Anda di halaman 1dari 8

Bab 1

1. Nyatakan iktibar yang boleh dijadikan panduan untuk mencapai kegemilangan negara dan bangsa Malaysia.
Usaha mengekalkan keamanan
Pengenalan undang-undang Hammurabi
Mengamalkan kecekalan dan bijak menyelesaikan masalah
Mementingkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
Perkembangan dalam bidang astronomi dan matematik
2. Berikan 4 cadangan kepada generasi muda hari ini supaya mereka menjadi warganegara Malaysia yang mampu
memajukan negara.
Menjadi individu yang gigih dan berkeyakinan.
Mencintai ilmu pengetahuan
Menguasai pelbagai ilmu serta kemahiran
Mementingkan kedamaian dan keamanan
Menyokong dasar ekonomi dan social kerajaan
3. Sejak zaman awal dinasti China, pemimpin mereka amat mengambil berat terhadap pembangunan pertanian. Pada
pandangan anda, apakah kepentingan sector pertanian kepada sesebuah negara ?
Menyediakan tanaman makanan seperti padi
Membetalkan bahan mentah untuk pengeluaran kilang
Menyediakan peluang pekerjaan
Member sumbangan pendapatan kepada negara melalui kegiatan eksport

Bab 2
1. Pada pandangan anda, apakah kepentingan sistem undang-undang kepada manusia ?
Mengawal tindakan manusia yang berlaku
Mengatasi permasalahan yang berlaku
Mewujudkan kehidupan yang aman dan sejahtera
2. Apakah kelebihan sistem demokrasi kepada manusia ?
Melibatkan rakyat dalam pemerintahan negara
Rakyat berhak menyokong atau menukarkan kerajaan melalui pilihan raya
Menjamin kestabilan politik dalam negara

3. Jelaskan iktibar yang dapat diambil daripada kegemilangan tamadun Rom untuk kegemilangan bangsa dan negara
Pemimpin yang bijak
Majlis perbandaran yang baik
Pembinaan saliran air bawah tanah
Pembinaan Bandar yang terancang
Memajukan bidang pengangkutan

4. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat tamadun awal mementingkan pendidikan dalam kehidupan mereka?
Mendapatkan jawatan dalam kerajaan
Meningkatkan taraf hidup
Melahirkan masyarakat yang setia kepada negara
Menghasilkan teknologi untuk negara
5. Sebagai warganegara yang baik, bagaimanakah caranya anda menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara
Sanggup berkorban demi mempertahankan negara
Berusaha untuk mengekalkan kegemilangan negara
Mengamalkan sikap bekerjasama
Mengamalkan sikap bertolak ansur
Berusaha untuk mempertahankan sistem pemerintahan negara
Mematuhi undang-undang/perlembagaan negara
6. Pada pandangan anda, apakah yang akan berlaku kepada negara kota sekiranya sistem perundangan tidak
diamalkan ?
Negara akan menjadi huru-hara
Rakyat tidak akan bersatu padu
Ekonomi akan merosot
Pelabur tidak akan datang melabur
Rakyat tidak akan menghormati pemimpin
Rakyat hidup dalam ketakutan
Keganasan akan berleluasa
Negara lain tidak akan menghormati kedaulatan negara
Bab 3
1. Pada pandangan anda, bagaimanakah kerajaan Malaysia memelihara peninggalan arkeologi seperti di Lembah
bujang
Membina muzium arkeology Lembah Bujang
2. Pada pandangan anda, apakah kepentingan Bahasa Sanskrit (*****)
Bahasa bekaitan dengan pemerintah dan ilmu
Merupakan bahasa keagamaan
Tulisan dan bahasa Sanskrit pada batu bersurat di Lembah Bujang menunjukkan arahan dan pemberitahuan
kepada rakyat.
Mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan, raja dan undang-undang pada batu bersurat.
Menjelaskan keturunan raja
Mencatat upacara keagamaan
Digunakan dalam buku agama
Mempengaruhi perkembangan kesusasteraan Melayu
Menambah perbendaharaan bahasa Melayu
Bahasa komunikasi

