Anda di halaman 1dari 15

TEORI

PEMUSATAN KLIEN
( CLIENT CENTERED )
Oleh;
ROSLI BIN MOHAMAD
Jabatan Ilmu Pendidikan IPG KTHO
PENGENALAN:

# Pelopor: Carl Rogers


# Model ini dicipta pd tahun 1940an sbg reaksi
tanpa-arah (non-directive) terhadap psikoanalisis.
# Juga di kenali sebagai non-directive, Rogerian atau
humanistik
# Penekanan “ here and now”
Pandangan terhadap manusia
1. Manusia pada asasnya adalah baik / positif.
2. Sifat semulajadi manusia memang baik.
3. Manusia boleh bekerjasama serta mampu
hidup secara efektif dan produktif.
4. Manusia mempunyai maruah dan harga diri.
5. Manusia mempunyai kecenderungan dan
keupayaan semulajadi untuk berkembang ke
arah nirwana kendiri.
Pandangan terhadap manusia
6. Manusia mempunyai kuasa menentukan haluan hidup,
bebas mengejar keinginan tanpa menggugat hak orang lain.
7. Manusia boleh berkembang secara semulajadi dan membina
jika wujud perasaan percaya mempercayai, hormat
menghormati yang dirasai oleh klien.
8. Manusia mempunyai kemampuan untuk berkembang baik dari
segi emosi mahupun intelek dan mampu menyelesaikan
masalah yang dialami.
9. Manusia mempunyai pandangan fenomenologi dan bertindak
mengikut fenomenologi tersebut.
KONSEP ASAS
3 Aspek Penting Dalam Teori

@ Organisme – seorang individu secara keseluruhannya


@ Bidang fenomenologi – keseluruhan pengalaman yang dirasai dan
dipersepsikan.
@ Kendiri – satu unsur yang terdapat di dalam fenomenologi yang disebut
`saya` atau `aku`
KONSEP ASAS
Organisma akan bertindak secara satu entiti yang menyeluruh bagi
memenuhi keperluan-keperluan tertentu. Ia mempunyai motif asas
untuk mencapai nirwana kendiri dan membaiki dirinya. Organisma ini
juga boleh melambangkan pengalaman-pengalamannya, ataupun
menyangkal pengalaman tersebut dan terus tidak melambangkannya,
malah mengabaikannya sama sekali.

Bidang fenomenologi merupakan pengalaman-pengalaman yang boleh


dilambangkan atau tidak dilambangkan. Jika ia dilambangkan, ia akan
disedari oleh organisma dan jika tidak dilambangkan, ia tidak akan disedari
organisme.
Kendiri, adalah konsep pusat bagi teori ini, mempunyai beberapa ciri;

a. Kendiri muncul hasil interaksi organisme dengan persekitaran.


b. Ia mungkin memprojek nilai-nilai orang lain.
c. Kendiri berusaha mengekalkan ketekalan dirinya.
d. Organisme akan bertindak menurut ketentuan yang dibuat kendiri.
e. Pengalaman yang tidak tekal dengan struktur kendiri akan di
anggap sebagai ancaman.
f. Kendiri boleh berubah melalui pematangan dan pembelajaran.
SEBAB MANUSIA BERMASALAH
Kesihatan mental (sihat) dicapai apabila diri yang ideal sama dengan
diri yang sebenarnya (ideal self = real self).

Kecelaruan terjadi apabila ada perbezaan antara diri yang diimpikan


dan diri yang sebenarnya (ideal self ≠ real self).


Keadaan
tidak kongruan

Real self Ideal self


“Keadaan tidak kongruen”
Keadaan ini berlaku apabila apa yang dipersepsikan oleh individu mengenai
dirinya tidak sama atau tidak serupa dengan apa yang dialaminya.

Persepsi individu Penilaian individu


tentang dirinya akan persepsi orang
sendiri lain terhadap dirinya.

TIDAKKENDIRI
KONGRUEN
KONGRUEN

Penilaian
orang
lain
terhadap
dirinya.
MATLAMAT KAUNSELING
MENGIKUT TEORI
• Kesediaan menerima, merasai dan mengalami realiti sebenar.
• Yakin akan diri sendiri.
• Klien akan dipandu dan diarah oleh perasaan dan pemikiran
sendiri.
• Kesediaan untuk terus berkembang.
SYARAT UNTUK
PEMBINAAN HUBUNGAN
TERAPUTIK
(membina hubungan menolong yang berkesan)
• Empati.
• Jujur/tulen.
• Terima Tanpa Syarat.
• Tidak menghukum (non judgemental).
PERANAN KAUNSELOR MENGIKUT
TEORI
• Fasilitator.
• Mewujudkan suasana yang sesuai dan
menggalakkan.
• Membantu klien agar tidak lagi bersifat membela
diri/defensive bagi setiap tingkahlakunya.
• Memperlihatkan kepada klien bahawa ia
dianggap sama taraf dengan kaunselor.
• Menjadi sebagai cermin yang akan membantu
klien melihat diri dan masalahnya dengan jelas.
TEKNIK DAN TATACARA KAUNSELING
• Perhubungan yang bersifat tulus ikhlas, jujur, ketulenan, kesediaan
menerima tanpa syarat (Sikap terapi amat penting).
• Berkeupayaan berempati secara tepat.
• Mendorong individu bergerak ke arah memperkembangkan kendiri
menuju penyempurnaan kendiri.
• Teknik asas termasuk – mendengar dengar aktif, mereflek perasaan,
menjelaskan dan “being there” untuk klien.
• Teori ini TIDAK menggunakan ujian diagnostik, interpretasi, sejarah
kes atau soalan untuk mendapatkan maklumat.
KEKURANGAN
Jika ahli terapi pasif, ia boleh menghadkan respon kepada refleksi.

Ramai klien yang memerlukan lebih banyak panduan, struktur dan


teknik. Klien yang sedang mengalami krisis mungkin memerlukan
lebih banyak panduan.

Sesetengah kumpulan budaya mungkin mengharapkan lebih banyak


aktiviti daripada kaunselor dalam kaunseling individu.

Teori model ini perlu dinilai dengan pengetahuan dan pemikiran


semasa untuk mengelakkan ketegaran (rigidity).

Klien yang kurang aktif bercakap mungkin kurang berkesan dalam


menggunakan teori ini. 14
HANG TIDAK KURANG SANGGUL;
AKU TIDAK KURANG TENGKOLOK.

Jikalau dia boleh cari lain,


kita pun boleh cari lain.

Anda mungkin juga menyukai