Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PERMOHONAN BAIK PULIH


GELANGGANG FUTSAL

SKLKTP FELDAMAYAM,
28300 TRIANG PAHANG
KERTAS KERJA PROJEK BAIK PULIH GELANGGANG FUTSAL SK MAYAM

1.0 PENDAHULUAN

Kertas kerja ini dibentangkan bagi memohon dana untuk baik pulih sebuah
gelanggang futsal bagi kegunaan murid-murid khususnya dan kepada semua staff
yang berkhidmat disekolah ini dan komuniti kampung amnya bagi menggalakkan
kecemerlangan sukan di sekolah melalui Dasar Sukan Negara.

Dasar Murid Satu Sukan ( 1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekuran-
kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan
yang seimbang dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani.

Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) melaksanakan Dasar 1M1S agar setiap


murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang
membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.Bagi mendukung dasar
ini,pentadbiran sekolah dan PIBG SK Mayam telah merangka pelbagai perancangan
untuk memperkasakan program sukan di SK Mayam.Aspek kemenjadian murid
dalam bidang sukan amat dititikberatkan bagi membentuk murid yang cerdas
pemikirannya,setara dengan kecemerlangan akademik.
SK Mayam ketika ini mempunyai murid seramai 228 orang, 25 guru dan akp 4 orang.
Amat wajarlah jika SK Mayam mempunyai sebuah gelanggang futsal.Ini kerana
gelangang yang sedia tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana keadaan
permukaan padang yang tidak rata,berlopak dan berlubang.Keadaan padang yang
tidak sesuai ini, menghadkan penggunaannya sebagai tempat beriadah. strukturnya
yang tidak mengizinkan sebarang aktiviti riadah dijalankan disitu, lebih-lebih lagi
kerisauan dari segi keselamatan murid-murid dan juga guru-guru.

Jadi amat besarlah harapan kami, warga SK Felda Mayam agar pihak Dato’/Yang
Berhormat dapat menimbang dan meluluskan cadangan kami agar padang
permainan yang sedia ada ini dinaiktaraf menjadi gelanggang futsal yang
memungkinkan penggunaannya yang lebih optimum dan memberi impak yang lebih
baik kepada murid-murid dan secara tidak langsung dapat melahirkan bakat-bakat
baru dalam sukan dan permainan.

2.0 OBJEKTIF KHUSUS

✔ Melahirkan pelajar yang sihat dan seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani


dan intelektual selaras dengan falsafaf Pendidikan Negara.
✔ Mewujudkan suatu kawasan yang lebih selamat untuk bermain.
✔ Menjadi satu medium untuk menjalankan aktiviti yang lebih bermanfaat.
✔ Menggalakkan anak-anak bersukan dan beriadah yang dapat menyihatkan
tubuh badan dan mencerdaskan minda.
✔ Menjadi pemangkin kepada penglibatan murid-muriddalam permainan bola
jarring,bola baling,bola tampar dan futsal.
✔ Mewujudkan hubungan muhibbah antara murid, alumni sekolah,guru,ibubapa
dan komuniti setempat melalui pertandingan persahabatan.

3.0 RASIONAL

Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan,sokongan dan galakkan yang sama sebagaimana


juga yang diberikan kepada aspek-aspek lain seperti bidang akademik dan kegiatan
kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda
dan jasmani.Maka dengan itu kami memutuskan perluanya ada sebuah gelanggang serbaguna
ini yang sesuai dan selamat untuk kegunaan murid bagi mengembangkan bakat mereka.

4.0 LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN


● Kenal pasti cadangan tapak gelanggang futsal-lokasi strategik ditapak lama
gelanggang sedia ada mengalami kerosakan.Terletak dihujung padang
sekolah.(rujuk lampiran A)
● Proses pembinaan bergantung kepada bajet yang diterima untuk pembinaan
tersebut.

5.0 KEPERLUAN JENIS-JENIS GELANGGANG

✔ Keluasan gelanggang futsal yang dicadangkan ialah 42 m x 25m seperti


berikut:

6.0 ANGGARAN KOS


Lebih kurang RM 10,000.00 ( Ringgit Malaysia : Sepuluh ribu sahaja ).Tidak dapat
dipastikan secara tepat dan terperinci. Terpulang kepada kelulusan dan
perbincangan dengan kontraktor yang akan membinanya.

7.0 SUMBER KEEWANGAN

1. Wang Sumbangan

8.0 PENUTUP

Besarlah harapan kami, warga SK Mayam agar pihak Dato’/Yang Berhormat dapat
mempertimbangkan permohonan ini dan seterusnya meluluskan peruntukan dan sumbangan
bagi pembinaan gelanggang serbaguna yang bakal menggantikan padang permainan yang
sedia ada yang amat pihak kami harapkan. Sesungguhnya dengan bantuan, kerjasama dan
sumbangan dari pihak Dato;/Yang Berhormat akan membantu mewujudkan sebuah lapang
beriadah yang selesa, kondusif dan selamat untuk semua warga SK Mayam.

Disediakan oleh,

…………………………………………
…………………………………………
YDP PIBG
SK Felda Mayam,
28300 Triang,
Pahang Darul Makmur. Tarikh :..............................
Disokong dan disahkan oleh,

…………………………………………
………………………………………… Tarikh:………………………

Dilampirkan keadaan padang futsal ketika ini.

Anda mungkin juga menyukai