Anda di halaman 1dari 25

TEORI

CLIENT CENTERED
TEORI KAUNSELING

PEMUSATAN INSAN
LATAR BELAKANG :

Teori Pemusatan Klien ini dipelopori oleh Carl Rogers


(1902 1987). Non-Directive Counseling/Person-
Centred Therapy, Client-Centred Therapy,
RogerianTherapy, Rogerian Therapy. Dari keluarga
yang menitik beratkan Kejayaan berpegang kuat
dengan agama:
We do not dance, play card, ettend movies, smoke,
drink or show any sexual interest ( Carl Rogers
1967 ) . Berpindah dari bandaraya ke pendalaman untuk
mengelak dari anasir negatif.
PANDANGAN TERHADAP MANUSIA
Manusia adalah biasa, rasional, sosial, bergerak maju dan
realistik.

Asas kejadian manusia bersifat positif. Manusia mempunyai


maruah ( dignity )

Manusia bergerak ke arah Kesempurnaan Kendiri ( Self-


Actualisation ), kemantapan dan bersosialisasi.

Tidak bersetuju dengan Freud yang menganggap manusia jahat


dan tidak rasional, ganas, tak sosial , suka merosakan diri
sendiri & orang lain.
( Manusia yang begitu adalah manusia berada dlm. keadaan
neurotik dan tidak berfungsi sebagai manusia. )

Organisme bergerak ke depan untuk mencapai potensi diri


yang sihat bukan ke belakang
( distruktif ).
KONSEP UTAMA CARL ROGERS
1. Fenomenologi :

Seseorang individu mempersepsikan dunia ini menurut


pandangan uniknya sendiri dan persepsi ini menjadi
latarbelakang fenomenanya. Individu bertindak balas
kepada persekitaran sebagaimana yang dilihatnya, dan
mungkin tidak menyerupai definisi persekitaran ahli
pengkaji lain. (SEDAR/TIDAK SEDAR)

Pentingkan tingkah laku sedar ( Boleh digambarkan ).

Semasa sesi kaunseling kita seolah-olah terlibat sama


dengan drama yang dialami oleh lkien dan memasuki
alam fenomena klien ( Empati ).
IDEA ANDA
Dalam kehidupan seharian, kita berjumpa
dengan manusia yang mempunyai pelbagai
personaliti dan prinsip kehidupan. Pernahkah
anda terfikir bagaimana mereka membentuk
prinsip kehidupan mereka sendiri, terutamanya
bagaimana mereka melihat dunia sekeliling ?

Adakah pengalaman yang dialami oleh


seseorang individu mempengaruhi cara mereka
melihat persekitaran dan kehidupan mereka?
KONSEP UTAMA CARL ROGERS

2. Konsep Mengetahui :

Terdapat 3 cara mengetahui :

1. Subjektif.
2. Objektif.
3. Interpersonal.
Konsep Mengetahui
Subjektif :

Pengetahuan subjektif merujuk kepada pengetahuan


yang kita dapati dari rujukan dalaman sendiri.

Objektif :
Pengetahuna objektif melibatkan pengetahuan yang kita
ketahui dan telah disahkan oleh pemerhatian orang lain.

Interpersonal :

Pengetahuan yang didapati dari dunia orang lain melalui


sikap empati.
KONSEP UTAMA CARL ROGERS
Struktur Personaliti :
Terdapat 2 konstruk utama yang penting untuk memahami teori
personaliti Rogers, iaitu Organisme dan Kendiri.

a. Organisme :

Dari sudut psikologi , organisme merupakan pusat segala


pengalaman. Pengalaman melibatkan segala yang dialami oleh
organisme dalam sedar bagi sesuatu masa. Pengalaman
penyeluruh ini merupakan latarlatar fenomena iaitu rangka rujuk
yang hanya diketahui individu sahaja. T.Laku seseorang
bergantung kpd latar belakang fenomenanya ( realiti subjektif )
dan bukan kerana keadaan rangsangan ( realiti luaran ).
Rogers

Apa yang dialami atau difikirkan oleh seseorang


sebenarnya bukanlah realiti baginya, ia
merupakan satu hipotesis sementara terhadap
realiti, satu hipotesis yang mungkin benar atau
salah. Seseorang tidak akan membuat satu
penilaian kecuali selepas dia membuat
percubaan. Apakah rahsia percubaan ini ? Ia
melibatkan pengesahan tentang kebenaran
pusat segala maklumat yang didapati, dengan
hipotesis yang dibentuk oleh organisme
berlandaskan kepada makluman sebelumnya.
Seperti kita menguji garam dengan rasanya.
KONSEP UTAMA CARL ROGERS
Struktur Personaliti :
b. Kendiri :

Kendiri merupakan sebahagaian dari latar belakang yang


perlahan-lahan menjadi terpisah. Ia adalah satu konsepsi
keseluruhan persepsi yang tersusun dan konsisten yang
mewakili ciri-ciri AKU dengan orang lain dan pelbagai lagi
aspek kehidupan, bersama dengan nilai tersemat dengan
persepsi ini. Ia juga merupakan satu keseluruhan yang
terdapat di dalam kesedaran , satu gestalt yang berubah-ubah
tetapi spesifik dalam satu jangka masa tertentu.

