Anda di halaman 1dari 7

PENGGUNAAN MODEL TGfU BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMUKUL DALAM PERMAINAN HOKI

Oleh: 25 26 Nor Sahidah Binti Mohamad Ali & Mek Yam Binti Yusof Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail

ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penggunaan Model TGfU bagi meningkatkan kemahiran memukul dalam permainan hoki. Subjek terdiri daripada 20 orang murid tahun 4 SK Padang Hiliran Kuala Terengganu. Data diperoleh secara kuatitatif dan kualitatif melalui instrumen Ujian Pukulan Leret 12 Meter menerusi Ujian Pra dan Pasca dan pemerhatian berstruktur. Data dianalisis menggunakan program berbantukan komputeruntuk mendapatkan min, sisihan piawai, peratusan dan Ujian-T. Hasil analisis data mendapati peningkatan skor min sebanyak 3.10 0.79 bagi Ujian Pukulan Leret 12 meter. Ujian-T Sampel Berpasangan digunakan bagi menilai perbezaan data Ujian Pra dan Pasca dengan aras signifikan p < 0.05. Hasilnya, nilai p = 0.00 kurang daripada aras yang ditetapkan jelas memperlihatkan perbezaan prestasi bagi kedua-dua ujian. Nilai skor min yang lebih tinggi setelah menggunakan Model TGfU membuktikan Model TGfU dapat meningkatkan prestasi murid bagi kemahiran memukul dalam permainan hoki. Dapatan kajian melalui pemerhatian berstruktur membuktikan peningkatan tahap keseronokan berdasarkan perubahan tingkah laku responden yang berjaya mencapai kesemua aspek pemerhatian keseronokan diakhir sesi rawatan. Melihat kepada keberkesanaan Model TGfU ini, guru boleh mengaplikasikan model pengajaran ini dalam pengajaran bagi sukan dan permainan yang lain. (Kata kunci: Model TGfU, meningkatkan, kemahiran memukul, permainan hoki) PENGENALAN Di Malaysia permainan menjadi tunjang utama dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (2006). Guru pendidikan jasmani di Malaysia boleh berperanan sebagai jurulatih sebagai salah satu cara peningkatan mutu sukan negara.Justeru, jurulatih harus menghayati falsafah kejurulatihan dan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta berusaha meningkatkan prestasi sukan dan permainan murid-murid (Kindlon & Thompson, 2000). Guru yang bertindak sebagai jurulatih boleh menyulami waktu pendidikan jasmani dengan memperkenalkan program latihan permainan untuk meningkatkan prestasi permainan. serta kecergasan murid-murid dapat ditingkatkan sepanjang hayat (Holt et al., 2002). Terdapat kajian di Barat mendapati kemerosotan minat dan penyertaan dalam aktiviti permainan pada masa pendidikan jasmani di sekolah, di luar waktu sekolah dan selepas murid menamatkan alam persekolahan (Condon & Collier, 2002). Kemerosotan mutu sukan Malaysia terutamanya dalam bidang permainan telah mendapat perhatian kerajaan. Kemerosotan ini cuba diatasi melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menggunakan beberapa strategi latihan dan pengajaran bagi meningkatkan kualiti kurikulum pendidikan jasmani. Menurut Disney dan Adlan (2003), mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat dijadikan asas untuk menyelesaikan masalah kemerosotan mutu sukan dan permainan negara, menggalakkan murid menyertai aktiviti permainan melalui program latihan seterusnya meningkatkan prestasi permainan, tahap kesihatan dan kecergasan mereka. Globalisasi yang wujud dalam bidang pendidikan negara menjadi pencetus inisiatif kepada pengkaji untuk merangka program bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan kajian. Perubahan perlu dilakukan seiring dengan perkembangan pendidikan secara global bagi menghasilkan kualiti pendidikan yang bermutu. Bermula dari situ, satu perancangan tentang perubahan dalam arus pendidikan direncanakan. Model TGfU merupakan satu kaedahpengajaran yang masih baru dalam arena pendidikan negara. Namun begitu, model pengajaran ini sudah lama dipraktikkan di negara-negara maju dalam
25 26

