Anda di halaman 1dari 21

Bab 9:Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) ;

Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif

Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)

9.1 Penilaian Berasaskan Sekolah


 Merupakan proses penilaian selaras dengan proses pengajaran dalam bilik
darjah untuk mengesan kemajuan pelajar dalam konteks perkembangan
individu secara menyeluruh.
 Mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian yang
dibina dan dikawal mutunya supaya proses pengukuran pembelajaran
pelajar menjadi lebih bermakna dan bermanfaat.
 Memainkan peranan untuk meningkatkan keupayaan guru dalam usaha
membina dan mereka bentuk jenis-jenis ujian yang lebih bermutu.

9.2 Pengertian
 Satu bentuk penilaian yang dibuat dalam sukatan KBSR dan Penilaian
Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) pula ialah satu penilaian yang dibuat
dalam sukatan KBSM.
 Hanya melalui proses penilaian yang berterusan, guru dapat memastikan
jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid iaitu sama
ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan.

9.3 Prinsip
 Satu prinsip PKSR/PKSM yang penting untuk guru ialah bagi mengetahui
tahap pencapaian murid serta untuk mengenal pasti dan membaiki
kelemahan-kelemahan murid sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran
menjadi lebih kronis.
 Dalam PKSR, guru menilai murid dalam pelbagai aspek berdasarkan hasil
pembelajaran yang ditetapkan dalam mata pelajaran yang berlainan.
 Aspek-aspek yang dinilai dalam mata pelajaran yang berlainan dalam PKSR
meliputi:
a) pengetahuan
b) kemahiran berfikir
c) kemahiran berbahasa
d) kemahiran mengira
e) kemahiran belajar
f) kemahiran amali
g) kemahiran manipulatif
h) kemahiran bersosial
i) daya kreatif
j) kemahiran proses sains
k) perlakuan dan amalan nilai-nilai murni
l) sikap
m) kesihatan dan kecergasan
n) kemahiran kenestetik
o) bahan pembelajaran
p) minat

9.4 Tujuan
 Untuk membaiki pembelajaran pelajar dengan mengubahsuai aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berasaskan maklumat yang diperoleh daripada
PBS.
 Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran pelajar supaya
tindakan susulan yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka
mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti.
 Untuk merangsang pelajar supaya terus membaiki pembelajarannya melalui
tunjuk agar dan bimbingan guru secara berterusan di bawah aktiviti PBS.
 Untuk menyediakan pelajar menyesuaikan diri dalam alam kehidupan
manusia melalui penilaian berterusan yang melatih mereka sentiasa sedia
menerima teguran, bimbingan dan ajaran guru.
 Untuk mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian
yang dibina dan dikawal mutunya di peringkat tempatan supaya proses
pengukuran pembelajaran pelajar menjadi lebih bermanfaat dan lebih
bermakna.
 Untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guru dalam usaha membina
jenis-jenis ujian dengan lebih bermutu dan seterusnya meningkat prestasi
mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

9.4.1 Ciri-ciri
• Menekan penilaian secara tak formal, seperti pemerhatian, soal jawab secara
lisan dan ujian kertas-pensel untuk mengesan peringkat penguasaan dan
kemajuan pelajar dalam bilik darjah.
• Menekan penilaian formatif daripada penilaian sumatif – maklumat yang
diperoleh daripada PBS adalah digunakan untuk membantu perkembangan
pelajar dalam semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan.
• Menekankan tindakan susulan daripada laporan pencapaian atau pensijilan –
membaiki pembelajaran seterusnya.
• Menekankan penilaian secara berterusan – membolehkan guru
mengubahsuai strategi dan teknik, pengajaran mengikut maklumat penilaian
yang diperoleh dari semasa ke semasa.
• Menekan penilaian secara menyeluruh – segala potensi pelajar seperti
intelek, rohani, jasmani dan emosi dinilai.
• Menekankan penilaian dalaman – guru yang mengajar pelajar itu sendiri dan
bukan diuruskan secara berpusat.
Langkah Pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)

1. Merancang
-guru perlu menentukan hasil pembelajaran,kaedah penilaian serta
instrumen yang
digunakan dalam proses penilaian.

