Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MELATI

_____________________________________________________________________________________
JALAN KUANTAN-PEKAN, 25150 KUANTAN, PAHANG
E MEL: CBA4113@moe.edu.my

”SEKOLAHKU SEJAHTERA”

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN


PERMAINAN PING PONG

DI BAWAH PENGELOLAAN
KELAB PING PONG
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MELATI

TARIKH PERLAKSANAAN
JANUARI – OKTOBER 2023

TEMPAT
SK SERI MELATI
1.0 PENDAHULUAN

Bidang sukan merupakan salah satu cabang kokurikulum di sekolah dan dapat
membangunkan modal insan dan memupuk budaya sukan dalam kalangan pelajar supaya
tahan lasak selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI).
Aktiviti sukan seperti permainan ping pong dapat menyediakan pelajar dengan
pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani,
rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
Dengan adanya program pemantapan kemahiran post-pertandingan ping pong ini,
bakat dan kemahiran pelajar dapat dipertingkatkan, sejajar dengan konsep 1 Murid 1 Sukan
yang berhasrat untuk memberi peluang kepada murid yang berbakat serta berpotensi untuk
digilap ke tahap yang lebih tinggi. Selain memberi akses kepada pelajar untuk mendapat
faedah dalam sukan, program ini turut dapat mengukuhkan lagi perhubungan dan pergaulan
dalam kalangan pelajar di sekolah.

2.0 RASIONAL

Dua orang murid yang mewakili sekolah ke Pertandingan Ping Pong MSSD Kuantan
tahun 2022 telah dapat masuk suku akhir pertama acara individu persorangan lelaki dan
perempuan. Melalui Program Pembangunan Kemahiran ini, pihak sekolah berharap latihan
insentif dapat dijalankan untuk mengasah bakat dan kemahiran pelajar yang berpotensi dan
seterusnya memperbaiki pencapaian dalam pertandingan yang akan datang.

3.0 MATLAMAT

3.1 Melahirkan pemain-pemain yang berkualiti, berdisiplin, bertanggungjawab dan


bersemangat juang yang tinggi untuk mencapai kemenangan.
3.2 Melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan Ping Pong untuk diketengahkan ke
peringkat tertinggi.
3.3 Mencapai kecemerlangan yang unggul bukan sahaja dari segi permainan malah dari
segi pencapaian akademik.
4.0 OBJEKTIF

4.1 Bakat baru dapat dikenal pasti dan dilatih untuk mewakili sekolah.
4.2 Pelajar yang berpotensi dapat menguasai teknik bermain ping pong yang betul dan
berguna untuk menangani pihak lawan.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar SK Seri Melati yang berpotensi (Tahun 2 – Tahun 5).

6.0 TEMPOH

Jangka masa pelaksanaan program ini ialah:

Januari 2023 – Oktober 2023 ( 10 bulan)

Latihan akan diadakan 2 hari seminggu ( 1 hari = 2 jam)

7.0 TEMPAT

Dewan Terbuka SK Seri Melati

8.0 STRUKTUR ORGANISASI

Jawatankuasa Induk

Penasihat : En. Hairul Anuar bin Md Top


Pengerusi : En. Suhaimi bin Sudin
Setiausaha : Pn. Siti Aisyah binti Muhammad Sairi
Ahli Jawatankuasa: : AJK Kelab Ping Pong

9.0 KEKANGAN

Beberapa faktor yang menjurus kepada keputusan yang kurang memberangsangkan ini telah
dikenal pasti.
9.1 Faktor pertama ialah masalah tempat latihan yang tidak sesuai untuk murid berlatih.
Dewan terbuka terganggu dengan ruang yang sangat luas untuk pemain mengawal
bola-bola dalam sesi latihan. Faktor angin juga kadang-kadang menghalang permainan.

9.2 Faktor kedua ialah alatan tambahan untuk latihan seperti bat ping pong yang berkualiti.
Bat ping pong yang tidak berkualiti membantutkan jurulatih untuk melatih dan
mengajar murid teknik-teknik dan kemahiran mengendalikan bola ping pong.
10.0 CADANGAN

Beberapa cadangan penambahbaikan untuk membantu murid dalam mengukuhkan dan


meningkatkan kemahiran ping pong mereka.
10.1 Pihak sekolah menyediakan satu bilik khusus untuk latihan ping pong. Ataupun tempat
latihan sedia ada di dewan terbuka didirikan dinding di koridor kiri dan kanan.
10.2 Pihak sekolah membeli bat dan bola ping pong yang berkualiti sesuai untuk
pertandingan dan latihan.

11.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Bil Barangan RM
1 Bat ping pong Long handle 2 unit 230.00
2 Bat ping pong Short handle 2 unit 230.00
3 Bola ping pong saiz 40mm 10 kotak 100.00
4 Portable Ping pong / Table Tennis Rebound Trainer 2 40.00
unit
Jumlah Besar (Anggaran Perbelanjaan) 600.00

12.0 PENUTUP

Program ini diharapkan dapat membantu memupuk, memantap dan meneguhkan


kecergasan, kecerdasan, nilai murni, disiplin, kekitaan, serta perpaduan dalam kalangan pelajar.
Melalui program seperti ini juga, diharapkan dasar KPM, iaitu 1 Murid 1 Sukan yang berhasrat
untuk memberi peluang kepada murid yang berbakat serta berpotensi untuk digilap ke tahap
yang lebih tinggi dapat dijayakan. Semoga usaha murni ini mendapat kerjasama dan sokongan
daripada semua pihak.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

(MOHD MOKHTAR BIN MOHAMED DAUD) (SUHAIMI BIN SUDIN) (HAIROL ANUAR BIN MD TOP)
Guru Penasihat Kelab Ping pong PK Kokurikulum Guru Besar
SK Seri Melati SK Seri Melati SK Seri Melati

Anda mungkin juga menyukai