Pelajar PISMP Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani

Muka Surat

223

dunia pendidikan seperti Australia, New Zealand, Canada, England dan sebagainya.Perkembangan peningkatan dan kelemahan prestasi sukan mempunyai hubungkait dengan program latihan dan pengajaran kurikulum pendidikan jasmani. Prinsip-prinsip latihan menekan bahawa program latihan perlu dijalankan secara beransur maju seiring dengan perkembangan psikomotor, kognitif, afektif serta sosial (Bompa, 2009). Sehubungan itu, program latihan permainan ini dilatih dan diuji menggunakan komponen permainan seperti taktikal, kemahiran serta membuat keputusan (menggunakan pengetahuan deklaratif dan prosedural) secara beransur maju melalui permainan mini. Program latihan permainan yang berkesan dan diminati oleh murid boleh memberi kesan positif untuk meningkatkan prestasi dan penglibatan diri dalam permainan sepanjang hayat bagi menjaga tahap kecergasan dan kesihatan iaitu selari dengan Play Theory (Siedentop, 2002). Sebagai mencontohi yang terbaik untuk diberikan kepada anak bangsa, warga pendidik perlu sedar betapa dunia pendidikan di Malaysia ini perlu kepada perubahan. Perubahan yang dimaksudkan ialah kepada pendidik mahupun jurulatih supaya bertukar stail pengajaran. Stail pengajaran berbentuk tradisional yang sudah sebati pada diri guruguru ini haruslah diubah dengan mengaplikasikan stail pengajaran yang baru seperti Model TGfU. Ini akan memberikan kesan jangka panjang kepada murid murid dalam mempelajari subjek Pendidikan Jasmani dengan lebih berkesan. Seterusnya pengalaman di peringkat awal muridmurid ini pasti lebih menyeronokkan bagi mereka yang mempelajarinya. METODOLOGI Kumpulan Sasaran Kajian yang dijalankan ini melibatkan 20 orang murid iaitu 10 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan Tahun 4 Karisma, Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Kesemua mereka berusia 10 tahun, berbangsa Melayu dan beragama Islam. Pelaksanaan Kajian
DIAGNOSIS KenalpastiMasalah PERANCANGAN TINDAKAN Pencarianpenyelesaianalternatifb agimenyelesaikanmasalah

TINDAKAN SPESIFIK Kenalpastitindakanpenyeles aian

MENILAI Mengkajidenganmenilaikajia ntindakan yang sesuai

MENGAMBIL TINDAKAN Memilihtindakan yang sesuai

Model Kajian Tindakan Susman (1983) Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan Ujian Pra dan Pasca sebagai alat untuk mencapai objektif kajian. Ujian Pra dan Pasca ini merujuk kepada Ujian Pukulan Lurus 12 meter yang yang dikendalikan oleh pengkaji bagi menilai tahap kemahiran memukul responden. Ujian ini merujuk kepada Manual TID Spesifik Hoki (Unit Mengenalpasti Bakat ISN,2007) yang mengambil kira umur kronologi responden di mana ujian ini sesuai untuk dijalankan ke atas kanak-kanak berumur 7-12 tahun. Pemerhatian berstruktur berdasarkan 5 aspek keseronokan iaitu murid nampak gembira semasa beraktiviti, aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan, murid rajin bertanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, murid bekerjasama semasa aktiviti dijalankan dan murid menunjukkan minat dalam melaksanakan aktiviti yang dijalankan.

1.

Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama, pengkaji telah menggunakan instrument ujian pukulan leret 12 meter bagi menunjukkan peningkatan kemahiran yang telah berlaku keatas responden sebelum dan selepas menjalani rawatan menggunakan Model TGfU.

Muka Surat

Persoalan Kajian1: Adakah pengajaran menggunakan Model TGfU dapat membantu meningkatkan kemahiran memukul hoki murid?

224

DAPATAN KAJIAN

Jadual1 :KeputusanUjianPradanUjianPasca
SKOR 1 2 3 4 5 JUMLAH UJIAN PUKULAN LERET 12 METER UJIAN PRA % UJIAN PASCA % 13 65% 0 0% 5 25% 0 0% 2 10% 0 0% 0 0% 9 45% 0 0% 11 55% 20 100% 20 100%

Jadual 1 menunjukkan keputusan terkumpul bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter. Berdasarkan jadual tersebut, peratusan Ujian Pra bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter menunjukkan peratus tertinggi berada pada skor rendah iaitu 65% untuk skor 1 dan 25% untuk skor 2. Ini jelas menunjukkan tahap kemahiran memukul murid dalam permainan hoki berada di tahap yang sangat lemah. Hanya dua orang murid sahaja yang didapati berada di tahap sederhana pada Ujian Pra. Berbanding dengan peratusan Ujian Pasca yang mempunyai peratusan tertinggi pada skor 4 dan skor 5. Dapatan ini menjadikan peratusan bagi skor yang rendah iaitu skor 1 dan 2 berada pada nilai sifar. Peningkatan skor bagi Ujian Pasca menunjukkan peningkatan tahap kemahiran memukul dalam permainan hoki responden berbanding sebelum menerima rawatan pengajaran menggunakan Model TGfU.