2. Menjalankan pemerhatian secara individu/kumpulan


- guru menggunakan instrumen spt senarai semak/catatan anekdot.
- mengesan kekuatan dan kelemahan murid setelah beberapa kali sesi
pembelajaran.

3. Melaksanakan penilaian melalui ujian


– ujian lisan atau bertulis.

4. Membina instrumen
– merujuk kpd Jadual Penentuan Ujian (JPU)
– membina soalan-soalan kognitif (Taksonomi Bloom) yang berlainan

5. Melaksanakan Penilaian
– cara lisan/penulisan
- penilaian secara profesional supaya terdapat kebolehpercayaan yang
tinggi.

6. Merekod
- mencatat kemajuan dan pencapaian murid secara sistematik.
- menganalisis & mentafsir rekod untuk membuat tindakan susul atau
penambahbaikan.

7. Melapor
- penyampaian maklumat penilaian tentang perkembangan dan pencapaian
murid
dalam bentuk markah atau gred dari semasa ke semasa kepada pihak-
pihak tertentu.
Tindakan Tindakan
susulan Menguasai bahan susulan
-peneguhan Ya yang diajar? Tidak -pemulihan
-pengayaan

Meneruskan ke pelajaran baru

Rajah 1: Langkah Pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah


(PKSR)

9.5 Penilaian Alternatif


- bentuk penilaian yang berlainan daripada penilaian formal seperti penilaian
formatif dan sumatif yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik darjah.
- Jenis penilaian alternatif yang bolehdigunakan oleh guru ialah
a) Portfolio
b) Persembahan / Amali
c) Pemerhatian

a) Portfolio
• Satu koleksi hasil kerja murid yang terdiri daripada pelbagai bahan dan
sumber
yang relevan dengan objektif mata pelajaran.
• Digunakan sebagai rekod untuk menunjukkan pencapaian murid-murid
untuk mata pelajaran yang berlainan di sekolah.
• Sebuah portfolio yang lengkap terdiri drpd pengumpulan bahan-bahan
yang berikut iaitu:
- nota-nota yang disediakan oleh guru
- senarai semak yang disediakan oleh guru
- refleksi kendiri pelajar
- buku log
- catatan jurnal
- gambar & foto
• Jenis-jenis portfolio yang boleh diberikan kepada murid ialah portfolio
kerja, portfolio dokumentari & portfolio produk akhir.
• Kebaikan:
- melibatkan murid dgn sepenuhnya dlm proses pengajaran &
pembelajaran.
- Memberi guru maklumat utk menilai pencapaian murid-murid.
- Menilai tahap perkembangan murid-murid.
- Memotivasikan murid-murid & meningkatkan tahap kefahaman
kendiri mengenai tugasan-tugasan pembelajaran yang diberikan
oleh guru.

b) Persembahan / Amali
• Untuk menguji kebolehan & kecekapan seorang individu.
• Melibatkan penggunaan radas, alatan konkrit/gambar & tidak banyak
bergantung kpd penggunaan bahasa & kertas-pensel kecuali semasa
arahan diberi.
• Amat sesuai bagi pelajar yang kelemahan bahasa.
• Guru mesti membimbing murid dlm penyediaan pembentangan spt
berikut:
- mengenal pasti punca-punca maklumat / sumber rujukan.
- menstrukturkan pembentangan.
- menilai & memberi maklum balas tentang pembentangan.
• Murid perlu membuat huraian secara terperinci mengenai penglibatan
murid dlm kerja ini. Huraian dinilai oleh guru kerana ia merupakan satu
penilaian yang sah mengenai pembelajaran murid.
• Dlm penilaian amali, guru akan menyuruh murid utk memanipulasi satu
set data, selepas itu, mempersembahkan analisis mereka terhadap data
itu.
• Guru menilai persembahan / tunjuk cara murid berdasarkan aspek-aspek:
- contoh-contoh yang dikaitkan
- edaran-edaran yang berkait
- peralatan yang digunakan dlm persembahan

