Anda di halaman 1dari 9

Apakah Penyakit NCD atau Penyakit Tidak Berjangkit

Penyakit NCD atau Penyakit Tidak Berjangkit ialah:

1. Kencing Manis;
2. Lemah Jantung;
3. Tekanan Darah Tinggi;
4. Barah/Kanser (semua jenis);
5. Paru-Paru Berair;
6. Radang Paru-Paru;
7. Cihorsis Hati;
8. Penyakit berkaitan Buah Pinggang;
9. Alzheimer;
10. Batu Karang;
11. Athma (semput), Resdung
12. Penyakit-penyakit Genetik seperti: Fibrosis Sistol, Homosistonaria, Distrophy Otot (Mascular
Dystrophy, Motor Nueron), Korea Huntington, porfiria, ferulketonuria, Thalassaemia dsb
13. Penyakit autoimun seperti: Sklerosis Berbilang, Skleroderma, Myasthenia Gravis, Arthritis
Sendi
14. Penyakit kekurangan zat seperti: Beri beri, Riket, Skurvi, Kudis, Anemia (kekurangan zat besi)
15. Penyakit gangguan mental atau neurologik seperti: Schizophrenia, Dwipolar/Bipolar,
Kerunsingan, Masalah Konpulsif-Obsesif, Gangguan Pemakanan, Dimentia.

MAKSUD DAN PUNCA

Punca utama penyakit tidak berjangkit ialah masyarakat kini mengamalkan amalan hiup dan
pemakanan tidak sihat serta kurang bersenam. Malah ramai rakyat Malaysia tidak melakukan ujian
saringan kesihatan secara berkala. Individu yang menghidap NCD tidak mengalami sebarang gejala
dan kaang kala ia hanya dapat dikesan selepas tujuh hingga 10 tahun.
Penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan,
disfungsi, atau tekanan/stres kepada orang yang terbabit atau berhubung rapat dengannya. Kadang
kala istilah ini digunakan secara umum untuk menerangkan kecederaan, kecacatan, sindrom,
simptom, keserongan tingkah laku, dan variasi biasa sesuatu struktur atau fungsi, sementara dalam
konteks lain boleh dianggap sebagai kategori yang boleh dibezakan.

Terdapat pelbagai jenis penyakit yang mengancam manusia. Penyakit ini boleh disebabkan oleh
kuman, bakteria, virus, racun, kegagalan organ berfungsi, dan juga oleh penyakit baka/keturunan.

ALZHEIMER

Alzheimer atau sebutannya alz-zhai-me, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak
yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit
Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan
pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang
sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat
menyeksakan dan perlu diberikan perhatian. Hingga kini, punca sebenar penyakit ini tidak diketahui.
Tetapi, ia bukanlah disebabkan penuaan. Bagaimanapun, saintis berpendapat, ia dikaitkan dengan
pembentukan dan perubahan pada sel-sel saraf yang normal menjadi serat. Penyakit Alzheimer
sukar dikesan kerana ramai yang beranggapan warga tua yang mula lupa-lupa, adalah sesuatu yang
lazim kerana faktor usia. Sebaliknya kemungkinan itu adalah tanda-tanda awal seseorang itu
menghidap penyakit Alzheimer.

Simpton Alzheimer

Lupa meletakkan kunci kereta, mengambil baki wang, tidak tahu membeli barang ke kedai, lupa
nombor telefon atau dos ubat yang biasa dimakan antara sebahagian gejala ringan.

Apabila pesakit lupa mencampurkan gula dalam minuman, garam dalam masakan atau cara-cara
membancuh air dikategorikan sebagai peringkat sederhana.

Apabila pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru
dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga terdekat, ia
menandakan tahap pesakit di peringkat yang serius.
Tanda tanda lain

Pesakit juga boleh menjadi seorang yang agresif, cepat marah dan hilang minat untuk berinteraksi
atau hobi yang pernah diminatinya

Pesakit yang berada di tahap sederhana dan teruk akan menunjukkan tingkah laku yang pelik.
Antaranya, seperti menjerit, terpekik dan mengikut penjaga ke mana saja walaupun ke tandas.

Punca dan individu yang berisiko

 Menghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas


 Penghidap penyakit kencing manis diabetes
 Kurang melakukan senaman
 Paras kolesterol yang tinggi
 Faktor keturunan - mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia
lingkungan 50-an

CARA MENANGANI ALZHEIMER


RESDUNG

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan
iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

PUNCA RESDUNG

Alahan-terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit(demodex) dan kutu

Apabila mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan
membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat berjalan dengan lancer dan
seterusnya akan terkumpul dialam hidung. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan alam hidung
aka terus membengkak

Struktur hidung yang tidak normal, mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika
kemalangan boleh sebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi seseorang yang
mempunyai struktur tulang hidung yang ‘senget’ tidak lurus(deviated nasal septum), risiko untuk
mendapat resdung adalah tinggi.

Kerosakan atau sakit gigi dibahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria
yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan
menyebabkan resdung. Hal ini demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan
rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat didalam tulang pipi(maxillary sinus) merupakan rongga
yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
KOMPLIKASI SEKIRANYA RESDUNG TIDAK DIATASI

 Sakit tekak yang kronik


 Jangkitan tulang muka
 Berdengkur yang kronik
 Alahan hidung atau hidung sensitif
 Memburukkan penyakit lelah
 Selsema biasa yang melarat

CARA MENGATASI RESDUNG

Rawatan yang bersesuaian akan disyorkan berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis.

 Antibiotic
 Ubat selsema
 Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
 Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain sudah tidak
berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan
dengan ubat-ubatan

Selain itu, resdung juga boleh dirawat dengan pengambilan suplemen atau vitamin. Vitamin dan
mineral ini boleh membantu meningkatkan imuniti tubuh dan mengurangkan symptom resdung.

Suplemen untuk rawatan resdung

 Vitamin C– sebagai antioksidan yang baik. Sangat penting untuk meningkatkan antibody
seseorang
 B-Complex – sebagai penenang dan penstabil hormone
 Alfalfa – berkelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya juga kaya
dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari
eczema, resdung(sinus), alergi(allergy) dan gegata(hives). Walaubagaimanapun, mereka
yang menghidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.

Tambahan:

 VitaLea
 Vitamin E
 Zine
 ESP/Mealshake

Vitamin ini juga sesuai untuk individu yang mempunyai salah satu aripada penyakit serangkai –
asma(athma), resdung(sinus), alergi(allergy), gegata(hives) dan sakit kulit(ekzema).
TALASEMIA

Penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari
keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi
tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin
yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang
mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan
oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan
pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia.
Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit
talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin
semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka
denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah
merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka
menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada
10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit MalariA

JENIS TALASEMIA

 Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai


kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau
pembawa.

 Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka
talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

TANDA DAN GEJALA TALASEMIA


 Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan.
Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila
mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
 Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
 Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
 Jaundis
 Tumbesaran terbantut
 Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
 Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda
lewat).

RAWATAN PENYAKIT TALASEMIA

 Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.


 Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ
penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan
fungsi organ-organ tersebut.
 Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat
Desferrioxamine.
 Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan
keluarga.

Anda mungkin juga menyukai