Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSS DAERAH KINTA UTARA 2011

1. Nama Pertandingan

: 1. Kejohanan Bola Tampar MSS Daerah Kinta Utara (ZON A) 2011 2. Kejohanan Bola Tampar MSS Daerah Kinta Utara (Antara ZON) 2011

2. Sekolah Pengelolaan : SMK Tambun 3. Tarikh Pertandingan : 3.1 Kejohanan Bola Tampar MSS Daerah Kinta Utara (ZON A) 2011 -Lelaki Bawah 18 Tahun (28 Februari 2011) -Perempuan Bawah 18 Tahun (1 Mac 2011) 3.2 Kejohanan Bola Tampar MSS Daerah Kinta Utara (ANTARA ZON) 2011 -Lelaki & Perempuan bawah 18 Tahun (2 Mac 2011)
4. Tempat Pertandingan : Gelanggang Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh

5. Sistem Pertandingan : Sistem Liga

6. Keputusan Pertandingan

: (Seperti dalam lampiran 1) : (Seperti dalam lampiran 2)

7. Senarai Pengadil / Pegawai yang hadir

8. Senarai Sekolah Yang Mengambil Bahagian : (Seperti dalam lampiran 3)

9. Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan

: (Seperti dalam lampiran 4)

10. Ulasan Pertandingan 10.1 Mutu Pengelolaan Secara keseluruhannya mutu pengelolaan Kejohanan Bola Tampar MSS Daerah Kinta Utara (ZON A) pada tahun ini adalah memuaskan. Bagi memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar, persediaan daripada pelbagai aspek termasuklah kelengkapan alatan, sesi pendaftaran, waktu dan tempat pertandingan, keselamatan, kebajikan pegawai serta pelajar dan acara penutup sangat dititik beratkan. Kerjasama yang baik antara pengelola, pegawai bertugas, pengadil dan peserta menjadikan kejohanan ini lebih meriah dan teratur. Pihak pengelola juga telah berusaha bersungguh-sungguh dalam menyediakan kelengkapan alatan dan kemudahan walaupun terdapat beberapa kekurangan yang tidak ketara. 10.2 Mutu Permainan Pada tahun ini mutu permainan peserta menunjukkan peningkatan yang baik. Dari segi teknik dan penguasaan permainan, dapat disimpulkan bahawa peserta telah berlatih bersungguh-sungguh sebelum kejohanan berlangsung kerana setiap pasukan memberikan saingan yang sengit. Selain itu, semangat kesukanan yang tinggi di kalangan peserta juga menjadikan pertandingan pada kali ini lebih bersemangat. 10.3 Mutu Pengadilan Mutu pengadilan pada kejohanan bola tampar pada kali ini sangat baik dan memuaskan. Ini kerana semua pengadil yang bertugas adalah berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam permainan bola tampar. Sistem pengadilan lancar tanpa ada unsur berat sebelah atau pilih kasih, juga tiada sebarang perkara berbangkit atau kes tidak berpuas hati dilaporkan sepanjang kejohanan berlangsung.

11. Walaupun kejohanan bola tampar ini berjalan dengan lancar dan berlangsung dengan

baik namun terdapat beberapa masalah kecil yang perlu diambil perhatian iaitu :11.1 Kemudahan Pertandingan kali ini tidak dapat diadakan di SMK Tambun sendiri walaupun bertugas sebagai pengelola kerana ketiadaan gelanggang yang mencukupi. Keadaan ini menyebabkan pertandingan terpaksa diadakan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, namun kemudahan tandas bagi pegawai dan pelajar perempuan berada agak jauh dari gelanggang kejohanan memberi sedikit kesukaran. Walaubagaimanapun, makluman mengenai perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat dan mendapat persetujuan semua pihak. Juga beberapa alatan dan kelengkapan permainan terpaksa dipinjam daripada sekolah lain kerana SMK Tambun tidak memiliki kemudahan tersebut. 11.2 Kekangan Masa Kejohanan bola tampar pada tahun ini dijadualkan serentak bersama-sama dengan beberapa kejohanan lain menyebabkan agak sukar untuk memilih tarikh yang sesuai atas beberapa sebab tertentu. Selain itu, masa yang singkat menyebabkan banyak perkara terpaksa dilakukan dengan tergesa-gesa. Namun masalah ini segera dapat diatasi dengan kerjasama semua pihak termasuk pegawai dan pengadil bertugas, pengelola serta sekolah-sekolah yang terlibat. 11.3 Kewangan Walaupun sumber kewangan tidak memberikan impak yang besar pada kejohanan kali ini, namun pada awalnya tanggungan kos yang tinggi hampir menyebabkan pengelola mengalami masalah kewangan yang tidak mencukupi. Masalah ini akhirnya dapat diatasi dengan rundingan dan pertimbangan daripada pelbagai pihak.

12. Pada masa hadapan, diharapkan semua sekolah yang menyertai kejohanan ini memberikan kerjasama daripada pelbagai aspek bukan sahaja penyertaan tetapi juga sokongan padu supaya kejohanan seperti ini dapat dijalankan dengan jayanya. Disediakan oleh, ______________________________ (PN. HJH. NAIMAH BT HJ. OMAR) Pengetua, SMK Tambun. (Merangkap Pengerusi Kejohanan Bola Tampar MSS Daerah Kinta Utara 2011)

Anda mungkin juga menyukai