Anda di halaman 1dari 19

Nur Fatihathul Amin binti Abdul Aziz

P66458

PELAKSANAAN PROJEK I-THINK DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN MATEMATIK
Abstrak
Kertas konsep ini membincangkan pelaksanaan Program i-THINK
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik. Projek iTHINK merupakan projek kerjasama antara Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) untuk memupuk
kemahiran berfikir di kalangan murid sekolah. Selain itu, kertas
konsep ini juga memberi definisi, tujuan pelaksanaan dan ciri-ciri iTHINK. Antara isu-isu yang diutarakan adalah kepentingan i-THINK
dalam PdP Matematik, teori dan kajian berkaitan kemahiran berfikir,
cabaran dalam pelaksanaan i-THINK dalam PdP Matematik dan
cara penyelesaiannya. Pada akhir perbincangan turut disertakan
cadangan berkaitan projek i-THINK dalam PdP Matematik.
(kata kunci: i-THINK, kemahiran berfikir, PdP Matematik)

Pengenalan
Bagi mengekalkan daya saing di peringkat global, negara kita perlu melakukan suatu
perubahan supaya menjadi sebuah negara maju yang dijana oleh kumpulan modal
insan yang berkualiti dari segenap segi. Ini sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) iaitu mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul
Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam laporan lengkap Pelan Pembangunan
1

Nur Fatihathul Amin binti Abdul Aziz

P66458

Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menyatakan bahawa proses pelaksanaan


transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap
murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke21. Justeru, antara elemen yang digariskan dalam salah satu aspirasi PPPM 20132025, iaitu Aspirasi Murid adalah kemahiran berfikir.
Setiap murid perlu belajar cara untuk memperoleh ilmu pengetahuan
sepanjang kehidupan mereka untuk membolehkan mereka menghubungkan
pelbagai disiplin ilmu. Lebih-lebih lagi dalam ekonomi berasaskan pengetahuan,
mereka digalakkan mencipta ilmu yang baharu. Mereka juga perlu menguasai
pelbagai kemahiran kognitif termasuk penyelesaian masalah, penaakulan dan
pemikiran kreatif dan inovatif. Malangnya, dalam sistem pendidikan, bidang ini
kurang diberi perhatian menyebabkan mereka kurang berupaya untuk mengaplikasi
ilmu pengetahuan dan berfikir secara kreatif di luar konteks akademik. Memandang
serius isu berkaitan aspirasi ini, maka Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) &
Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah mencari inisiatif untuk bersama-sama
memperkenalkan projek i-THINK. Pada peringkat awal, terdapat sepuluh sekolah
perintis yang telah melaksanakan projek ini sejak Januari 2012 dan dijangka
mencecah ke seribu buah sekolah pada 2013 dan kesemua sekolah pada 2014.
(Berita Harian 2012)
Hasrat utama pelaksanaan projek i-THINK adalah untuk melahirkan modal
insan yang berkualiti tinggi di mana pada alaf 21, negara kita bukan hanya
bergantung kepada sumber alam untuk meningkatkan ekonomi, bahkan bakal
menjana ekonomi daripada hasil intelek rakyatnya.

Nur Fatihathul Amin binti Abdul Aziz

P66458

Definisi i-THINK
i-Think merupakan satu alat bantu mengajar yang dibina untuk menggalakkan
kemahiran berfikir di kalangan murid di semua peringkat melalui simulasi visual.
Sejarah membuktikan bahawa sistem pendidikan memerlukan penambahbaikan
bagi membantu murid yang kurang mampu mengaplikasi pengetahuan serta berfikir
secara kritis di luar konteks akademik biasa. (Sharifah Nor Puteh et al. 2012)
menjelaskan berfikir merupakan satu proses mental atau aktiviti mental untuk
mencari makna. Sehubungan itu, dengan pelaksanaan projek i-THINK di dalam PdP,
sistem pendidikan diharap akan menjadi lebih penting bagi membantu murid untuk
memperoleh kemahiran berfikir dan menghargai setiap ilmu yang dikuasai mereka.

