Anda di halaman 1dari 12

1

KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

Pengenalan Logaritma Trigonometri Vektor Nombor Kompleks Set Penutup Rujukan

PENGENALAN

Matematik diklasifisikan sebagai pembelajaran mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang. Dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah juga dikatakan sebagai Matematik. Ada juga beberapa ahli Falsafah yang meyatakan bahawa Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik.

Matematik juga adalah suatu ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur, ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya. Benjamin Peirce seorang Ahli Matematik mengelar Matematik sebagai "sains yang melukis kesimpulankesimpulan yang perlu". Matematik dikatakan berkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik, daripada membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal. Ahli-ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk merumuskan corak-corak baru dan mewujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan ketat yang dipilih melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai.

Pengetahuan dan penggunaan matematik asas sentiasa berada di dalam bahagian sedia ada dan penting bagi kehidupan individ. Penghalusan bagi idea-idea asas adalah dapat dilihat sejak purba dalam teks matematik yang berasal dari Mesir kuno, Mesopotamia, India Purba, dan China Purba, bertambah dengan ketelitian kemudiannya diperkenalkan oleh Yunani Purba. Setakat hari ini, pembangunan diteruskan dalam keadaan yang tidak begitu memberangsangkan sehinggalah Zaman Pembaharuan. Pada abad ke-16, di mana inovasi-inovasi matematik berinteraksi dengan penemuan-penemuan saintifik baru yang membawa kepada satu pemecutan dalam pemahaman yang diteruskan. Matematik juga memainkan peranan yang begitu penting dalam kehidupan seharian bagi setiap orang. Berikut merupakan antara contoh-contoh penggunaan konsep Matematik Asas yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian.

LOGARITMA Logaritma telah dicipta pada awal abad ke-17. Konsep itu dikatakan dicipta untuk membantu manusia melakukan pengiraan yang sangat rumit dan yang akan memakan masa yang lama untuk menyiapkannya. Konsep logaritma telah membantu perkembangan yang pesat dalam beberapa bidang. Antara bidang yang telah dipelopori dengan konsep Logaritma ialah Astronomi, Kejuruteraan dan Pelayaran. Dengan menggunakan logaritma, masalah pendaraban dan pembahagian yang sangat rumit dan besar dapat diselesaikan dengan mudah.

Seorang Ahli Kaji Matematik berbangsa Scot, John Napier (1550-1617) mencipta logaritma bagi memudahkan operasi pendaraban dan operasi pembahagian. Pada awalnya, beliau telah menggunakan bahasa Yunani. Logaritma bermaksud 'nombor nisbah'. John Napier menggunakan asas untuk menghasilkan sifir logaritma tetapi sifir ini

kurang berfaedah. Pada tahun 1614, seorang lagi Professor Geometri, Henry Briggs telah menggunakan ciptaan Napier untuk membentuk satu sifir logaritma yang menggunakan asas sepuluh.

Sebelum wujudnya kalkulator elektronik yang mampu melakukan urusan yang lebih besar, konsep dan teori logaritma inilah yang digunakan sepanjang waktu untuk melakukan perhitungan eksponensial. Jadi para ilmuwan dan jurutera dari semua bidang dan sector yang berbeza telah memanfaatkan konsep Logaritma dan sering menggunakannya.

Saya telah membaca beberapa artikel luar Negara dan mendapati bahawa penggunaan logaritma mampu menyelesaikan banyak hal. Ia merupakan salah satu sumbangan utama dari matematik ke dunia ilmu pengetahuan. Misalnya, sebelum ada logaritma, para pengkaji Astronomi berasa amat sulit dengan penjumlahan ataupun perkalian yang begitu besar. Dengan munculnya konsep logaritma, perkalian ataupun perkuasaan yang besar menjadi hal yang sederhana. Dalam kehidupan nyata, logaritma sangat diperlukan bagi ilmu pengetahuan. Dalam sejarah ilmu pengetahuan, pengembangan jadual logaritma dan penggunaannya merupakan prestasi yang luar biasa.

Para astronomi masih menggunakan skala logaritma untuk paksi grafik dan diagram. Penggunaan logaritma yang paling jelas adalah pada penghitungan skala Richter untuk gempa bumi dan desibel. Logaritma juga diaplikasikan dalam penghitungan frekuensi muzik. Penggunaan lain fungsi logaritma adalah dalam bidang biologi, iaitu untuk mengukur laju pertumbuhan penduduk, antropologi, dan kewangan.

