Anda di halaman 1dari 3

5.

0 Rumusan

Kesimpulannya, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi satu


profesion yang terkenal pada masa kini. Kaunseling ialah satu perkhidmatan
kemanusiaan yang mampu memberi manfaat bagi mewujudkan manusia sejahtera,
bahagia dan produktif dalam segala aspek kehidupannya.

Perkhidmatan kaunseling berasaskan kaedah bantu-membantu antara


seorang kaunselor dengan klien. Kaunselor dapat membantu klien dalam
mengurangkan ketegangan yang dialaminya, memahami dirinya dan keadaan yang
dihadapinya, melihat cabaran hidup atau masalahnya secara objektif, menilai
bersama dan menentukan langkah-langkah yang dapat diambil bagi menangani
masalah klien.

Namun, masih terdapat ramai orang yang tersalah anggap mengenai definisi
bimbingan dan juga kaunseling. Hal ini menimbulkan banyak permasalahan kepada
kaunselor. Maka, kaunselor perlulah menjelaskan definisinya dan tujuan kaunseling
kepada klien sebelum memulakan sesuatu sesi.

Oleh itu, kaunselor yang profesional perlu memahami konsep bimbingan dan
kanseling supaya dapat melaksanakan tanggungjawabnya mengikut etika kaunseling.
1.0 Pengenalan

Perkataan ‘kaunseling’ semakin penting dalam masyarakat hari ini. Hal ini
bermakna perkhidmatan kaunseling semakin diperlukan oleh orang ramai. Namun,
ada juga masyarakat yang mempunyai anggapan yang salah pada perkhidmatan ini.
Sebenarnya, kaunseling bukan sesi bagi kaunselor menyelesaikan masalah klien.
Sebaliknya, ia adalah proses khidmat kaunseling yang istimewa di mana klien sendiri
yang menyelesaikan masalah dan membuat keputusan untuk dirinya sendiri.

Profesion kaunseling secara umumnya merangkumi bidang-bidang seperti


pendidikan, pekerjaan, perkahwinan, penyesuaian dan sebagainya. Ia melibatkan
pembangunan manusia dalam kehidupan seharian. Maka, perkhidmatan kaunseling
menjadi semakin penting dalam dunia yang semakin bersaing, maju dan global
walaupun ia masih berada pada tahap perkembangan dan pengukuhan.

Menurut Gladding (2003), kaunseling ialah proses menolong individu yang


normal dan menyelesaikan masalah berkaitan tugas-tugas perkembangan dan
keadaan hidup. Tujuannya adalah bagi mengenal diri, permasalahan, penyesuaian,
menenteramkan emosi dan fikiran yang dihadapi oleh klien.

Mengikut The Random House Dictionary Of The English Language (2007),


mendefiniskan kaunseling sebagai memberikan bimbingan mengembangkan
pemikiran ataupun menyusun langkah-langkah bagi memperbaiki tingkah laku orang
lain.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa proses kaunseling melibatka seorang


kaunselor dan seorang klien yang mempunyai matlamat yang sama iaitu berusaha
mencapai matlamat sesi kaunseling.
Kemahiran Bimbingan dan Kaunseling

https://books.google.com.my/books?id=4luAG8n4CSsC&pg=PA24&lpg=PA24&dq=l
angkah+memulakan+perkhidmatan+bimbingan+dan+kaunseling&source=bl&ots=fk2
dzo8gnd&sig=wKLeDntLbI8m2Tnj4yBp4ZXGa1A&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=one
page&q=langkah%20memulakan%20perkhidmatan%20bimbingan%20dan%20kaun
seling&f=false

Mengurus khidmat bimbingan & kaunseling sekolah

https://books.google.com.my/books?id=ZrUNX2ikArQC&pg=PR6&lpg=PR6&dq=men
gurus+dan+melaksana+perkhidmatan+bimbingan+dan+kaunseling&source=bl&ots=
WwO5iai0uw&sig=h5oz7K-
mQC3UaCtFd3LGOqH4I8c&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=mengurus%2
0dan%20melaksana%20perkhidmatan%20bimbingan%20dan%20kaunseling&f=fals
e

Pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah

https://books.google.com.my/books?id=N3zgAnO9SvMC&pg=PA102&lpg=PA102&d
q=langkah+memulakan+perkhidmatan+bimbingan+dan+kaunseling&source=bl&ots=
EZH9wUMQhz&sig=dh5pNhYLoBrJh6hn2y1esapqCmg&hl=en&sa=X&redir_esc=y#
v=onepage&q=langkah%20memulakan%20perkhidmatan%20bimbingan%20dan%2
0kaunseling&f=false

Anda mungkin juga menyukai