Tujuan Pelaksanaan i-THINK


i-THINK bertujuan untuk menggalakkan murid berfikir pada aras tinggi. Berdasarkan
Taksonomi Bloom, penguasaan dicapai apabila murid mempamerkan kemahiran
berfikir aras tinggi berkaitan pengetahuan yang diajar. (Dani Asmadi Ibrahim &
Kamisah Osman 2011) Mereka percaya kemahiran berfikir aras tinggi melibatkan
transformasi maklumat dan idea oleh murid. Ini berlaku apabila murid-murid
menggabungkan

fakta-fakta

dan

idea-idea

untuk

mensintesis,

membuat

generalisasi, penjelasan, hipotesis yang membawa kepada kesimpulan dan


interpretasi.

Memanipulasi

maklumat

dan

idea

melalui

proses-proses

ini

membolehkan murid menyelesaikan masalah dan menemukan makna baru terhadap


apa yang dipelajari.

Nur Fatihathul Amin binti Abdul Aziz

P66458

Selain itu, tujuan pelaksanaan i-THINK adalah untuk membudayakan


kemahiran berfikir. Pelaksanaan di peringkat sekolah berupaya untuk membantu
pihak sekolah memupuk kemahiran berfikir; menyemai budaya pembelajaran
sepanjang hayat; mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya mencari jalan
penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah.
i-THINK juga ingin melahirkan inovator generasi masa depan dengan
kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan
diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.

Ciri-ciri i-THINK
i-THINK memperkenalkan Lapan Proses Pemikiran yang dibangunkan melalui alat
berfikir visual, iaitu Peta Pemikiran yang memudahkan murid-murid dalam
memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian. Ianya selaras
dengan pendapat Jamal Ahmed Badi (2008) yang mengatakan pengajaran
Kemahiran Kreatif perlulah menekankan pemikiran visual (visual thinking) dan
kepelbagaian aktiviti di dalam atau di luar kelas. Peta pemikiran tersebut adalah;
Peta Bulatan, Peta Buih, Peta Buih Berganda, Peta Pokok, Peta Dakap, Peta Alir,
Peta Pelbagai Alir dan Peta Titi.

Nur Fatihathul Amin binti Abdul Aziz

P66458

Rajah 1: Peta pemikiran i-THINK


Setiap peta membawa fungsi yang berbeza.

Peta Bulatan (Circle Map) digunakan untuk mendefinisi mengikut konsep. Ia


membantu aktiviti sumbang saran dan menyenaraikan semua yang diketahui
tentang perkara atau idea tertentu supaya perkara tersebut boleh diteroka

Peta Buih (Bubble Map) membantu menerangkan sesuatu perkara atau idea
dengan menyenaraikan kata adjektif (kualiti, sifat atau ciri) supaya boleh
menerang dan memahami sesuatu dengan lebih baik

Peta Buih Berganda (Double Bubble Map) membantu menyenaraikan


persamaan dan perbezaan antara dua perkara atau idea supaya dapat
membezakan kedua-duanya dengan membanding dan membeza

Peta Pokok (Tree Map) membantu menyusun maklumat supaya berada


dalam kumpulan yang berbeza agar boleh memahami maklumat tersebut
dalam gambaran besar secara menyeluruh.

Nur Fatihathul Amin binti Abdul Aziz

P66458

Peta Dakap (Brace Map) membantu memecahkan sesuatu kepada ciri-ciri


selanjutnya supaya dapat memahami cara sesuatu benda berfungsi.

Peta Alir (Flow Map) membantu meyenaraikan langkah-langkah yang terlibat


dalam sesuatu proses supaya dapat memhami apa yang perlu dilakukan
untuk mencapai sesuatu.

Peta Pelbagai Alir (Multi Flow Map) membantu melakarkan sebab dan akibat
sesuatu peristiwa agar boleh memahami akibat tindakan-tindakan yang
diambil dan cara untuk mengubahnya.

Peta Titi (Bridge Map) membantu menyenaraikan beberapa pasangan butiran


yang berkaitan antara satu sama lain supaya dapat memahami perkaraperkara di dunia yang mempunyai hubungan yang serupa (analogi).

Kepentingan i-THINK dalam PdP Matematik


1.

