Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT

BOLA SEPAK MSSD PENAMPANG.


Tarikh
Tempat
Masa

: 08 Mac 2012
: Bilik Makmal Kimia. SM St. Michael, Penampang.
: 02.00 pm

Kehadiran
:
1. Pn. Marie Yong Pik Hua
2. Pn. Clarice @ Lilly Mumpin
Penampang
3. En. Martin Gumpil
[SMKDPM]
4. En. Josephine A. Joseph 5. En. Lawrance Denny
6. En. Ahmad Kotley
7. En. Dipin Manuel
8. En. Johny Malindai
9. En. Rithuwan Bin Nasir
Tidak Hadir :
1. En. Richel Chong

Pengetua Cemerlang SM St. Michael. Penampang


- Penolong Kanan Kokurikulum SM St. Michael
Pengerusi Teknik Bola Sepak MSSD Penampang
SM St. Michael, Penampang.
- SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang
SMK Limbanak,Penampang.
SMK Bahang, Penampang.
SMK Tansau, Putatan.
SMK Putatan, Putatan.

- Setiausaha Sukan SM St. Michael, Penampang.


[ MSSB Barat Olahraga Ranau ]

1.0

Ucapan Pengerusi
Puan pengetua mengucapkan selamat petang dan terima kasih kepada semua guru [ wakil
sekolah ] yang hadir. Beliau mengharapkan pada tahun ini penganjuran bola sepak MSSD
Penampang dapat berjalan lancar seperti yang di rancanakan.

2.0

Kewangan.
2.1
Yuran Penyertaan
Selaku pengerusi penganjur pengetua menerangkan situasi kewangan yang dihadapi oleh PPD
Penampang. Oleh yang demikian, semua perbelanjaan akan ditanggung berdasarkan yuran
penyertaan setiap sekolah. Penganjur mengenakan yuran RM75 untuk setiap kategori. Selepas
perbincangan semua wakil bersetuju mengenakan yuran
RM 100 untuk satu kategori. Ini
bermakna, setiap sekolah perlu membayar RM 200 untuk kedua dua kategori.
2.2
Bayaran Padang
Pihak penganjur telah berbincang dengan pihak Majlis Daerah Penampang [MDPg] berkenaan
sewaan padang dan pihak MDPg mengenakan bayaran RM30/jam. Walaubagaimanapun pihak
penganjur telah menghantar surat untuk memohon potongan harga ( diskaun ) ke atas sewaan
tersebut sebanyak RM100/hari. Oleh kerana pihak penganjur belum menerima sebarang jawapan
daripada pihak MDPg pengetua telah mengingatkan semua yang hadir agar bersedia dengan
perubahan yuran penyertaan kerana ianya perlu ditanggung bersama.
Tindakan : En. Martin Gumpil

2.2

Bayaran pengadil
Pengetua menerangkan bahawa yuran yang dikenakan juga akan digunakan untuk membayar
pengadil. Pengadil meminta bayaran RM25 untuk seorang untuk setiap perlawanan. Bagi
mengurangkan perbelanjaan pengetua mencadangkan agar setiap sekolah menghantar seorang
pengadil. Namun semua guru ( pengurus ) sebulat suara bersetuju menggunakan pengadil luar
bagi mengurangkan bias .

3.0

Ucapan dan Taklimat Pengerusi Teknik Bola Sepak MSSD Penampang


Pengerusi Teknik mengucapkan terima kasih dan selamat petang kepada semua yang hadir.
Beliau berharap agar pertandingan pada tahun ini dapat mengetengahkan pemain-pemain
berbakat dan berkualiti untuk mewakili daerah Penampang ke pertandingan peringkat bahagian
barat yang akan diadakan di Daerah Tuaran pada awal bulan 4 hingga 7 April 2012.
3.1
Peraturan.
Pengerusi Teknik mengulas beberapa perkara seperti pendaftaran pemain, had umur dan beberapa
undang undang perlawanan.

