Apa Itu STEM?
Sabtu, April 18, 2015 Hal Guru, STEM 11 comments
STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi
menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan
teknologi.
Keperluan kepada STEM wujud apabila kehendak terhadap bidang kerja yang melibatkan STEM adalah jauh lebih tinggi berbanding
bidang lain. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, 80% bidang pekerjaannya adalah melibatkan bidang STEM. Maka untuk itu,
pelajar perlu disediakan dengan bidang ini bagi membantu menyediakan lebih banyak sumber kerja kepada negara.
Akan tetapi menjadi masalah apabila pelajar sekarang masih tidak dapat memenuhi kriteria keperluan tersebut. Sama ada dari segi
bilangan mahupun kualiti kerja dalam bidang STEM.
Peningkatan bilangan pelajar perempuan ke kolej dan universiti juga kini jauh menandingi bilangan pelajar lelaki. Dan, kurang
daripada separuhnya adalah berminat dengan bidang STEM. Dasar STEM ini menjadi lebih penting kerana perkembangan bidang
kerja yang berkaitan dengan STEM adalah 3 kali ganda berbanding bidang bukan STEM.
Dikatakan juga, pekerja dalam bidang STEM mempunyai kurang risiko untuk pengangguran dan juga kebiasaannya mereka dibayar
dengan gaji yang lebih besar.
Jadi, apa yang kita boleh lakukan?
Menanam minat kepada pelajar untuk menyambung pelajaran dalam bidang berkaitan STEM sejak dari sekolah lagi. Antara strategi
yang boleh dilakukan adalah :
1) Pembelajaran berasaskan project-based yang diintegrasikan
2) Pembelajaran berasaskan real-world yang dibantu oleh internship dan mentor
3) Guru dilatih untuk bekerja dalam bidang STEM tertentu
4) Lebih banyak peluang belajar di peringkat tinggi
10 Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad 21
Isnin, Februari 08, 2016 Pembelajaran Abad 21 35 comments
Pembelajaran Abad 21 merupakan isu pendidikan paling trending di Malaysia untuk tahun 2015 hingga tahun 2016 ini. Pelaksanaan berperingkat
bermula daripada penyediaan bilik kelas, susunatur dan keperluan fizikal dalam bilik darjah abad 21, kemudian diteruskan dengan penyediaan
rancangan mengajar dan pelaksanaan P&P Abad 21. Saya kongsikan 10 contoh aktiviti pembelajaran yang boleh dilaksanakan untuk pembelajaran
abad 21.
Baca pengalaman saya :
Aktiviti Pembentangan Kimia : Bab 4 - Jadual Berkala
Kenapa Diadakan Program i-THINK?
Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin
menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan,
tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah
bertujuan untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif,
kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya
saing.
Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program
i-THINK
Peta Pemikiran
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara
visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh
murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.
Enam Topi Berfikir
Kaedah Berfikir 6 Topi
Pengenalan
Kaedah ini diperkenalkan oleh Edward de Bono, seorang pemikir dan penulis terkemuka Barat. Kaedah berfikir secara parallel ini
bertujuan untuk meluaskan perspektif, melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut dan masa yang berlainan , menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan yang terbaik.
Berfikir secara parallel
Berfikir secara parelal bermaksud berfikir secara selari, teratur dan sistematik. Contohnya enam idea yang berlainan diterima dan
diletakkan selari antara satu sama lain dan tidak dinilaikan, dibandingbezakan, dipertikaikan, serta tidak dibuktikan benar atau salah,
sebaliknya dicari kelebihan daripada setiap satunya.
Bagaimana enam topi berfungsi
Melalui kaedah enam topi berfikir (de Bono, 1991/1985), setiap pemikiran dianologikan kepada topi yang mempunyai warna-warna
tertentu, iaitu putih, merah, hitam, kuning, hijau dan biru.
Topi putih – Melambangkan pemikiran neutral dan objektif yang mementingkan fakta dan perkara objektif semata-mata
Topi merah – Melambangkan pemikiran emosional dan berlandaskan perasaan dan intuisi.
Topi hitam – Melambangkan pemikiran negatif yang menekankan keburukan, kelemahan dan kekacacatan.
Topi kuning – Melambangkan pemikiran positif yang menggunakan kebaikan, keistimewaan dan manfaat.
Topi hijau – Melambangkan pemikiran kreatif dan dengan itu mampu menjana idea-idea baru yang bernas atau mengembangkan idea
yang sedia ada, sama ada secara logic atau sebaliknya.
Topi biru – Melambangkan pemikiran kawalan dan dengan itu mengawal perjalanan sesuatu perkara termasuk topi-topi lain
Kebaikan Menggunakan Kaedah Enam Topi Berfikir
Enam topi berfikir akan membantu seseorang untuk :
1. Menjadi lebih focus dan disiplin dalam cara berfikir, justeru menghasilkan idea yang lebih berstruktur dan sistematik.
2. Berfikir dengan lebih kritikal.
3. Memahami keperluan untuk memisahkan proses pemikiran kepada mod-mod yang berbeza dan belajar untuk berfikir dalam satu mod
pada satu masa.
4. Mempelajari garis panduan (topi putih) yang akan membantu dalam mengenal pasti kelemahan dan risiko (topi hitam) sesuatu idea
atau cadangan baru.
5. Memahami peranan emosi dan intuisi dalam pembuatan keputusan.
6. Mempelajari penggunaan maklumat yang ada secara berkesan.