Rajah 1 :Carta Pai Peratus Ujian Pradan Pasca bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter. Rajah 1 menunjukkan cartapai peratus keputusan Ujian Pradan Ujian Pasca bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter murid Tahun Empat (4) Karisma berdasarkan kekerapan skor yang diperolehi dalam Jadual1. AnalisisDeskriptifUjianPradanUjianPasca Jadual 2 : Analisis Statistik Deskriptif Ujian Pra dan Ujian Pasca Mata TertinggibagiUjianPra Mata TertinggibagiUjianPasca (PukulanLeret 12 Meter) (PukulanLeret 12 Meter) Min 1.45 4.55 SisihanPiawai 0.69 0.51 Minimum 1 4 Maksimum 3 5 SkorTerkumpul 29 91 N 20 20 Jadual 2 di atas menunjukkan perbandingan skor min Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter. Catatan menerusi jadual di atas mendapati skor minimum dan maksimum bagi Ujian Pra, Ujian Pukulan Leret 12 Meter ialah 1 dan 3. Manakala skor minimum dan maksimum bagi Ujian Pasca, Ujian Pukulan Leret 12 Meter ialah 4 dan 5. Daripada rajah, mendapati jumlah skor terkumpul untuk Ujian Pra bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter ialah 29 dan skor terkumpul bagi Ujian Pasca sebanyak 9. Dari statistik tersebut, terdapat peningkatan yang ketara selepas Ujian Pasca dijalankan terhadap responden.Jadual tersebut juga menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi Ujian Pra, Ujian Pukulan

Muka Surat

225

Leret 12 Meter iaitu 1.46 0.69 dan Ujian Pasca ialah 4.55 0.51. Untuk Ujian Pasca yang dijalankan ini berlaku peningkatan min sebanyak 3.09 dan sisihan piawainya semakin mengecil sebanyak 0.18. Ini jelas menunjukkan berlakunya peningkatan terhadap kemahiran memukul dalam permainan hoki subjek. Berlakunya peningkatan tahap prestasi daripada Ujian Pra dan Ujian Pasca adalah latihan yang dilakukan memberi kesan dalam tempoh ujian.

4.55
5 4 3 2 1

1.45

Ujian Pasca Ujian Pra

MIN

Ujian Pukulan Leret 12 Meter Ujian Pukulan Leret 12 Meter Rajah 2 : Graf Perbandingan Skor Min Ujian Pra dan Ujian Pasca Rajah 2 menunjukkan skor min antara Ujian Pukulan Leret 12 Meter bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca. Skor min Ujian Pra untuk Ujian Pukulan Leret 12 Meter ialah 1.45 dan Ujian Pasca ialah 4.55. Rajah 2 di atas menunjukkan terdapat peningkatan pada Ujian Pra dan Pasca bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter. Analisis Inferensi Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca Ujian-T untuk pengukuran berulangan dilakukan bagi penganalisisan inferensi pada nilai tahap signifikan p < 0.05 dalam Standart Critical Value T-Test. Ini digunakan bagi mengukur sampel dua kali dan keduadua data pengukuran digunakan untuk di buat perbandingan. Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter di analisis dan dibuat perbandingan. Jadual 3 : Perbandingan keputusan Ujian- T untuk Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter UjianSampelBerpasangan PerbezaanPasangan Min Pasangan 1 Mata TertinggiBagiUjianPasca (PukulanLeret 12 Meter) - Mata TertinggiBagiUjianPra (PukulanLeret 12 Meter) P = 0.000, signifikanpadaaras 0.05 3.10 SisihanPi awai t .79 17.592 df 19 P .000

Muka Surat

Jadual 3 menunjukkan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter. Keputusan kajian adalah signifikan (t = 17.592, df = 19, p < .05). Ini menunjukkan terdapat perbezaan signifikan bagi Ujian Pasca iaitu min 4.55 0.51 dengan Ujian Pra iaitu min 1.45 0.69. Nilai min untuk Ujian Pasca meningkat sebanyak 3.10 0.79. Bagi nilai t = 17.592, p = 0.000 adalah lebih kecil daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu p < 0.05. Dari keputusan Ujian-T yang dijalankan adalah signifikan dengan terdapatnya perubahan prestasi kemahiran memukul murid sebelum dan selepas pengajaran menggunakan Model TGfU.

