Anda di halaman 1dari 6

5.

3 Cara Menganalisis Data

Menurut Mertler (2006), data yang telah dikumpul perlu dianalisis dan dibuat

interpretasi bagi membolehkan pengkaji melapor dapatan kajian berdasarkan bukti-

bukti yang telah diperoleh. Dalam kajian tindakan ini, kebanyakan data yang dikumpul

adalah berbentuk numerikal, iaitu data kuantitatif. Menurut Cresswell (2008),

instrumen mengumpul data berbentuk numerikal adalah soal selidik tertutup dan ujian.

Walau bagaimanapun, pemerhatian boleh dianalisis secara kuantitatif sekiranya data

tersebut dikuantitatifkan. Oleh itu, pengkaji menganalisis data kuantitatif dengan

menggunakan statistik deskriptif seperti kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai

mengikut bilangan item, jenis skala atau skor markah.

5.3.1 Pemerhatian Berstruktur

Pengkaji telah menggunakan senarai semak pemerhatian untuk merekod

tingkah laku dan interaksi peserta kajian sepanjang kajian dijalankan. Hasil dapatan

dianalisis dengan kaedah analisis kandungan. Pemerhatian berdasarkan aspek-

aspek tertentu direkodkan dalam bentuk jadual seperti yang ditunjukkan dalam Jadual

9. Sebagai contoh, murid satu didapati “mengangkat tangan untuk menjawab soalan”.

Pengkaji mencatatkan bilangan tersebut dan dikategorikan sebagai bersemangat.

Setelah siap melengkapi Jadual Pemerhatian, jumlah peserta kajian dikira dalam

bentuk peratusan.

Pengkaji juga menggunakan rakaman video sebagai bahan sokongan dalam

merekodkan segala situasi yang dapat ditangkap melalui kamera video tersebut.

Bahan rakaman ini adalah sangat berguna untuk membantu pengkaji melihat dan

mengkaji semula sesuatu situasi yang telah dirakamkan dengan cara yang lebih

berkesan.
Berdasarkan analisis jadual yang berkaitan daripada aspek-aspek yang dikaji,

pengkaji dapat mengenal pasti sejauh mana permainan ‘FMTM’ boleh membantu

peserta kajian untuk menguasai kemahiran mengingat nama dan kegunaan alatan

tangan. Keputusan pemerhatian membolehkan pengkaji merancang tindakan

susulan yang seterusnya.

Analisis pemerhatian dibuat dengan menandakan aspek yang diperhatikan

melalui tindak tanduk peserta kajian dan mengkategorikannya. Jadual 9 menunjukkan

cara pengkaji menanda aspek-aspek yang penting dan mengkategorikan data.

Jadual 9

Catatan hasil analisis dalam borang senarai semak pemerhatian

Bil. Aspek-aspek yang diperhatikan Bilangan murid

1 Minat terhadap pengajaran dan pembelajaran

 Kurang bersemangat (termenung, mengantuk,

tidak memberi tumpuan)

 Bersemangat (mengangkat tangan untuk

menjawab soalan)

2 Kerjasama sepanjang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran

 Lemah memberi kerjasama (membuat kerja

sendiri, beri kerjasama apabali diarah oleh

guru)

 Boleh memberi kerjasama (melibatkan diri

dalam aktiviti PdP)


3 Penguasaan isi pelajaran

 Lemah dalam menguasai isi pelajaran (kurang

daripada 5 nama dan kegunaan alatan tangan)

 Menguasai sebahagian isi pelajaran (6 ke atas

nama dan kegunaan alatan tangan)

5.3.2 Soal Selidik

Kajian ini juga bertujuan untuk melihat pendapat murid-murid mengenai sesi

PdP pengkaji dan juga maklumat berkaitan dengan tajuk kajian. Berdasarkan borang

soal selidik yang dibuat, pengkaji mudah untuk membincangkan tentang analisis

kekerapan pendapat peserta kajian dalam soalan yang dibincangkan. Analisis ini

dilakukan berpandukan data yang diperolehi dengan menggunakan jadual yang

tersusun. Dalam kajian ini, pengkaji hanya mengkategori jawapan murid kepada dua

kategori, iaitu “setuju” dan “tidak bersetuju” dan menentukan peratusan untuk

dicatatkan dalam jadual supaya dapat menjadi bukti sokongan kepada data-data

yang lain seperti yang ditunjukkan pada Jadual 10.


