Anda di halaman 1dari 3

CONTOH TEKNIK ULASAN JURNAL HAZIQ AZREE (2013)

1.0 PENGENALAN
Kajian ini adalah berfokuskan kepada pemilihan remaja dalam usia akhir kanak-kanak dan
awal usia remaja lingkungan usia 11 hingga 14 tahun dalam faktor mereka terlibat dalam
penyalahgunaan dadah. Faktor tekanan rakan sebaya akan dinilai sebagai faktor berisiko
utama dalam mempengaruhi remaja menerima atau menolak ajakan mereka. Kajian juga akan
melihat sejauh mana pengaruh rakan sebaya berlakunya apabila usia telah meningkat.
Dalam pengulasan jurnal ini juga akan melihat skop utama kajian meliputi
penerimaan, penolakan dan pengaruh kumpulan rakan sebaya. Seterusnya, melihat kaedah
kajian yang digunakan dalam usaha memberikan dapatan yang terbaik. Kemudian, akan
diulas dapatan kajian yang diperoleh dan dibandingkan dengan beberapa maklumat daripada
kajian yang lain khususnya pengkaji tempatan dan disokong dengan beberapa fakta yang
terdapat dalam penulisan ilmiah berkaitan dengan bidang drug-abuse. Akhir sekali, beberapa
cadangan akan diusulkan bagi menambah baik kajian ini pada masa akan datang. Semoga
bahan ini dapat memberikan maklumat berguna buat pembaca.
2.0 SKOP KAJIAN
Dalam kajian mengenai pengaruh rakan sebaya terhadap ajakan pengambilan dadah, ia dilihat
dari dua isu utama sama ada remaja tersebut menerima atau menolak. Satu lagi isu yang
dibincangkan ialah soal tekanan yang wujud dalam sesuatu kumpulan rakan sebaya.
i.

Remaja yang menerima ajakan menggunakan dadah

Bagi remaja yang menerima ajakan menggunakan dadah biasanya ia melibatkan dadah jenis
kanabis. Dapatan menunjukkan dalam temu bual pertama 31 orang remaja pernah mengambil
dadah sekurang-kurangnya sekali. Mereka menyatakan bahawa keterlibatan mereka dengan
dadah adalah disebabkan oleh tekanan dan pengaruh rakan sebaya. Berdasarkan kajian ini

separuh daripada mereka menggambarkan bahawa pengaruh rakan sebaya merupakan punca
awal mereka terlibat dadah. Sementara, satu pertiga daripadanya adalah percubaan memujuk
dengan kaedah yang tidak disenangi seperti mencabar, suka mendesak dan terdapat ada juga
yang mengugut. Selebihnya pula memujuk dengan cara menggalakkan dan cara yang baik.
Selain itu, sebab utama remaja menggunakan dadah adalah disebabkan perasaan ingin
tahu, rasa bosan, ingin mencuba sesuatu yang baru dan ingin berseronok. Walau
bagaimanapun, dalam usia meningkat dewasa pengaruh rakan sebaya dilihat semakin
berkurangan. Hal ini dibuktikan berdasarkan hasil temu bual kali kedua dan ketiga yang
mendapati pengaruh luar hanya 5 peratus berbanding rasa ingin tahu 82 peratus. Hanya 14
peratus menyatakan mereka digalakkan untuk mengambil dadah. Dapatan kajian ini ada juga
benarnya kerana merujuk kajian yang dijalankan oleh Sabitha Marican, Mahmood Nazar dan
Rosnah Ismail (2007), antara faktor utama mendorong kepada penggunaan dadah dalam
kalangan wanita negeri Sabah adalah didominasi perasaan ingin tahu sebanyak 61 orang atau
79.2 peratus. Walau bagaimanapun, pengaruh rakan sebaya turut menjadi penyumbang utama
ke arah penagihan dadah iaitu seramai 51 orang atau 66.2 peratus. (SOKONGAN DARI
BUKU LAIN)
ii.

Remaja yang menolak ajakan menggunakan dadah

Bagi remaja yang menolak tawaran pula bilangannya juga cukup besar. Pengaruh rakan
sebaya dalam memujuk menggunakan dadah dilihat kurang mendatangkan impak ketika usia
mereka telah meningkat. Suatu yang positif ialah majoriti remaja yang tidak menggunakan
dadah dilaporkan enggan menerima ajakan menagih meskipun ada dalam kalangan mereka
menerima lebih sekali ajakan malahan ada yang sering diajak mengambil dadah. Ajakan ini
dilihat dua per tiga datang dari rakan sebaya dan selebihnya daripada remaja yang lebih tua.
Kajian ini juga mendapati ajakan biasanya menggunakan kanabis. Walau bagaimanapun,

terdapat juga yang menerima ajakan untuk mengambil ecstasy seramai 7 orang dan
amphetamines.
Dilaporkan juga seorang daripada mereka dipelawa menggunakan heroin dan dua
daripada mereka pula dipelawa menggunakan kokain. Remaja biasanya menjauhi mereka
yang mengambil dadah jenis sintetik kerana menurut Narcanon International (2012) kesan
penggunaan sintetik amat berbahaya kerana di Albuquerque ada penagih yang sanggup
membunuh bapa sendiri dengan pisau selepas mengambil dadah sintetik jenis spice.
Dalam temu bual yang dijalankan juga, pengkaji turut meminta remaja menjelaskan
sekiranya mereka menerima ugutan atau menerima ajakan atau didorong untuk mengambil
dadah. Dalam temu bual yang pertama mendapati satu per tiga daripada ajakan dadah
datangnya daripada pemujukan. Walau bagaimanapun bilangannya didapati menurun dalam
temu bual ke dua dan ketiga dengan hanya nisbah 1: 8 remaja yang pernah terlibat dilaporkan
menerima ajakan mengambil dadah atau dipujuk untuk mengambilnya. Dalam temu bual
kedua dan ketiga pula majoriti tenang menerima atau menolaknya. Walau bagaimanapun,
secara keseluruhannya percubaan untuk mempengaruhi remaja gagal meskipun dengan cara
mempengaruhi, mencabar, memujuk, mengajak baik-baik secara berulang dan cuba memberi
galakkan. Hanya dua remaja menyatakan bahawa mereka rasa ingin mencuba apabila dicabar
oleh rakan sebaya. Ada sebilangan kecil disyaratkan perlu mengambil dadah untuk mengikuti
kumpulan mereka namun remaja tersebut menolaknya. Tindakan mungkin atas kesedaran
betapa rakan sebaya mampu menjadi penyebab utama ke arah penagihan dadah. Hal ini
dibuktikan dalam statistik AADK (2012) menunjukkan seramai 973 orang atau 44.76 peratus
penagih bersetuju bahawa pengaruh rakan sebaya merupakan punca utama penagihan dadah.
(SOKONGAN DARI BUKU LAIN)

Anda mungkin juga menyukai