226

2.

Persoalan kajian 2 : Adakah murid seronok menjalani proses pembelajaran hoki?

Bagi menjawab persoalan kedua kajian, pengkaji telah menjalankan kaedah pengumpulan data secara pemerhatian berstruktur sebagai bukti dan pengukuran terhadap keseronokan responden semasa menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan Model TGfU. Pemerhatian yang dijalankan keatas 10 orang sampel yang diambil secara rawak daripada sampel kajian 20 orang. Pemerhatian ini berdasarkan lima aspek pemboleh ubah iaitu aspek pertama yang dilihat ialah murid nampak gembira semasa beraktiviti. Aspek kedua ialah aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Seterusnya aspek ketiga ialah murid rajin bertanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Aspek keempat pula murid bekerjasama semasa aktiviti dijalankan dan aspek terakhir ialah murid menunjukkan minat dalam melaksanakan aktiviti yang dijalankan.

KEKERAPAN

10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0 ASPE K1 1 10 10 10 ASPE K2 4 8 8 10 ASPE K3 4 7 9 10 ASPE K4 2 10 10 10 ASPE K5 5 9 9 10

Pemerhatian tanpa Menggunakan Model TGfU Pemerhatian 1 Menggunakan Model TGfU Pemerhatian 2 Menggunakan Model TGfU Pemerhatian 3 Menggunakan Model TGfU

Rajah 3 :Jadual kekerapan bagi aspek pemerhatian berstruktur elemen keseronokan Rajah 3 menunjukkan kekerapan bagi lima aspek pemerhatian berstruktur untuk elemen keseronokan. Berdasarkan dapatan keseluruhan pemerhatian yang dijalankan didapati terdapat perubahan tingkah laku responden sebelum rawatan menggunakan Model TGfU dan selepas tiga minggu rawatan menggunakan Model TGfU. Dapatan ini dibuktikan dengan peningkatan kekerapan sebanyak 9 orang bagi aspek 1 iaitu murid nampak gembira semasa beraktiviti, 6 orang bagi aspek 2 aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan, 6 orang bagi aspek 3 iaitu murid rajin bertanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, 8 orang bagi aspek 4 di mana murid bekerjasama semasa aktiviti dijalankan dan peningkatan 5 orang bagi aspek terakhir iaitu murid menunjukkan minat dalam melaksanakan aktiviti yang dijalankan. Perubahan tingkah laku yang positif ini terbukti jelas menjawab persoalan kajian bahawa murid seronok menjalani pembelajaran hoki menggunakan Model TGfU. PERBINCANGAN 1. Persoalan 1 : Adakah pengajaran menggunakan Model TGfU dapat membantu meningkatkan kemahiran memukul hoki murid? Berdasarkan keputusan analisis ujian yang dilakukan, dapat dirumus bahawa kemahiran memukul bagi permainan hoki murid telah dapat dipertingkatkan dengan penggunaan Model TGfU dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran memukul hoki. Ini dibuktikan dengan perbezaan skor min dan sisihan piawai menggunakan Ujian-T bagi kedua-dua ujian yang ditadbirkan iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca. Hasil analisis data ujian, perbezaan skor min dan sisihan piawai Ujian Pasca dan Ujian Pra sebanyak 3.10 0.79 bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter. Peratusan peningkatan skor min bagi Ujian Pukulan Leret 12 Meter adalah sebanyak 62%. Keadaan ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan, iaitu TGfU dapat meningkatkan aktiviti fizikal, tahap pemikiran, penglibatan, motivasi dan kenikmatan dalam mempelajari subjek Pendidikan Jasmani (Webb et al., 2007). Perbezaan skor tertinggi bagi kedua-dua Ujian Pra dan Ujian Pasca jelas

