Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PELAKSANAAN KURSUS PENDEDAHAN SUKAN SEKOLAH

UNIT KO KURIKULUM SK SAYONG PINANG TAHUN 2022

1. NAMA AKTIVITI/ PROGRAM : KURSUS PENDEDAHAN SUKAN SEKOLAH


UNIT KO KURIKULUM SK SAYONG PINANG TAHUN
2022

2. TARIKH : 10 OGOS 2022 DAN 11 OGOS 2022

3. KETERANGAN RINGKAS PROGRAM :

Sekolah Kebangsaan Sayong Pinang telah mengadakan satu Kursus Pendedahan Sukan
Sekolah menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang. Melalui kursus ini, murid – murid
dapat belajar mengenai peraturan sesuatu sukan dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dengan sukan tersebut. Sukan yang akan diketengahkan adalah Bola Sepak, Bola Baling, Sepak
Takraw dan Olahraga.

Kursus ini melibatkan murid – murid tahun 3, 4,5 dan 6 yang seramai 71 orang. Kursus
Dijalankan selama 2 hari. Beberapa orang guru dilantik menjadi jurulatih yang terdiri daripada
jurulatih Bola Sepak, Sepak Takraw, Bola Baling dan Olahraga. Murid – murid diajar secara dua
hala dan amali dijalankan bagi melihat tahap murid. Aktivti telah dijalankan dengan lancar dan
murid dapat menimba ilmu baru berkaitan sukan yang dipilih. Kursus Pendedahan Sukan Sekolah
ini diharapkan dapat memberi peluang kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Sayong Pinang
merasai sendiri pengalaman menyertai sukan Bola Sepak, Bola Baling, Olahraga dan Sepak
Takraw. Selain itu, kursus ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat persaingan yang
sihat dalam kalangan murid serta menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-
acara sukan tertentu.
4. GAMBAR PELAKSANAAN KURSUS PENDEDAHAN SUKAN :

GAMBAR 1 : KURSUS ASAS SEPAK TAKRAW 1 GAMBAR 2 : KURSUS ASAS SEPAK TAKRAW 2

GAMBAR 3 : KURSUS ASAS BOLA BALING GAMBAR 4 : KURSUS ASAS BOLA SEPAK

GAMBAR 5 : KURSUS ASAS OLAHRAGA GAMBAR 6 : KURSUS ASAS OLAHRAGA


5. PENUTUP

Kursus Pendedahan Sukan Sekolah ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada semua murid
Sekolah Kebangsaan Sayong Pinang merasai sendiri pengalaman menyertai sukan Bola Sepak, Bola
Baling, Olahraga dan Sepak Takraw. Selain itu, kursus ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat
persaingan yang sihat dalam kalangan murid serta menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam
acara-acara sukan tertentu.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

...................................... ........................................
NUR ADREENA BINTI ABDULLAH ENCIK ZAHROL BIN AMAT ISNIN
SU SUKAN GURU BESAR
SK SAYONG PINANG SK SAYONG PINANG

Anda mungkin juga menyukai