3. Nyatakan iktibar yang dapat anda kita contohi daripada pembentukan kerajaan agrarian.
Mempunyai sifat berdikari
Mempunyai sistem pentadbiran yang teratur
Berusaha taraf hidup
Berupaya menguasai teknologi
Mematuhi ajaran agama
4. Kedudukan negara kita yang strategic di perairan Nusantara yang menjadi lauan perdagangan antarabangsa kekal
hingga hari ini. Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk
mengembalikan kegemilangan pelabuhan maritime semula?
Menyediakan kemudahan untuk membaiki kapal
Melantik syahbandar pelabuhan
Menyediakan kemudahan penyimpanan barang
Mengenakan cukai yang berpatutan
Melantik pekerja-pekerja yang mahir
Membina petempatan berhampiran dengan pelabuhan
Menjalin hubungan baik dengan pelabuhan dunia yang lain
Menggalakkan kedatangan kapal-kapal dari negara luar
5. Pada pandangan anda, bagaimanakah pengalaman beragama dapat membantu kecemerlangan hidup seseorang ?
Mendisilpinkan kehidupan manusia
Menghalang perlakuan negatif
Mengandungi panduan / cara hidup yang sempurna
Menyeimbangkan kehidupan seseorang di dunia dan di akhirat
Menyatukan semua bangsa
Melahirkan sifat hormat-menghormati
Bab 4
1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran yang
disampaikan oleh Nabi Muhammd s.a.w ?
Perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan
Menentang prinsip persamaan taraf yang ditenkankan dalam Islam
Bimbang hilang pengaruh dan kedudukan
Bimbang perusahaan mengukir patung berhala terjejas
2. Cadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menghormati kepercayaan agama kaum-kaum yang lain di
negara kita
Tidak menimbulkan isu-isu sensitif
Menghormati hak asasi kaum yang lain
Mematuhi perlembagaan negara
Menghormati rumah ibadat kaum yang lain
Berfikiran positif

3. Pada pandangan anda, apakah sifat-sifat positif yang boleh dicontohi oleh generasi pada hari ini daripada
peristiwa perjuangan Nabi Muhammad SAW ketika menghadapi penentangan masyarakat Arab Quraisy
Mempunyai tahap kesabaran yang tinggi
Kesanggupan berkorban untuk Berjaya
Mempunyai akhlak yang mulia
Mempunyai kekuatan mental, fizikal dan rohani
Kesanggupan berusaha mengatasi cabaran/halangan
Sentiasa berusaha mencari strategi yang baharu
Sikap tidak mudah berputus asa
4. Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah yang masih diamalkan hingga sekarang ?
Mengamalkan riba
Penindasan terhadap golongan yang lemah
Meminum arak
Merompak
Tidak menghargai kaum wanita
Tidak melaksanakan ajaran agama
Membuang/membunuh bayi yang dilahirkan
5. Pada pandangan anda, mengapakah pelantikan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul dianggap sebagai rahmat yang
besar kepada masyarakat Arab Jahiliah dan masyarakat dunia umumnya ?
Nabi Muhammad terus menerus menerima wahyu Allah
Baginda telah mengasaskan Tamadun Islam
Memberikan penenkanan kepada kepentingan membaca dan menulis
Bab 5
1. Pada pandapatan anda, mengapakah kita perlu melakukan hijah dalam kehidupan kita?
Meninggalkan keburukan
Mencapai kejayaan
Menanam sifat berani mencuba
Bertukar sesuatu yang lebih baik
Menegakkan kebenaran
Menambahkan pengalaman
2. Pada pandangan anda, mengapakah pihak Arab Quraisy bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Hudaibiyah?
Takut akan serangan tentera Islam
Tidak setia untuk berperang
Perjanjian tersebut menguntungkan Arab Quraisy Makkah
Orang Islam Makkah hanya boleh memasuki Kota Makkah pada tahun berikutnya
Orang Islam tidak menggunakan kekerasan
Orang Islam beralah dalam perjanjian tersebut