c) Pemerhatian
• Mengenal pasti ciri-ciri perkembangan pelajar drpd bidang afektif &
psikomotor, khasnya bagi mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral,
Muzik & Pendidikan Jasmani.
• Satu bentuk penilaian autentik yang membantu guru membimbing murid-
murid meningkatkan keupayaan mereka secara individu.
• Bertujuan utk membantu murid-murid mengaplikasikan pengetahuan yang
diperoleh drpd mata pelajaran yang berlainan dlm kehidupan seharian.
• Memberi murid-murid masalah-masalah yang dihadapi dlm dunia sebenar.
• Contoh-contoh penilaian autentik yg boleh dijalankan oleh guru ialah
melalui pemerhatian, projek / kerja lapangan.
• Mudah dilaksanakan oleh guru tetapi susah utk menjamin kesahihan
dapatannya, kerana pemerhatian dipengaruhi oleh daya pengamatan,
pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai (guru).
• Strategi Pelaksanaan
- dibuat secara berterusan mengikut objektif yang dikenal pasti /
dirancang.
- dibuat dengan menggunakan senarai semak/rekod anekdot kognitif,
afektif, psikomotor, bahan & persekitaran.
- dibuat secara global / analitikal mengikut objektif yg ditetapkan oleh
guru.
Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif

PEMULIHAN

Konsep Pemulihan:
• Menurut Kamus Dewan, pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh.
• Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau
membetulkan sesuatu yang tidak betul.
• Program Pendidikan Pemulihan adalah
~ satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang
mengalami kesusahan pembelajaran dalm darjah khas di sekolah biasa,
di pusat khusus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dalam
kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa atau dalam darjah untuk
pengajaran khusus oleh guru pemulihan.
~ satu pembelajaran kesedaran bertujuan untuk membolehkan murid
menjalinkan kontak
mesra dengan persekitarannya.
~ satu program yang lebih sesuai untuk murid-murid yang lemah dalam
pencapaian
akademik mereka.

Tujuan dan Rasional Pendidikan Pemulihan:


• Untuk membantu murid yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang
belum dicapainya dalam pelajaran lampau.
• Untuk membantu murid dalam memperkembangkan diri dan menunjukkan
potensi mereka.
• Untuk membantu murid memikirkan alternatif-alternatif yang berlainan dalam
menyelesaikan masalah.
• Untuk membantu murid membina keyakinan diri.
• Unruk membantu murid yagn lemah membina konsep sesuatu kemahiran
dengan betul yang mungkin disalah tanggap oleh pelajar sebelum ini.
• Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sesuatu mata pelajaran
misalnya matematik mengikut kebolehannya.
• Sebab utama pengajaran pemulihan dijalankan dalam kelas KBSR ialah
disebabkan oleh PERBEZAAN INDIVIDU.
• Perbezaan individu ini perlu dijadikan satu pedoman atau pegangan guru
dalam usaha merancangkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
~ menjalankan ujian dignostik

Masalah Pembelajaran:
• Masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang menyebabkan mereka
memerlukan kelas pemulihan
• Boleh merupakan satu masalah kecil atau besar yang menjejaskan proses
pembelajaran murid-murid itu di dalam bilik darjah.
• Terdapat beberapa masalah pembelajaran yang dikenalpasti di mana murid-
murid yang menunjukkan ciri-ciri masalah ini perlu menjalankan kelas
pemulihan

• Jenis-jenis Masalah Pembelajaran:


~ Belajar secara lambat, selalu gagal
~ Pencapaian akademik yang tidak tinggi kerana penyesuaian diri dan
konsep kendiri yang
rendah.
~ Kerencatan akal menyebabkan pencapaian akademik yang lebih rendah
daripada potensi
sepenuh.
~ Kekurangan sosial: mempunyai kemahiran interpersonal yang rendah dan
tidak suka
melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
~ Mundur prestasinya tidak sebaik yang dijangkakan