Konsep kendiri yang berkaitan ialah kendiri idaman


( ideal self ). Kendiri idaman atau unggul merupakan konsep
kendiri yang diingini oleh seseorang. Ia melibatkan persepsi
dan makna yang mempunyai perkaitan dengan kendiri yang
dihargai oleh individu, orang yang signifikan dan masyarakat.
PROSES PERKEMBANGAN PERSONALITI
Rogers menumpukan pendangan terhadap personaliti yang
menekan dari keseluruhan kepada perubahan :
1. Pembentukan personaliti dipandu oleh interaksi diri
dengan persekitaran.
2. Pembentukan personaliti dipengaruhi oleh persepsi diri
terhadap realiti kehidupan.
3. Individu berkehendakkan kepada penghargaan kendiri,
pengiktirafan dan penghormatan.
4. Orang yang berpengaruh dan ternama boleh
mempengaruhi pembentukan personaliti individu.

5. Individu mempunyai syarat-syarat nilai iaitu membuat


pertimbangan berdasarkan penilaian orang lain.

6. kendiri boleh berubah melalui pematangan dan pembelajaran.


FALSAFAH TEORI CLIENT CENTERED

Manusia bersifat positif. Melalui


kaunseling klien bergerak ke arah
sedar diri ( Awareness ) dan
percaya kendiri ( Self-trust ).
CIRI-CIRI UTAMA CLIENT CENTERED
1. Semua individu lahir dengan
perubahan berlanjutan tentang dunia
pengalamannya, di mana dirinya
menjadi pusat fenomena. Termasuk
pengalaman peribadi dan cuma
hadir dalam kesedaran sahaja. Yang
penting dia mampu menyiapkan
segala pengalamannya sendiri.
Tiada siapa yang dapat memahami
pengalaman dan penerimaan
seseorang dalam situasi tertentu.
CIRI-CIRI UTAMA CLIENT CENTERED

2. Kebanyakan individu bertindakbalas


dengan bidang fenomenanya
sebagaimana dialami dan diterimanya.
Pemahaman individu dibantu menerusi
tanggapannya sendiri iaitu sebahagian
daripada proses terapeutik.
CIRI-CIRI UTAMA CLIENT CENTERED

3. Tingkahlaku berlandaskan matlamat ke


arah yang dicuba individu dalam
mencapai kehendak-kehendak yang
dialami dalam fenomena yang diterima.
Yakni manusia tidak bertindakbalas
kepada kenyataan yang sebenar,
sebaliknya bertindak mengikut
tenggapannya sendiri.
CIRI-CIRI UTAMA CLIENT CENTERED

4. Fakta yang lebih baik dan menguntungkan


bagi mengetahui tingkahlaku manusia ialah
menerusi rujukan pada sesuatu rangka, di
mana seseorang individu iaitu berada di
dalamnya. Rogers mengenal pasti bahawa
rangka dalaman terdiri daripada sensasi,
tanggapan, persekitaran makna dan ingatan-
ingatan yang berguna kepada kesedaran.
CIRI-CIRI UTAMA CLIENT CENTERED

5. Kebanyakan cara berkelakuan yang


dipinjam oleh individu selaras dengan
konsep kendiri. Konsep ini menjadi
asas kepada teori terapi pemusatan
klien yang menggambatkan keselarian
dengan tanggapan dirinya , orang lain
dan persekitarannya di luar sedar dan
bukan proses penetapan kebenaran.
CIRI-CIRI UTAMA CLIENT CENTERED

6. Keadaan tidak seimbang kerana


berlaku antara harapan kesedaran
individu dengan tingkahlakunya hasil
perpecahan konsep diri dengan
pengalamannya. Bila seseorang
mendapat kesedaran diri, dia
memerlukan keperluan pada
pandangan positif yang berkaitan
antara satu sama lain.
CIRI-CIRI UTAMA CLIENT CENTERED

7. Ketidakseimbangan antara gambaran


diri dengan pengalaman seseorang
semakin luas, wujudlah keraguan.
Apabila kedua-dua gambaran dirinya
terpancar, seseorang itu akan
berdukacita dan perasaan rendah diri.
CIRI-CIRI UTAMA CLIENT CENTERED

8. Diri unggul dan diri sebenar hendaklah


serupa. Perubahan hanya berlaku
apabila kurangnya ugutan-ugutan
terhadap dirinya dengan
mengenepikan pengalaman-
pengalaman tidak bermakna, barulah
boleh menerima maklumbalas
positif.
CIRI-CIRI UTAMA CLIENT CENTERED

9. Seseorang berfungsi penuh, terbuka


kepada seluruh pengalamannya yang
tidak bersyarat , berpandangan diri
positif yang seimbang dengan
pengalamannya, boleh mengemukakan
kecenderungan yang sebenar.
KESIMPULAN
Carl Rogers( 1977 ) menyimpulkan
bahawa sifat tabii manusia itu amat positif.
Setiap individu mempunyai potensi
semulajadi dan berkeupayaan untuk
berkembang dengan sihat jika suasana
dan persekitaran yang sesuai.
4 ANDAIAN TEORI CLIENT CENTERED
1. Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri kita
berdasarkan interaksi kita dengan orang lain.

2. Individu bertingkahlaku dalam bentuk yang boleh


meningkatkan konsep kendiri.

3. Masalah-masalah timbul kerana konflik yang wujud di


antara konsep kendiri dengan pengalaman-
pengalaman hidup.

4. Hanya dengan penerimaan dan penghormatan barulah


individu akan bersedia untuk berkongsi masalahnya.
MENGAPA MANUSIA MENGHADAPI MASALAH ?

Tidak kongruen di antara konsep kendiri


dengan pengalaman.
Gangguan tentang syarat nilai.
Kekecewaan untuk mendapatkan
penghargaan kendiri ( self-regard ).
Kadangkala penilaian positif dan negatif
tidak kongruen dengan desakan yang
wujud secara tidak disedari.

Anda mungkin juga menyukai