Muka Surat

227

menunjukkan peningkatan pemahaman daripada semua aspek permainan di samping meningkatkan tahap aktiviti fizikal murid bertepatan dengan dakwaan di dalam kajian terkini Forrest et. AL (2006). Berdasarkan keputusan ujian ini, dapat dibuktikan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan Model TGfU membuahkan hasil seperti yang dikehendaki di dalam objektif kajian seterusnya mencapai objektif kajian ini. Selain itu, penggunaan Model TGfU ini membolehkan murid untuk melihat hubungan di antara latihan kemahiran memukul yang dijalankan dengan pengaplikasian kemahiran memukul di dalam situasi permainan yang sebenar dan kenyataan ini di sokong oleh Mitchell et al. (2003). Ini kerana Model TGfU mengetengahkan komponen pengetahuan kognitif dan membuat keputusan di dalam model supaya murid memperoleh kefahaman yang lebih baik terhadap sesuatu kemahiran. Kajian awal oleh French dan Thomas (1987) menunjukkan komponen pengetahuan kognitif dan membuat keputusan adalah penentu penting prestasi permainan yang berkesan kepada pemain bola keranjang berusia 8 hingga 12 tahun. Kajian berikutnya telah menyokong kepentingan faktor-faktor kognitif dalam menyumbang kepada prestasi permainan kanak-kanak di sekolah rendah. Kajian Ishee (2004), menunjukkan murid akan menggemari program latihan dalam Pendidikan Jasmani apabila mereka berjaya melakukan aktiviti. Pengajaran menggunakan Model TGfU juga membuktikan pendekatan latihan taktikal adalah lebih menyeluruh bagi mewujudkan permainan yang berkesan dan sesuai untuk murid dalam pelbagai kumpulan kemahiran serta dapat menggalakkan murid berfikir secara kreatif, bijak membuat keputusan tentang pemilihan taktik, bekerjasama sesama pemain dan dapat menguasai kemahiran sukan (Light & Fawns, 2003). 2. Persoalan 2 : Adakah murid seronok menjalani proses pembelajaran hoki? Persoalan kajian kedua yang perlu dijawab melalui kajian ini ialah, adakah murid seronok menjalani proses pembelajaran hoki. Bagi menjawab persoalan kajian ini, satu pemerhatian berstruktur telah dijalankan. Berdasarkan analisis pemerhatian berstruktur bagi elemen keseronokanterdapat peningkatan dari segi pencapaian keseronokan dan minat murid di mana 10 orang responden yang dipilih secara rawak dapat menepati kriteria lima pemboleh ubah yang ditetapkan bagi dianalisis semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran memukul hoki menggunakan Model TGfU. Pemerhatian awal menunjukkan kesemua 10 responden yang terpilih tidak dapat memenuhi kesemua aspek pemerhatian yang dinilai terutamanya bagi aspek pertama iaitu murid nampak gembira semasa beraktiviti di mana hanya seorang sahaja responden yang mampu memenuhi aspek pertama ini. Menurut Shaharudin (2001), keseronokan bersifat intrinsik kerana tiada ganjaran yang boleh diberikan kerana keseronokan melakukan sesuatu boleh dinilai berdasarkan rasa puas dan kegembiraan yang terbayang semasa melakukan sesuatu aktiviti. Berdasarkan kenyataan ini jelas menunjukkan responden tidak gembira semasa beraktiviti. Seterusnya, kerjasama dari kanak-kanak perlu dimenangi dan keseronokan dan minat adalah faktor-faktor yang kuat dalam memujuk kanak-kanak untuk bekerjasama (Boucher, 2011). Di dalam pemerhatian awal jelas menunjukkan kurangnya kerjasama di antara muridmurid semasa aktiviti dijalankan di mana aspek 4 hanya mampu dipenuhi oleh dua orang responden sahaja di sebabkan kurang keseronokan semasa beraktiviti. Perbezaan perubahan tingkah laku responden jelas dilihat berdasarkan analisis pemerhatian terakhir yang mendapati kesemua 10 orang responden yang terpilih dapat menunjukkan mereka gembira semasa beraktiviti, aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan, murid rajin bertanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, murid bekerjasama semasa aktiviti dijalankan dan murid menunjukkan minat dalam melaksanakan aktiviti yang dijalankan. Ini membuktikan Model TGfU mampu meningkatkan tahap keseronokan murid semasa beraktiviti. Keputusan pemerhatian ini juga disokong oleh Kajian dari McKeen, Webb dan Pearson (2005), di mana kajian mereka menyokong peningkatkan keseronokan murid yang didedahkan dengan kaedah Model TGfU berbanding kaedah pengajaran tradisional. Dapatan ini jelas membuktikan Model TGfU dapat meningkatkan keseronokan murid semasa proses pembelajaran hoki seterusnya mencapai objektif kajian ini dengan dapatan yang diperolehi. Secara keseluruhan kajian yang dijalankan, didapati bahawa kedua-dua persoalan kajian yang diketengahkan di awal kajian telah dapat dirungkai satu persatu berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan. Masalah tahap kemahiran dan keseronokan murid yang terlalu rendah serta skor ujian yang tidak memuaskan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang pertama telah berjaya diselesaikan dengan penggunaan Model TGfU. Ternyata Model TGfU telah dapat meningkatkan kemahiran memukul dalam permainan hoki dan keseronokan murid dan secara tidak langsung telah meningkatkan skor ujian