Faktor-faktor Penyebab:
• Faktor-faktor penyebab yang menyebabkan murid memerlukan
pendidikan pemulihan
(i) Faktor psikologi
• Faktor kecerdasan mental
~ Semua murid mempunyai kecerdasan mental yang berbeza yang
mungkin disebabkan
oleh faktor genetik/diwarisi daripada ibubapa
~ Kesannya: murid-murid tidak dapat mengikuti pengajaran guru pada
kadar atau
intensiti yang sama
• Faktor emosi yang tidak stabil
~ Murid-murid tidak dapat membuat penumpuan mental dan latihan-
latihan dengan baik
di dalam bilik darjah
~ Murid-murid tidak berminat untuk mengikuti pengajaran guru
~ Kesannya: murid-murid sering ketinggalan dalam pembelajaran
akademiknya

(ii) Faktor Biologi/Kesihatan


• Murid-murid mempunyai masalah kesihatan
• Kesannya: murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian kepada
pengajaran guru
• Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah gangguan otak/neurologi
~ mereka tidak dapat mengikuti proses pembelajaran dengan baik
~ mereka mempunyai masalah tingkah laku

(iii) Faktor Persekitaran


• Masalah bahasa
~ Masalah bahasa merupakan salah satu masalah pembelajaran di
mana murid-murid
tidak dapat menguasai bahasa dengan baik atau mempunyai masalah
menyebut
perkataan atau membaca.
~ Untuk mengatasi masalah ini, guru mesti memastikan yang murid-
murid dalam kelas
pemulihan nanti perlu didedahkan kepada pengalaman-pengalaman
bacaan yang positif
serta mengikut satu program bacaan yang berkesan

• Amalan Sekolah

Guru-guru sibuk menyiapkan sukatan pelajaran

Aspek kemampuan murid yang pelbagai diabaikan

Wujud jurang akademik yang besar di antara murid

Murid-murid mundur dalam pembelajaran

Memerlukan pendidikan pemulihan


~ Amalan ini merujukkan kepada pengajaran guru, cara pentadbiran serta
susunan kurikulum yang tidak mengambil kira keupayaan murid yang
pelbagai

(iv) Faktor Emosi dan Sosial


• Kanak-kanak yang terencat dalam pembelajaran mungkin bersifat
lebih ganas dan agresif.
~ sangat sensitif kepada kritikan guru
~ menunjukkan respon negatif dalan situasi tertentu
~ tidak dapat menyelesiakan masalah mereka dengan positif
• Untuk murid-murid seperti ini, guru perlu meningkatkan tahap motivasi
dan aspirasi murid-murid serta memastikan murid-murid mempunyai
sikap positif terhadap buku dan bahan pembacaan
Cara-cara Penilaian Mengenalpasti Murid-murid yang Memerlukan Pemulihan:

PERMERHATIAN
~ mengenalpasti tanda-tanda yang ada pada murid
~ mengesan emosi dan tingkah laku murid
~ menyediakan borang-borang anekdot yang sesuai
yang membantu guru memahami sebab-sebab
kegagalan murid

PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI


~ membentuk senarai semak di mana guru akan
menandakan ruang yang berkaitan untuk
Cara-cara Pengesanan setiap kemahiran yang berjaya diperolehi oleh
Kesukaran murid

PENTAFSIRAN REKOD PROFIL


~ rekod profil disediakan pada setiap hujung penggal di
mana pencapaian murid diberikan gred yang tertentu
oleh guru
~ guru membuat pertandingan antara markah murid-
murid lain
~ murid-murid yang selalu mendapat gred yang rendah
memerlukan pemulihan

Peranan Guru Biasa Dalam Pelaksaan Pemulihan


• Untuk proses pemulihan menjadi efektif, ia perlu dijalankan pada peringkat
pra sekolah atau awal sekolah rendah. Ia diperlukan di peringkat sekolah
menengah jika seseorang pelajar memerlukannya
• Pencari dan pemulih kelemahan murid-murid
• Menjalankan ujian dignostik
• Seseorang guru berjaya atau tidak dalam melaksanakan program pendidikan
pemulihan bergantung kepada:
a) kebolehan dan kecekapannya
b) kerjasama dari rakan-rakan sejawat dan guru besar
c) sokongan dari pihak sekolah
d) kemahiran mengendalikan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran
e) sumber dan personel yang disediakan dalam sekolah

