Anda di halaman 1dari 10

Kritikan jurnal komuniti pembelajaran web log Document Transcript

1. Ulasan Artikel : KOMUNITI PEMBELAJARAN MELALUI WEB LOG Ng Huey Zher & Raja Maznah
Raja Hussain Department of Curriculum and Instructional Technology University of Malaya,
Kuala Lumpur nhzher@gmail.com, rmaznah@um.edu.my Oleh : Seypul Asmal bin Sabokki
M20091000234 Program: MT 11 Pengurusan Pendidikan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Tajuk
Berdasarkan jurnal , penulis artikel ini merupakan Pensyarah atau penyelidik di Jabatan
Kurikulum dan Teknologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Sehubungan dengan
itu penyelidik telah memilih tajuk penulisan kajian yang bersesuaian dengan terma penyelidikan
dan organisasinya. Bilangan perkataan yang digunakan juga tidak terlalu panjang serta mudah
untuk difahami, ringkas dan bermaklumat. Tajuk yang panjang terlalu bersifat deskriptifdan
tidak perlu sama sekali (Ahmad Mahdzan Ayob,1985). Ini dapat memberi kesan yang baik
terhadap penulisannya. Tajuk ini juga jelas memperlihatkan maklumat yang ingin beliau perolehi
iaitu Komuniti Pembelajaran Melalui Web Log. Tajuk ini juga memberikan penjelasan tentang
kepentingan populasi dan perubahan-perubahan utama. Sekiranya penyelidik membuat kajian
yang tidak berkaitan dengan tugas penyelidik, kajian penyelidik sudah pasti mempunyai tahap
kepenggunaan yang rendah (Mohamad Najib Abdul Ghafar,1999). Selain itu terdapat terma-
terma yang tidak jelas , kepada pembaca yang tidak terdedah dengan dunia ICT. Ini kerana
istilah web log sukar diterjemah secara , melinkan dengan kajian dan pembacaan yang lebih
terperinci., Namun apa yang penting tajuk ini tidak mengaitkan dnegan semarang situasi
beremosi dan menimbulkan provokasi. 1
2. Pernyataan Masalah Penyelidik tidak menulis pernyataan masalah secara jelas, sebaliknya
beliau lebih menekankan kominiti pembelajaran melalui web log.Mengapa kajian ini dilakukan
tidak dipersoalkan kerana tiada pernyataan masalah secara khusus yang dituliskan dalam jurnal
research ini.. Asas-asas teori yang digunakan lebih menekankan amalan yang berlaku dalam
komuniti pembelajaran melalui web log. Pernyataan masalah dapat membantu seorang
penyelidik menjelaskan apa yang ia tidak ketahui dan berhasrat mengetahuinya. Pernyataan
masalah membolehkan kita mentakrif tujuan kajian atau matlamatnya; tidak berbentuk
khayalan.Merangkumi matlamat umum dan matlamat khusus, Mohd Nawi Ab Rahman
(2000).Kerlinger (1986) menyatakan soalan mestilah memenuhi tiga kriteria, iaitu pertama,
dinyatakan dalam bentuk kaitan antara pembolehubah, kedua, jelas dan tidak kabur dan ketiga,
memungkinkan ia dikaji secara empirikal(mempunyai landasan falsafah dan teologi yang sah
untuk dijawab. Kajian Literatur Terdapat beberapa sorotan literature dalam penulisan
penyelidik. Walau pun terdapat pengulangan sorotan yang digunakan ianya didapati sesuai dan
berkaitan dengan tujuan kajian yang dijalankan. Perhubungan antara satu literature dengan
yang lain juga jelas tetapi tidak mengikut kronologi. Antara sorotn yang telah dibuat, mengenai
Komuniti pembelajaran,Web Log. Namun saya sebagai pembaca menghadapi kesukaran untuk
memahami apakah yang dimaksudkan dengan web log.Untuk itu saya sebagai pembaca
terpaksa membuat rujukan dan bacaan tambahan melalui artikel yang ditulis oleh Gahazali
Bunari dalam artikelnyaWeb Realiti: Mempromosi Pembelajaran Dalam Komuniti Online Geng
Jurnal. 2
3. Hipotesis Hipotesis kajian biasanya digunakan dalam kajian kuantitatif untuk menyatakan
perhubungan dan perbezaan antara variable-variabel.Ia juga merupakan ramalan yang dibuat
pengkaji tentang sesuatu perhubungan atau perbezaan dalam penyelidikan inferensi sebelaum
data dipungut. Dalam penulisan ini penyelidik tidak menyatakan hipotesis yang berkaitan
dengan kajiannya. Subjek Dalam penulisan ini juga ada dinyatakan tentang populasi dengan jelas
iaitu sampel guru-guru prakhidmat tahun ketiga yang didaftarkan dalam kursus Teknologi dalam
Pendidikan Rendah'. Subjek akan terlibat dalam kajian inidari permulaan semester, melibatkan
kelas yang mempunyia tujuh puluh lima (75) pelajar telah terbahagi kepada enam atau tujuh
kumpulan. Setiap kumpulan diberi kelonggaran untuk memilih ahli-ahli kumpulan mereka
sendiri. Kemudian, untuk menimbulkan unsur pemilikan, setiap kumpulan perlu mewujudkan
nama kumpulan mereka sendiri. Kumpulan-kumpulan ini akan dikekalkan sehingga penghujung
kursus. Dalam kursus ini, weblogging ialah satu kegiatan bersepadu sepanjang semester yang
bersamaan empat belas (14) minggu. Menurut Cohen(1977), memilih satu sample yang
