Presented by: Uthaya Chanthira Kumar Muniandy Dip Edu Pysical Education BSc (hons)Biomedic MEdu Physical Education
Soalan 1 Nyatakan 5 ahli Matematik terawal dan sumbangan dalam bidang Matematik. _____________________________________________________________________________________________________ PYTHAGORAS
Ahli falsafah Yunani dilahirkan di Pulau Samos. Menubuhkan sebuah persatuan di Crotona untuk meningkatkan reformasi akhlak masyarakatnya. Persatuan menjadi semakin berkuasa dan dapat tentangan daripada pihak lain.
Sumbangan Teori sempadan segitiga tepat Teorem Pythagoras. Jumlah ganda dua, dua sempadan pendek sebuah segitiga bersudut tepat bersamaan dengan ganda dua sandingnya.
ARCHIMEDES
Ahli matematik berbangsa Yunani dilahirkan pada 287 SM di Syracuse, Sicily. Bekerja kuat sehingga lupa makan dan minum dan sering dipaksa mandi. Mahir dalam semua bidang sains, astronomi, geometri, mekanik, hidrostatik, optik dan hasilkan banyak mesin peperangan. Digelar sebagai- Bapa Kalkulus
Sumbangan Hukum Hidrostatik Archimedes Skru Archimedes Menemui pi
Skru Archimedes
Pi
LEONCHARD EULER
Lahir pada 15 April 1707 di Basel Switzerland Mendapat ijazah sarjana ketika berumur 19tahun. Menjadi ketua matematik di St Petersburg Academy Rusia. 1766~mata kiri mendapat penyakit bular (berselaput dan rabun) 1771~pembedahan dilakukan tapi gagal menyebabkan beliau buta selama 17tahun.
Sumbangan Menerbit dan mengarang paling banyak hasil penyelidikan dalam berbagai-bagai bidang matematik. Karya agungnya Introduction In Analysis Infinitorum. (siri tak terhingga, kuasa, nombor, geometri satah, logaritma dan eksponen, trigonometri) Menggunakan simbol e, i dan . Penggunaan huruf kecil a, b, c untuk sisi segi tiga dan A, B, C untuk sudut-sudut bertentangan r : jejari bulatan, R : perimeter bulatan 4rRs = abc yang mengaitkan 6 ukuran panjang iaitu r, R, S a, b, dan c lx = logaritma untuk x mewakili penghasiltambahan. f(x) mewakili fungsi x
JOHN VENN
Beliau dilahirkan di Hull, England pada 4 haribulan Ogos 1834. Beliau telah menerima pendidikan peringkat awal dari Highgate dan Islington iaitu dua sekolah di London. Seterusnya beliau telah meneruskan pelajaran di Gonville and Caius College, Cambridge dari 1853 sehingga 1857 dalam jurusan matematik peringkat ijazah. John Venn telah meninggal dunia pada tahun 1923 di Cambridge,dan telah dikebumikan di kawasan berdekatan iaitu Trumpington Churchyard.
Sumbangan Gambar rajah Venn telah diperkenalkan oleh John Venn melalui penulisannya . Penemuan Gambar rajah Venn adalah sangat penting kerana ia digunakan dalam pelbagai bidang matematik termasuklah theory set, probability, logic, statistic dan sains computer. Gambarrajah Venn sebenarnya terdiri daripada beberapa bulatan yang bertindih.
SIR ISAAC NEWTON
Beliau lahir di Woolsthorpe-by-Colsterworth, Lincolnshire, 25 Disember1642 dan meninggal 20 Mac 1727 pada umur 84 tahun merupakan seorang fizikawan,matematikawan, ahli astronomi, filsuf alam, alkimiwan, dan teolog yang berasal dari England. Newton berhasil menunjukkan bahawa gerak benda di Bumi dan benda-benda luar angkasa lainnya diatur oleh sekumpulan hukum-hukum alam yang sama.
Sumbangan Dalam bidang matematika pula, Newton mengembangkan kalkulus diferensial dan kalkulus integral. Ia juga berhasil menjabarkan teori binomial, mengembangkan "metode Newton" untuk melakukan pendekatan terhadap nilai nol suatu fungsi, dan berkontribusi terhadap kajian deret pangkat. Dalam bidang mekanika, Newton mencetuskan adanya prinsip kekekalan momentum dan momentum sudut. Dalam bidang optika, ia berhasil membangun teleskop refleksi yang pertamadan mengembangkan teori warna berdasarkan pengamatan bahawa sebuah kaca prisma akan membagi cahaya putih menjadi warna-warna lainnya.