Mencetus keseronokan dalam PdP Matematik

Pendidikan matematik di sekolah yang tidak menyeronokkan, sukar difahami dan


tidak tahu tentang penggunaan matematik dalam kehidupan seharian merupakan
masalah yang dihadapi oleh murid-murid (Sabri et al. 2006; Siegler 2007; Sophian &
Crosby 2008). Murid-murid didapati bukan sahaja lemah dari segi kerja-kerja
manipulatif tetapi sangat lemah dari segi kefahaman tentang konsep-konsep asas
dalam matematik. Selain itu, mereka juga tidak berminat dan bosan dengan mata
pelajaran matematik disebabkan cara pengajaran guru. Guru didapati masih
menggunakan kaedah pengajaran dan pendekatan yang lama, tidak menarik dan
sukar difahami oleh murid menjadi punca kegagalan mereka dalam mata pelajaran
tersebut. Oleh sebab itu, pelaksanaan projek i-THINK dapat menanamkan unsur6

Nur Fatihathul Amin binti Abdul Aziz

P66458

unsur kreativiti bukan sahaja dalam PdP Matematik, malas mencetuskan kreativiti
murid-murid supaya mata pelajaran tersebut lebih menyeronokkan.
2.

Menggalakkan pemikiran aras tinggi dalam PdP Matematik.

Murid tidak faham dan tidak dapat menyelesaikan serta mengaplikasi sesuatu
kemahiran matematik kerana konsep matematik yang bersifat abstrak memerlukan
daya penaakulan dan pemikiran beraras tinggi. (Sabri et al 2006) Tumpuan PPPM
2013-2025 bukan hanya kepada kepentingan pemerolehan ilmu pengetahuan, tetapi
juga pembangunan kemahiran berfikir aras tinggi. Ini kerana pengajaran dan
pembelajaran

yang

menekankan

kemahiran

berfikir

ialah

teras

kepada

pembelajaran. (McGregor 2007) Ianya selaras dengan tujuan utama pelaksanaan iTHINK iaitu untuk menggalakkan murid berfikir pada aras tinggi.

Transformasi

pendidikan negara melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah


(KSSR) mulai 2011 dan seterusnya Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
pada 2017, daya pemikiran kritis dan kreatif serta daya pemikiran inovatif menjadi
fokus dalam usaha melahirkan modal insan yang seimbang agar dapat menangani
cabaran semasa dan masa akan datang (KPM 2010). Dalam konteks pendidikan di
Malaysia, penerapan KBKK dikaitkan dengan satu proses menggunakan minda
sama ada mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat
pertimbangan dan keputusan, atau menyelesaikan masalah. (Sharifah Nor Puteh et
al 2012)
3.

Menggalakkan pembelajaran kooperatif.

Elemen dalam ilmu matematik yang tidak dapat dipisahkan dari aspek penyelesaian
masalah yang menjadi satu pengetahuan yang amat penting dalam kehidupan
seharian seseorang yang lumrahnya sentiasa berdepan dengan keperluan
7

Nur Fatihathul Amin binti Abdul Aziz

P66458

menyelesaikan masalah. Dalam Matematik, perbincangan dan perkongsian idea


amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pembelajaran koperatif juga
memberi peluang kepada pelajar untuk mendekati sesuatu masalah dengan
pelbagai cara. Jika pelajar bekerjasama dalam berkongsi pendapat, membentuk
penjelasan dan memberi makna kepada idea seseorang, mereka akan lebih yakin
bahawa masalah boleh diselesaikan dengan pelbagai cara (Barb & Quinn 1997
dalam Effandi Zakaria & Abd Razak Habib 2006) Oleh kerana proses penyelesaian
masalah memerlukan proses berfikir dan setiap proses berfikir perlu melibatkan
aktiviti kognitif, peta pemikiran i-THINK dapat mengembangkan dan menggalakkan
murid untuk berfikiran kritikal dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan
Matematik yang diberi.
4.

Meningkatkan kefahaman konsep Matematik

Semasa menyelesaikan sesuatu masalah matematik, murid perlu memahami


konsep (Sophian & Crosby 2008), menguasai kemahiran dan boleh mengaplikasi
dalam kehidupan seharian (Grimm 2008). i-THINK berperanan untuk membantu
murid memahami konsep melalui cetusan-cetusan pemikiran mereka sendiri dengan
menggambarkannya ke dalam peta-peta pemikiran yang tersedia. Ianya selari
dengan pendapat (Effandi Zakaria & Abd Razak Habib 2006) bahawa apabila pelajar
terlibat secara langsung dengan proses pembelajaran, maka pembelajaran itu lebih
memberi makna kepada mereka. Oleh itu, guru perlu bersedia untuk membantu dan
mencari cara untuk membantu murid untuk memahami konsep dan menyelesaikan
masalah.