Aktiviti Pemulihan:
• Guru menjalankan program bacaan tambahan
~ murid-murid membuat bacaan meluas dengan membuat pelbagai rujukan
daripada buku
dan Internet
~ memberi murid-murid bahan bacaan yang sejajar dengan perkembangan
kognitif murid-
murid
~ tujuan: mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid-murid dalam
kelas
Pemulihan

• Guru mengalakkan murid-murid membuat kerja projek


~ dijalankan secara individu atau kumpulan
~ contohnya aktiviti projek yang meminta murid-murid membuat sesuatu
hasilan atau
menyelesaikan sesuatu masalah mudah
~ tujuan: menggalakkan murid-murid untuk berfikir menyelesaikan masalah-
masalah dalam
kelas pemulihan

• Guru memikirkan aktiviti-aktiviti dan contoh-contoh permainan dna rekreasi


yang penting
~ tujuan: mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan dalam
setiap aktiviti pemulihan

• Guru menggalakkan pembelajaran akses kendiri di kalangan murid-murid


~ murid-murid membina bahan akses kendiri daripada pelbagai media
seperti bahan cetak,
rakaman audio, radio dan computer
~ tujuan: memenuhi keperluan kognitif murid-murid

Bahan-bahan Untuk Aktiviti Pemulihan:


• Guru perlu menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai untuk
digunakan dalan kelas pemulihan
• Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan visual yang kurang:
(i) Bahan-bahan pemulihan mestilah menarik dan berwarna-warni
(ii) Tulisan yang digunakan dalam bahan pemulihan mesti besar saiznya

• Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan mendengar yang rendah:


(i) Guru perlu memberikan semua penerangan dengan suara yang kuat,
terang dan jelas.
Begitu juga dengan alat bantuan mengajar.

• Untuk murid-murid yang mempunyai kecergasan fizikal yang rendah:


(i) Alatan mengajar perlu cukup besar supaya murid-murid boleh
memegangnya atau
memanipulasinya dengan mudah

PENGAYAAN
Konsep Pengayaan:
• Satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras
kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang
dijalankan di dalam bilik darjah

Tujuan dan Rasional Pengayaan:


• Untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada
murid
• Untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka
• Untuk membekalkan peluang-peluang tambahan untuk mengembangkan lagi
daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan
murid-murid dalam pelbagai bidang
• Untuk memperkembangkan potensi murid kepada tahap maksima

Jenis-jenis Aktiviti Pengayaan:


• Sejajar dengan keperluan kognitif murid-murid
• Bercorak belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri
• Berbentuk lembaran kerja atau projek

Cara-cara Mengelolakan Aktiviti Pengayaan:


• Dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu
tetap sekolah
• Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan
bercorak belajar kendiri
• Hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudian guru
akan memberi ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha
mereka dihargai

Proses Pengajaran Pengayaan Matematik:


• Pengayaan matematik
~ aktiviti tambahan yang lebih menarik, kompleks dan mencabar, bertujuan
untuk meluaskan
pengetahuan dan kemahiran matematik yang telah dipelajari oleh murid
~ pengayaan dibuat untuk kumpulan murid cerdas dan lambat

Mata Pelajaran Matematik

Penilaian dijalankan

Pelajar menguasai kemahiran Pelajar lambat menguasai


kemahiran

Program Pengayaan Program Pemulihan

Penilaian semula

Menguasai kemahiran

Program Pengayaan

PENDIDIKAN INKLUSIF
Konsep Inklusif:
• Peluang pendidikan yang disediakan bagi murid-murid yang mempunyai
pelbagai jenis kecacatan( seperti kecacatan pendengaran atau penglihatan)
yang belajar di dalam bilik darjah biasa bersama-sama dengan murid-murid
yang sebaya dengan mereka.
• Dengan perkataan lain, palajar khas diintegrasikan dalam pendidikan
bersama pelajar normal
• Di dalam kelas pendidikan inklusif, murid-murid mengikut kurikulum biasa
yang telah diubahsuai oleh ahli-ahli pendidikan
• Murid-murid dalam kelas pendidikan inklusif dibimbing oleh guru reses yang
bekerjasama dengan guru kelas agar mereka dapat memahami konsep yang
disampaikan oleh guru kelas dengan lebih efektif
• Murid-murid yang mengalami kecacatan dibantu oleh alat sokongan khas
• Jika seseorang murid tidak dapat mengikut kurikulum biasa, murid-murid ini
akan mengikuti kurikulum pendidikan khas.