TRIGONOMETRI Konsep Trignometri merupakan jasa terbesar yang diberikan Abdul Wafa bagi kajian matematik. Trigonometri berasal dari kata trigonon = tiga sudut dan metro = mengukur. Ini adalah adalah sebuah cabang matematik yang berkaitan dengan sudut segi tiga dan fungsi trigo no met rik seperti sinus, cosinus, dan tangent. Trigonometri memiliki hubungan dengan geometri, meskipun ada ketidaksetujuan tentang apa hubungannya; bagi beberapa orang, trigonometri adalah sebahagian dari geometri. Dalam trigonometri, Abul Wafa telah memperkenalkan fungsi tangent dan memperbaiki kaedah penghitungan jadual trigonometri. Ia juga tutur memecahkan sejumlah masalah yang berkaitan dengan spherical triangles. Secara khusus, Abul Wafa berhasil menyusun rumus yang menjadi identiti trigonometri. Inilah rumus yang dihasilkannya, iaitu: sin(a + b) = sin(a)cos(b) + cos(a)sin(b) cos(2a) = 1 2sin2(a) sin(2a) = 2sin(a)cos(a) Trigonometri merupakan alat utama ilmu ukur segitiga. Tigonometri memiliki banyak aplikasi pada kehidupan sehari-hari, diantaranya pada bidang teknik sipil dan astronomi. Trigonometri memiliki kaitan yang sangat erat dalam kehidupan kita, baik secara langsung dan tidak langsung. Ilmu bintang dan pembinaan bangunan sangat memerlukan bantuan trigonometri. Pada awalnya konsep trigonometri hanya hadir sebagai penyelesaian atas pemecahan ukuran atas

bangunan rata-bangunan rata sederhana, seiring berkembangnya zaman trignometri kerap digunakan dalam kehidupan seharian, perkembangan ilmu lain, mahupun perkambangan ilmu matematik itu sendiri.

Trigonometri memberi banyak manfaat dalam ilmu astronomi, kerana ukuran bendabenda langit tidak dapat diukur denganalatan lain, dan semestinya memerlukan Trigno kerana memerlukan pengiraan skala dan sudut. Ia dikatakan mampu memberi pengiraan yang sangat tepat. Rumus trigonometri sudut ganda digunakan untuk nilai-nilai ukuran sisi kerana sudut-sudut bagi pengiraan itu tidak istimewa. Meskipun penggunaan kalkulator diizinkan dalam penelitian, namun kalkulator masih dikira tidak mampu menganani kes numeris yang memerlukan ketelitian yang tinggi.

Selain dalam bidang ilmu astronomi, trigonometri juga sangat erat dengan juruukur (ahli ilmu ukur tanah). Pengukuran tanah adalah suatu cabang ilmu alam untuk menentukan posisi ruang dimensi tiga dari suatu tempat pada permukaan bumi. Hasil pengukuran tanah yang diperoleh digunakan untuk membuat peta topografi dari bumi untuk menentukan luas wilayah suatu daerah.

Dalam sistem undang-undang Agraria yang diamalkan pada zaman sekarang, koordinat dan garisan batasan negara adalah suatu hal yang sangat penting agar batas negara tidak bergeser, seperti yang sering disiarkan media. Para jurutera awam, lebih khususnya lagi ahli geologi, sangat bergantung kepada seorang juruukur. Ketika seorang jurutera membuat perancangan pembangunan suatu projek, seperti pembangunan jalan raya, jambatan, empangan, bangunan bertingkat, dan lain lain, peranan juruukur sangat diperlukan untuk menentukan batasan dan haluan.