Nur Fatihathul Amin binti Abdul Aziz

P66458

Teori berkaitan Kemahiran Berfikir


Dr. Edward de Bono ( 1993 ) telah menggunakan pendekatan CORT THINKING
PROGRAM dalam membina perkembangan dan kecerdasan pemikiran kanakkanak. Teori ini bertujuan mengukur tahap perkembangan otak kanak-kanak
mengikut peringkat umur dan kebolehan diri kanak-kanak. Menurut Edward De
Bono, kreativiti seseorang individu wujud di dalam diri seseorang individu tanpa
disedari oleh individu manusia itu sendiri.
Menurut de Bono, kemahiran berfikir secara kreatif termasuk di dalam
pemikiran paralel. Pemikiran lateral yang juga dikenali sebagai pemikiran mendatar
ialah kaedah yang dicipta oleh de Bono untuk menerbit idea-idea kreatif dengan
menggunakan teknik-teknik formal. Dari segi definisi pemikiran lateral membawa
maksud cara menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya imaginasi
sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang kelihatan luar biasa tetapi
amat berkesan. Ianya menitikberatberatkan pelbagai jenis jawapan dan ia digunakan
untuk lari daripada idea-idea yang sudah lama dan sudah biasa diamalkan. Pada
masa yang sama ia juga bertujuan melepaskan diri daripada cengkaman persepsipersepsi lapuk untuk mencari dan mencipta idea-idea baru.
Beliau juga menyarankan banyak alat berfikir untuk mengatasi sesuatu
permasalahan dengan lebih cekap dan efisien lagi. Dalam CoRT Cognitive Research
Trust iaitu salah satu teknik alat berfikir yang telah diperkenalkan oleh Dr Edward de
Bono. Beliau telah memperkenalkan beberapa alat berfikir. Antaranya ialah; PMI
(Plus, Minus, Interesting), AGO (Aims, Goals, Objectives), APC (Alternatives,
Possibilities,

Choice),

CAF (Consider All Factors),

OPV (Other Peoples Views),

C&S (Consequence and Sequel) and FIP (First Important Priorities)

Nur Fatihathul Amin binti Abdul Aziz

P66458

Selain alat-alat berfikir yang dinyatakan tadi, de Bono (1991/1985) juga telah
memperkenalkan atau mencipta satu kaedah yang membolehkan seseorang itu
melakukan satu cara berfikir sahaja pada suatu waktu. Kaedah tersebut dikenali
sebagai Enam Topi Pemikiran yang melambangkan enam cara atau stail pemikiran
yang berbeza-beza.

Kajian berkaitan Kemahiran Berfikir


Kajian-kajian tentang gaya berfikir telah mula dipelopori oleh Allport (1937) dan dari
sinilah

gaya

berfikir

mula

diterokai

terutama

tentang

peranannya

dalam

pembentukan peribadi individu. Terdapat tiga jenis gaya yang biasa diperkatakan,
iaitu gaya kognitif, gaya pembelajaran dan gaya berfikir (Loo, 2004; McDonough &
Osterbrink, 2005). Gaya berfikir didefinisikan sebagai cara individu memperoleh,
memproses dan meyusun maklumat, pembentukkan idea dan pandangan mengenai
sesuatu perkara, menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan melahirkan
ekspresi diri (Dunn & Biggs, 1995; Ruslin 2007; Rogers, 2009). Ia tertumpu kepada
proses dan operasi mental individu dalam menerima, memproses dan bertindak
balas kepada maklumat. Kebolehan berfikir dan mengaplikasi pengetahuan
menentukan kebolehan mental individu. Teori Governan Mental Sternberg (1997)
menerangkan ada lima dimensi gaya berfikir, iaitu dimensi fungsi, bentuk, tahap,
skop dan kecondongan. Dalam lima dimensi tersebut ada 13 jenis gaya berfikir, iaitu
legislatif, eksekutif, judisial, monarki, hiraki, oligarki, anarki, lokal, global, internal,
eksternal, liberal dan konservatif. Sternberg (1997) berpendapat semua orang
mempunyai 13 gaya berfikir. Bagaimanapun, tidak semua stail itu dominan atau

