Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Setelah dua minggu saya berada di sekolah penandaarasan, saya rasa bertuah kerana
dapat peluang mempelajari gaya kepimpinan dan pengurusan yang ditunjukkan oleh guru
besar SK. Wawasan. Antara gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru besar adalah
seperti kepimpinan tranformasi dan kepimpinan instruksional. Manakala pendekatan yang
diguanakan adalah demokratik dan autokratik. Guru besar menunjukkan gaya kepimpinan
dalam setiap langkah yang dilaluinya. Dengan berpegang kepada prinsip kepimpinan
melalui teladan dan budi bicara guru besar telah berjaya membawa organisasi sekolah
mencapai banyak kecemerlangan terutama dalam bidang kokurikulum. Hal ini sesuai
dengan pendapat Nawawi(1985) yang mengemukakan bahawa kepimpinan yang
berkesan adalah proses mempengaruhi, meggerakkan, memberikan motivasi dan
mengarahkan orang-orang yang ada dalam organisasi pendidikan untuk mencapai
matlamat organisasi tersebut. Begitu juga Kepimpinan dan pengorganisasion yang baik
dan teratur di sesebuah sekolah boleh memberikan kesan yang baik terhadap sesi
pengajaran dan pembelajaran pelajar (Yahaya et. Al., 2007)
Program LINUS merupakan sebuah program pendidikan di dalam bidang
keberhasilan utama Nasional (NKRA). LINUS yang bermaksud Literacy and Numeracy
Screening merupakan sebuah program pemulihan yang direka untuk memastikan murid
yang kurang menguasai kemahiran literasi dan numerasi dapat mencapai standard
penguasaan kemahiran asas yang kukuh pada 3 tahun awal persekolahan.

Di mana

kohort program LINUS dijangkakan akan mencapai sasaran 100% pada tahun
2012(kecuali murid berkeperluan khas) yang mensasarkan murid ini menguasai minima
500 perkataan dan ayat mudah manakala tahun 2 menguasai ayat mudah dan majmuk
dengan kata hubung serta minima 800 perkataan yang mudah dan bagi tahun ketiga pula
minima 1000 perkataan mudah serta ayat mudan dan majmuk dengan kata hubung
dengan perenggan pendek. Bagi menyahut sasaran kementerian, maka Program Mentor
Mentee telah dirancang khas oleh penyelaras LINUS, SK. Wawasan.

Anda mungkin juga menyukai