik ini mempunyai peluang yang lebih besar untuk dilupakan secara menyeluruh kerana ia akan dianggap tidak relevan untuk diteruskan. Mereka akan lebih menjurus untuk menjalankan aktiviti yang lebih bersesuaian dengan keadaan kawasan setempat. Hal ini kerana tanpa resos yang mencukupi adalah sukar untuk meneruskan legasi kemahiran tradisional ini. Tidak lupa juga tanpa adanya kelas khas yang mengajar kemahirankemahiran ini generasi yang akan datang akan tidak berpeluang untuk mengenali khazanah budaya masyarakat mereka sendiri. Generasi masa kini yang kian hanyut dengan pembangunan teknologi dan maklumat akan lebih mudah untuk melupakan kepentingan pengekalan dan pemuliharaan budaya yang mungkin telah dianggap lapuk oleh banyak pihak. Sistem pendidikan moden kini adalah lebih menjurus kepada pencapaian akademik. Proses transformasi dan integrasi masyarakat pribumi dengan sistem ekonomi moden hari ini telah mula menghakis nilai dan amalan tradisional mereka, menghakis amalan semasa berpandukan ilmu pengetahuan tradisi yang selama ini dipertahankan (Gregory,2003; Pudilo dan Bocco,2003; Thomas, 2003). Pembangunan dan pemodenan sememangnya bertujuan untuk memudahkan kehidupan sesebuah komuniti namun begitu tanpa kawalan akan ini suatu

memusnahkan sosiobudaya komuniti tersebut. Oleh sebab itu penilaian yang teliti harus dilakukan sebelum membuat sebarang kata putus. Jika program pengekalan dan pemuliharaan sosiobudaya ini dijalankan

sememangnya akan membawa kepada beberapa kesan sama ada positif atau negatif. Antara kesan positif yang mungkin akan berlaku kepada murid-murid di sekolah murid akan lebih berpeluang untuk mengenali sosiobudaya komuniti mereka secara lebih mendalam. Hal ini kerana mereka akan lebih memahami tujuan dan juga memberi kesedaran kepada mereka tentang kepentingan pengekalan dan pemuliharaan sosiobudaya etnik mereka. Tidak lupa juga dengan adanya proses ini dijalankan murid akan lebih berminat untuk mempelajari kemahiran tradisional etnik masing-masing. Murid yang telah sedar tentang kepentingan aspek ini akan terus membantu untuk mengekalkan kredibiliti kemahiran dan pengetahuan yang mereka pelajari kerana wujudnya suatu sistem yang formal untuk mereka mendalami perkara ini. Namun begitu langit tidak selalunya cerah oleh itu juga terdapat kesan negatif daripada penerapan aspek pengekalan dan pemuliharaan sosiobudaya ini di dalam budaya persekolahan murid-murid. Antaranya adalah dengan jadual kelas yang semakin padat murid mungkin tidak akan mendapat rehat yang secukupnya. Hal ini adalah suatu perkara yang amat serius kerana ia adalah bercanggah dengan segi tiga keperluan Maslow di mana keperluan asa murid adalah tidak dipenuhi. Selain itu mungkin juga akan terdapat segolongan murid yang akan merasa rendah diri apabila gagal untuk mempelajari kemahiran tradisional komuniti masing-masing dengan baik. Hal ini berikutan mereka meragui kredibiliti mereka sebagai ahli kaum tersebut. Oleh Itu pemantauan dan pengurusan yang baik diperlukan untuk mengelakkan berlakunya perkaraperkara ini. Kemudiannya adalah implikasi bagi komuniti atau masyarakat setempat. Implikasi positif hasil daripada program pengekalan dan pemuliharaan sosiobudaya Orang Asli ini adalah hubungan baik antara sekolah dan komuniti setempat. Hal ini berikutan komuniti setempat menghormati usaha pihak sekolah dalam usaha membantu memartabatkan sosiobudaya komuniti tersebut. Pengadaan program atau kelas khas untuk mengajar murid di sekolah tentang kepentingan menjaga sosiobudaya mereka dan kemahiran tradisional etnik mereka akan membentuk suatu generasi yang akan mengetuai dalam proses pengekalan dan pemuliharaan sosiobudaya. Selain itu juga akan muncul golongan yang akan tampil untuk memberikan bantuan dari segi kemahiran pakar dalam mendidik muridmurid tentang kemahiran tradisional etnik mereka. Dengan adanya tenaga pakar ini kesahihan dan kredibiliti sumber maklumat yang diperoleh akan lebih mudah untuk diterima berbanding daripada jika disampaikan oleh golongan guru yang bukan berasal daripada