Jadual trigonometri dicipta lebih dari dua ribu tahun yang lepas untuk memudahkan perhitungan dalam astronomi. Bintang-bintang dianggap tetap pada bola kristal dengan ukuran besar, dan model yang sempurna untuk tujuan praktikal. Jenis trigonometri yang diperlukan untuk memahami posisi pada bola disebut trigonometri bola. Trigonometri bola jarang diajarkan kepada pelajar zaman sekarang kerana tugasnya telah diambil alih oleh Algebra linear. Namun

demikian, satu aplikasi dari trigonometri adalah astronomi. Selain itu konsep bola trigonometri sering digunakan dalam geografi dan navigasi. Ptolemy (100-178) telah menggunakan trigonometri pada geografi dan menggunakan jadual trigonometri dalam karya-karyanya. Columbus membawa salinan dari Regiomontanus Ephemerides Astronomicae pada perjalanan ke Dunia Baru dan menggunakannya untuk keuntungannya.

Meskipun trigonometri yang pertama kali diterapkan pada bola, namun ia telah aplikasi yang lebih besar untuk pesawat. Juruukur telah menggunakan trigonometri selama berabad-abad. Jurutera, baik jurutera tentera dan sebaliknya, telah menggunakan trigonometri yang hampir sama. Fizik meletakkan tuntutan berat pada trigonometri. Optik dan statistik, dua bidang awal fizik yang menggunakan trigonometri. Akan tetapi semua cabang trigonometri berguna dalam fizik. Selain itu ia juga turut membantu dalam ruang pemahaman.

VEKTOR Josiah Willard Gibbs (11 Februari 1839 28 April 1903) ialah ahli Fizik Amerika Syarikat yang menyumbang kapada pendirian teori termodinamik kimia. Sebagai ahli matematik dan fizik, dia adalah penemu analisis vektor. Beliau merupakan orang pertama di Amerika Syarikat yang menerima PhD dalam teknik mesin (Yale). Dia adalah salah seorang ahli fizik teori di Amerika dan juga salah seorang ahli kimi teori awal. Gelaran Gibbs Professorship of Physics and Chemistry dinamai menurut namanya. Dalam matematik, ia menyumbangkan gagasan analisis vektor. Pada 1880, beliau mengembangkan perlambangan dan algebra vektor. Pada 1901, perlakuan penuh gagasannya dipersembahkan oleh salah satu mahasiswanya EB. Wilson, dalam sebuah buku yang berjudul Vector Analysis. Antara kegunaan dalam kehidupan seharian bagi vektor adalah ketika penerjun menjatuhkan diri dari kapal, tempat dia jatuh tidak tepat di bawah kapal, tetapi jauh melencong kerana adanya dua vektor daya iaitu daya gravitasi dan daya dorong angin. Manakala pada masa

perahu menyeberangi sebuah sungai, maka kelajuan gerak perahu yang sebenarnya merupakan kelajuan gerak perahu dan kelajuan air. Dalam suatu kejadian seorang pemanah menarik anak panah dari bahunya, sebenarnya arah gerak anak panah merupakan penjumlahan vektor gaya tarik tali dari kedua hujung busur tersebut. Selain itu pesawat terbang yang ingin terbang dan mendarat menggunakan kaedah vektor, sehingga ketika turun tidak langsung jatuh ke bawah, tetapi melalui arah vektor yang disesuaikan. Dengan demikian orang-orang yang berada di dalamnya pun tidak jatuh atau terumbang-ambing.

Kaedah vektor juga diaplikasikan terhadap orang yang sedang bermain layang-layang. Sehingga arah layang-layang yang sedang terbang tidak lurus terhadap orang yang memegang tali layangan. Dengan demikian orang tersebut dapat melihat layangan dengan lebih jelas kerana ada pengaruh vektor. Pada masa seorang anak bermain ungkit-ungkit, pada bidang condong menggunakan gaya vektor, sehingga anak tersebut tidak jatuh dari papan condong itu. Manakala seorang pilot pada pesawat terbang menggunakan komputer navigasi yang dihubungkan dengan konsep vektor, sehingga seorang juruterbang yang mengemudi tidak salah arah atau berpindah ke tempat yang tidak diingini.

NOMBOR KOMPLEKS

Johann Carl Friedrich Gauss merupakan antara tokoh matematik terunggul di antara 1700 hingga 1800-an. Beliau diberikan gelaran Putera Matematik serta foremost of mathematicians dan indikasi pertama bakat beliau telah dapat dilihat apabila beliau membetulkan aritmetik bapanya pada umur tidak sampai 3 tahun. Sumbangan beliau kepada bidang matematik telah memberikan beliau pengenalan sebagai ahli matematik paling berpengaruh dalam sejarah. Beliau berpendapat bahawa bidang matematik merupakan permaisuri bidang sains.