mewakili populasi adalah lebih baik daripada memilih satu sample yang besar tetapi bias.
Pemilihan sample dibuat menggunakan teknik persampelan sistematik. Persampelan ini
bermaksud setiap unit atau subjek data populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih
sebagai responden kajian.Kaedah ini adalah yang paling mudah. Langkah prosedur persampelan
sistematik ialah menyenaraikan subjek-subjek populasi menggunakan angka,menentukan
bilangan responden kajian, menentukan nilai gandaan n dan memilih responden. 3
4. Prosedur Prosedur yang digambarkan dalam kajian ini sesuai. Penyelidik menggunakan
kaedah temuramah yang melibatkan sampel kajian seramai enam pelajar tahun ketiga (guru-
guru pra prekhidmatan) yang didaftarkan dalam kursus.dan tinjauan.Subjek ini akan terlibat
dalam kajian ini dari permulaan semester, melibatkan kelas yang mempunyai tujuh puluh lima
(75) pelajar telah terbahagi kepada enam atau tujuh kumpulan. Setiap kumpulan diberi
kelonggaran untuk memilih ahli-ahli kumpulan mereka sendiri. Kemudian, untuk menimbulkan
unsur pemilikan, setiap kumpulan perlu mewujudkan nama kumpulan mereka sendiri.
Kumpulan-kumpulan ini akan dikekalkan sehingga penghujung kursus. Dalam kursus ini,
weblogging ialah satu kegiatan bersepadu sepanjang semester yang bersamaan empat belas
(14) minggu. Instrumen Tidak terdapat satu Instrumen kajian yang dilampirkan bersama jurnal
ini.. Penyelidik juga tiada menyatakan mengenai kebolehpercayaan dan kesahan instrumen.
Data Analisis Kajian ini tidak menyatakan sebarang bentuk statistik deskriptif yang digunakan
untuk menyimpulkan keputusan data. Oleh kerana penulis tidak menyatakan sebarang hipotesis
maka penulis tidak menunjukkan sebarang data statistik inferential yang digunakan sesuai untuk
menguji hipotesis.Namun penulis ada menyatakan contoh- contoh dapatan kajian melalui
tinjaun yang dilakukan oleh penyelidik. 4
5. Keputusan Dari data yang dianalisis, ia telah mengumpulkan satu komuniti belajar yang
dibentuk dari enam pelajar yang masing-masing mempunyai latarbelakang berbeza tetapi
mempunyai mereka matlamat yang sama bertujuan untuk mencapai matlamat Perbincangan
Penulis telah menyatakan bahawa dapatan kajian mereka adalah sejajar dengan pendapat
(Bausch, Haughey dan Hourihan, 2002), yang menyakan bahawa komuniti jaringan menyediakan
satu peluang untuk mengusai pengetahuan di mana ia dicipta dalam sebuah organisasi,
berkongsi pengetahuan itu melalui sebuah organisasi Penulis juga ada menyatakan batasan
kajian mereka .Mereka memberi peringatan bahawa kajian ini mempunyai had-had dan
tertentu, dan data yang diperolehi tidak boleh digeneralisasi untuk populasi yang lain Dalam
hasil penulisan ini, penyelidik tidak menyatakan apakah implikasi dari hasil dapatan kajiannya
terhadap Komuniti Pembelajaran melalui Web Log .Penyelidik menggunakan aplikasi
berdasarkan hasil kajiannya tidak berdasarkan logik. Penyelidik juga tidak ada menyatakan
tentang saranannya bagi kajian yang akan datang. Penyelidik juga tiada mencadangkan agar
skop kajian dan sampel diperluaskan. Kesimpulan Kesimpulan yang digunakan juga menjurus
kepada hasil kajiannya. Mudah untujk difahami. Logik berdasarkan keseluruhan kajian dan tidak
lari dari hasil dapatan. Penulis menyakan bahawa kajian mereka telah menjelaskan yang
komuniti pengajian yang dibentuk di kalangan individual- pelajar-pelajar boleh mengakibatkan
ilmu itu menjadi bererti dan berguna( signifikan) Pelajar mengambil peranan-peranan guru-guru
dan rakan-rakan, mendorong antara satu sama lain untuk berusaha untuk mencapai 5
6. matlamat bersama. Dengan bantuan web log, proses dan aktiviti pembelajaran mengatasi
semua sempadan. Untuk mencapai hasil itu, pensyarah atau lebih dikenali sebagai fasilitator
perlu sentiasa memantau pertumbuhan organisasi. Tanpa ragu-ragu, isu-isu seperti kepentingan
web log untuk pelajar dan bagaimana pelaksanaannya sedang dijalankan dan tidak akan
diabaikan Rumusan Rumusannya jelas, ringkas dan memadai. Refleksi Pembaca Berdasarkan
pengalaman saya mebaca artikel ini, ia telah memberikan saya satu padangan ilmu yang lebih
baik terhadap e pembelajaran melalui web log. Sesungguhnya web log memberikan ruanag
pembelajaran yang cukup luas dan sepanjang masa, sekira ia dapat di aksses dengan
berkesan.Namun pembelajaran e learning memerlukan disiplin yang tinggi dan iman yang kukuh
bagi mengelakkan proses pembelajaran melalui elearning ini tidak terlibat dalam sebarng anasir
yang merosakkan jiwa dan rohani pelajar. 6

Anda mungkin juga menyukai