Anda di halaman 1dari 5

i-ThinK

iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk


mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar
ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah
hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi
Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum
diperkembangkan ke seluruh Malaysia.

Kenapa Diadakan Program i-THINK?


Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan
Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian
mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi
pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk  melahirkan modal
insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta
memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.

Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam


Program i-THINK
Peta Pemikiran
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta
pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi
kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta
pemikiran yang boleh digunakan.

1.  Circle Map (Peta Bulatan)


Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan
sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
2. Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti
atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau
huraian.

3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)


Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu
4. Tree Map (Peta Pokok) 
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

5. Brace Map (Peta Dakap)


Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah
nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian
utama.
6. Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)


Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab
dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting.
Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian
sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
8. Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk
mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.

Anda mungkin juga menyukai