komuniti tersebut. Akhirnya usaha pengekalan dan pemuliharaan etnik akan lebih mudah untuk dicapai dan bukan sekadar angan-angan kosong semata-mata. Seperti implikasi yang sebelum ini perkara ini adalah tidak bebas daripada peluang berlakunya implikasi negatif. Hal ini adalah apabila pihak sekolah tidak mempunyai resos yang mencukupi untuk mengajar atau melatih murid dalam kemahiran tradisional etnik setempat. Murid mungkin telah mendapat tanggapan yang salah tentang suatu perkara seperti fungsi sesuatu upacara kebudayaan atau sebagainya. Hal ini seterusnya akan mengakibatkan masyarakat setempat akan kurang yakin dengan kredibiliti sekolah dalam mendidik anak-anak mereka. Akhir sekali adalah implikasi terhadap guru yang mendidik anak-anak orang asli di sesebuah kawasan tersebut. Implikasi positif program tersebut akan memberikan ruang kepada guru untuk lebih mengenali murid dan komuniti setempat yang diajarnya. Hal ini adalah berikutan guru perlu menganalisis bahan dan keadaan sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu membentuk kemahiran sosial yang bersesuaian dengan muridnya. Selain itu guru juga akan menjadi lebih berilmu dan berkebolehan. Guru tersebut akan menjadi seorang guru yang serba boleh di samping meningkatkan kredibiliti kendiri. Dengan mempelajari tentang komuniti Orang Asli ini guru akan mendapat lebih banyak ilmu dan pengalaman sejajar dengan falsafah pendidikan guru yang

mengetengahkan guru adalah individu yang sentiasa mencari dan mengamal ilmu. Guru seharusnya tidak segan dalam mendapatkan ilmu baharu walaupun bermakna perlu mempelajari suatu perkara itu bermula daripada asasnya. Tidak lupa juga dengan lebih mendalami komuniti anak muridnya akan membentuk guru yang prihatin dan kreatif. Kemahiran mendidik guru yang pelbagai akan menarik minat murid di samping bersesuaian dengan tahap pengetahuan sedia ada mereka. Tahap kreativiti guru yang meningkat pula diakibatkan apabila guru perlu membentuk suatu bahan bantu yang mampu untuk menjelaskan sesuatu konsep berdasarkan latar belakang murid. Namun begitu implikasi negatif program pengekalan dan pemuliharaan sosiobudaya ini juga mungkin akan mengakibatkan guru berasa tertekan dengan wujudnya subjek tambahan yang perlu diajar di samping subjek-subjek yang sedia ada. Hal ini guru juga berdepan dengan subjek teras yang mengajar kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Guru juga mungkin akan hilang keyakinan diri untuk meneruskan profesyen sebagai guru hasil daripada kekurangan kemahiran di dalam bidang yang perlu diajar iaitu kemahiran tradisional etnik Orang Asli setempat. Hasil daripada dapatan yang telah dinyatakan beberapa penambahbaikan atau isu yang telah dicadangkan. Pertama sekali adalah pengadaan kelas khas untuk mengajar tentang kemahiran tradisional etnik seperti mengukir menganyam atau sebagainya. Selain itu juga dinyatakan bahawa perlunya pendedahan bukan sahaja kepada murid malahan

komuniti Orang Asli itu sendiri. Bagi masalah tenaga pengajar pula tenaga mahir daripada etnik itu sendiri adalah diperlukan untuk mengelakkan berlakunya perselisihan pendapat yang mungkin berlaku hasil daripada salah faham. Pihak sekolah yang mempunyai hubungan baik dengan penduduk setempat akan memudahkan pengusulan perkara ini kepada komuniti setempat. Akhir sekali adalah perlunya suatu tempat khas untuk mempamerkan sosiobudaya etnik Orang Asli ini kepada orang luar seperti pelancong dan sebagainya. Pihak muzium adalah salah satu daripada pihak yang perlu mengambil tindakan tentang perkara ini dengan mewujudkan suatu ruangan khas untuk mempamerkan perkara tersebut. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa sokongan pelbagai pihak diperlukan untuk menjayakan usaha pengekalan dan pemuliharaan sosiobudaya etnik Orang Asli ini.

RUJUKAN

1. Mok Soon Sang, 2008. Psikologi Pendidikan dan Pedagogi, Murid dan AlamBelajar. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd

2. Mok Soon Sang, 2009. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku . PenerbitanMultimedia Sdn Bhd

3. Sharifah Md.Nor, 2000 .Keberkesanan sekolah: Satu Perpektif Sosiologi 4. KELESTARIAN PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA KOMUNITI ORANG ASLI Siti Aminah Mohd Sam Dan T.W. Seow

5. Kelestarian Pembangunan Sosiobudaya Komuniti Orang Asli. Siti Aminah Mohd Sam Dan T.W. Seow.

6. Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon (2010), Budaya dan Pembelajaran, Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

7. Zaharah Hussin (2009), Mendidik Generasi Berakhlak Mulia : Fokus Peranan Guru Pendidikan Islam, Universiti Malaysia

Anda mungkin juga menyukai