Objektif Pendidikan Inklusif:


• Meningkatkan kesedaran kanak-kanak normal tentang kanak-kanak khas
bahawa mereka juga sebahagian daripada ahli masyarakat
• Memberi peluang kepada kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri dengan
rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk
mereka
• Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak khas yang
standing dengan kanak-kanak normal untuk meningkatkan konsep kendiri
mereka
• Untuk mengelakkan daripada berlakunya diskriminasi dalam pendidikan dan
kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan

Ciri-ciri Dalam Pendididkan Inklusif:


• Penerapan nilai-nilai murni dalam semua mata pelajaran perlu dilaksanakan
oleh guru.
• Pemupukan budaya sains dan teknologi penting dalam pendidikan inklusif
• Peningkatkan dan pengukuhan Bahasa Melayu diutamakan dalam sebarang
program pendidikan inklusif
• Penekanan diberikan pendidikan berkonsepkan komputer

Pelaksanaan Pendidikan Inklusif:


• Guru mesti menggunakan prinsip pemeringkatan isi
• Strategi pengajaran dan pembelajaran mesti dapat meningkatkan penglibatan
murid melalui kaedah-kaedah dan teknik-teknik bercerita, main peranan,
lawatan dan projek
• Di sekolah rendah, Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah Rendah(PKSR)
dijalankan, manakala di sekolah menengah Penilaian Kemajuan Berasaskan
Sekolah Menengah(PKSM) dijalankan. Kedua-dua penilaian berasaskan
kebolehan murid dan bukan terhad kepada satu kurikulum yang berstruktur.
Penilaian yang bersifat formatif boleh dijalankan pada bila-bila masa sahaja
dalam kedua-dua bentuk penilaian ini
• Sebarang penilaian yang dibuat dalam kelas pendidikan inklusif mesti
disediakan berdasarkan minat murid. Penilaian ini juga mesti mencabar
minda dan pada masa yang sama tidak menyekat kebolehan murid
• Penilaian digunakan dalam pendidikan inklusif boleh dibuat dalam bentuk
berikut:
(a) projek
(b) rekod anekdot
(c) perlakuan
(d) demonstrasi
• Murid-murid dalam kelas pendidikan inklusif terikat dengan peraturan-
peraturan bilik darjah yang sama seperti murid-murid yang lain

Jenis-jenis Kanak-kanak Istimewa:


• Kanak-kanak yang ~ bermasalah kerencatan akal/mental
~ bermasalah pencapaian akademik
~ bermasalah tingkah laku
~ bermasalah kecacatan fizikal
~ bermasalah kecacatn penglihatan
~ bermasalah kecacatan pendengaran
~ pintar cerdas
• Kanak-kanak istimewa yang lain juga boleh dimasukkan dalam kelas
pendidikan inklusif jika masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka
tidak begitu serius
• Jika kanak ini bermasalah pembelajaran/kecacatan/tingkah laku yang sangat
serius, perlu dimasukkan dalam sekolah berasingan untuk mendapatkan
pendidikan khas

Peranan Guru Reses dan Guru Biasa Dalam Pelaksanaan Pendidikan


Inklusif:
• Dalam sekolah yang tiada program pendidikan khas, guru mesti mengajar
kanak-kanak istimewa dangan kanak-kanak normal dalam satu bilik darjah
yang sama. Oleh itu, guru reses atau guru biasa perlu menggunakan kaedah
koperaktif dan kolaboratif dalam mengendalikan kelas inklusif
• Guru terpaksa mengelolakan aktiviti pemulihan untuk kanak-kanak istimewa
dan aktiviti pengayaan pula disediakan untuk murid-murid yang menunjukkan
pencapaian akademik yang baik
• Kebanyakan aktiviti dalam kelas pendidikan inklusif berlaku dalam aktiviti
kumpulan