Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

MEMOHON PERUNTUKAN
KEWANGAN BAGI KHIDMAT
JURULATIH & PERALATAN
UNTUK PEMBANGUNAN SUKAN
BOLA JARING

DISEDIAKAN OLEH,
PUAN NURULHIDAYAH BINTI ZAKARIA
KERTAS CADANGAN
MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI KHIDMAT JURULATIH
DAN PERALATAN UNTUK PEMBANGUNAN SUKAN BOLA JARING

1) PENDAHULUAN

Sukan dan permainan adalah aktiviti yang diwajibkan penyertaannya kepada semua murid
SMK Tambun. Pelbagai jenis sukan dan permainan boleh menjadi pilihan murid-murid
sebagai inisiatif untuk meningkatkan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
Selain menggalakkan murid-murid untuk aktif bermain dan bersukan, ia juga dapat
membentuk disiplin mereka.
Walaupun terdapat guru-guru yang boleh membimbing murid-murid ini, namun mereka
masih memerlukan khidmat nasihat dan tunjuk ajar professional bagi memantapkan lagi
kemahiran mereka. Dengan ini, bantuan jurulatih yang dapat membantu mereka dalam
memperbaiki teknik dan mutu permainan amatlah diharapkan. Selain itu, ia juga dapat
mengembangkan bakat dan menggalakkan murid-murid lain untuk sama-sama aktif dalam
menyertai aktiviti sukan dan permainan. Adalah diharapkan juga, ada di antara murid-murid
ini yang dapat mengharumkan nama sekolah dengan memenangi pertandingan dalam pelbagai
peringkat pada masa akan datang.

2) TUJUAN

Kertas kerja ini dirangka untuk mendapatkan peruntukan kewangan daripada Persatuan Ibu
Bapa dan Guru SMK Tambun untuk menggunakan khidmat jurulatih dari luar bagi aktiviti
pembangunan sukan dan permainan unit Bola Jaring SMK Tambun.

3) MATLAMAT
Membantu pemain pasukan bola jaring SMK Tambun mendapat pendedahan, latihan,
pengetahuan dan teknik yang sewajarnya.
4) OBJEKTIF
4.1 Menggalakkan penyertaan murid-murid dalam aktiviti sukan dan permainan.
4.2 Membantu murid-murid mendapat latihan yang terbaik untuk meningkatkan
kemahiran mereka.
4.3 Membolehkan murid-murid menyertai pertandingan bola jaring di pelbagai peringkat.

5) MAKLUMAT JURULATIH
NAMA JURULATIH
PENGALAMAN

6) TARIKH
Januari 2019 hingga Jun 2019

7) SASARAN
Ahli-ahli Kelab Bola Jaring SMK Tambun

8) ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA ANGGARAN UNIT JUMLAH (RM)


1 KHIDMAT JURULATIH
2 BOLA
3 BAIKI TIANG
JUMLAH KESELURUHAN (RM)

9) PENUTUP
Adalah menjadi harapan besar agar kertas cadangan ini diluluskan oleh Persatuan Ibu
Bapa dan Guru SMK Tambun. Dengan ini, segala peruntukan dan khidmat jurulatih yang
disalurkan akan digunakan dengan sebaik-baiknya.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


………………………………………… ……………………………………….
( ) ( )
Guru Penasihat, Pen. Kanan Kokurikulum,
Kelab Bola Jaring,

Disahkan oleh, Diluluskan oleh,

……………………………………………. ……………………………………….
( ) ( )
Pengetua, Pengerusi,

Anda mungkin juga menyukai