10

Nur Fatihathul Amin binti Abdul Aziz

P66458

menonjol pada satu masa. Hal ini bermakna ada gaya yang dominan dan ada gaya
yang tidak dominan.
Walaubagaimanapun, ada yang memberi respon atau mempelajari sesuatu
dengan cara menggunakan deria dan perasaan, manakala yang lain belajar dengan
cara berfikir. Hal ini bermakna, gaya belajar berkait rapat dengan kecenderungan
pelajar untuk berfikir, berhubung dengan orang lain, suasana kelas dan aktiviti yang
dijalankan (Grasha, 1996; Rogers, 2009). Hasil kajian berkenaan gaya berfikir dari
luar negara melaporkan bahawa kebanyakan pelajar lebih mengamalkan gaya
berfikir secara liberal berbanding gaya berfikir secara eksekutif (Stenberg et al.,
1999). Menurut kajian Genc (2008) dan Stenberg et al. (2008) pula, gaya berfikir
berbeza dari segi umur, pengalaman belajar, bekerja dan jantina.
Beberapa kajian di dalam negara pula melaporkan bahawa murid cenderung
kepada gaya berfikir secara judisial, konservatif, lokal, mornaki dan internal (Hamzan
Omar, 2006; Ruslin Amir, 2007). Hasanuddin (2009) pula telah menjalankan kajian
tentang gaya berfikir, gaya pengajaran dan gaya pembelajaran dan beliau
mendapati ketiga-tiganya memainkan peranan yang penting dalam menentukan
kejayaan pelajar. Sebagai pendidik, Amnah Zanariah Abd. Razak & Norzaini
Azman(2012) berpendapat amat penting untuk kita cuba memahami kepelbagaian
stail berfikir dan belajar pelajar.
Sternberg (1997) mendapati kebolehan dan kecerdasan bukanlah faktor
utama penentu kepada kejayaan dalam pendidikan atau kerjaya. Faktor penentu
kejayaan yang dikenal pasti adalah kesesuaian gaya berfikir individu dengan institusi
pendidikan. Setiap institusi pendidikan mempunyai matlamat dan pendekatan yang
tertentu. Oleh itu, setiap murid perlu berperanan, bertingkah laku bahkan berfikir

11

Nur Fatihathul Amin binti Abdul Aziz

P66458

dengan cara yang diharapkan. Individu yang dapat menyesuaikan gaya berfikir
mereka bersesuaian dengan kehendak institusi, organisasi dan majikan didapati
lebih berjaya (Sternberg, 1997; Suliman, 2006; Zhang & Lambert, 2008). Justeru,
kegagalan untuk mengenalpasti stail berfikir dan stail pembelajaran ini akan
memberi impak ke atas keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran kerana
pelajar tidak dapat menyesuaikan diri dengan dengan sistem pendidikan atau stail
pengajaran yang bercanggah dengan stail mereka (Sims & Sims, 2006; Ruslin,
2007).

Cabaran dalam Pelaksanaan i-THINK dalam Matematik


1.

Sistem pendidikan Malaysia sebelum ini yang berasaskan peperiksaan


memberi tekanan kepada murid dalam menghafal & mengimbau fakta-fakta.
Walaupun ini membantu murid menimba ilmu pengetahuan, mereka kini perlu
mengambil

langkah

seterusnya

&

membangunkan

kemahiran

bagi

menggunakan pengetahuan tersebut untuk membolehkan mereka berjaya


dalam persekitaran dunia yang sentiasa berubah.
2.

(Sharifah Nor Puteh et al 2012) Kajian keberkesanan pelaksanaan perubahan


kurikulum menunjukkan guru-guru kurang memahami, sama ada dari segi
strategi pengajaran ataupun matlamat pembaharuan kurikulum. Malah kajian
terhadap pelaksanaan inovasi kurikulum telah menunjukkan guru sebagai
pelaksana telah mengubah inovasi sehingga terdapat banyak perbezaan
antara perkara yang diamalkan di dalam bilik darjah dengan perkara yang
dikehendaki oleh kurikulum.

12

Nur Fatihathul Amin binti Abdul Aziz

P66458

Penyelesaian
1.

Anjakan 1 (PPPM 2013-2025) bakal menyaksikan kerajaan akan merombak


peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan
terhadap kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016. Menjelang tahun 2016,
peratusan soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan ditambah sehingga
merangkumi 80% daripada keseluruhan soalan UPSR, 80% dalam
pentaksiran pusat untuk Tingkatan 3, 75% daripada keseluruhan soalan bagi
mata pelajaran teras SPM dan 50% bagi soalan mata pelajaran elektif SPM.
Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu
meramal bentuk soalan dan topik yang akan diuji, dan pada masa yang sama
tidak perlu melaksanakan latih tubi terhadap topik tertentu. Sebaliknya, murid
dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam
pelbagai konteks keperluan. Penilaian berasaskan sekolah juga memberikan
tumpuan untuk menguji kemahiran berfikir aras tinggi.