3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah perbezaan yang terdapat antara peristiwa pembukaan Kota
Makkah semula dengan kemerdekaan Tanah Melayu?
Pembukaan Kota Makkah
Melalui ketenteraan/kekerasan
Mempertahankan agama Islam
Melibatkan suku kaum Arab
Melibatkan kota Madinah sahaja
Kemerdekaan Tanah Melayu
Melalui perundingan
Proses memerdekakan seluruh tanah air
Melibatkan semua kaum di Tanah Melayu

Bab 6
1. Jelaskan iktibar yang boleh diperoleh daripada kerajaan Khulafa al-Rasyidin untuk kesejahteraan rakyat dan
negara Malaysia.
Menjalankan tugas dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab.
Tidak mementingkan diri dan tidak mengamalkan kehidupan mewah.
Berjuang untuk mengekalkan pembangunan, kesejahteraan, dan kebahagiaan rakyat.
Mengutamakan sistem politik, sosial, dan ekonomi yang seimbang antara keperluan rohani dengan jasmani.
2. Pada pandangan anda, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kegemilangan kerajaan silam?
Pemimpin yang berwawasan
Pemimpin yang berilmu pengetahuan
Pemimpin yang berwibawa
Pemimpin yang mementingkan kesejahteraan rakyat/negara
Mematuhi ajaran agama
Kesanggupan melakukan perubahan
Mempunyai sistem pertahanan/ketenteraan yang baik
Maju dalam bidang pendidikan
Mengutamakan musyawarah
Rakyat yang mematuhi undang-undang/peraturan
3. Pada pandangan anda, apakah iktibar yang dapat dicontohi daripada pelantikan khalifah dalam Islam
*[ sama dengan kriteria/ciri khalifah ]
4. Pada pandangan anda, mengapakah pembangunan ketenteraan penting bagi sesebuah negara?
Supaya dapat menyediakan diri sekiranya berlaku peperangan
Supaya memelihara kedaulatan negara
Supaya dihormati negara serantau
Membentuk warganegara yang berdisiplin
Menyemai semangat patriotik kepada negara

5. Berdasarkan pengkajian anda terhadap pentadbiran Khlifah Umar bin al-Khattab, apakah kepentingan cukai dalam
pentadbiran sesebuat kerajaan?
Sumber pendapatan kerajaan
Membantu golongan yang kurang berkemampuan
Membantu memajukan negara
Membantu pelajar melanjutkan pelajaran
Membayar gaji kakitangan awam
Membeli peralatan mempertahankan kedaulatan negara
Membantu negara lain yang menghadapi bencana
6. Berdasarkan pengkajian anda, apakah kesan pertembungan Islam dengan tamadun Barat terhadap golongan
intelektual?
Dapat bertukar pandangan
Menambah ilmu
Melihat sesuatu isu dari pelbagai sudut
Belajar cara untuk menyelesaikan masalah mengikut cara masing-masing
7. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah Khalifah Uthman bin Affan berusaha mempertingkatkan
peranan baitulmal semasa pemerintahan beliau?
Membiayai pembangunan negara
Memperkuatkan angkatan laut Islam

Bab 7
1. Pada pandapat anda, apakah kepentingan karya yang dihasilkan oleh tokoh pemikiran tersebut terhadap
masyarakat Asia Tenggara ?
Memperkayakan pemikiran dan kebudayaan masyarakat rantau Asia Tenggara
Membantu perkembangan Islam dalam jangka panjang
2. Pada pandangan anda, apakah langkah yang dapat dilakukan untuk memajukan tulisan jawi dalam kalangan rakyat
Malaysia ?
Mengadakan pertandingan menulis cerita dalam tulisan jawi
Mewajibkan penggunaannya di kalangan pelajar Islam
Memperluas penggunaannya di media massa
3. Berdasarkan pengkajian anda, apakah persamaan yang terdapat pada ketiga-tiga teori kedatangan Islam ke Asia
Tenggara?
Islam disebarkan ke Asia Tenggara melalui kegiatan perdagangan

4. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah syahbandar dapat membantu dalam penyebaran Islam di
Asia Tenggara.
Bertanggungjawab dalam urusan perdagangan di pelabuhan
Penentu kemajuan perdagangan di pelabuhan
Bersifat jujur dalam perdagangan
Bersifat amanah
Menunjukkan tingkah laku yang baik ketika berurusan
5. berdasarkan pengkajian anda, nyatakan 4 sumber utama baitulmal yang diamalkan dalam sistem ekonomi Islam.
Sumbangan dan pemberian
Wang dan harta orang Islam yang tidak dituntut
Harta pusaka yang tidak diwarisi
Harta-harta tercicir
Harta yang diperoleh daripada zakat seperti Zakat Fitrah dan Zakat Harta
Harta milik negara, iaitu sumber kekayaan alam seperti minyak
Pelabuhan dan saham yang dijual kepada umat Islam melalui institusi yang ditubuhkan oleh baitulmal

Bab 8
1. Pada pendapat anda, apakah fungsi karya kesusasteraan terhadap masyarakat Melayu tradisional?
Mengisi masa lapang
Member iktibar dan pengajaran
Member ilmu pengetahuan
2. Pada pendapat anda, apakah amalan masyarakat Melayu untuk mengekalkan keharmonian selepas kedatangan
Islam?
Hubungan antara individu dan pertalian kekeluargaan yang rapat menjamin kesejahteraan hidup
Ibu bapa dan orang tua hendaklah dihormati
Jiran dianggap sebagai anggota keluarga
Apabila bertutur dengan orang tua, orang yang lebih muda hendaklah bercakap dengan suara yang rendah
Tetamu dilayan dengan hormat dan dihidangkan dengan minuman dan makanan
Tetemu hendaklah member salam dan tuan rumah wajid menjawab salam
Tetamu dan tuan rumah hendaklah bersalam-salam apabila masuk ke dalam rumah
Kanak-kanak mencium tangan orang yang lebih tua ketika bersalaman
Majlis perkahwinan, majlis berkhatan dan majlis berkhatam dijalankan secara bergotong-royong di kalangan
anggota masyarakat

3. Pada pendapat anda, mengapakah raja-raja Melayu tidak lagi menggunakan nama gelaran Hindu selepas
kedatangan Islam?
Ingin menghebahkan bahawa raja-raja Melayu telah memeluk Islam
Dinasihati oleh para ulama
4. Pada pandangan anda, mengapakah pendidikan formal amat diperlukan?
Supaya dapat bersaing pada peringkat global
Supaya tidak dipinggirkan oleh arus kemodenan
Lebih sistematik
5. Pada pendapat anda, mengapakah pendidikan tidak formal penting bagi masyarakat Melayu tradisional
Melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa
Melahirkan individu yang tinggal sahsiah diri
Membina jati diri dalam kalangan generasi baharu
Golongan muda tidak lupa akan adat istiadat nenek moyang mereka
6. Pada pendapat anda, bagaimanakah adat istiadat dapat mengukuhkan daulat?
Cara berpakaian
Jenis pakaian
Bahasa dan pengucapan
Tingkah laku
Istiadat pertabalan telah diadakan bagi melantik sultan yang memerintah yang dapat menggambarkan
kedaulatan seseorang sultan yeng memerintah
Penggunaan cap mohor
Alat nobat semasa istiadat pertabalan raja
7. Berdasarkan pengkajian anda, bagaimanakah pedagang-pedagang menerapkan ciri-ciri Islam dalam perdagangan
mereka?
Tidak mengamalkan riba dalam aktiviti perniagaan
Membayar zakat
Mengamalkan sistem timbangan yang betul
Bersopan-santun ketika berurusan
Mengadakan akad jual dan beli
Menjual barang yang dihalalkan oleh agama
8. Pada pendapat anda, mengapakah Bahasa Sanskrit tidak digunakan lagi selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Wujudnya tulisan Jawi
Majority penduduk Melaka menganut agama Islam
Bahasa Sanskrit hanya digunakan oleh golongan Brahmin
Wujud asimilasi antara Bahasa Arab dengan Bahasa Melayu

Anda mungkin juga menyukai