Jadual 10

Senarai semak analisis borang soal selidik selepas permainan ‘FMTM’ dilaksanakan

kepada peserta kajian.

Bil. Item Setuju Tidak

Setuju

1. Saya berasa gembira untuk bermain permainan 15 3 (16.7%)

“Find Me Tell Me”. (83.3%)

2. Permainan “Find Me Tell Me” membantu saya 18 (100%) -

dalam mengingat semua nama alatan tangan

penghasilan projek.

3. Permainan “Find Me Tell Me” membantu saya 16 2 (11.1%)

dalam mengingat semua kegunaan alatan tangan (88.9%)

penghasilan projek.

4. Saya berasa permainan “Find Me Tell Me” sesuai 16 2 (11.1%)

bagi topik penghasilan projek. (88.9%)

5. Aktiviti yang dijalankan dalam permainan 15 3 (16.7%)

“Find Me Tell Me” sesuai dengan kebolehan saya. (83.3%)

6. Dengan adanya permainan “Find Me Tell Me”, 18 (100%) -

setiap kali saya membuat latihan saya rasa puas

hati apabila menyelesaikan tugas saya.


5.3.3 Ujian Pra dan Ujian Pasca

Bagi analisis data kuantitatif hasil ujian pra dan ujian pasca, pengkaji telah

menggunakan formula berikut untuk mengira markah pencapaian peserta kajian

sebelum menyusun dalam bentuk jadual.

Formula ini dikira dengan membahagikan bilangan soalan yang betul dengan

jumlah soalan dalam ujian dan darab dengan 100 peratus (%). Markah peserta kajian

dipersembahkan dalam bentuk jadual seperti yang ditunjukkan pada Lampiran L.

Pengkaji juga menggunakan skala gred akademik untuk menilai dan menentukan

pencapaian peserta kajian bagi ujian pra dan pasca. Penentuan gred ini adalah

berasaskan penentuan gred di sekolah rendah tersebut. Gred akan diberikan satu

interpretasi tentang prestasi mereka berpandukan Jadual 11. Kemudian, pengkaji

membentangkan hasil analisis data dalam bentuk graf bagi memudahkan memahami

perbandingan markah dalam ujian pra dan ujian pasca.

Jadual 11

Skala gred akademik yang digunakan dalam penilaian ujian pra dan ujian pasca

Markah Gred Tahap penguasaan

80 – 100 A Cemerlang

65 – 79 B Baik

50 – 64 C Memuaskan

40 – 49 D Mencapai Tahap Minimum

0 – 39 E Belum Mencapai Tahap Minimum


Sebagai contoh, berdasarkan skala gred akademik dalam Jadual 11, peserta

kajian yang mendapat Gred A boleh dikatakan sebagai mempunyai tahap pencapaian

yang cemerlang. Peserta kajian yang mendapat Gred A dikatakan telah menguasai

kemahiran menjawab soalan nama dan kegunaan alatan tangan. Peserta kajian yang

berada dalam gred B dikatakan mencapai prestasi baik dan boleh menguasai

kemahiran menjawab soalan nama dan kegunaan alatan tangan. Peserta kajian yang

mencapai Gred A dan Gred B membawa maksud bahawa penggunaan permainan

‘FMTM’ berjaya membantu peserta kajian berkenaan dalam menjawab soalan nama

dan kegunaan alatan tangan.

Anda mungkin juga menyukai