2.

Pelaksanaan projek i-THINK secara meluas bukan sahaja menggalakkan


murid mempelajari kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, bahkan juga
belajar

bekerja

secara

kolaboratif.

Dengan

alat-alat

pemikiran

ini,

pembelajaran sepanjang hayat dapat diterapkan, dan murid akan dilengkapi


dengan kemahiran yang tepat bagi menghadapi cabaran abad ke-21.
3.

Pelbagai perubahan dan inovasi kurikulum telah dirancang untuk dilaksana ke


arah melengkapkan murid dengan keupayaan, kemahiran, pengetahuan dan
nilai serta semangat kesedaran yang diperlukan untuk membolehkan mereka
menangani cabaran kehidupan masa hadapan. (Sharifah Nor Puteh et al
2012) Kini dalam perancangan transformasi kurikulum pendidikan menerusi

13

Nur Fatihathul Amin binti Abdul Aziz

P66458

pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum


Standard Sekolah Menengah (KSSM) fokus adalah untuk melahirkan pelajar
yang mempunyai Kemahiran Berfikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif (KBKKI).
Adalah menjadi tanggungjawab perencana kurikulum dan pembuat dasar,
iaitu KPM dan Bahagian Pembangunan Kurikulum mengambil tindakan
sewajarnya bagi memastikan KBKKI dilaksanakan secara berkesan agar
dapat mencapai hasrat melahirkan modal insan yang berfikiran kritis, kreatif
dan inovatif.
4.

Kurikulum persekolahan di Malaysia telah disemak semula dan diberi nilai


tambah supaya kurikulum terus relevan dan berupaya untuk menyediakan
murid menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam
persekolahan.

Cadangan
1.

Oleh kerana kebanyakan sekolah perintis bagi projek i-THINK adalah sekolah
di kawasan bandar, kajian akan dijalankan bagi memastikan keberkesanan
pelaksanaan projek i-THINK dalam PdP Matematik di sekoah-sekolah luar
bandar, terutamanya sekolah di pedalaman dan sekolah orang asli.

2.

Kajian longitudinal dalam bentuk kualitatif untuk melihat keberhasilan modal


insan yang terbentuk dari pelaksanaan i-THINK dalam PdP Matematik sejak
dari peringkat sekolah rendah.

14

Nur Fatihathul Amin binti Abdul Aziz

3.

P66458

Menyebarluaskan dan menerimapakai penggunaan peta pemikiran i-THINK di


kalangan murid dalam menyelesaikan masalah dan soalan-soalan tugasan,
contohnya dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Kesimpulan
Pelaksanaan i-THINK di dalam PdP Matematik diharap dapat meningkatkan
pencapaian murid dalam memahami sesuatu konsep Matematik dan memberikan
murid keupayaan untuk mengaplikasi segala konsep yang dipelajari dalam
kehidupan seharian. Secara amnya, besar harapan rakyat agar dengan pelaksanaan
projek i-THINK secara meluas ke seluru Negara dapat melahirkan modal insan yang
berkualiti tinggi di mana pada alaf 21, negara kita bukan hanya bergantung kepada
sumber alam untuk meningkatkan ekonomi, bahkan bakal menjana ekonomi
daripada hasil intelek rakyatnya.

15

Nur Fatihathul Amin binti Abdul Aziz

P66458

Rujukan
Allport, G. W. 1937. Personality-A Psychological Intrepretation. New York: Henry
Holt & Company.
Amnah Zanariah Abd. Razak & Norzaini Azman. 2012. Stail berfikir dan stail
pembelajaran pelajar jururawat: Satu kajian kes di Kolej Jururawat Murni.
AJTLHE 4(1): 14-31.
Berita Harian. 2012. 1000 Sekolah lagi laksana i-THINK. 19 November.
Dani Asmadi Ibrahim & Kamisah Osman. 2011. Kemahiran berfikir aras tinggi,
pengajaran tajuk Model Atom dan pencapaian objektif kursus Kimia. Seminar
Majlis Dekan-dekan Pendidikan IPTA pada 27-28 September 2011.
Dunn, R. & Biggs, S. 1995. A meta-analytic validation of the Dunn and Dunn model
of learning style preferences. Jurnal of Educational Research 88(6): 353-362.
Effandi Zakaria & Abd Razak Habib. 2006. Kesan pembelajaran koperatif ke atas
pelajar matrikulasi dalam mata pelajaran matematik. Jurnal Teknologi 45:43-62
Genc, Z. S. 2008. Critical thinking tendencies among teacher candidates.
Educational Sciences: Theory and Practice 8(1): 107-116.
Grasha, A. F. 1996. Teaching with style: A practical guide to enhancing learning by
understanding teaching and learning style. Pittsburgh: Alliance Publishers.
Grimm, K. J. 2008. Longitudinal associations between reading and mathematics
achievement. Developmental Neuropsychology 33: 410426.