Binomial theory
Soalan 2 Nyatakan 5 alasan mengapa Matematik itu penting? _________________________________________________________________________________
Suatu cara yang membolehkan manusia mendapat kuantiti atau nilai berapa banyak, berapabesar, berapa cepat, berapa panjang, berapa luas, berapa ruang dan sebagainya. Badan ilmu yang amat berguna kepada saintis fizik dan sosial, ahli falsafah, ahli logikdan artis. Menjadi alat dalam kehidupan untuk menyelesaikan masalah harian. Membolehkan manusia mengkaji pola, mengkaji masalah sosial, mereka bentuk yang menarik dan seimbang. Menjadi alat yang berguna untuk membantu ahli sains mencari kebenaran yang berkaitandengan fenomena fizikal di alam sekeliling. Untuk aktiviti urusniaga, perjalanan, makanan, pembelajaran, rancangan, membuat kerja,dan kebanyakan aktiviti sosial manusia. Matematik ialah satu cara berfikir yang sistematik yang melatih manusia bertaakul secaralogik dan rasional. Berupaya menjalankan tugas kompleks dengan cekap dan berkesan, khasnya dalam bidang kerja pengurusan dan pentadbiran dan sanggup merancang dasar serta mengambil tindakan yang sistematik dan rasional. Kemajuan negara bergantung kepada kemajuan sains dan teknologi serta perkembangan perdagangan dan ekonomi yang berkaitan rapat dengan penggunaan matematik
Soalan 3 Apakah kelebihan kalkulus untuk dipelajari? ____________________________________________________________________________________________________ Pendahuluan Kalkulus adalah cabang ilmu matematik yang merangkumi had, terbitan,kamiran, dan deret tak terhingga. Kalkulus adalah ilmu mengenai perubahan, sebagaimana geometri adalah ilmu mengenai bentuk dan algebra adalah ilmu mengenai pengerjaan untuk memecahkan persamaan serta aplikasinya. Kalkulus mempunyai aplikasi yang luas dalam bidang-bidang sains, ekonomi, dan teknikal; serta dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan algebra asas. Kalkulus mempunyai dua cabang utama, iaitu kalkulus pembezaan dan kalkulus kamiran yang saling berhubungan melalui teorem asas kalkulus. Kalkulus Dalam Bidang Sains Sumbangan kalkulus dalam bidang sains memang tidak dapat disangkal lagi. Pelbagai kajian dan penemuan baru dapat dicipta apabila ilmu sains digabungkan dengan ilmu kalkulus sekaligus memantapkan dan mengukuhkan lagi penemuan tersebut. Kalkulus Dalam Bidang Kejuruteraan Bidang turut tidak dapat lari dari pengaplikasian kalkulus. Pengaplikasian kalkulus pecahan (Fractional Calculus, FC) hanya bermula dua dekad yang lepas. Dalam bidang sistem teori dinamik, sesetengah perkara telah dijalankan tetapi model dan algoritma yang dicadangkan itu masih dalam peringkat awal penubuhan. Baru-baru ini FC telah membuahkan hasil dalam bidang penyelidikan dan kejuruteraan sekaligus menjadikan banyak bidang-bidang saintifik yang lain memberikan perhatian yang lebih luas kepada konsep FC ini. Kalkulus Dalam Bidang Astronomi Kalkulus dan juga tidak dapat dipisahkan. Perkembangan matematik dan pengiraan astronomi digabungkan dan digunakan. Kebanyakan ahli astronomi yang terkenal juga merupakan pakar dalam bidang matematik dan begitulah sebaliknya. Kalkulus telah digunakan dalam bidang astronomi sejak abad ke-17 untuk mengira orbit planet-planet di sekitar bintang. Kalkulus juga diperlukan untuk mengira dengan tepat kelajuan objek-objek yang berubah dan bergerak di angkasa seperti asteroid, komet dan lainlain.
Kalkulus Dalam Bidang Ekonomi Selain daripada itu, kalkulus juga berguna dalam bidang. Sebagai contoh, ahli ekonomi menggunakan kalkulus untuk menentukan masa yang sesuai untuk membeli atau menjual sesuatu, berapa harga barang mempengaruhi berapa banyak orang yang membelinya atau contoh-contoh lain yang memerlukan perubahan diukur dari semasa ke semasa dalam dua atau lebih pembolehubah yang berkaitan. Syarikat kad kredit juga menggunakan kalkulus untuk menetapkan kadar bayaran minimumnya yang perlu dibayar pada masa yang tepat dengan mengambil kira pembolehubah tertentu seperti perubahan kadar faedah dan baki yang berubah-ubah. Kalkulus Dalam Bidang Seni Elemen bagi sesebuah bangunan juga tidak lari dari mengaplikasikan nilai kalkulus bagi pembinaannya. Arkitek akan menggunakan kalkulus kamiran untuk menentukan jumlah bahan yang diperlukan untuk membina sebuah kubah yang melengkung untuk stadium sukan yang baru sekaligus mengira berat kubah dan menentukan jenis struktur sokongan yang diperlukan. Seorang pelukis grafik akan menggunakan kalkulus untuk menentukan bagaimana model tiga dimensi yang berbeza akan bertindak mengikut syarat-syarat perubahan yang dikenakan. Kesimpulan Jelas sekali, pelbagai bidang telah mengaplikasikan prinsip perubahan dalam kalkulus dari universiti, syarikat penerbangan, studio hiburan dan syarikat pembinaan adalah antara beberapa contoh yang mendapat manfaat dari prinsip perubahan kalkulus. Malah doktor dan peguam menggunakan kalkulus untuk membantu membina dispilin yang diperluklan bagi menyelesaikan masalah yang kompleks seperti mendiagnos pesakit atau merancang kes pendakwaan. Walaupun kalkulus merupakan salah satu cabang matematik yang kompleks, namun ia berjaya memberikan kesan yang baik dalam hidup kita.