4.0

Taklimat Penyelarasan Pengadil


Pengetua mencadangkan agar setiap sekolah menghantar seorang pengadil bagi mengurangkan
perbelanjaan dan yuran. Namun semua guru ( pengurus ) sebulat suara bersetuju menggunakan
pengadil luar bagi mengurangkan bias . Setiap perlawanan akan menggunakan dua orang
pengadil dan tidak menggunakan penjaga garisan. Masa perlawanan akan dijalankan mengikut
20,5,20.

5.0

Penetapan tarikh dan tempat pertandingan.


Sidang mesyuarat mengambil ketetapan bahawa pertandingan akan diadakan pada 21, 22 dan 23
Mac 2012 bersamaan pada hari rabu, khamis dan jumaat bertempat di padang Majlis Daerah
Penampang. Perlawanan akan bermula pada jam 8 pagi. Oleh yang demikian, pasukan
dinasihatkan agar dapat bersedia lebih awal 10 minit sebelum pertandingan bermula.

6.0

Pengesahan Penyertaan.
Semua sekolah menengah daerah Penampang diwajibkan menyertai pertandingan ini bagi setiap
kategori. Sekolah yang tidak menyertai pertandingan ini juga akan diwajibkan membayar yuran
penyertaan serta mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Pihak PPD Penampang.

7.0

Undian Kumpulan
Undian adalah seperti berikut:
Bawah 18 Tahun
:- Kumpulan A SMSM, SMK Tansau, SMK DPM
:- Kumpulan B SMK Putatan, SMK Limbanak, SMK Bahang
Bawah 15 Tahun
:- Kumpulan C SMK DPM, SMSM, SMK Limbanak
:- Kumpulan D SMK Bahang, SMK Tansau, SMK Putatan

8.0

Hal-hal lain
8.1
Hadiah dan Sijil
Pengetua menjelaskan bahawa pihak PPD Penampang hanya menyediakan sijil sebagai hadiah
dan tidak menyediakan trofi dan medal kepada pemenang. Pengetua juga menerangkan jika setiap
pengurus mahu medal dan trofi maka yuran penyertaan perlu ditambah. Oleh itu, selepas
perbincangan dengan semua guru ( pengurus ), ahli mesyuarat bersetuju menaikkan yuran
penyertaan daripada RM75 kepada RM100 untuk 1 kategori. Ini bermakna setiap sekolah perlu
membayar RM200 untuk 2 kategori. Penganjur akan cuba mendapatkan tajaan untuk piala
kejohanan manakala medal untuk johan dan naib johan akan ditanggung berdasarkan yuran
penyertaan. Pemenang tempat ke-3 hanya akan menerima sijil.
Tindakan : Pengetua
8.2
Match Ball
Setiap sekolah perlu membawa sebiji Match Ball semasa pertandingan. Match Ball perlu
diletakkan di meja urusetia sebelum perlawanan bermula.
Tindakan : Semua Pengurus Pasukan
8.3
Cara Bayaran Penyertaan
Penolong Kanan Kokurikulum menegaskan bahawa semua bayaran perlu dibuat menggunakan
cek. Bayaran tunai adalah tidak diterima. Bayaran perlu dibuat seperti berikut:
Kumpulan Wang SUWA SMK ST. MICHEAL.
Tindakan : Semua Pengurus Pasukan
8.4
Puan pengetua menegaskan sekali lagi bahawa yuran penyertaan adalah di atas
persetujuan bersama dan bukannya pihak penganjur.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Dicatat Oleh :

Disahkan Oleh :

-------------------------------( JOSEPHINE A. JOSEPH )


b/p Setiausaha Sukan
SM St. Michael, Penampang.

-------------------------------( MARIE YONG PIK HUA )


Pengetua Cemerlang
SM St. Michael, Penampang.

Anda mungkin juga menyukai