Anda di halaman 1dari 5

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR

2.0 PENDAHULUAN
Peta minda merupakan alat yang sangat baik bagi membantu murid menulis esei
(karangan) secara berstruktur dan berfokus dalam pelajaran bahasa Melayu. Peta minda
bukan sahaja dapat membantu merancang perkara yang hendak ditulis, akan tetapi merupakan
alat penting dalam penulisan karangan .Menggunakan peta minda akan dapat membuat murid
dapat menyemak sesuatu maklumat dengan mudah. Dalam hal ini, Yahya (2005) menyatakan
bahawa teknik penggunaan peta minda merupakan salah satu unsur kreatif dalam pengajaran
bahasa seperti pengajaran karangan. Hal ini menurut beliau kerana penggunaan peta minda
oleh guru adalah bagi melatih murid merangka isi karangan supaya menunjukkan perkaitan
idea dan membantu menghasilkan penulisan yang berkesan.

Dalam pelajaran sains pula penggunaan peta minda tidak dapat di nafikan kepentingannya ia
biasanya di gunakan untuk mengingat fakta-fakta sains yang boleh di gunakan untuk
mengembangkan sesuatu pemikiran sains.

Peta minda adalah lakaran grafik yang menggambarkan pemikiran seseorang. Ia berperanan
dalam merangka, mencatat, merekod maklumat dan membuat suatu persembahan. Menurut
Cikgu Mimi (2011) , membina peta minda memerlukan untuk kita mewujudkan kelompok
atau kategori kata bagi memberi penerangan kepada tajuk yang di kembangkan selain itu
penggunaan kata kunci, gambar, imej tiga matra atau simbol yang harus di diberi perhatian.

Peta minda telah di gunakan seawal abad ke 3 sebelum Masehi. Seorang ahli falsafah bernama
Prophyry dianggap sebagai manusia pertama menggunakan peta minda untuk membentuk
idea-idea dan dengan itu membuat pembelajaran lebih mudah kepada orang lain. Selain itu
seorang ahli falsafah Catalan bernama Ramon Llull dan pelukis terkenalLeonardo da Vinci
juga pernah menggunakan peta minda. Konsep peta minda ini pula telah di popularkan pula
oleh Quillian dan Dr Collins pada 1960-an. Dr Collins di anggap sebagai Father of Modern
Mapping di sebabkan komitmennya yang luas dalam menerbitkan kajian mengenai
kreativiti , pemikiran grafik dan pembelajaran.

Pada tahun 1960 an , seorang ahli psikologi British bernama Tony Buzan telah membuatkan
penggunaan peta minda semakin popular.Dia juga mencipta satu set peraturan yang akan
digunakan apabila menggunakan peta minda. Menurut Tony Buzan (1960), bahan-bahan yang
di perlukan untuk membina peta minda ialah kertas kosong, pen berwarna, pensel dan otak
anda (imaginasi). Menurutnya lagi apabila kita menggunakan peta minda setiap hari, kitaakan
mendapati bahawa hidup menjadi lebih produktif, dipenuhi, dan berjaya pada setiap
peringkat. Pada pendapat Buzan, tiada had untuk bilangan pemikiran, idea dan sambungan
yang otak anda boleh buat, yang bermaksud bahawa tidak ada batas dalam apa pun cara yang
berbeza untuk anda menggunakan peta minda bagi membantu anda.

Pada masa kini , peta minda digunakan di mana-mana sahaja samada di sekolah, kolej atau
universiti. Pada masa ini peta minda telah di bina menggunakan komputer dan ada pelbagai
perisian komputer yang boleh di gunakan untuk membina peta minda.Oleh yang demikian
memang tiada alasan untuk kita tidak membina dan menggunakan peta minda. Ia adalah alat
yang paling sesuai untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2.1 TEORI DAN KONSEP BERKAITAN

Setiap orang memiliki cara-cara tertentu dalam menyerap informasi dari luar ke dalam
memorinya. Proses ini amat berkaitan dengan gaya belajar orang tersebut. Manusia diberi
anugerah oleh yang Allah SWT dengan berbagai panca indera untuk mengenal dan
berinteraksi dengan dunia luar. Di antara panca indera itu, manusia memiliki mata dan telinga
yang biasanya digunakan untuk menyerap informasi. Kemudian ,informasi ini akan dikirim
dan diolah oleh otak menjadi sebuah pemahaman.