Beliau telah banyak memberikan sumbangan kepada bidang matematik sepanjang hidup beliau. Sikap dan kebolehan matematik beliau telah dapat dikesan dengan jelas semasa beliau berumur 12 tahun apabila beliau mula mempersoalkan axiom-axiom Euclid. Pada umur 19 beliau telah disahkan sebagai seorang genius apabila beliau telah berjaya membuktikan bahawa n-gon sekata boleh dilukis bagi nilai n ganjil, jika dan hanya jika n merupakan hasil darab nombornombor Format yang unik. Seterusnya pada umur 24 tahun beliau telah menerbitkan Disquisitiones Arithmeticae yang kemungkinan merupakan buku matematik tulen yang terbaik sehingga hari ini. Walaupun begitu bilangan publikasi beliau kurang berbanding ahli-ahli matematik lain. Namun ini tidak memberi impak ke atas status beliau sebagai seorang penyelesai masalah terbaik pernah hidup di dunia. Antara sumbangan utama beliau adalah, pembuktian lengkap Fundamental Theorem of Arithmetic Euclid dan antara yang pertama yang memberikan pembuktian teorem fundamental algebra (menunjukkan bahawa suatu polynomial pada kuasa n, mengandungi n punca kompleks. Beliau juga Memberikan 8 jenis pembuktian yang berbeza dan unik untuk Eulers law of Quadratic Reciprocacy dan Membuktikan Fermats last Theorem bagi kes n=3 bagi satu kelas integer kompleks.

Beliau juga telah meringkaskan Teorem Fundamental Kalkulus Membina teori nombor kompleks yang moden. Menemui serta membuktikan Fundamental Theorem of Normal Axonometry. Beliau telah menemui asteroid yang pertama dan berjaya membina persamaan polynomial bagi menunjukkan orbitnya. Sumbangan lain beliau adalah dalam bidang janjang hypergeometrik, asas statistik serta geometri pembezaan.

Walaupun kebanyakan hasil kajian beliau tidak diterbitkan namun beliau paling banyak memberikan sumbangan ke arah perkembangan ilmu matematik. Maka Gauss secara langsung dipercayai merupakan ahli matematik yang paling pintar serta produktif yang pernah wujud di dunia. Nombor Nyata dan Nombor Khayalan juga termasuk dalam Nombor Kompleks. Antara teknologi terkini yang menggunakan Nombor Kompleks ini adalah Teknologi Nano. Teknologi

nano ini banyak digunakan dalam pemetaan untuk mendapatkan lokasi yang lebih tepat, teknologi dalam sistem saraf dan sistem darah manusia untuk mengenalpasti dan seterusnya mengubati penyakit dengan lebih efektif, juga digunakan dalam peperangan dan sebagainya.

Walaupun ia hanyalah sebahagian perkara kecil dalam menerangkan perkataan teknologi ini, ia juga adalah sangat penting dalam pengiraan atau jangkaan bagi teknologi nano ini. Ia adalah pengiraan kompleks. Nombor komplek dan nombor khayalan boleh ditentukan dengan teknologi Nano.

SET Teori set bagaimanapun adalah agak berbeza Ia adalah ciptaan Georg Cantor. Idea infiniti telah menjadi subjek pemikiran yang mendalam dari zaman Yunani. Zeno dari Elea , di sekitar 450 SM, dengan masalah di atas yang tidak terhingga, membuat sumbangan besar yang paling awal. Pada Zaman perbincangan Tengah terhingga telah membawa kepada perbandingan set terhingga. Sebagai contoh Albert Saxony , dalam Questiones subtilissime dalam libros de celo et mundi, membuktikan bahawa rasuk panjang terhingga mempunyai jumlah yang sama seperti 3ruang. Dia membuktikan ini menggergaji oleh rasuk ke dalam keping khayalan yang kemudian dia memasang ke dalam cengkerang sepusat berturut-turut yang mengisi ruang. Bolzano seorang ahli falsafah dan ahli matematik yang mempunyai pemikiran yang mendalam. Pada tahun 1847, beliau dianggap telah berupaya menggunakan konsep set dengan takrif yang berikut penjelmaan daripada idea atau konsep yang kita hamil apabila kita menganggap susunan bahagian-bahagian sebagai satu perkara sikap acuh tak acuh. Bolzano mempertahankan konsep satu set terhingga. Pada masa ini ramai yang percaya bahawa set terhingga tidak boleh wujud. Bolzano memberi contoh untuk menunjukkan bahawa, tidak seperti untuk set terhingga, elemen-elemen set tidak terhingga boleh diletakkan dalam surat 1-1 dengan unsur-unsur salah satu subset yang betul. Idea ini akhirnya datang untuk digunakan dalam takrif set terhingga.

