Anda di halaman 1dari 1

RASIONAL:

Penggunaan dan pengaplikasian pelajar menggunakan peralatan yang sesuai, betul dan
selamat merupakan aspek yang sangat penting dalam pelaksanaan aktiviti sukan dan
permainan. Oleh hal yang demikian, peralatan memainkan peranan penting dalam melakukan
setiap aktiviti sukan dan pemainan. Peralatan yang sudah rosak di stor IPG KBM tidak sesuai
untuk digunakan oleh pelajar dalam melaksanakan aktiviti semasa sukan dan permainan lebihlebih lagi dalam subjek Pendidikan Jasmani. Hal ini berkemungkinan akan menyebabkan
kecederaan dalam kalangan pelajar semasa menggunakan alat tersebut. Bukan itu sahaja,
kekurangan peralatan juga menyebabkan pelajar tidak sempat untuk menggunakannya semasa
aktiviti sukan dan permainan. Perkara seperti ini juga akan melambatkan masa dan objektif
yang ingin diajar pada hari tersebut tidak akan tercapai. Oleh itu, peralatan yang baharu dan
selamat sangat penting untuk digunakan dalam aktiviti sukan dan permainan di IPG KBM.

OBJEKTIF:
1. Menyediakan peralatan yang secukupnya kepada semua pelajar IPG KBM semasa
mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan sukan.
2. Memberi peluang kepada semua pelajar IPG KBM untuk menggunakan peralatan sukan
yang sebenarnya semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
3. Mendedahkan pelajar IPG KBM kepada situasi yang sebenar melalui penggunaan
peralatan sukan yang betul dan selamat.
4. Meningkatkan kemahiran pelajar IPG KBM menggunakan peralatan yang sesuai dan
betul dalam permainan dan sukan.
5. Meningkatkan taraf perkhidmatan IPG KBM di peringkat pengurusan peralatan sukan.

Anda mungkin juga menyukai