Sesetengah orang mudah menyerap informasi dengan cara mendengar. Mereka belajar dengan
menggunakan pendengaran tetapi ada juga yang hanya boleh memahami sesuatu dengan
mudah melalui visualisasi. Mereka belajar dengan mudah apabila melihat sesuatu yang
ditampilkan secara visual. Sesetengah orang pula lebih mudah memahami sesuatu dengan
melakukan atau mempraktikkannya. Keadaan ini menggambarkan adanya berbagaigaya
belajar yang berbeza satu sama lain. Tiap orang selalunya memahami lebih baik dengan
menyesuaikan atau memanfaatkangaya belajar masing-masing.
Oleh kerana ramai manusia yang menyerap informasi dengan lebih baik melalui visual,
penggunaan peta minda adalah amat bertepatan. Ini kerana bentuk dan illustrasi maklumat
pada peta minda menyebabkan ia sangat mudah untuk di ingati.
Menurut konsep Tony Buzan( 2001). Peta minda adalah satu percambahan idea
daripada satu konsep atau tajuk untuk membentuk satu rangkaian dahan idea daripada konsep
tadi .Peta minda dapat menggalakkan pelajar untuk menelaah pelajaran apabila konsepnya
yang mudah untuk diaplikasikan dan senang untuk difahami. Menurut Tony Buzan ( 2001)
kognitif seseorang adalah sesuatu yang melibatkan kecenderungan mental . Ia berubah
mengikut keadaan, pengalaman dan tingkah laku manusia. Kognitif sangat penting dalam
mendorong pergerakan psikomotor. Apabila kognitif tertarik dengan sesuatu modul
pembelajaran peta minda, ia akan menggerakkan psikomotor dan secara tidak langsung
melahirkan keinginan untuk mengulang kaji pembelajaran secara kendiri.

2.2 KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Tee Tze Kiong, Jailani dan Baharom (2008) , peta minda memberi impak yang besar dan
penting keatas pelajar. Pelajar dapat membuat nota yang berkesan dengan menggunakan peta
minda. Semua nota kuliah dapat di hasilkan secara tersusun dan mudah di simpan.
Cindy et al (2006), Hendry (2006) serta Ang dan Ong (2007) menunjukkan pelajar yang
mengamalkan penggunaan peta minda dalam pembelajaran berupaya mengingat dan
memperolehi keputusan yang lebih baik.
Menurut Yahya Othman dan Azmi Hj Othman (2012) dalam penulisan karangan ,pendedahan
guru terhadap peta minda secara interaktif memberikan dimensi baru , iaitu dengan
meletakkan elemen-elemen multimedia dalam P&P. Pendedahan ini adalah perlu bukan sahaja
bagi menjamin aspek meningkatkan kemahiran menulis karangan murid, tetapi juga mampu
meningkatkan tahap profesionalisme para guru itu sendiri.
Amanda Ting Yii (2009) merumuskan penggunaan peta minda dapat meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran sains kerana untuk menghasilkan peta minda mereka perlu
membaca banyak fakta-fakta sesuatu topik sains.
Nordin (1991) melaporkan bahawa komponen grafik seperti peta minda mampu memandu
pelajar kepada bahan pembelajaran di samping mempertingkatkan penglibatan pelajar dan
tahap kefahaman mereka.
Saifuddin Kumar Abdullah (2009) menyatakan bahawa peta minda yang di ciptanya yang di
panggil kaedah My Aura Map boleh membantu meningkatkan motivasi murid-murid
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalamkelas. Penggunaan My Aura Map yang
menggunakan pelbagai warna dengan grafik yang menarik amat berkesan dalam pengajaran
dan pembelajaran di politeknik.
Menurut Amiruniza Kamil (2012) murid berminat dan memberi respon yang positif terhadap
penggunaan peta minda.
Wong Leng Sim dan Amir Hamzah (2012) menyatakan selain daripada peningkatan
pencapaian pelajar dalam ujian, peta minda dapat meningkatkan minat pelajar untuk membuat
ulangkaji dengan catatan nota bentuk peta minda berbanding nota berbentuk linear.

2.3 RUMUSAN

Berdasarkan kajian-kajian oleh penyelidik-penyelidik yang di paparkan nyatalah peta minda


adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam menarik minat,
memberi inspirasi dan memandu pelajar kepada topik yang hendak di terokai. Oleh yang
demikian , kami berpendapat kajian ke atas peta minda ini perlu di teruskan dalam topik
Kemandirian haiwan dan perlu di uji kepada pelajar-pelajar dalam usia yang lebih muda.
Topik kemandirian haiwan adalah topik dalam pelajaran sains tahun 5 di mana konsep
kemandirian ini adalah amat sukar di fahami oleh murid kerana ia memiliki banyak

Anda mungkin juga menyukai