10

Ia adalah dengan Cantor 'kerja s bagaimanapun bahawa teori set datang yang akan diletakkan di atas asas matematik yang betul. Cantor 'kerja awal s adalah dalam teori bilangan dan beliau menerbitkan beberapa artikel mengenai topik ini di antara tahun 1867 dan 1871. Ini, walaupun yang berkualiti tinggi, tidak memberi petunjuk bahawa ia ditulis oleh seorang lelaki kira-kira untuk menukar kursus keseluruhan matematik. Satu peristiwa penting besar berlaku pada tahun 1872 apabila Cantor membuat lawatan ke Switzerland. Cantor telah bertemu Richard Dedekind dan persahabatan telah bertahan selama bertahun-tahun. Set adalah harta asas matematik. Tetapi apabila kita menggunakan set dalam situasi yang berbeza, maka ia akan menjadi blok bangunan yang berkuasa matematik. Teori Graf, Algebra abstrak, Analisis Real, Analisis Kompleks, Algebra Linear, Teori Nombor, dan senarai menyala merupaka bidang yang menggunakan teori masing - masing, akan tetapi ada satu perkara yang melibatkan semua bahagian ini dalam satu ialah Set.

PENUTUP

Matematik bukan sahaja suatu bidang yang hanya melibatkan pengiraan berasaskan nombor, malah turut memerlukan pemahaman yang luas untuk diaplikasikan dalam kehidupan kita. Semua bidang yang melibatkan duit, masa, pelabruran dan terutamanya ekonomi memerlukan sentuhan dan perkaitan matematik dalam aktiviti mereka. Secara keseluruhannya, daripada penulisan didapati hampir semua topik matematik memberi sumbangan dalam aktiviti harian. Bukan setakat beberapa bidang, contohnya, Ekonomi, Perubatan, Kejuruteraan, astronomi, Fizik, geografi dan lain-lain lagi. Sumbangan matematik terbesar adalah untuk bidang Kejuruteraan dan Fizik. Matematik jadi sebahagian dari bidangbidang ini. Penulisan ini telah menbuka peluang kepada saya untuk memahami lebih lanjut mengenaio pengaplikasian Matematik dalam bidang yang berkaitan dengannya. Sejak lahir hinggalah mati, kita tidak mungkin hidup tanpa Matematik. Begitulah sumbangan Matematik

11

dalam kehidupan kita. Kita mungkin menghadapi kesukaran untuk mengadaptasi teori Matematik, bayangkanlah mereka yang telah mencipta konsep - konsep dan teori - teori Matematik utnuk kegunaan kita. Pengorbanan mereka amatlah tinggi nilainya. Dengan kesedaran ini saya juga turut berazam untuk mengkaji sesuatu dalam bidang matematik agar boleh memberi sumbangan saya untuk perkembangan matematik.

12

RUJUKAN

1. http://ml.scribd.com/doc/128358321/trigonometri 2. http://febrymustika.wordpress.com/2013/01/14/2/ 3. http://thedomainfo.com/fungsi/fungsi_logaritma_dalam_kehidupan/ 4. http://www.statscrop.com/i/24/penggunaan-logaritma-dalam-kehidupan-sehari-hari/ 5. http://simplemomentum.blogspot.com/2012/05/penerapan-vektor-dalam-kehidupansehari.html 6. http://www.duniamatematik.com/index.php?option=com_content&view=article&id=459:sejarahnanoteknologi-dan-nombor-kompleks-&catid=223:sejarah&Itemid=231 7. http://mathworld.wolfram.com/Set.html 8. http://translate.google.com.my/translate?hl=ms&langpair=en%7Cms&u=http://www.mathsisfun. com/sets/sets-introduction.html

Anda mungkin juga menyukai