16

Nur Fatihathul Amin binti Abdul Aziz

P66458

Hamzan Omar. 2006. Perkaitan stail berfikir dan stail belajar dengan pencapaian
dan daya saing pelajar MRSM. Tesis Ijazah Kedoktoran Fakulti Pendidikan
UKM Bangi.
Hasanuddin. 2009. Stail berfikir, stail pengajaran dan stail pembelajaran. Tesis
Ijazah Kedoktoran Fakulti Pendidikan UKM Bangi.
i-THINK

Melahirkan

Inovator

Generasi

Masa

Depan

Malaysia

http://www.ithink.org.my/BmHome/Page/AboutUs (4 Disember 2012)


Jamal Ahmed Badi. 2008. Teaching creative thinking skills and its challenges,
strategies and future implications: A narrative of IIUM experience. Journal of
Islam in Asia 5(1): 169-188.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Dasar-dasar Kementerian Pelajaran
Malaysia: Soalan-soalan lazim. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.
Loo, R. 2004. Kolbs Learning styles and learning preferences. Is there a linkage?
Educational Psychology 24(1): 146-153.
McDonough, J. R. & Osterbrink, J. 2005. Learning styles: An issue in clinical
education. AANA Journal 73(2): 89-94.
McGregor D. 2007. Developing thinking developing learning: A guide to thinking
skills in education. New York: McGraw-Hill
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025. Laporan Lengkap. 2012.
Rogers, K. M. A. 2009. A preliminary investigation and analysis of student learning
style preferences in further and higher education. Journal of Further and Higher
Education 33(1): 13-21.
17

Nur Fatihathul Amin binti Abdul Aziz

P66458

Ruslin Amir. 2007. Stail berfikir, stail pengajaran dan stail pembelajaran pensyarah
dan pelajar UKM. Ijazah Kedoktoran Fakulti Pendidikan: UKM Bangi.
Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal & Aziz Omar. 2006. Isu-isu dalam
pendidikan matematik. Ed. Ke-2. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Sharifah Nor Puteh, Nor Adibah Ghazali, Mohd Mahzan Tamyis & Aliza Ali. 2012.
Keprihatinan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 2(2): 19-31
Siegler, R. S. 2007. The birth of a new discipline. In D. Berch & M.M.M. Mazzocco
(eds.), Why is math so hard for some children? The nature and origins of
mathematical learning difficulties and disabilities. Baltimore, MD: Brookes
Publishers.
Sims, R. & Sims, S. 2006. Learning styles and learning: A key to meeting the
accountability demands in education. Hauppage. NY: Nova Publishers.
Sophian, C., & Crosby,M. E. (2008). What eye fixation patterns tell us about
subitizing. Developmental Neuropsychology 33: 394409.
Sternberg, R. J. 1997. Thinking Styles. New York: Cambridge University Press.
Sternberg, R. J., Grigorenko, E. L. & Zhang, L. 2008. Styles of learning and thinking
matter in instruction and assessment. Perspectives on Psychological Science
3: 486-506.

18

Nur Fatihathul Amin binti Abdul Aziz

P66458

Sternberg, R.J.Grigorenko, E. L. Ferrari, M. & Clinkenbeard, P. 1999. A triarchic


analysis

of

an

aptitude-treatment

interaction.

European

Journal

of

Psychological Assessment 15: 1-11.


Suliman, W. A. 2006. Critical thinking and learning styles of students in conventional
and accelerated programmes. International Nursing Review 53: 73-79.
Zhang, H. & Lambert, V. 2008. Critical thinking dispositions and learning styles of
baccalaureate nursing students from China. Nursing and Health Sciences 10:
175-181.

19

Anda mungkin juga menyukai