Muka Surat

228

murid bagi kemahiran memukul permainan hoki. Kenyataan ini telah disokong dengan keputusan daripada instrumen-instrumen kajian yang dilaksanakan yang juga dikukuhkan dengan pendapatpendapat daripada tinjauan literatur. CADANGAN Bagi kajian yang seterusnya, saya akan cuba menjalankan kajian mengenai pembentukan motivasi intrinsik murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani melalui Model TGfU yang dijalankan. Ini kerana saya dapati murid sangat tertarik dengan penerapan Model TGfU dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian akan datang ini lebih memfokuskan bagaimana pembentukan motivasi intrinsik murid terhadap sesuatu mata pelajaran dapat meningkatkan tahap kemahiran murid yang mana kajian seperti ini akan dapat melihat penerimaan murid terhadap pembelajaran menggunakan Model TGfU.Dengan melakukan kajian mengenai motivasi intrinsik ini juga, seseorang pengkaji akan dapat membuktikan lagi keberkesanan Model TGfU ini dalam pembelajaran murid. Ini kerana kajian akan memfokus kepada tingkah laku murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Model TGfU. Ini bersesuaian dengan pendapat beberapa tokoh yang menyatakan Model TGfU akan dapat memberikan pelbagai manfaat kepada murid dan guru secara tidak langsung. Selain itu, guru Pendidikan Jasmani juga boleh mengaplikasikan Model TGfU ini dalam pengajaran kemahiran-kemahiran lain di dalam sukan dan permainan. SENARAI RUJUKAN Bompa, T. O. (2009). Periodization Theory and methodology of training. Champaign, IL, Human Kinetics. Boucher, A. and Wiseman, E. (2011).Movement Discovery: Physical Education for Children. London, UK: Jones & Bartlett Publisher. Condon, R., & Collier, C. (2002). Student choice makes a difference in physical education. The Journal of Teaching in Physical Education, 73, 26-31. Disney, M. & Adlan. N. (2003). What exactly are my options? Education Quarterly 13, November/ December, p. 6. Forrest, G., Webb, P., and Pearson, P., (2006). Teaching games for understanding: a model for pre service teachers. Paper presented at ICHPERSD International Conference for Health, Physical Education, Recreation, Sport and Dance, 1st Oceanic Congress Wellington, New Zealand, 2006 (14 October), Available from <http:www.penz.org.nz> [20 April 2011]. French, K., & Thomas, J.R. (1989). Relation of knowledge and performance in boys tennis : Age and expertise. Journal of Experimental Child Psychology, 48, 190-211. Holt, N.L., Strean, W.B., & Bengoechea, E.G. (2002). Expanding the teaching games for understanding model: New avenues for future research and practice. Journal of Teaching Physical Education, 21, 162-176. Ishee, J. H. (2004). Are physical education classes encouraging students to be physically active.Journal of Physical Education, Recreation & Dance, 75(2), 1-2. Kindlon, D., & Thompson, M. (2000). Raising Cain: Protecting the emotional life of boys. New York: Ballantine. Light, R. & Fawns, R. (2003). Knowing the game: Integrating speech and action in games teaching through TGFU. QUEST. National Association for Kinesiology and Physical Education in Higher Education, 55, 161-176.

Muka Surat

229

Anda mungkin juga menyukai